Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Monday, October 6, 2014

#throwback Tahun 2 Perubatan

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin. 

Segalanya dicoretkan disini. Suka duka manis masin pengalaman . Tujuannya hanya satu supaya suatu hari nanti sebuah kekuatan luar biasa akan dirasai bila membaca semula semua entry dalam post ini. Dan memang diakui dengan menulis , meluahkan segala-galanya didalam blog boleh tenangkan kita. Macam luah kat seseorang selain Allah, parents dan kawan. Anggap blog ini macam "teman" .

Alhamdulillah ala kulli hal sebab entry ini akan jadi panjang sebab entry ini adalah entry yang terakhir mungkin sebelum fly ke Mesir 15 0ctober ini. Mungkin bila dah di Mesir dah malas taip cerita-cerita yang lepas. Jadi entry ini macam nak cerita semua yang berlaku di tahun2 perubatan. Rasa puas dapat tulis cerita TAHUN2 PERUBATAN part 1,2,3 dan akhir. Rasa complete habiskan tahun dua dengan jayanya walaupun penuh dengan kisah-kisah sedih duka eceh. Hahaha :")  Dan mungkin entry ini akan ada ayat angkat bakul sendiri dan ayat merendah diri. Ayat angkat diri sendiri tujuannya nak ada rasa semangat bila baca balik entry ini suatu masa nanti. Dan post kali ini dikira throw back semua sekali . Alang-alang dah lama tak bukak lappy baik tulis sepuas hati. 

PERMULAAN TAHUN 2 

Bismillahirrahmanirrahim. Permulaan tahun 2 agak sedih sikit sebab transfer credit ke Malaysia tak berjaya. Masa tu semangat nak belajar Malaysia berkobar-kobar sangatsangat sebab dalam hati masa tu memang dah tak ada hati kat Mesir. Berbekalkan result 10A1C dan Jayyid tahun satu perubatan, tiada asasi, aku tak mendapat apa-apa tawaran daripada kerajaan Malaysia mungkin kerana aku ada 1c dan aku Jayyid. Sebab kawan aku yang dapat 9A2B dan Jayyid Jiddan dapat tawaran ke MSU itupun IPTS . Dan yang aku kecewa sangat bila aku dah ada kat mesir, tiba-tiba Dato Idris Jusoh umumkan yang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPT) luluskan permohonan siapa-siapa yang mempunyai 1C untuk menyambung bidang perubatan masa tu. Hanya pada musim orang dok transfer credit ja. Dan permulaan tahun2 aku juga agak sedih sebab masih lagi sedih dengan result tahun1 dulu . Dan satu lagi sebab sepupu dan kawan baik aku di Zgazig dua-dua pindah Malaysia. 

SUBJEK TAHUN2

Aku tak suka bila dimomokkan dengan "Eh subjek addmath tu susah la. Kau belajar kau akan tahula"..."Tahun2 lagi susah dari tahun1. Tahun3 lagi susah" . Bukan aku nak cakap besar tapi sikit sebanyak semangat dan keyakinan aku akan luntur bila dengar orang cakap macam tu. Dan memang tahun2 ni senior2 ramai yang kata agak susah dari tahun1. Ha, tadi cakap besar dan ternyata tahun2 memang lagi susah dan stresss dari tahun 1. Banyak yang kena hafal dan lagi banyak bilangan buku yang kena khatam. Subjek tahun2 ialah Physiology, Anatomy, Biochemistry, Histology dan Physchology. Dalam banyak2 subjek aku paling suka subjek Biochemistry dan yang aku paling tak suka Anatomy. Hahah :)

(ANATOMY)

Bagi subjek anatomy yang kita akan belajar ialah Head and Neck, Neuroanatomy, Lower Limb dan Special Embryology. Cara belajar Anatomy ni bagi aku senang ja. Hanya perlu faham struktur, banyak tengok slide, gambar dan lukis sendiri. Dan yang penting dalam kelas jangan tidur. Bagi aku Anatomy adalah satu subjek yang kita tak boleh "goreng" masa jawab soalan dan takboleh kelentong sebab semuanya fakta. Kita takboleh cedok fakta lain untuk dimasukkan dalam fakta lain. Anatomy ni senang students nak score sebab doctor yang baik sebab diorang sediakan muqorror (soalan spot) dan soalan spot doctor memang kena percaya 100%. Masa tahun1 dulu aku tak percaya lagi muqorror doktor bgi tapi bila naik tahun2 aku memang ikut muqorror satu persatu. Dan untuk kelas anatomy memang tak boleh nak ponteng sebab kalau ponteng satu kelas akan tak faham semua . Bagi aku la sebab aku budak nerd. Semua kelas kena datang dan dalam kelas takboleh tidur.

(PHYSIOLOGY)

Physiology adalah subjek yang tough bagi aku. Senang nak faham tapi susah nak masuk dalam otak. Susah nak ingat. Interesting subjek masa doctor ajar dalam kelas. Aku jenis yang bila dalam kelas doktor ajar aku akan semangat gila nak hafal terus bila balik rumah tapi bila balik aku rasa macam banyak nak hafal dan tangguh tangguh sampailah final baru kalut nak hafal semua. Dan Physiology la aku hanya dapat Maqbul (lulus) untuk tahun1 dan 2. Hahaha. Tapi memang dalam setiap exam aku rasa konfem ja boleh jawab tapi bila keluar result tak macam ditargetkan. Mungkin sebab soalan MCQ yang sangat susah sampaikan aku berpeluh-peluh masa jawab final exam haritu..

(BIOCHEMISTRY)

Biochemistry adalah subjek yang paling aku minat walaupun susah nak faham dan fakta seakan-akan sama. Teknik aku belajar biochemistry ini adalah aku kena buat nota 100% tulisan sendiri sebab aku pening bila tengok buku teks department dan aku kena susun balik info aku dapat masa dr ajar. Dan biochemistry ini adalah subjek yang aku kira agak tough susah nak mampus (haha!) sebab kita tak akan faham bila baca sendiri . Kena dr juga yang ajar kan. Kalau tak datang kelas, memang tak akan faham. Aku tak tahu orang lain macam mana. Sebab tu aku sedih bila tengok part of my classmates suka ponteng kelas biochemistry. 

(HISTOLGY)

Histology ini adalah subjek yang paling senang bagi aku. Dan teknik aku belajar histology ni aku kena ada gambar cell yang aku lukis sendiri. Sebab kalau hafal direct tanpa tengok gambar, susah nak ingat, Sebab kelas Histology ni takboleh nak ponteng sebab dr akan buatkan topik tu jadi senang dan sikit. Dan semua gambar cell yang dr lukis , kita kena lukis jugak sebab semua gambar tu amat penting ya Allah untuk bantu kita lebih faham dan hafal gambar. Teknik aku ialah hafal gambar dan terangkan apa ada pada gambar tu. Ramai suka ponteng kelas histology ni sebab kelas biasa pada waktu tengahri dan mungkin orang pandang subjek ni senang tapi soalan dia memang maut la. :) 

(ELAUN PELAJAR CEMERLANG )

Mungkin pertama kali aku tulis cerita ni dalam blog. Untuk universiti Zagazig memang disediakan elaun atau penghargaan atau hadiah untuk pelajar cemerlang yang mendapat mumtaz atau Jayyid Jiddan untuk tahun tersebut. Nak throwback masa zaman sekolah menengah dulu, aku "menjana pendapatan" dengan duit-duit anugerah pelajar cemerlang . Ini ayat angkat bakul  sendiri. Mungkin tahun 213/2014 adalah saat aku berada dibawah. Dulu masa sekolah menengah, tingkatan 1 sampailah tingkatan 5 aku selalu dapat anugerah pelajar cemerlang sebab dapat ranking 1 atau 2 atau 3 . Sekali bagi adalah dalam 100 atau 200. Dan aku dah biasa dengan keadaan macam tu. Dan aku selalu kata pada diri aku. Sunguh berada dalam bidang medik dan di alam sekolah sangatlah berbeza. Mungkin ketika di zaman sekolah , aku menjadi perhatian cikgu-cikgu sebab aku adalah antara pelajar cemerlang yang selalu naik pentas untuk ambil sijil dan hadiah kecemerlangan. Lain pula bila berada di dunia medik, usaha aku sama saja, Cara aku belajar sama saja. Mungkin Allah nak bagi aku rasa bila berada dibawah. Perasaan luar biasa aku rasa bila kawan rapat aku Aisyah Wahida dan Amalia dapat penghargaan dari Universiti. Ada satu masa aku down dan rasa macam bodoh sangat . Bukan aku nak sangat penghargaan dari Universtiti tapi lebih ke arah sedih sebab tak dapat jadi macam dulu. :)

(CARA BELAJAR PERUBATAN BERBEZA DENGAN ZAMAN SEKOLAH)

Subhanallah. Dulu aku dengar ja orang kata ambil medik ni susah. Dan bila aku berada dalam situasi tu, memang aku akui medik ni tak senang dan tak susah. Semuanya perlukan semangat yang berterusan. tak boleh lentur semangat, kena rajin (sikit), tak boleh study last minit bagi aku bila ambil medik ni . Tak boleh bila saat-saat akhir baru nak start engin, then pecut. Kalau orang yang dah memang genius memang boleh. Aku selalu ingat kata-kata dr anatomy . "Repetition is important. If u dont keep repeating what you learn today, its nothing. Dan aku pegang kata-kata tu sampailah harini. Mungkin aku ni bengap sikit, senang nak faham dr ajar tapi susah nak ingat. Sebab tu aku suka repeat repeat baca dan hafal dari hari aku belajar topik tersebut sehinggalah ke final exam. Aku repeat baca bukan repeat hafal. Repeat baca bukan repeat hafal. Bagi aku bila dah nak exam baru kita gomo hafal kaw kaw sebab bila kita dah biasa baca dan kita dah faham, apa yang kita biasa baca senang nak lekat dalam otak. Dan jangan tangguh dan timbun semua topik . At least lepas dr ajar, balik rumah kena baca juga dan faham juga dan buat nota malam tu juga. Eventho mengantuk pun , kena paksa habiskan apa yang patut buat apa yang sepatutnya buat hari ni sebab esok banyak lagi topik baru . Dan bagi aku kalau nak dapatkan keberkatan dr yang mengajar, jangan ponteng kelas dan jangan tidur waktu tengah mengajar. Tips untuk mengelakkan mengantuk masa dr tengah mengajar kat depan yang aku buat sejak dari zaman sekolah ialah kita kena gerakkan jari kita dengan salin apa yang keluar dari mulut dr atau apa yang dr tulis kat depan. Aku lebih suka bila dr tengah mengajar kat depan. aku tutup buku teks dan keluarkan buku nota kita sendiri dan catat apa yang keluar dari mulut dr sebab bagi aku tak sempat nak follow dr ikut buku. Baik kita follow dia secara "live". Jadi barulah tak mengantuk tak tersengguk sengguk masa dr di depan. 


(TUGAS SAMPINGAN)

Dan di tahun2 aku ajar diri aku bermulti tasking.Berbeza dengan tahun1 bila aku dah janji dengan diri aku untuk fokus pada study saja. Biar jadi kera sumbang pun, asalkan aku dapat capai target aku tapi malangnya target aku masa tahun1 tak tercapai.Dan aku ubah strategi aku masa tahun2 . Aku ajar diri aku bermulti tasking. Takkan aku orang single yang tak kahwin tak ada anak takboleh cemerlang macam pasangan mutazawwijin yang lain. Mula-mula bila aku bermulti tasking ni, aku berdebar juga. Aku takut ganggu result dan study aku . Aku takut masa aku untuk study kurang. Sebab kawan-kawan lain dok study aku duk sibuk meeting. Dan masa aku duk meeting, hati aku tak pernah tenang sebab dok teringat kat buku banyak lagi tak cover dan tak baca . tambah lagi kawan aku Amalia yang memang study- study gila. Lama-lama aku dah biasa. Dan tanpa aku sedar bila aku bermulti tasking aku semakin push diri aku untuk habiskan juga apa aku patut buat hari tu. Contohnya bila aku balik lwat malam sebab meeting dan tambah2 banyak lagi tak cover untuk esok , aku memang tak akan tidur selagi aku belum cover semua. Ramai orang cakap aku paksa diri, tapi itu memang setail aku. Kalau aku tido pun, tak lelap sebab teringat banyak lagi kerja tak beres. Bila bermulti tasking kenalah adilkan . Haha :)

(DUGAAN DAN NIKMAT MUSIM SEJUK DI MESIR)

Dan musim yang paling "mengancam" sekali ialah musim winter di Mesir. Dengan suhu boleh mencecah 5 darjah celcius, memang lena panjang la. Makan banyak , tido banyak, study sikit. Then aku cari alternatif macam mana nak kurangkan tidur ni. Dan eksperimen aku berjaya bila aku tidur atas lantai selama 3 bulan . Aku just letak saratoga ja ( tilam tebal ) dan selimut guna selimut tebal sikit. Dan bila tidur atas lantai , kita akan mudah terjaga sebab sejuk . Jadi kuranglah tidonya. Then bila cerita pada Baba, terus marah . Katanya, badan akn cepat penat dan tulang mudah rapuh sebab terlalu terdedah pada cuaca sejuk . Tapi itu ja cara untuk aku kekal aktif dan produktif pada musim winter . ( Ceh!) .

(TARBIAH KEROHANIAN)

Dan alhamdulillah aku bersyukur sebab aku dikelilingi oleh orang yang selalu mengingatkan aku tentang agama, jangan mudah lagha, jangan mudah tersungkur. Dan aku join usrah kecil-kecilan dengan ahli usrah seramai 8 orang . Alhamdulillah padat dengan ilmu agama dan nasihat. Yang paling suka bila ke Smart Circle (USRAH) bila boleh makan-makan dan boleh release stress. Yang jadi sayang kat usrah ni sebab roomate, Azmah pun join usrah yang sama juga. Dan selain usrah , aku juga ada halaqah persendirian dengan sorang senior perempuan setiap hari jumaat sebelum usrah kumpulan aku. Yang best pasal halaqah ni sebab boleh cakap dari hati ke hati. Aku kagum dengan akak halaqah aku sebab dia sangat semangat ajak aku halaqah dengan dia siap bagi kertas kerja lagi suruh baca. Tak hairanlah kalau dia boleh cemerlang dalam study dan akhlak dia. Dan tarbiah kerohanian juga aku dapat bila aku datang kelas agama walaupun jarang-jarang. Orang kata, rugi kalau datang Mesir kalau setakat nak tuntuk ilmu medik sahaja. Alang-alang dah ada di bumi para anbia. lagi bagus kalau cedok seberapa ilmu agama yang boleh. Dan aku juga handle satu kelas Tahsin AlQuran dan aku dapat banyak ilmu dri kelas tu. 

(TULANG BELAKANG DI MESIR)

Aku punya banyak tulang belakang, tempat aku adu ssemua masalah aku. Dan dialah housemate aku, Kak Azmah. Aku bersyukur sangat jumpa dia di Mesir. Yang dengar semua masalah aku, tolong kerja persatuan aku, teman aku pergi mana-mana. Mungkin aku tak akan jumpa geng seperti F6 tapi kawan sorang dah cukup. Dan tak dilupakan kakak usrah aku yang baik hati. Senang dibawa berunding. Bila stress ja, pergi SC terus rasa lega lepas tu. :) Dan classmates aku yang tak sombong, tak kedekut dengan ilmu , selalu kongsi soalan spot, bagitahu kelas cancel , dan semua lah. Dan akak halaqah, Raihana Roslan. Dan semua yang membantu aku :)

(DUGAAN )

Ramai kawan-kawan aku di Malaysia tanya, tak homesick ke duk jauh2 dari family. Bagi aku memang homesick juga. Tapi bila fikir-fikir aku homesick pun tak ada guna sebab bukan boleh balik pun. Dugaan di Mesir setakat ni bagi aku bila kita ada masalah dan family tak ada disisi dan masa tu rasa seksa sangat sebab aku tak pernah duduk jauh dari family . Ini first time aku jauh dari family. Tapi sekarang semua dah biasa. Ada apa-apa masalah handle sendiri. Almari runtuh baiki sendiri. Gas habis, panggil ammu. Guna la bahasa isyarat pun, asalkan dia faham. Dan dugaan yang paling aku ingat bila ada rusuhan la. Bila kena gas pemedih mata dan kena kurung dalam kelas dan tengok muka kecewa Dr bila kelas tiba-tiba kena batal dan naik tremcoo ( van) berhimpit-himpit dengan segala macam bau. Haha. Dan bila summer time, panas membahang dengan blackout maximum 4 kali satu hari. Apapun dugaan yang pernah dialami dan bakal dialami, , mesti hadapi dengan hati yang kuat dan kental dan tidak mudah melatah. Kerana Mesir mengajar aku apa itu erti kesabaran dan bangkit dari kegagalan dan tentulah kekuatan rohani !









Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


(Hambamu)