Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Monday, June 30, 2014

Tahun2 Perubatan (part3)

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dalam lindunganNya.

Sudah lama tak update blog. Banyak benda nak share kat sini sebagai bahan bacaan pada masa akan datang. Masa bila sudah besar, bila terasa down. Bukan tulisan orang je yang mampu suntik semangat kita,  tapi tulisan saya sendiri mampu motivasikan diri saya. Lebih kepada sibuk sebenarnya nk taip panjang2. Mana tak sibuknya dekat tiga bulan berada dalam fatrah imtihan. 3 bulan berasada dibawah tekanan. 3 bulan berada dibawah "tempurung"


Pastinya post "Tahun2 perubatan part3 " ini ditulis lepas exam sudah tamat dan seblum balik Malaysia. Okay kita imbas satu2 ya setiap subjek...

[PHYSIOLOGY]
Alhamdulillah alhamdulillah Alhamdulillah untuk written physiology tapi bukan untuk MCQ. Jujur writtten tahun ini tulisan lebih lancar jawab lebih yakin dari tahun lepas. Kalau masa tahun1 mengalami sindrom muntah sebelum exam tapi tahun ini tenang saja jawabnya. Dan soalan MCQ agak sukar. Oral kali ini nasib tak menyebelahi saya. Dapt dr yg agak strict. Practical biasa biasa saja. Targetnya? Takmahu target yang tinggi tapi asal lulus. :)

[ANATOMY]
Alhamdulillah. Written tahun 2 kurang lancar berbanding tahun1. Kerana sikap suka scan soalan dan bila jumpa soalan yg takdpt jawap, semua blank haha. :'( apapun takde teruk sangat. mCQ alhamdulillah.  Oral alhamdulillah.  Praktikal hmmm no komen. Memang lemah praktikal anat sbb allergic dengan bunyi loceng dia ummibaba :'( Target utk anat? Atas dari maqbul. :)


[HISTOLOGY]

Seinfinity alhamdulillah untuk histology. Tiada fenomena pening sebelum exam. Paper pling yakin jawab bagi tahun ni. Buat soaln spot sendiri dan most keluar utk written. Dn dgn bantuan nota Dr Khaled Elmosamy. Practical dan oral alhamdulillah :) Targetnya apa? Antara jayyid jiddan dan mumtaz.


[BIOCHEMISTRY]
Alhamdulillah dan astaghfirullah. Paper paling yang stress tahun ini. Gap hanya 4hari. Pertama kali rasa stress macam tu sepanjang ambil medik. Tidur setengah jam dalam masa satu hari.  Ter effect dengan cerita senior yg mengatakan Biochem adalah subjek paling sukar. Soalan exam yg sukar. Soalan tidak direct. Dan semua cerita mereka semua betul. Hahaah:'( Tapi alhamdulillah bila check balik jawpan untuk written banyak jawapan yg betul. Maksudnya setiap soalan ada point yg betul. Bukan tinggal kosong. Untuk practical alhamdulillah. Oral? Hee belum oral lagi:D Targetnya apa? Ya Allah lulus paper ni kena bersyukur sangat2:')


Jadi overall turutan subjek dari paling susah ke senang tahun ini ialah;

BIOCHEMISTRY---> PHYSIOLOGY ---> ANATOMY ---> HISTOLOGY.


[Bagaimana dengan keyakinan lepas jawab exam? ]

Jujur thap keyakinan lepas jawab setiap paper utk tahun2 lebih meningkat sikit dari tahun1. Lebih positif bila takdpat jawab soalan. Lebih tenang dalam dewan exam dan paling STRESS tahun2 ni.Dan mudah tereffect dengan cerita kawan, baca tweet budak batch yg diorang down, diri pun turut sama down.


Sampai ada kawan tanya,

"Macam mana jawab"

"Entahlah malas fikir. Insyaallah akan datang bantuan Allah. Akan ada rezeki yang kita takduga Allah nak bagi"

Tapi dengan kawan je ckp camtu. Sampai rumah bila semak kertas soaln, bolehnya nangis sorang2 . Berlagak tough.Hahaa...


[HARAPAN]

Harapan untuk tahun2 ialah biar lulus semua paper. Target awal2 tahun dulu nak dpt atleast JJ macam sedikit kabur.Tapi kuasa Allah mampu melebihi semuanya bukan?

Yakinlah. Akan ada jalan keluar. Akan ada bantuan Dia. Hanya perlu letak sepenuh harapan padaNya:')

Apapun doa doa doa dan doa Irham Warhamnie:)

Ya Allah jika rezeki masih dilangit turunkanlah. Jika sukar permudahkanlah:)

Assalamualaikum :)

No comments: