Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sunday, July 5, 2015

Ramadhan Di Bumi Barakah, Mesir.

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindungaNya.

Separuh Ramadhan telah pun meninggalkan kita. Rasa cepat sungguh masa berlalu sekarang. Tak sedar Ramadhan semakin hampir untuk tinggalkan kita. Berada dalam fatrah imtihan, fatrah untuk mengejar pahala Ramdhan , bulan habis-habisan untuk tadarrus AlQuran. Semua umat Islam berkejar-kejaran untuk memperbanyakkan amalan di bulan ini. Teringat kata-kata Dr Anwar Fazal,

"Apa yang aku takutkan ialah apabila aku sedar maksiat dosa yang aku lakukan pada bulan Ramadhan bukanlah dari syaitan tetapi dari diriku sendiri".

Benar, itu juga yang aku takuti. Tanpa aku sedar membuat dosa, bukan daripada syaitan tetapi kerana kelemahan diriku sendiri. 

Jangan kita menjadi hamba Ramadhan, bila berlalunya Ramadhan, hilanglah tarbiah dalam diri kita. 
Sepatutnya menjadi sebenar-benar hamba padaNya.

Fatrah exam dalam bulan Ramadhan padaku bukanlah sesuatu yang berat. Malah lebih bersyukur sebab boleh panjatkan doa-doa banyak pada Dia, Semoga dipermudahkan urusan aku dan rakan-rakanku dalam menghadapi exam yang berbaki ini . 

Letih dan panas memang menjadi adat dalam berpuasa. Tambah-tambah bila berpuasa di negara padang pasir ( takdela padang pasir sangat pun ) tetapi dalam musim panas yang kadang-kadang suhunya tidak terjangka dengan bahang panasnya. Kami kat sini puasa 17 jam lebih sikit dari puasa di Malaysia. Orang kata untungla dapat pahala lebih. Harapnya begitu Insyallah.

Rasa malu nak mengadu lapar dahaga panas penat sebab bagi diriku tak ada buat kerja berat pun. Hanya duduk dalam bilik sehari suntuk , baca buku, dibawah tiupan kipas yang tak mampu nak hilangkan bahang panas pun, boleh berehat dan tidur bila penat. 

Lain pulak dengan gelendangan diluar sana, yang menjana pendapatan harian dengan menjual tisu, duduk ditengah panas. Sama juga dengan mak cik jual sayur yang kehidupan sehariannya dihabiskan diluar rumah yang sememangnya panas membahang. 

Allah, nikmat manakah yang kamu dustakan? Terlalu banyak kesenangan yang Allah dah bagi. Tu pun kadang-kadang masih malas rasa penat nak beribadah. Hamba jenis apa aku ni?

Alhamdulillah iftar diMesir biasa biasa saja. Tugas memasak dirumah masih diteruskan. Simple tapi dah banyak bersyukur dah . Kadang-kadang ada juga berbuka puasa bersama classsmates dan ahli usrah .Rasa la terisi juga kekosongan nya. Biasa makan berdua dengan housemate. Masa ni lah rasa rindu dekat family di Malaysia. Tak apa, tahun ni tak ada rezeki nak berbuka bersahur bersama family lagi. Bersyukurlah :)

Terawih dekat sini meriah sebab ramai-ramai berterawih kat masjid. Alhamdulilah masjid selesa, tak panas sangat, tak padat sangat. Sebab biasanya bahagian solat perempuan selalunya padat . Alhamdullillah masjid lain menjadi pilihan kali ini. Masjid yang bukan tumpuan pelajar Malaysia. Hanya dua imarah ( bangunan ) pelajar perempuan saja yang selalu solat dekat masjid ini.

Dekat Mesir, wajib ( hanya peraturan) untuk keluar malam bersama-sama musyrif ( ustaz/kawan lelaki) untuk menjaga kesealamatan. Tapi ada kalanya kami redah saja. Maklumlah jaraknya amatlah dekat, Tapi jika terserempak dengan ustaz, boleh juga kena marah atau paling parah pun adalah ustaz atau ikhwah yang  tegur  dekat facebook tegur pelajar perempuan tanpa musyrif . Yang paling teruk setakat ini pun menggelarkan akhwat sebagai khodrowaat. Sehingga kini, aku sebagai wanita tak boleh terima dan tak dapat maafkan lagi ustaz yang menggelarkan kami sebagai khodrowat ( sayur) sinonim baginya iaalh melabelkan  wanita insan lembik lemah layu macam sayur !

Sebagai perempuan tentunya , susah nak puasa penuh kerana fitrah semulajadi yang diciptakan Tuhan kepada kami. Maka agak sedih dan depressed bila datang uzurnya, habis terbelangkalai untuk tadarus Alquran dan ibadah-ibadah lain. Tapi boleh saja menjana pahala melalui menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa, membaca AlMathurat, menghadiri majlis ilmu, bersedekah dan lain-lain ibadah. Tapi perasaan untuk berpuasa, bertadarus takdapat dirasai. Tak dapat rasa "roh" Ramadhan tu haa..



 "Iftar bersama ahli usrah"




Setakat ini saja coretan pengalaman berpuasa di Mesir, Akan bersambung di post untuk balik Malaysia nanti. Assalamualaikum :)

No comments: