Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tuesday, June 2, 2015

Tahun 3 Perubatan Part 4 ( Pathology Final Exam )

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Alhamdulillah dah berakhir paper Pathology. Sekarang ni berada dalam gap Pharmacology. 5 days more to Pharmacology. Pelik , sepatutnya tak boleh update blog masa ni tapi tak tahu kenapa tangan gatal nak update blog yang dah lama tak terupdate ni . One of the exam syndrome maybe? Gap Pharmacology ada 2 minggu. Penat hafal, penat tengok buku, eyebags berketul2. wajah nampak 10 tahun lebih tua (melampau) haha.

Ok post ni nak #throwback untuk paper Pathology. Hajatnya untuk setiap paper nak #throwback nak blog je. Kalau #throwback dekat instagram nanti berlagak nak jadi macam FJ pulak caption panjang haha ! Nak update dekat facebook tapi bukan seorang yang facebook addict.


Gap untuk Pathology haritu lebih kurang 13 hari. Gap yang panjang bagi aku. Dan banyak yang nak dibacanya. Dua buku yang dua-dua tebal dan banyak yang nak dihafal. Masa gap Pathology setakat ni paling stress la. Ok kita tunggu 3 subjeks lagi baru kita buat comparison ya . Masa gap 13 hari ni memang ulcers ni stay dalam mulut aku 13 hari la juga. Mentang-mentang la kita belajar pasal type of ulcer cthnya dyseptic ulcer occur in young woman, related to stress. Haha. Tak keluarpun soalan pasal ulcerulcer ni.


Pathology punya buku. Aku cantum jadi satu buku. Nampak macam sikit:)
::Practical::

Practical Pathology la aku bagi full preparation untuk dia. Sebulan sebelum tarikh practical ni dah prepare dah. Tiap2 pagi pergi department gilir-gilir tengok jar dengan slide dari pukul 8 pagi till 9 pagi. Jumlah jars adalah 103 kalau tak silap dan yang keluar exam adalah 5 saja. Bilangan slide adalah 96 dan yang keluar exam adalah 5 saja.

Apa yang susah pasal slide untuk aku maybe susah kita nak kenal and identify ni slide apa. Tapi bila lama lama tengok tahu landmarks for  each jadi mudah je sebenarnya. Masa awal-awal tahun memang rasa susah tapi bila dekat dekat nak exam rasa senang. Lepas rasa senang nak identify, rasa banyak pulak nak hafal descriptions untuk setiap slide tu.

Untuk jars mudah dan complicated sebab nak hafal descriptions dia . Terlalu banyak tapi sebenarnya untuk each disease pada organs tu sama je descriptions dia. Cuma kena tengok apa point penting pada jars tu.

Overall untuk exam practical Pathology adalah ALHAMDULILLAH OK TAPI BUKAN THE BEST. Overall markah 60 markah , Aku target lebih 50 kot sebab check dengan budak cemerlang tu sama jawapan dengan dia. Alhamdulillah diagnosis untuk 5 jars dan slides semua betul cuma descriptions tu berterabur dan lupa nak tulis organ apa lepas dignosis tu cthnya aku tulis Basal cell carcinoma tapi tak tulis SKin. Adui harap-harap doctor consider la untuk bagi markah full.

::Written::

Paling strress la. Ada 2 paper. Setiap paper dibahagi tajuk masing -masing.
MCQ alhamdullilah Doctor baik hati tahun ni semua daripada mcq department je . Tapi setiap tajuk ada dekat 250 sooalan yang keluarnya 60 soalan je. Mana nak ingatkan. Maka mati kutu la aku dalam exam masa nak jawab exam..

Utk each paper markah mcq adalah 30 markah. Each paper aku target dapat 20 lebih bukan fullmarks sebab bila check balik memang ada yang confirm salah.

Untuk written, nak menangis aku jawab, Eh masa jawab rasa confident dah jawapan betul. Tapi bila balik rumah check , eh rupanya salah jawapan aku, Banyak each questions jawapan tak complete, point ada tapi huraian macam budak sekolah rendah punya huraian. Tahu apa dalam otak tapi nak terjemah dalam bahasa medik pening haaaaaa.....:( Lepas aku jawab written paper2 terus tak yakin untuk paper Pathology ni . Ya Allah harap3 lulus lah Pathology ni.

::Oral::

Nightmare untuk oral. Ada sedikit silap faham masa hari oral. Kertas nama kitoarang yang nama awal-awal ni termiss dan unfortunately nama kitaorang dipanggil last sekali. Pukul 12 tengahari baru masuk bilik Doctor and guess what? Semua budak Melayu masa tu semua dah balik tinggal kami berlima je tinggal few budak arab je. Siap kena marah dengan Doctor lagi dia kata kitaorang datang lewat dan masa untuk oral dah habis. Memang tegang gila muka Doctor perempuan tu. Harap tak dapat oral dengan dia dan alhamdulillah tak dapat. Kalau dapat dengan dia, hancur oral aku . Mood dia dah rosak tambah dengan mood aku yang dah padam dengan nervous dari pukul 8 pagi lagi.

Oral aku pun tak berapa ok jugak . Dua dua doctor dah ok tapi taktau kenapa memory aku macam hilang macam tu je. Tersekat-sekat masa nak jawab soalan Doctor. Aku suspect sebab lambat sangat masuk ni. Harap markah okay sebab oral la dapat tolong untuk aku najah paper Pathology. Nak depend pada carry marks cukup-cukup nak hidup je..

Semoga aku lulus tahun3 dengan cemerlang dan dapat banggakn umi baba lagi .

Goodluck untuk semua utk next 3 papers, Pharmacology, Microbiology, Parasitology.

Road to become a doctor. Tak sangka aku sampai tahap ni , Nak menangis rasa bila ingat balik zaman-zaman air mata, depressed dulu. Sekarang pun zone merana lagi tapi pandai kawal emosi sikit sekarang. Lebih positif sikit. Alhamdulillah untuk semua nikmatmu Ya Allah :")



Assalamualaikum :)

No comments: