Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Friday, March 14, 2014

Menunggu....

Assalamualaikum.Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Menunggu.....
Sebenarnya baru perasaan hidup saya selalu sinonim dengan perkataan menunggu.
Tunggu, tunggu dan tunggu sehingga ke akhirnya.
Menunggu bila tiba masa kita....
Menunggu bila kita akan menghadap Allah.
Menunggu bila benda itu akan jadi milik kita.
Menunggu bila usaha kita membuahkan hasil.
Dan akhirnya masih menunggu sampai saat ini.

Peritnya.
Peritnya menunggu.
Peritnya menunggu benda itu.
Peritnya menunggu bila benda itu jadi milik kita.
Peritnya menunggu benda itu jadi milik kita macam orang lain sudah miliki.

Tapi...
Peritnya menunggu tanpa usaha
Peritnya menunggu tanpa tawakkal.
Peritnya menunggu tanpa doa.
Dan peritnya menunggu tanpa pengharapan sepenuhnya pada Dia.

Namun dengan peritnya menunggulah,
Apa yang bakal dicapai akan ditemui kemanisannya.
Dengan peritnya menunggu, 
Kita tahu bahawa...

'Dan sesungguhnya Kami telah memberi nikmat kepadamu pada kesempatan yang lain'-Surah Taha.

Akan tetapi,
Tak semesti apa yang ditunggu akan menjadi milik kita akhirnya,
Kerana perancangan Allah lebih teliti dan teratur untuk kita.

Tak semesti apa kita mahu adalah yang terbaik untuk diri kita.
Tak semesti apa yang terbaik untuk kita adalah terbaik disisi Allah.

Lebih baik perit menunggu dari peritnya rasa menyesal kerana tidak menunggu dan berusaha.
Teruskan menunggu.......

Inginkan kejayaan?
Tunggulah dengan usaha, doa , tawakkal.

Inginkan syurga akhirat?
Tunggulah dengan persiapan secukupnya sebagai bekalan ke akhirat.

Inginkan jodoh yang baik?
Tunggulah dengan keelokan peribadimu.

Inginkan rahmat Allah?
Maka perbanyakkan amalanmu.

Ramai orang tanya, kamu pasti dengan jalan ini? Sanggup tunggu walaupun ini peluang terakhir kamu?
Maka jawab saya, kerana ini peluang terakhirlah saya sanggup tunggu untuk terakhir kalinya.
Jika bukan rezeki saya , saya yakin Allah tetapkan rezeki yang lain utk saya kerana.,

"Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang2 yang beriman"-Surah Al Imran.

Dan ada juga orang tanya. Ada kamu tunggu seseorang sekarang?
Jawab saya ada. Saya menunggu seseorang yang pada detik sekarang dia tidak menunggu mana-mana perempuan. 


Tunggulah jika itu boleh puaskan hatimu.
Assalamualaikum:')

No comments: