Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Thursday, January 1, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin.

1.1.2015.

Selamat Tahun Baru. Selamat tinggal 2014. Selamat datang 2015.
Selamat tinggal kisah 2014. Jom buka kisah baru. Kisah 2015. 
Pasti akan lagi banyak memori tercipta pada tahun ini.
Umur semakin meningkat.
Harapnya kematangan juga meningkat.
Dan yang penting iman dan rahmat Allah juga semakin meningkat.
Amin.

Pastinya tahun 2014 meninggalkan banyak memori manis dan pahit untuk diingati.
Tahun penuh cabaran.Penuh dugaan. 
Alhamdulillah azam tahun hampir semuanya tercapai.
Azam tahun lepas tidaklah tinggi melangit,
Hanya berdoa semoga konsisten usaha,doa,tawakkal dan bahagiakan makayah.
Alhamdullillah hasilnya seperti yang diimpikan. 

Lain pula kali ini. 
Gaya memasang tahun ini lain pulak.
Lebih untuk Dia.
Sedikit pada manusia.
Azam tahun ni biarlah ingatanku lebih pada Dia.
Kerana Dia yang aku selalu lupakan.

Setiap hari biarlah sekurangnya 100 kali istighfar padanya. 
Basah bibir berzikir padaNya.
Biar taubatku Dia terima semuanya.
Kerana semakin hari bukan dunia yang aku kejar,
Bumi semakin menunjukkan uzurnya.
Apa lagi aku mahu dari dunia yang fana ini.

Banyak lagi yang aku ingin dari dunia ini,
Tapi bukankah Dia yang mengizinkan semuanya terjadi.
Maka aku harus lebih ingat kepada tuan punya dunia ini.
Allah Maha Besar.

Apa aku mahu dari dunia?
Aku mahu masalah aku cepat selesai.
Aku mahu score lagi Jayyid Jiddan atau Mumtaz.
Aku nak jadi anak yang berguna pada mak ayah.
Aku nak jadi lebih solehah lebih baik.
Aku nak jadi orang lebih sabar.
Aku nak jadi lebih berbakti pada orang lain.
Aku nak aku grad tepat pada masanya.
Aku nak pasangan.
Aku nak kahwin tepat pada masanya.
Dan banyak aku mahu dari dunia ini.
Tapi biarlah Dia suka padaku.
Memudahkan semua perjalananku didunia.
Dan jalan ke akhirat sana.

Selamat tahun baru semua. Bila fikiran itu positif, banyak benda positif akan hadir.

Assalamualaikum :)

No comments: