Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saturday, August 1, 2015

Tahun 3 Perubatan Part Akhir (Overall 3rd year)

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya . Amin :)

Alhamdulillah berakhir sudah "penderitaan" 3rd year di Zagazig University Mesir. Beribu kesyukuran dipanjatkan pada Allah yang maha Esa. Yang mendengar dan perkenankan doa kami semua. Alhamdulillah ramai yang dapat naik tahun dan alhamdulillah kawan-kawan baik sekelas pun semua dapat naik tahun . Tak sabar rasanya nak sama-sama naik tahun 4, tahun clinical yang pertama bagi kami setelah tiga tahun berhempas pulas dalam tahun theory. Tak sabar nak masuk kelas balik, belajar subjek baru. Dan semangat yang lebih lagi dari tahun 3. 

Alhamdulillah lulus semua subjek, lulus tahun 3 dengan pangkat Jayyid sahaja . Lebih dari target asal . Asal target lepas (maqbul) sahaja. Sebab seriously tak percaya dapat lepas tahun 3 ni . Sungguh nightmare tahun 3 dibandingkan dengan tahun 1 dan tahun 2. 

Bagi ku, tahun 3 nightmarenya bukan sebab subjek susah. Tapi bila berperang dengan perasaan malas, masalah yang bertimbun pada permulaan pengajian yang tak boleh dielakkan. Alhamdulillah macam tak percaya dapat lalui tahun "gelap" ini . 

Pernah cakap dengan senior perempuan, "Saya rasa takut nak lalui tahun3 dengan masalah macam ni . Saya takut tak mampu nak naik tahun4"

Alhamdulllah selalu kekal motivated, kalau down cepat cepat hilangkan perasaan down tu. Tapi kalau malas baca buku, susah nak jadi rajin haha :D

Banyak yang aku belajar masa tahun 3 .  Tapi ditahun 3 lah aku ubah cara belajar yang membuatkan aku kalut diakhir-akhir waktu dan di tahun 3 lah aku belajar last minute. Sangatlah last minute. Takpernah sepanjang schooling epoch ku buat macam ni .

Ubah cara belajar sebab awal-awal mindset dengar orang cakap, "ala tahun 3 dah tak sempat buat nota"
"baca buku teks dah lebih dari cukup"

Haa sebab ayat mcam ni la buatkan aku directly read from books. Maka belajarlah aku tanpa nota kononya mampu aku hadam, baca ayat yang tak tersusun bagiku. 

Maka kalutlah aku membuat nota ditengah2 gap exam. Buat semua dalam table, mindmaps dan yang paling aku terkejut ialah aku ingat semua apa nota yang aku buat last minutes dalam exam . Agak sedih di sini tapi yang dalam buku pun ingat juga tapi deritanya masa gap sebab tengok buku rasa macam banyak Ya Rabbi aku perlu baca tapi padahal 4 helai nota dah cover all 30 pages in text books.

Tak apa lah ambil pengajaranlah . Jangan fikir buat nota itu makan masa yang banyak sebab bagi aku masa buat nota tu dah macam study, baca dan hafal sikit sebanyak masa buat nota tu. Tahun depan mesti belajar menggunakan nota. \

Dulu aku ingat aku bukanlah jenis yang boleh study dalam group. Tapi tahun ni aku barulah sedar bila study dalam group ( study group bagiku adalah 2 orang saja) apa yang kita hafal dengan kawan lebih cepat ingat . 

Masa gap haritu, aku ambil tindakan berani mati cuba study dalam group ulang alik rumah kawan hafal sama-sama. Dan alhamdulilah semua yang keluar masa exam apa yang kitaorang hafal sama-sama, semua ingat dengan lancar. Menyesalnya dari awal tak praktikkan belajar dalam group. Maka, study dalam group mesti buat untuk tahun4. 

Ramai senior kata tahun4 lebih senang dari tahun 3 dan dianggap tahun "honeymoon" bagi sesetengah students. Kena buang mindset ini awal . Honeymoon jika study awal-awal dan nightmare jika study last minute.

Dan beberapa lessons aku kutip dari tahun 3 ni ialah ( mungkin berlainan bagi orang lain);

-Buat nota jika maklumat dalam buku teks berterabur. Compare dalam table item yang nak dekat sama tapi ada perbezaan yang mampu kita ingat lancar.

-Study group dengan ahli sebanyak 2 orang untuk sama-sama hafal .

-Jangan study last minute , Pastikan 2 hari sebelum exam dah siap semua baca. Targetkan lebih dari 3 kali untuk baca dan hafal buku.

-Jangan terlalu fikirkan masalah sebab boleh effect kita ,

Apa yang aku terkilan untuk tahun 3 ialah item yang ketiga. Tahun ni 2 kali tak sempat nak ulang baca malah malam exam ada yang masih tak sempat nak baca dan tak terhafal. Memang tawakkal habisla. Dan ada juga menghafal sambil menangis sebab study last minute dan tangguh baca dan tak buat nota sebab bila tengok buku teks banyak yang perlu dihafal/ Berbeza dengan tahun 2, untuk setiap subjek ada dekat 6 atau 7 kali dok hafal sambil berbuih mulut. Dan kerana inilah nightmarenya tahun 3 bagiku kerana banyak kesilapan dari teknik belajar dan kegagalan mengawal emosi dan perasaan bila masalah melanda.

Dan alhamdulillah kerana rintangan di celah-celah kejayaan membuatkan aku lebih kuat, lebih kalis lagi bila masalah apa-apa berlaku. Dan kali ini, merasai keajaiban yang sungguh nyata membuatkan mataku terbuka luas untuk melihat kekuasaanNya. Tiada mustahil bagi Dia.







Alhamdullillah ! Selamat datang ke tahun 4 untuk diri sendiri :)

No comments: