Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Friday, April 17, 2015

Tahun 3 Perubatan Part 3

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya . Ameen:)

Sekarang ni dah masuk fatrah imtihan. Final tahun 3 lagi dalam 10 hari.

Start 27 April sehingga 14 July. Dekat 3 bulan setengah. Dalam masa 3 bulan setengah boleh jadi zombie haha.

Dah lama fikir bila la nak update dekat blog pasal semua Tahun 3 ni . Akhirnya rajin juga nak menaip petang petang macam ni.

Tahun ni tahun yang agak disaster bagi aku. Sebelum aku melangkah ke tahun 3 , beberapa momokan cakap cakapan dari senior yang pelbagai aku dengar pasal tahun 3 ni,

"Tahun 3 adalah tahun yang paling susah sekali antara 6 tahun dalam dunia medik"
"Nah masuk tahun 3 tahula macam mana . Dengan pharmaco lagi"
"Sekurangnya tahun 3 2 kali ganda lebih banyak untuk dihafal berbanding tahun2"
'Tahun 3 bukan susah, Senang nak faham tapi banyak benda nak hafal dan ingat "

Dan Dr pernah kata,

"3rd year is an exaggrated form during your medical studies."
"Pharmacology is an easy subject but need repetition"
"When i was studying pharmacology, i feel like some butterflies around my head, Its like when i memorized the drug, then ill forget after that. So pharmacology is difficult"

Dan akhirnya aku mengaku semua itu betul:)

Nak throwback markah midyear exam aku haritu. Seriously midyear yang paling teruk . Dulu rasa tahun 1 macam dah teruk tapi tahun 3 teruk lagi. Kesalahan itu disandarkan pada diri aku sendiri mungkin aku study last minutes , Biasanya sebelum exam aku dah khatam dah buku at least 5 kali. Tapi masa midyear haritu 3 kali pun tak sempat. Baca pun macam lipas kudung .

Pharmacology: 20/50
Pathology: 34/45
Parasitology: 15.5/20
Microbilogy: 26/30

Okay berdasarkan analisa aku sendiri , Pharmacology yang paling teruk lah. 20/30. Tak sampai separuh tapi tak menangis pun . Senyum lagi. Ratarata batchmates dapat markah range  20-30 markah paling ramai. 30 markah dan keatas tak ramai sangat. Tapi ramai la yang atleast lebih dari separuh tapi aku ni separuh pun tak sampai.

Maka bermulalah episod nak mencabar diri sendiri. Kebetulan tahun ni bagi semua subjek Dr akan buat second midyear untuk students yang tak dapat markah lebih dari separuh. Dan atas pilihan kita nak ambil atau tak. Tapi untuk Pharmacology hanya setakat 30 markah je paling maksimum Dr dapat bagi. Dan topik yang akan keluar mestilah lebih banyak dari first exam haritu.

Kitaorang ada masa 2 minggu untuk study balik, Aku ni pening kepala dok fikir nak ambil balik ke tak, Nak ambil balik takot tak sempat nak study and takot dapat markah lebih rendah dari yang dulu. Lastly aku ambil keputusan ambil. Dan hikmah besar aku ambil exam ni sebab walaupun peningkatan markah tu tak de la banyak tapi akhirnya baru aku sedar yang aku,

TAK FAHAM PUN SEBENARNYA APA YANG AKU BELAJAR SEBELUM NI.
Masa aku study untuk kali kedua barulah aku faham laaaa macam ni ke pharma. Cthnya dalam bab general pharmacology , ada belajr pasal receptor alpha 1 , alpha2 , b1 agonist , antagonist and so on. Aku baru tahu benda tu ya ampun sangat penting untuk faham pharmacology. Baru aku ingat masa Dr ajar bab general tu, fikiran aku tak tenang sebab masih dalam zon masalah permulaan awal kuliah haritu hehe..

Dan Alhamdulillah kalau aku tak ambil exam haritu, sampai ke final aku tak tahu rasanya. Dan markah yang dapat cumalah:

Pharmacology: 23/50

Alah, biarpun usaha nak mencabar diri tak sepenuhnya berjaya tapi kena bangga dengan diri sendiri sebab dah berjaya ambil exam, berjaya study semua topik dalam masa 2 minggu dan berjaya dapat 3 markah. Yeay ! 3 markah bermakna tau. :) *pujuk diri sendiri*

Okay tak sempat nak tulis panjang .

Untuk semua doakan kami pelajar perubatan tahun 3 universiti Zagazig najah untuk final exam yang akan datang ni . Doakan kami lulus dengan cemerlang dan dapat balik Malaysia dengan tenang. Maafkan semua kesalahan yang sengaja atau tak sengaja.

Untuk awak yang jauh di UIA tu, maaf atas semua silap. Awaklah sahabat  yang paling banyak paling banyak saya buat silap. Maaf sakitkan hati , banyak menipu perasaan. Goodluck in your life.

Assalamualaikum.:)


No comments: