Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saturday, August 24, 2013

Dia seorang ayah :)

Assalamualaikum. Semoga sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Baru balik dari KL atas urusan tertentu. Alhamdulillah ada respon positif tetapi perlu tunggu dan berdoa lagi.

Post kali ini bukan nak bercerita pasal urusan itu,tetapi lebih kepada tarbiah dalaman oleh Baba. Kalau naik kereta sekali, memang tak sah mesti akan mitovasi la, ceramah politik la, gurau senda la. Dan yang pasti semuanya untuk bekalan menuju kearah pemikiran lebih matang. 

Antara perbualan tersebut, hati tersentap bila beliau tiba2 menyentuh aspek rohani yang boleh buat kita muhasabah dan menyedarkan diri yang selalu terlupa dek mengejar dunia semata2.

Pada suatu malam on the way nak pulang Kelantan, tetiba jammed dekat Tol Sg Besi. Biasalakan kalau plaza tol ni ada part bayar Tunai, Touch n Go and Smart Tag. Dan biasala kan kalau negeri asal kelantan buat apa nak beli kad touch n go and Smart Tag, mestilah just bayar tunai dekat plaza tol tu. Dan normalla kalau part bayar tunai tu jammed sikit dari part touch n go. Secepat kilat saja movement nya . Lain la kalau bayar tunai, dengan jammed lagi mesti movement pun cepat sikit dari kura-kura.

Tiba-tiba baba kata:

"Hidup dekat dunia ni Allah dah bagi gambaran hari akhirat. Contohnya kita tengoklah dekat plaza tol ni. Orang yang ada touch n go, kereta macam kilat. Kita ni gerak slow-slow. Ha, cuba bandingkan di padang masyhar kelak. Kalau di akhirat, kita ni ibarat orang yang sikit pahalanya. Kurang ibadah. Nak masuk syurga Allah kena beratur panjang. Kena nilai banyak benda samada layak ke tak masuk syurga. Dan pengguna kad touch n go ibarat orang yang kuat beriman. Dia dah daftar nak masuk syurga melalui ibadahnya yang banyak.Qiam, puasa sunat. Tengok, nak masuk syurga pun cepat. 

Didunia ni Allah nak bagi kita pengajaran . Terpulang pada kita nak fikir ke tidak"

Ya, betul kata baba. Siapa yang banyak amalannya, senanglah dia untuk masuk syurga. Tapi semuanya bergantung pada rahmat Allah.

Sambung baba lagi:

"Kita kena ada husnuzon pada manusia. Contohnya kalau kita tengok pemandu motosikal mati accident. Tambah2 lagi si mati itu meninggal dalam keadaan berpakaian yang tidak elok, jangan kita kata dia mati sebab rempit ke, sebab kena tembak oleh polis ke. Mana tahu sebelum dia menghadapi sakaratul maut itu, dia sempat bertaubat bersungguh pada Allah. Dan Allah terima taubatnya. Kita sebagai yang hidup ni jangan bagi andaian negatif pada dia. Tengok3 kita transfer pahala kita kat dia.

Sama la dalam dunia politik.Senang sangat menuduh satu2 pihak solatnya tak sah dan sebagainya. Siapa kita nak menilai ibadat orang lain dan menentukan syurga neraka orang lain?"

Maka perbualan pada malam itu bersambung hal politik.......

Semoga dirinya yang semakin hari di mamah usia akan sentiasa dirahmati Allah. Begitu banyak jasa dan pengorbanannya yang tak mungkin dibalas dengan wang ringgit dan apa2 saja . Terima kasih Baba :)

Dia seorang ayah.

Untuk Baba :)

Monday, August 12, 2013

Buka Mata Buka Hati :')



 Dan si Aminah menyedari perkara itu bukanlah yang dia inginkan secara serius. Perasaan untuk menghadapi benda itu tidak serius. Aminah menganalisa balik apa yang baru terdetik dalam hatinya selama ini bukanlah perkara yang serius dan dia sendiri menyedari itu bukanlah seperti perkara2 orang dewasa merasainya. Dan si Aminah itu baru dia buka mata buka hati itu bukanlah benda itu tetapi lebih kepada "tertarik kepada kebaikan" bukanlah seperti apa yang dia fikirkan. Alhamdulillah.

Dan SiAminah sedar itu bukanlah cinta tetapi lebih tertarik kearah kebaikan. Alhamdulillah. 

-Keratan daun berguguran dihadapan rumah Si Aminah- :)

Saturday, August 3, 2013

Don't follow the flow (X)

Assalamualaikum .Semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya.

"Korang kena duduk bersendirian lebih kurang 2 atau 3 jam untuk fikir hala tuju masa depan, apa nak buat dan macam mana nak laksanakan "-Kak Wawa

Maka kakak itu pungpangpungpang menasihati kami. Perjalanan hidup harus diplan. Ok. Boleh jugak follow the flow, tapi kalau flow itu terumbang ambing, maka kita jadi terumbang ambing juga? Maka, kata2 follow the flow takboleh diguna untuk perancangan masa hadapan.

Bayangkan kita menaiki sampan. Malas nak kayuh. So ikut sahaja arus ombak yang membawa sampan itu. Takdirnya arus itu membawa sampan ke kawasan yang dalam dan bahaya, maka apa jadi dengan kita? Maka akan turut sama tenggelam.

Applikasikan juga kiasan ini dalam kehidupan. Pandu hidup dengan perancangan yang rapi. Bukan menunduk terus pada situasi dan masalah yang membawa kita. Kadang-kadang hati kena tetap, kena yakin untuk pandu kehidupan ini . Kebanyakan corak kehidupan masa hadapan ditentukan dengan sikap kita pada masa sekarang. 

Mungkin jari yang menaip ini budaknya baru umur 19. Tapi dunia sekarang bukan semakin senang. Hidup dalam keadaan penuh pertandingan. Bertanding untuk siapa yang sampai lebih awal ke garisan penamat. Itulah kehidupan . Apapun, kemenangan yang hakiki ada pada Allah.

Semakin merancang untuk kehidupan yang lebih baik. Sekarang jika ingin bertindak, bukan berfikir akan satu orang sahaja, tetapi harus letakkan redha Allah dan ibubapa dalam setiap perancangan yang sudah ada. 

Fikiran tidak boleh seperti budak-budak.Tak dapat, hentakkan kaki, merajuk 2 3 malam. Tapi fikiran haruslah seperti orang dewasa, takdapat teruskan usaha sebab emas itu sangat dalam untuk digali. Jarang sekali berada di permukaan mungkin kerana nilainya sangat berat maka memerlukan usaha dan keyakinan yang kental untuk menggali emas yang jauh itu. 





"Emas itu sangat dalam untuk digali. Jarang sekali berada di permukaan mungkin kerana nilainya sangat berat maka memerlukan usaha dan keyakinan yang kental untuk menggali emas yang jauh itu. "

------------------------------------------------------------------------------------------
Mula berfikir untuk mengambil July Paper untuk paper physics.

"Awak ni kenapa sangat pentingkan SPM?Kan dah ambil medik apa semua, yang lepas biar lepas"

"Awak kalau taktahu dan malas tanya, lebih baik senyap.!"

Assalamualaikum. Salam penghujung Ramadhan. Ramadhan Kareem . Allahu Akram