Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sunday, June 28, 2015

Tahun 3 Perubatan Part 5 (Pharmacolgy Final Exam) + Salam Ramadhan

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin :)

Alhamdulilllah post ini ditulis setelah habis written Microbiolgy . Tapi ini post pasal overall untuk Pharmacology . Seriously terlupa nak update dan lebih ke arah nak melupakan nightmarenya Pharmacology .

Alhamdulillah setelah penat lelah struggle Pharmacology untuk Tahun3, akhirnya habis jumpa akhirnya. Harapnya kita tak pernah jumpa lagi ya melainkan dialam kerja kelak . Amin.

Overall untuk Pharmacology harapan nya adalah untuk lulus sahaja. Harap harap sangat semua batchmatesku lulus semua subjek dan daapt naik tahun4 bersama sama . Dapat sekelas lagi. Amin.

::CARRY MARKS::

Agak rendah . 23/50. Sebab carry marks rendah yang membuatkan aku sedikit bimbang . Kesalahan disandarkan pada diriku sendiri kerana study last minutes untuk midyear exam haritu.

::WRITTEN::

Written paper1 overall okay. Ada point penting tapi banyak juga yang digorengnya. Harap-harap tak sampai hangusla gorengannya dan Dr rajin mencari point yang tersembunyi.

Written paper2 aku serahkan pada Tuhan saja. Memang tawakkal habis. Banyak yang blur dan memang tak ingat, Maka digorengkan juga sampai hangus berkerak. Memang check jawapan banyak yang salah. Tapi ada juga soalan yang lancar saja jawapannya. Harap-harap soalan yang dapat jawap tu dapat back up markah-markah yang lompong berlubang tu.

::MCQ::

MCQ paper1 ku gelarkan jawab syok sendiri. Masa jawab rasa senang .Eh tapi bila check jawapan rupanya salah. Banyak hilang markah juga di MCQ paper1. Opssss MCQ paper1 beranikan diri check jawapan.

MCQ paper2 dah serik dan tak check jawapan pun . Tapi MCQ paper2 lebih senang dari MCQ paper1. Dan pastinya tak blank dan tak blurr macam jawab MCQ midyear haritu. Bila tengok nama drug ha dah tahu dah ni drugs dalam kelompok apa. Rupanya seronok juga Pharmacology kalau kena cara belajar yang betul.

::CASES::

Alhamdulillah soalan cases mudah tapi mencabar. Dia tanya lebih dalam lagi pasal satu-satu cases tu. Dan alhamdulillah lagi drug pertama yang dipilih untuk setiap cases semuanya betul cuma  ada la salah juga bila dia tanya soalan yang keluar dari cases. Yang paling geram,

"What is drug that is safe for pregnancy?"
"Woi methyl dopa la wei , Kau pilih methyprednisolone tu kenapa?Kan dah terang-terang kau dok hapai methydopa used for hypertension in pre eclampsia"

Ni antara monolog dengan diri sendiri bila geram dengan diri sendiri suka buat kesalahan yang tak sepatutnya dibuat.

Overall, alhamdulillah untuk soalan cases. Dapat faham cases dengan baik dan lancar juga jawab untuk soalan cases :)

::ORAL::

Untuk kali oral ada dua section. Semuanya kena pair. Dan pair ku untuk oral Pharmacology adalah Kak Eliz. Alhamdulillah selesa pair dengan dia. Tak rasa kita lebih dan tak rasa diri kita kurang.

Section pertama alhamdulillah kami dapat jawab lancar gila. Siap Dr banyak puji kami

"Im proud with both of u. Ill pray that you will pass Pharmacology"

Biarpun sebelum kena dengan Dr ni, budak lelaki classmates kami dah bagi sign, mampuslah kau dengan Dr ni .Banyak gila tanya soalan susah pulak tu.

Alhamdullillah Tuhan tolong kami. Dia tanya banyak soalan juga tapi semua dapat jawab dengan lancar dan kurang gagapnya. Awal-awal je blur tapi lama-lama alhamdulillah she said, Ill give full marks to both of you . Alhamdullillah...

Lain pulak dengan Section ke 2, budak lelaki yang ckaap matilah aku tadi, lepas dia keluar dari bilik kedua tadi dia kata, "Alhamdullillah senang je wei, dia tanya satu soalan pastu terus bagi fullmarks"

Tapi bila kami masuk, memang dia tanya satu soalan je tapi subhanallah dia suruh compare dua drug. Dan drug tu dikira drug yang tersembunyi dan kurang diberi perhatian oleh students. Maka tergagaplah kami berdua jawab. Sangat berharap walaupun Dr tunjuk muka kecewa harap harap markah pun okay la kan.

::PERTOLONGAN DIA::

Hasbunallah Hi Wanikmal Wakil ... Sesungguhnya dia adalah sebaik-baik pertolongan. Sungguh ku serah pada Dia satu peratus untuk tentukan natijahnya atas segala usaha kami. Nothing impossible in this world bila pertolongan Dia datang. Sempena bulan Ramadhan doa banyak banyak semoga semua saya dan batchmates lulus semua paper dan dapat naik tahun4 sama sama Amin......

Untuk siapa-siapa baca post ini , tolong Aminkan doa saya ya :)

Post tentang Microbiolgy akan diupdate bila selesai Oral pada lusa. Alhamdulillah 18 hari nak balik Malaysia. Seriously penat exam terlalu lama sejak dari bulan April lagi sampailah sekarang. Lingkaran gelap bawah mata dah banyak. Jerawat tak payah cakapla. Dengan ulcer kat mulut yang sangat pedih kadang-kadang menangis sambil hafal sebab suka hafal kuat kuat tapi bila ulcer kat mulut jadi sakit sangat bila keluar suara tapi terpaksa tahan sakit untuk hafal sambil menangis.

Dengan bilik yang panas membahang. Bilik housemates tak ada la sampai panas macam ni mungkin sebab bilik ku tak masuk udara luar dan tak ada beranda untuk tengok pemandangan luar pun . Dan akhirnya baba temui solusi nya, dengan sembur air dalam bilik setiap kali rasa bahang panas sangat. Dan Alhamdulillah kurang rasa bahangnya.



Dan semua aduan di atas tak lain tak bukan adalah CABARAN daripada Dia dan semua kena sabar dan teruskan. Tak boleh skip pun satu "acara" dalam jalan hidup kita tapi kita kena melangkah walaupun rasa sukar payah sekalipun.

::SALAM RAMADHAN::

Dan Ramadhan boleh dikatakan puasa penuh dekat Egpyt. Cuma hari terakhir puasa saja dapat rasa sahur dan berbuka sekali saja dengan family.

Menu pastinya simple saja. Menu students kan . Mana ada sotong celup tepung nasi krabu , gulai tempoyak kat sini.

Terawih meriah sangat. Suka solat terawih kat sini bila kami pelajar perempuan ramai ramai ke masjid siap pakai telekung putih jalan ramai ramai sampaikan orang Arab semua tengok pelik Hahaha.. Pasti akan rindu Ramadhan di sini bila dah grad kelak.

Walaupun Ramadhan kat sini dengan cuaca yang panas, musim exam, ulcer musim Ramadhan dan musim exam, boleh bayangkan betapa sakitnya rasa sampai ambil tindakan berani mati ambil garam secubit letak atas surface of ulcer tu . Ya Allah sakit dia sampai ke otak. Macam rasa sakit nak beranak. Mengarut. Sakit nak beranak lagi sakit tau. Menangis sekali lagi bila letak garam atas ulcer yang sakit tu tapi terpaksa sebab nak guna banyak suara nak hafal lagi, nak baca Quran lagi.
Jadi ini apa? Ini pun cabaran juga :)





Okay setakat ini dulu. Assalamualaikum :)

No comments: