Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Friday, February 28, 2014

Dont give up!

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Sayang blog ni. Everytime ada masalah suka luah kat blog ni.  Bukan takluah pada Allah. Tapi saya anggap blog ni macam manusia, kawan baik.
Taksuka luah masalah pada kawan.

Dont know what to do. Kali ini saya kena betul2 give up. Saya takboleh fikirkan lagi impian, cita2 saya waktu saya kecil.

Im totally a loser to handle this thing.
Saya bukannya Badang yang kuat
Saya bukannya badut yang mampu senyum penuh kepurapuraan.
Saya bukannya plastic.
Saya takboleh nak berpura2 kuat.
Saya takboleh nak gelak sakan.
Senyum macam saya tak ada masalah.

Penat fikir.
Penat menangis.
Penat sakit kepala.
Penat sakit mata.
Penat demam kerana menangis.
Dan penat semuanya.

Even selama ini dalam hidup takpernah ada istilah give up,
Kadang2 saya harus langgar tradisi.

Mungkin kali ini saya harus give up.
Aku takpercaya Tuhankah?
Ya, aku percaya.
Aku percaya ada sesuatu dia ingin bagi.

Give up?
Aku akan give up jika aku tiada Tuhan.
Tapi aku ada Allah.
Yang faham segalanya orang lain takfaham.
Rasa percaya pada Allah sangat kuat.

Terima ini point dalam hidup Allah sedang uji.
Jangan sedih tengok orang lain bahagia.
Jangan down tengok orang dapat apa yang kita impikan usahakan.

Kerana Allah tak janji hidup ini senang, tapi Dia janji Dia sentiasa bersama kita setiap masa dan detik hidup ini bergerak:')

Hapuskan airmata:')




Monday, February 10, 2014

Yakinlah.

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya:)

Rasa macam bosan study then update blog la sikit utk motivate diri sendiri dan secara taklangsung motivate orang lain yang taktersengaja singgah ke blog ini. Straight to the point:

KENAPA SUSAH KITA NAK DAPAT APA YANG KITA IMPIKAN?

#Okay. Kenapa susah sangat? Kenapa rasa macam tak ada jalan langsung? Kenapa Allah tak buka jalan langsung?

Kerana....

Apa yang kita rasa baik bagi kita, tak semestinya akan baik disisi Allah.

#Kenapa orang lain senang nak dapat benda itu. Sedangkan kita sukar sekali?

Kerana .......

Allah tetapkan rezeki manusia itu berbeza-beza malah rezeki sudah ditetapkan awal kandungan lagi.

#Apa Allah tak dengar doa kita, tak lihat rintihan kita, tak nilai usaha kita?

Ya. Allah itu Maha Mendengar malah Maha Melihat. Dia dengar dan lihat semuanya. Kerana Dia ingin melihat kita merintih lama denganNya dan dekatkan diri kita pada dia. Dan Allah itu menilai usaha bukan natijahnya. Allah bagi setiap pahala atas usaha kita. Yakinlah dengan Dia


#Jadi sampai bila mahu lemah begini? Selonglai lalang ditiup angin? Bila ingin menjadi sekuat batu ditepi laut? Biar dihempas ombak beribu kali, masih utuh berdiri?


Bila.......


Kerana Allah tahu kita mampu. Allah tahu walau seteruk mana kita jatuh, seteruk mana mengalirnya air mata, Dia lebih tahu dari kita. Dia tahu hamba Dia kuat utk jalani dugaan yang sangat kecil berbanding hamba-hambaNya yang lain. Kerana.....

"ALLAH TIDAK AKAN MEMBEBANI HAMBANYA MELEBIHI KEMAMPUANNYA"

Yakinlah ini satu proses membina kekuatan dalam diri dan satu proses utk menjadi hamba yang lebih bersyukur dan lebih taat padaNya. Amin:')

Assalamualaikum. Allahumma Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammin Bil Khair.

:')

Saturday, February 1, 2014

Terus kuat :')

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Ameen.

Down. Lemah semangat.

Ya. Takdapat nak nafi sifat mudah lemah semangat dan down sangat sebati dengan diri. Ala2 isi dengan kuku. Mudah rasa sedih. Mudah terasa hati dengan orang sekeliling. Mungkin ciri2 orang yang lahir bulan Jun ialah sensitif orangnya.

Teringat kata2 kakak usrah:

"Bagaimana Islam mampu bangun jika kita senang lemah semangat, hati tak kuat terima ujian? Bagaimana Rasullulah boleh jadi sekuat itu utk pertahankan Islam pada suatu masa dulu?"

Biasala. Jalan untuk tempuh kejayaan bknnya jalan yang straight macam highway yang tiada tol. Lagi2 jalan utk capai cita2 yang kita memang minat. Dan jalannya ibarat jalan belukar. Tiada tar dengan lopak2 Lumpur yang busuk. Sekelilingnya penuh dengan lalang2 berduri.

Nah, macam itu juga jalan utk menuju kejayaan. Harus tempuhi jalan yang berliku. Dan pastinya sepanjang perjalanan itu akan ada perkara2 yang mudah sangat jentik hati kita yang membuatkan jalan itu lebih sukar.

Tetapi bila dilihat sudut yang lebih positif,  kesukaran itu sebenarnya dugaan dan ujian Allah utk uji hati2 kita. Adakah hati kita kuat utk tempuhi perjalanan itu sampai hujungnya atau berhenti separuh jalan;

Bila difikir balik, rasanya takberat sangat ujian Allah jika nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih kuat ujiannya. Sekurang2nya kita masih ada ibubapa sebagai penyokong kita.

"Jangan risau apa2. Sekurang2nya masih ada umibaba utk sokong . Yang paling kena risau takut umibaba pergi dulu. Sekarang ni kena banyak bersyukur"

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah pinjamkan mereka lebih lama lagi agar si anak boleh balas semua jasa2 mereka dan jaga mereka bila mereka tua kelak. Amin.


Semoga terus kuat berada dijalan pilihan ini.

Semoga sentiasa semangat mbina kejayaan.

Semoga kita menjadi hambaNya yang selalu bersyukur.

Semoga kita xmelupakan nikmat yang sekarang. Jangan terlalu memikirkan benda yang masih tak dapat.

Dan semoga terus kuat,  Irham Warhamnie dan kawan2 nya. Amin ya Rabbal Alamin.

Assalamualaikum:)

*post ini ditulis utk mberi smngt utk diri sendiri dan org lain.