Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Monday, September 30, 2013

Masalah seiring dengan kematangan.....

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin :)

I have been bloggiing for 4 years.Dan semakin tersedar bahawa blogging adalah satu cara yang berkesan( mungkin bagi aku) untuk melepaskan stress. Mungkin dengan menulis kita boleh melepaskan semua yang tergalas atas bahu . Selain daripada menangis pada Allah, kongsi dengan ibubapa. Satu cara adalah blogging. I shared everything in my blog. Bermula dari kisah zaman sekolah menengah, liku2 kehidupan universiti sampailah sekarang . Mungkin kisah berumah tangga , alam pekerjaaan akan turut ditulis. Ceh...Mungkin sebagai ingatan pada masa hadapan. Aku tidak mahu kenangan pahit manis dan saat2 yang sukar dilupakan begitu sahaja. Dan termasuklah juga Love Story yang sentiasa berubah-ubah. Sesungguhnya, dia bukanlah seorang yang setia , hatinya sering berubah , dan perasaannya juga turut berubah. Dalam saat ini , inilah saat dia amat tunggu semasa 14 April 2011. Saat inilah yang dia inginkan pada tarikh itu . Alhamdulillah berkat doa dan semuanya dia mendapat saat yang diidamkan iaitu saat dan ketika ini.

Berblogging lah satu cara terbaik untuk express segala perasaan. Terutamanya perasaan kecewa , sedih , duka dan gembira. Tak tahu kenapa. Nak kata ada pembaca setia memang tak ada . Jadi hanya tulis untuk diri sendiri. Bila ada masa lapang, akan baca hampir kesemua post lama. Dan akan senyum sorang-sorang dan otometiknya akan hilang sedikit stress. Bila baca entry pasal kejayaan dan kegemilangan satu saat dalam hidup , hati jadi tenang. 

Diakui, dia adalah seorang yang mudah stress. Dia berharap terlalu banyak. Kalau boleh dia ingin semuanya. Ingin semua apa yang dicitanya. Tapi ingin berada dipuncak itu susah. Mesti ada tersepak batu, terpijak duri semasa mendaki itu, maka dia terpaksa bermula dari bawah. 

Sungguh bermula tahun 2011 adalah tahun yang banyak cabaran. Semuanya berkaitan dengan masa depan,perkara tidak boleh buat main2. Bila difikir balik , mungkin dia sudah menginjak dewasa. Ceh. Takkan nak jadi macam budak kecil selama2nya . Hidup tanpa masalah. Kamonlah, kita kan dah besar.....

Hahahaha......Baru menerima satu kegagalan lagi dari hidup . Ingatlah masa tingkatan 2 mendapat C dalam subjek Geografi menyebabkan ranking dalam tingkatan jatuh merundum ,memang macam musnah je dunia ni . Menangis sepanjang malam. Padahal Peperiksaan Bulanan je pun . Adoiii... Itulah melambangkan dunia kanak-kanak dan tidak matang .

Tapi bila menginjak umur yang lebih matang dan semestinya semakin tua banyak lagi rasanya kegagalan dalam hidup. Malah lebih teruk dari dapat C dalam geografi lagi tuu..Tapi sekarang besar lagi kegagalannya...



Setakat C Geografi tak ada apa sangat la. Tapi kefahaman yang besar . Tidak menangis macam budak-budak kecil . Semakin banyak kegagalan yang datang, semakin matang rasanya. Sekarang bila mendapat berita kegagalan , setakat inform padai ibubapa then buat bodoh . Kumpul semula kekuatan dan cari penyelesaian.


"Benar. Seseorang itu diukur dari pencapaian akademiknya. Jangan disangkal lagi. Inilah kehidupan".


Setakat ini sahaja. Assalamualaikum.

Tuesday, September 10, 2013

Sanah Helwah Baba :)

Assalamualaikum . Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.Amin :)

Today is special day.

Selamat hari lahir buat Baba yang tersayang yang ke53.

Mungkin tiada apa yang dibalas buat masa sekarang. 

Beliaulah segala-galanya. 

Penguat semangat, motivator, boyfriend, and everything.

Terima kasih baba untuk segala bahagia ini.

I love you :')


Assalamualaikum :)

Tuesday, September 3, 2013

Husnuzon Dengan Allah :')

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Berada bersendirian dirumah. Sekali lagi menjadi penganggur dirumah. Masa dirumah kali ini mesti dihayati sebab tak pasti tahun depan balik Malaysia ke tak. Banyak masalah dalam kepala. Masalah yang takpernah selesai. Tambah dengan krisis Mesir . Buntu samada boleh kembali lagi atau tidak. Itu semua dok melayang-layang dalam kepala. UmiBaba sekali lagi pening memikirkan hal anaknya yang satu itu. Insyallah pertolongan dariNya sentiasa ada.

Bila selalu dilanda masalah dan dilema, mulut dan hati selalu sebut perkataan "Kalau" . Cepat2 istighfar dan ingat Tuhan. Kalau taksilap , pernah belajar tentang perkataan "kalau" ini dalam subjek PQS atau PSI. Serius tak ingat. Seingatnya, jangan sering ucapkan perkataan "kalau" kerana itu seolah2 membuka peluang kepada syaitan. Seolah2 kita takboleh nak terima takdir hidup kita.

Selalu meluahkan masalah pada Baba. Dan selalu ingat ayatnya.

"Sekali kita memegang permata,tak selamanya kita memegang permata. Sekali kita memegang lumpur,takselamanya kita pegang lumpur"

Ternyata Baba seorang yang puitis juga. Masih ingat lagi Umi kata Baba pernah karang beberapa puisi, sajak,syair. Tapi sekarang puisinya itu gagal dijumpai. Zaman dahulu la katakan. Bila rasa down, pergi menghadap dia dan selepas itu, rasa down akan slow2 hilang sebab kata-kata positif dan nasihatnya.Dan masih ingat lagi satu ayat ini,

" Gerak kerja kita dengan manusia, kita usaha dengan manusia, tapi Allah yang tentukan segalanya.Kalaupun kita takberjaya sekarang, jangan rasa hidup kita akan susah dan sedih di masa hadapan. Kita takthu Allah aturkan sesuatu untuk kita contohnya Allah bagi kita satu keluarga yang bahagia ke. "


Allah yang mencipta dugaan dan masalah untuk kita dan Dia jugak yang akan bantu kita selesaikannya. 

Pandangan Allah terhadap kita sebagaimana pandangan kita terhadap Allah.

Assalamualaikum.