Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Friday, October 11, 2013

Pilihan (Part 1)

Assalamualaikum. Semoga kita semua berada dibawah lindunganNya. Amin :')

Sejujurnya, saya takpernah post apa-apa pasal crisis Mesir.Bukan malas, tetapi tidak tahu cerita mendalam.Balik Malaysia, dengar cerita lain pasal Mesir. Balik Mesir, semua pemerintahan Dr Mursi semuanya sempurna.Tetapi berbeza di Malaysia , ceritanya berbeza. Jadi sebagai langkah selamat, ingin undur diri dari menyokong mana-mana pihak dan hanya mendoakan yang baik sahaja untuk Mesir dan seangkatan dengannya.

 Ya. Dalam membuat pilihan. Semua serba tak kena. Semua serba tak sempurna. Sejujurnya, satu kelemahan diri yang paling ketara adalah dalam memilih. Dan jarang membuat pilihan yang tepat dalam banyak perkara.

"Bila memilih untuk yang itu, otometik terlintas dalam kepala akan kelebihan yang ini.
Bila memlilih untuk yang ini, otometik terlintas dalam kepala akan kelebihan yang itu."

Kadang-kadang yang menjadi terlebih confuse bila terikat dengan kemahuan diri sendiri , kemahuan ibubapa, kemahuan orang lain. 

Bila rasa pilihan itu terbaik untuk diri sendiri, tak semestinya terbaik untuk orang lain.
Bila rasa pilihan itu bukanlah pilihan yang baik untuk diri sendiri, tetapi orang lain kata ini adalah pilihan yang terbaik.

Namun pilihan ibubapa yang terbaik.

Bila dua-dua pilihan punya kelebihan dan keburukan, seriusly pening. 

Alangkah jika semua ini takpernah terjadi, tentu tidak perlu membuat pilihan.

Tapi ini soal masa depan.

Yang terbaik,minta petunjuk dari Allah. Yang mana yang terbaik di mata Allah, maka itulah yang terbaik.
Bukankah Allah mengetahui segala-galanya semua yang kita tidak tahu?

Malaysia vs Mesir? 



Abjad permulaan yang sama,.
Mungkinkah cerita penghujungnya berbeza,
Atau semuanya memerlukan pengorbanan,
Hanya Allah yang tahu....

Assalamualaikum :')