Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sunday, January 27, 2013

::Homesick::

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin -)

Winter break selama 2 minggu. Winter break selama 2 minggu.3 hari tanpa buat apa-apa. Kawan satu geng memasak dah blah pegi Cairo nak isi borang Zakat Wilayah. Nak study,perasaan malas masih lagi tebal. Almaklumlah , masih dalam mood cuti. So, buat ape je dalam 3 hari nih?Masak, masak, masak. Tengok movie..Wait, bukan kita tengok movie , tapi movie tengok kita. Takfokus langsung bila tengok movie..Game?Kita bukan kaki movie or game. Kita kaki novel or karang puisi2. Nak baca novel tak bawak novel. Nak karang puisi, bukan dalam mood bercinta sekarang ni.Haha. Aku takpernah kot ada mood bercinta except ada satu musim yang aku kira musim kebodohan aku nak kenal kuasa cinta.Uweek..Boleh blah kau kuasa cinta yang tak kemana tuh .Lagi aku dok layan , lagi menjadi.Lebih baik aku buat benda tak pekdah dari layan benda tuh semua.! 

Seriously, perasaan rindu terhadap family di Malaysia amatlah kuat untuk gadis homesick macam aku nih. Masih aku ingat masa Form 1 dulu, tak sah kalau aku tak nangis masa umibaba nak antar aku asrama petang2.Dan sapa yang snagka budak hingusan dulu yang tudungnya awningnya macam tisu dirobek boleh membesar sampai sekarang. Tidak lagi menangis menghentak kaki ke lantai sampai tertidur sebab rasa homesick yang sangat kuat.. Dan sekarang budak perempuan itu berada beribu-ribu batu jauhnya dari umibaba dan adik beradiknya. Ya Allah..! Hanya doa sebagai penghubung antara aku dan umi baba... Kita budak tanpa skype, viber, whatsapp, Voipp...Bukan macam orang lain . Rasa nak call , guna viber. Kita bukan budak uptodate macam tuh . Dengar suara umibaba seminggu sekali kot. Mana tak rindu nya. Dengan perangai tak matang aku lagi nih . Dengar suara pun aku dah cukup terhru ..Bila saja umibaba cakap diorang sihat walafiat, aku dah cukup gembira dan aku dah cukup semangat nak study. 

Masih aku ingat , kali pertama Baba aku menitiskan air mata kegembiraan bila tahu aku masih ada peluang nak belajar? "Masih ada peluang nak belajar"..Bukan aku cakap ,ada "Peluang nak pegi Mesir". Boleh beza tak?Sesungguhnya kisah tuh akan seumur hidup aku ingat tanpa lupakan satu saat dan bagaimana raut wajah umibaba bila tahu semua peluang dah tertutup . Sesungguhnya, disitu aku tahu bagaimana sedaya upayanya ibubapa kita nak yang terbaik untuk anak2nya. Hargailah ibubapa kita selagi mereka masih bernafas, masih boleh memarahi kita ketika kita sedang mengenal dunia ini. Hargai mereka , hargai mereka.! Kasihanilah dan sayangilah mereka selagi mereka masih hidup. Sayangilah mereka lebih dari segala2nya. Keredaan Allah bergantung pada keredaan ibubapa. 

Dan ini adalah gambar latest 2 hero dihatiku :


Menitis kot airmata aku tengok gambar nih. Cutenya dua2 jadi pengawas.Sorang kecik,sorang gemuk.Cukup set nak gusti sama2 :')
 Sorang nak SPM .Semoga Straights A SPM Tina:')

 Rindu.:')

 Practice nak berdiri tegak msa assembly la tu..Seriusly,SEgak dan kacak :')


 Rindu Baba...Seriuslu rindu suasana petang2 kat kampung :')


 Gambar lagi :')

 Kakngah n Umi Tercinta :')

Banyak jasa dan pengorbanannya yang takmampu dibalas :')

"Ku kirim rindu dari bumi Zagazig jauh ke Malaysia.Semoga semua urusan dipermudahkan Allah dan semoga Allah melindungi keluarga. Alfatihah untuk keluargaku. Salam Rindu =)

Friday, January 25, 2013

Rentetan kisah Midyearku..(Part2)

Assalamualaikum.Semoga kita semua berada dibawah lindunganNya. Amin. Dan semoga iman kita semakin bertambah , dan tidak berkurang dari hari ke hari dan mampu menjadi hamba yang baik disisiNya.Allah . Allah . Allah .! Pandanglah aku :')

Post ini di update 1 hari selepas berakhirnya exam Midyear. So faham2lah yer, mood nak study tuh mestilah melayang entah ke mana. Setelah beberapa hari sibuk, tido tak cukup . Makan mestilah cukup , hati berdebar2 nak jawab exam . So, untuk 2 hari ini sy dengan rasminya mengumumkan hari berehat sy sepuas2nya sebelum menyambung kepada life cycle yang normal dan ingin kembali mengutip semangat2 dari umi baba dan tentunya Allah untuk menghadapi life as medical student and one thing for sure untuk face the final exam . Hari dan tarikh yang sangat cuak bagi sy. Hahah...

Dan 2minggu nih adalah winter break untuk kami . And as for me, winter break bagiku hanyalah untuk 2 hari shja melainkan kalau ada jaulah. Midyear kali ni dah berakhir and my comments are:

:: Soalannya adalah jenis soalan tahap paling mudah aku rasa. Tapi salahnya diri aku sendiri bila aku tak revise balik topik2 yang dah aku hafal dan tak jenguk langsung topik itu.Nah, samalah silapnya macam first exam ari tuh . Sepatutnya soalan itu boleh dijawab sebab arasnya sangat senang.

::Kurang keyakinan diri untuk menyatakan jawapan tuh betul.. Btul la.Guruku dulu prnah berkata.Kalau nak jawab soalan MCQ, soalan pertama yang first kita bulatkan adalah jawapan yang betul dan kalau sekalipun kita nak ubah jawapan kita, kena bagi 1o sebab kenapa kita ubah jawapan tuh . Nah, dan aku kehilangan 2 markah untuk physiology dan biochemistry kerana kurangnya keyakinan diri itu . -(

::Untuk soalan2 MCQ, buku department WAJIB dijawab kerana soalan nya adalah sangat sama dan tidak diubah2 pun. Masalahnya diri aku ni , memang la dah rajin buat buku MCQ yang department punya, tapi takrevise la pulak kan.So, bagi anatomy soalan MCQ adalah 3/4 diambil dripada buku MCQ department, tapi aku just ingt 1/3 .Tak rok cetong orang kelantan kaba..So, MCQ anatomy nyawa2 ikan jer la. Dan insyallah bakal dicover markahnya oleh written MCQ. 

:: Komen yang terakhirnya ialah aku tak berapa nak puas hati kenapa la soalan MCQ sikit sangat. Dah la markah penuh 25 markah , soklan pulak 25 jer. Kalau la soalan tuh 50 , boleh la setiap satu soalan tuh 1/2 markah..Ni tak  ...25 markah 25 soalan  . Tak ke nanye untuk budak takpndai macam aku nih?Ok, sekali sekala kutuk department taksalah kan?

::Ok, bukan komen yang terakhir lagi. Exam midyear kali nih dah banyak2 bersyukur dah tak campur sekali ngan orang arab . Tapi satu masalah pulak muncul bila dewan exam bising macam pasar. Bukan bising dek students, tapi pensyarah2 yang bising. Apa nih doc? Kitaorang nak jawab exam tak tenang. Asyek ada pembetulan soalan jah . Kasi tahu awal2 la sebelum nak jawab.Ni tak, buat correction masa nak last2..Konsentrasi kami mestilah dah low. Nak dengar doc bercakap lagi...

--Sori lah kalau komen department banyak2..Tapi kami mahasiswa bukan mahasiswuuu... Listen!Listen! Amik bapak ko listen Bavani. Selama2nya aku sokong Syarifah .  Takde yang percuma dalam dunia nih..AKu tertarik dengan koment seorang facebooker nih , "Belajar tak kemana, ada hati nak pendidikan percuma" ... Sebab tuh aku tak sokng pendidiikan percuma sebab aku belajar pun tak berapa, tak sampai hati aku nak minta free dari kerajaan.. Senang kau nak samakan Malaysia dengan negara lain! Sedap mulut kau! (OK,nampak tak post aku yang macam rojak nih?)

And so far dah 4 bulan aku stay kat sini dan dah 4bulan juga lah aku mengenali dunia medik ini . Bagi aku,aku tak rasa lagi dunia medik yang digempar gempurkan oleh semua orang sebelum aku menerjunkan diri ak kedalam bidang nih. Susah, stress, takde masa. Maybe aku takrasa semua itu sebab aku masih di tahun satu dan masih belum masuk clinical year tapi masih di theory year. Lebih theory dari practical kan..SO i guess maybe aku belum rasa benda2 tuh semua. Stress?? Pastinya.Kalau tak stresss, takdenya ulser di seluruh mulut aku nih . Takde masa..Rasanya aku tak rasa aku sibuk macam aku sibuk dekat nak SPM dulu . As aku mention awal2 tadi , maybe sebab baru 4 bulan dan aku masih rasa baru . Dan insyallah aku mesti sematkan dalam diri aku awal2 bahawa medik ini tak susah dan kalau kita set rasa susah awal2 , susah la kan....Dan alhamdulillah aku tak jumpa lagi susahnya kat mana EXCEPT bila aku nak masuk CVS. Betullah kata senior dalam blognya bhwa "CVS seriously susah.Taktipu".


Oke lah sementara ada masa ni , aku nak komenkan satu2 pasal subjek yang aku dah belajar dan berapa tahap kesenangan dan kepayahannnya..


ANATOMY==>Antara keempat2 subjek ,subjek nih aku paling suka dan subjek ni lah yang membuatkan aku semangat nak ke kelas setiap hari. Bagi aku , cara nak belajar anatomy ini ialah kita kenalah rajin nak buat nota dan rajin melukis serta mewarna. Wrna2 dapat merangsang otak kita. Dripada kita tilik tulisan dan gambar yang ada dalam buku department , semuanya hitam .Aku tengok pun dah nak pitam.. SO, kena rajin lah buat nota dan melukis. Kalau kita yakin cara tuh cara study kita, so kena la rajin sikit kan...Bukan bajet pandai or bagus, tapi saja nak kongsi satu cara yang menarik untuk belajar anatomy. Dan stiap benda yang kita belajar dalam antomy, contohnya nerve, muscle ke artery ke, kita kena tahu dan kenal dengan mereka serta tahu kat mana posisi dia di tubuh kita. Nah, kan senang.... Kita kongsi benda nih bukan ertinya kita power dalam anatomy, tapi just rasa cara ni menarik untuk buat kita jatuh cinta pada dia..Contohnya nih:

BIOCHEMISTRY===>Subjek nih adalah subjek yang ke2 aku minat nak study tapi bukan dalam kelas...Seriously,aku taksuka kelas biochem tapi aku suka untuk buat revision untuk biochemistry.Aku taktahu asal  . Tapi mata aku macam nak tertutup je bila kelas biochem ni.Maybe biliknya yang sejuk or kelasnya yang kebiasaannya di awal pagi or...Dah, takpayah bagi banyak alasan kalau malas tuh berpunca dari diri sendiri.So far, semakin best belajar benda nih.Tapi subjek nih agak perit bila substance yg plik2 aku baru jumpa dan sesetengah proses aku tak faham sepatah arang. Orang cakap, belajar maklumat, bukan belajar ilmu..Nah , ni lah aku untuk biochemistry . Aku hanya menerima maklumat . Sebab aku tak tahu dan tk nampak proses2 itu dan taktahu asal kejadian substance2 itu..Haha.. Semoga satu hari nanti bila dah banyak aku bljar , aku tahu benda2 ni semua..Buat masa ni , aku hanya terima ilmu yang doctor bagi dan just hafal...Seronok apa =)

PHYSIOLOGY==>Aku tak tau nak komen apa. Tapi satu yang aku tahu.Subjek nih seronok . Tpi aku tak berapa enjoy nak blaja..Haha..Sesungguhnya macam mana ilmu nak suka kita kan kalau kita tak suka and cinta akan dia? Allah ! Belajar kerana Allah dan insyallah proses menuntut ilmu akan jadi senang. 

HISTOLOGY==>Oh, subjek ni bagi aku amat menarik dan nak cakap senang , tak senang jugak.Tapi just perlu rajin hafal dan buat nota kerana susunan dalam buku department sangatlah tak tersusun dan kalau kita buat nota kita akan lebih nampak aturan subjek dan subtopik tuh..Dan u guess what?? Aku bukak buku histology ni bila ada kelas and kalau ada kuiz je.Haha..Ok , please jangan contohi student macam aku ni...Perangai malasnya nombor satu..Hahah..

And this winter break for 2 weeks.  Insyallah akan pergi Cairo, Alex maybe jika ada peluang kesana and lastly Dumyat. Insyaallah. Dan harapan ku semoga Results midyear ku adalah yang tahap yang cemerlang...Prinsip ku:

''Kita hanya usaha, doa, tawakkal. Selebihnya Allah yang akan tentukan segala2nya. Insyallah , Dia akan nilai usaha kita.. Sekiranya belum berjaya, kejayaan itu Dia akan bagi di lain masa dengan syarat kita sebagai hambanya jangan putus berdoa dan berserah segala2nya padaNya...Allahumma Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammin Fiil Khai"

Salam rindu untuk keluargaku yang jauh di Kelantan,Malaysia <3 <3 <3 

Assalamualaikum -).

Saturday, January 12, 2013

Midyear Part1 =)

Assalamualaikum.Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmatNya.Ameen...

Kurang daripada 5 hari lagi , (me) akan face exam midterm . Exam nih pada aku dikira penting jugak la sebab 25% daripada markah final exam diambil directly dari exam nih . Kecuakan semakin bertambah . Dengan banyak tak ingat lagi . Haha . Medik biasalakan . Kena banyakkan menghafal dan membaca sampaikan kadang2 aku rasa cam nak mamah2 kunyah2 je buku2 tuh . Geram . Hahah...




Seperti biasa, aku berpegang pada satu prinsip sahaja iaitu:


Kita hanya usaha,usaha,usaha, doa,doa,doa,doa,doa dan tawakkal sepenuhnya kepada Dia. Dia akan menilai setinggi mana usaha kita dan sekuat mana kita pernah berusaha . Andai berjaya Alhamdulillah dan andai gagal tak apa.Allah tahu kita pernah berusaha dan mungkin Allah ingin gantikan yang lebih baik



Kepada semua yang mengenali diri ini,ampun maaf dipinta jika ada kesalahan yang sengaja atau tak tersengaja . Sesungguhnya. hablun Minallah. hablun minnannas.. =)


Thursday, January 3, 2013

Hamba dan Memperhambakan....!

Assalamualaikum.Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.Amin=).

Alhamdulillah, atas semua nikmat kurniaan Tuhan . Ya Allah malunya pada Allah , malunya kita pada Allah.Banyak sangat nikmat nikmat Allah bagi kat kita sejak kita lahir dari sekarang . Dari sekarang! Sampai saaat ini .Saat ini . Kita masih ada mata boleh melihat entry saya ini . Ya Allah . Betapa malunya aku pada Allah . Setiap hari mintak dengan Allah itu ini itu ini .Sedangkan tiap2 hari buat dosa. Buat maksiat.Buat kemungkaran padaNya. Allah selalu sedih dengan sikap hambaNya ini . Kurang mengingati Nya tapi lebih ingatannya pada manusia lain..! Astaghfirullah Hal Azim. Adakah kita memperhambakan Allah? Dengan minta itu ini itu ini? Tapi berapa peratus tahap ketaatan kita pada Allah?? Sama lah perumpaannya bila kita makan kat restoran tapi tak bayar . Pandai minta dengan Allah , tapi tiap2 hari buat dosa.Dosa kecil mahupun besar... Dan kerana itulah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang :')

Ya Allah, bersyukur dengan kehidupan ini . Bgitu menyanyat hati tengok satu scene life depan mata yang membuatkan aku rasa bersyukur sangat2 pada tuhan dan membuatkan aku teringat pada adik lelaki aku..

Kat mesir ni , memang banyak pengemis2 kat tepi jalan .Tapi bezanya kat sini,dia bukan sahaja mengemis tapi turut menjual tisu 1 g2nih satu ,. Dan dekat area rumah aku ada seorang emak dengan 2 orang anaknya.Anak dia dalam lingkungan umur 4 tahun dan 3 tahun kot. Ya Allah , Sangat kecil tapi sudah merasai kesusahan . And on the way nak balik dari gamaah ke rumah , aku jumpa family tuh lagi . Dah menjadi kebiasaan budak lelaki yang umur 4 tahun tuh bila tengok student Malaysia ,dia akan ketwa kegembiraan sambil cakap dalam Arab Ammi yang sepatah arang kami tak faham.Dan apa lagi kami buat? Cuma tersenyum.... Dan semalam, aku tengok sendiri scene budak tuh yang sangat meruntun kesedihan aku..Seriously terkesima dengan tindakan budak tuh....

Aku pelik kenapa dia lari begitu laju kepada seorang pemuda nih . Dan rupa2nya , dia minta setengah roti yang telahpun dimakan oleh seorang pemuda ... Astagfirullah Hal Azim.Aku ingatkan dia lari sebab apa. Tapi ingin mengejar baki roti yang telahpun dimakan oleh pemuda itu . Alllah , Allah ,Allah . Masa kecil aku takpernah buat camtu.. Kalau nak makan burger , makan. Nak makan kfc, makan ..Nampak?? Nikmat Allah pada kita?? Sejak kecil lagi....Tetapi budak itu?? Allah sayang padanya . Allah ingin mengajarnya erti kesusahan dan apabila dia besar kelak , dia tahu erti hidup ini ...

 Semoga dalam doa kita  , kita tidak memperhambakan Allah dengan minta itu ini , tapi dosa tiap2 hari buat . Sebaik2nya kita yang memperhambakan diri kita kepada Allah .. Nah! Itulah pentingnya sifat khambaan dalam diri supaya kita sedar kita ni siapa!! Jangan kita berlagak ego dengan tuhan . Sesungguhnya Allah adalah segalanya.Kun Fayakun... Dalam doa, selitkan kata2 pujian kepada Allah sebelum minta sesuatu denganNya . Sebagai cntoh sebut nama2 Allah .."Ya Allah yang Maha Pemurah , Bijaksana, Pengasih dan sebagainya' ......Dalam taksedar, aku juga banyak memperhambakan Allah . Minta itu ini tapi dosa takpernah putus...Tapi Allah?? Masih lagi kurniakan nikmat Islam,Iman dan segala2nya pada kita.....Alhamdulillah...Terima kasih Allah untuk kehidupan kami :')..

Jom kita sama2 bersyukur dengan nikmat Allah dipagi Jumaat yang tenang ini ...


''Semoga dalam diri , terbit sedikit demi sedikit sifat kehambaan kita padaNya.''

Tuesday, January 1, 2013

Kullu Sannah Wa Antum Bikhair ;=)

Assalamualaikum.Semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya.Amin
Ketika nih, sy sempat lagi curi sedikit masa . Maklumlah esok takde kuiz ataupun exam seperti hari2 sebelumnya.Seriously , minggu nih adalah minggu yang sangat pack dengan kuiz dan test . Ni pun masih ada satu lagi test sedang menunggu sebelum tibanya midterm 19 jan ini . Umi Baba tolong doakan . Dan semoga Allah permudahkan urusan ku .Amin -)

Post nih tak lain tak bukan sebab nak wish Tahun baru tuk semua kawan2, family dan sesiapa yang mengenali diri ini . Ok la. Kena terima hakikat bahawa saya sudah bergelar 19 tahun.No more 18 tahun.Even tak officially 19 tahun lagi . Tapi taknak la berlagak muda kan? (!)...Haha.. Seriously , tahun 2013 adalah tahun yang paling spesial sekali . Berbeza dengan tahun2 sebelum nya maybe. Berbeza dari segi pemikirannya, saiz tubuh badannya (Omg!) , rohaninya , fizikal nya. Insyallah..

Kalau cakap pasal tahun baru , mesti cakap pasal Azam kan?? Haha..Azam. Make me remember to one of my friends  . Azam. ! (Termention)  .Ok la. Tahun lepas sy takde azam kot. Bukan mcam tahun 2010,2011 ..Siap tampal kat diari azam tuh dan alhamdulillah azam tercapai . Tapi azam tahun 2013???Satu azam yang tinggi buat diri sy dan yakin dengan izin Allah sy mampu melakukannya.... 

Sebagai manusia yang lemah,kita just anggap malaikat buka buka amalan baru untuk kita. Satu buku yang suci bersih tanpa tercatat sedikit dosa pun . Malah maksiat...Dan itulah azam sy untuk tahun ini ......


-Buku amalan BARU biarlah kurang dosanya dan lebih pahalanya.
-Capai sebanyak mungkin rahmat Allah dan kejar kasih sayangNya-
-Lebih pandai menjaga diri,tutur kata,hati. 
-Lebih rajin beribadat ibadah wajib dan sunat
-Dapat mumtaz/Jayyid Jiddan untuk final exam Tahun1.
-Tak nak tengok umi baba dalam keadaan sedih kerana diri sendiri .
-Jaga hubungan dengan Allah dan manusia.
-Bersikap lebih matang dalam mengendalikan sebarang situasi.

Azam tahun baru ini lebih kepada perubahan diri sendiri..Berubah untuk menjadi semakin baik mengambil masa yang begitu lama , bukan sehari dua malah bertahun2...Dan kerana itulah istiqamah sangat penting dalam diri...... Kini sy belajar, jangan nilai orang daripada luaran kerana yang.............. tak semestinya dalam nya jugak baik..Hmmmm =(..

Dan semoga sifat kehambaan dalam diri semakin menebal dan semoga kita semua menjadi hamba yang selalu bersyukur padaNya dalam setiap masa dan keadaan...Dan semoga dalam hati ini takpernah terlintas untuk membuat maksiat kerana ilmu itu cahaya dan bagaimana ilmu nak meresap dalam jiwa kita jika hati dipenuhi maksiat? Astaghfirullah...Terima kasih kepada seorang insan dan pengalaman diri sendiri yang membuatkan sy semakin kuat berpegang pada kata-kata itu ..


"semoga dalam hati ini takpernah terlintas untuk membuat maksiat kerana ilmu itu cahaya dan bagaimana ilmu nak meresap dalam jiwa kita jika hati dipenuhi maksiat?"


Spesial ucapan tahun baru untuk umi baba..Terima kasih diatas segala2nya..Takterhingga ucapan terima kasih ini :')

Kepada my buddies , Era, Amy,Adilah,Nik,Tati,Aishah....Terima kasih menjadi kenangan terindah selama ini..

Kepada adik beradik.Terima kasih diatas sokongan selama ini :')

Kullu sannah wa antum bikhair...Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammim Fill Khair..=)

Assalamualaikum :=)