Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Friday, April 4, 2014

Aku bersyukur.....

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.

I need to clarify everything.  Everything what I have go through. Think deeply why all these things happened.

Sejujurnya, aku banyak salah. Dan aku buat banyak salah dan aku tidak pernah bersyukur.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan
"Kami beriman" dan mereka tidak diuji?

Banyak perkara kebetulan yang berlaku. Bila sedang down dan air mata laju saja mengalir, bila buka fbook atau twitter pasti ashsahaja akan tjumpa kata2 mahupun petikan yang berkait rapat dengan apa yang dialami. Dan paling jelas suka buka alquran  dan selak helaian alquran secara random dan memetik satu ayat dan pasti akn terjumpa ayat yang berkait rapat dengan apa yang dialami. Seolah-olah Allah sedang berbicara denganku dan memujukku supaya bersabar dan terus bersabar.

Apakah ini ujian Allah kepadaku dijalan menuntut ilmu ini? Bila fikir balik, sungguh ringan ujian ini. HambaNya yang lain lagi besar dugaannya. Diuji dengan kehilangan orang yang tersayang , keadaan negara yang huru hara dan byk lagi.

Apakah aku hanya meletakkan perkara itu sebagai rezeki ku? Apa Allah hanya. memberi rezeki kepadaku melalui jalan itu sahaja? Apa selama ini Allah tidak pernah memberi aku rezeki...

Allah. Inilah hambamu yang takpernah rasa bersyukur.

Masih ingat lagi sejak dari darjah satu memang semat cita2 nak jadi dr. Bukan kerana gaji yang byk atau publisiti. Apa umur aku masa itu bisa berfikir soal itu?

Allah. Dia tahu hatiku. Dan dia tempatkan sku dalam bidang ini. Dia ingin menguji lagi. Lalu Dia beri aku kesukaran pada jalan ini. Apa Dia tidak sayang aku? Tidak sama sekali. Sungguh aku bersyukur Dia memberi peluang aku merasa jenuh perit pada jalan ini. Bersama2 sahabat yang sentiasa menyokong. Membuatkan aku bertambah kuat. Dengan ibubapa yang xputus2 usap bahu " jangan menangis, menangis tak boleh selesaikan masalah"

Dengan waktu yang padat, buku bertambun untuk dibaca, sedikit sebanyak mengubati hati yang tak pernah sembuh. Peritnya menghadap dunia dengan muka yang manis tapi hati yang menangis. Peritnya bila terdengar orang sembang pasal apa yang kita impikan hingga menitis air mata. Sungguh saat saat ini akan selalu dikenang sampai bila2.

Mungkin akan ada benda baik yang menanti. Masakan tidak muncul pelangi selepas hujan. Masakan tidak tumbuh bunga- bungaan yang cantik selepas hujan yang lebat.

Harapan aku cuma satu. Jika Allah tetapkan memang rezeki aku untuk itu tidak pernah ada, doa tidak pernah dilupakan moga2 ada perkara baik yang menunggu.

Dan Alhamdulillah utk semua ini. Aku belajar utk mendapat sesuatu yang manis itu harus menunggu dan terus menunggu.

Cuma perlu lebih kuat dan hati kena kental lagi.

Assalamualaikum :')

No comments: