Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Thursday, October 1, 2015

Pengalaman Attachment Di A&E Dept.

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin.

Definitions of summer break are; :)

  • Spend most time kat rumah
  • Join program BRIGHT anjuran Persatuan Perubatan Mesir.
  • Belajar teknik memasak ikut cara orang orang tua memasak.
  • Shopping barang online . 
  • Borong buku yang sedang laris di pasaran.
  • Attachment di hospital USM selama 2 minggu di Department A & E.
  • Dan lain lain . Haha.
Alhamdulillah selesai sudah ber'attachment' ataupun ber'elective posting' as 3rd year medical student di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan selama 2 minggu sahaja bermula 7 September sehinggalah 20 September 2015. 

PERMULAAN CABARAN

Sebagai pelajar perubatan, kita diberi 3 pilihan department untuk kita buat elective posting . Tapi daripada 3 tu hanya satu je yang akan kita dapat . Dan kami memilih 3 department sebagai pilihan iaitu Opthalmology, Obstetric&Gynecology dan Microbiology&Parasitology department. Dan akhirnya dapat department Microbiology&Parasitology . 

First day, kami pun mendaftar diri kat M&P Dept. Jumpa dengan Supervisor Dr Asma dia kata tak pernah lagi ada lagi medical students buat practical kat sini. Alhamdulillah beliau seorang yang baik dan mudah berunding. Dan beliau tanya kalau kamu nak buat practical kat dept ni, apa target awak. Maka kami pun jawab jawapan yang cliche iaitu nak belajar clinical skill dll. Dan beliau pun kata , kat dept ni memang kita tak akan masuk wad pun. Hanya duduk dalam lab, belajar staining dan segalanya pasal penyelidikan. 

Dan akhirnya kami jumpa dengan Ketua Elective Posting untuk minta tukar dept. Mulamula berdebar juga sebab fikir mesti dia akan marah sebab tak pilih betul2 dept mana dan last minute pulak nak tukar but alhamdulillah finally dapat tukar ke Accident And Emergency Department . Yahoo. Dan bermulah sebuah permulaan :)

SUPERVISOR

Sebelum kami ke A&E department, kerani bahagian HEPA USM dah bagitahu dah semua professor, doctors,nurses,MA dan staff paramedics semuanya baik baik. Kat situ dah lega. Dan Supervisor kami , Dr Boniami alhamdulillah peramah dan first impression kami beliau seorang yang baik, tak kedekut dengan senyuman.

AND THE STORY BEGINS.....


Zone Triage
A&E department ni ada 3 main zone. Green zone, yellow zone and red zone. Dan ada triage centre. Triage centre yang menentukan patients tu akan dimasukkan ke dalam zone yang mana. Ada juga kes yang biasanya contohnya yang saya sempat alami iaitu seorang patient wanita luka dan ibu jari alami pendarahan yang boleh dikira teruk disebabkan oleh mesin tebu di tempat kerjanya. Dan MA (medical assistant) yang akan berada di triage ini. Dan patient tadi tak dimasukkan ke mana-mana zone kerana lukanya hanya superficial wound hanya dibersih, dibalut dan diinject anti tetany saja. Prosedur yang simple dijalankan di triage centre iaitu ambil blood pressure, check blood pressure, heart rate dan yang utama clerk patient untuk tahu first diagnosis untuk panduan Dr di zone seterusnya. 

Green Zone
Untuk green zone, ianya lebih pada klinik juga sebenarnya bukan wad. Dalam setiap bilik ada satu Dr yang akan treat patient. Ada juga patient yang daripada green zone akan dipindahkan ke yellow zone bergantung kepada keseriusan sakit. Biasanya kes di green zone yang saya sempat lalui iaitu proses pembersihan luka patient yang menghadapi diabetes mellitus dan her 4th toe mengalami gangrene dan akan dipotong kaki selepas infection sembuh sepenuhnya. 

Antara cases di green zone ialah:

**Patient feel pain at joint. Dr suspect gouty but surely cant be arthritis because joint normal after xray was done so Dr buat blood test untuk decide samada gout atau tak berdasarkan kadar uric acid dalam darah. So ubat yang mungkin di prescribe iaitu allupurinol atau colchine. Dan patient di discharge dengan analgesic sahaja.

**A child had fever with temperature 37.9 degree celcius. Hanya demam biasa. Procedure asas bila patient demam mesti tengok tonsil samada merah atau tidak menggunakan wooden tongue depressor. 

**Patient came with diabetes melllitus type II. Inject insulin 4 kali sehari. Came with dry gangrene at left 4th toe . Patient had no fever,no gastric dan Dr suruh cuci luka untuk stop infection sebelum operation potong kaki dibuat.

**Patient 46 y/o , had sinusitis, bilateral foot pain with swelling, less sensory, palpable, distal pulse was okay, heart rate fall, no back pain, vital sign okay. Prescribed with diclofenac with gabapentane and votaren. Will be referred to Ortho dept. Initial diagnosis maybe peripheral neuritis.

Apa yang paling penting kat green zone ni ialah kita boleh belajar clerk patient. Ambil history patient. Bagi saya kat green zone paling mudah dan senang nak belajar dengan Dr macam mana nak clerk patient sebab patient memang fully conscious dan senang kita nak dapat history taking for futher treatment. 

Yellow zone
Yellow zone adalah untuk pesakit yang separa kritikal. Dekat yellow zone lebih kepada style wad bukan seperti green zone . Dekat A&E department biasanya procedure2 asas sahaja contohnya CT scan, pasang dan baca ECG, set line untuk ambil darah, asthma bay, pasang  cathether dll. 

Dan dekat yellow zone sebenarnya banyak benda belajar sebab kat yellow zone la first time dapat set line, belajar cari vein , flush fluid, masukkan ubat , belajar pasang dan baca ecg. Tak dapat pasang cathether huhu T.T. Dan belajar baca CT scan . Terima kasih untuk semua Dr dan staff nurses dan MA yang sangatlah baik dan tak jemu nak ajar kami as medical student yang banyak tak tahu pasal medical ni. Tapi alhamdulillah bila Dr sebut diseases terus dapat interprete kat minda apa disease tu dan yang paling tak sangka bila Dr sebut jenis jenis ubat yang akan di prescribe pada patients terus belek buku pharmacology dalam minda. 

Banyak cases yang kami jumpa kat yellow zone tapi tak dapat follow patient sampai habis. Kat yellow zone pun lebih pada belajar nak clerk patient iaitu macam mana cara Dr nak communicate dengan patient yang berbeza tahap sakitnya, umurnya dan kondisi mereka pada masa tu. 

Red zone
Alhamdulillah 3 hari dihabiskan dekat red zone. Unfortunately, tak sempat nak tengok rare cases sebab masa tak mencukupi kot sebab hanya 2minggu sahaja. But awal awal dah tulis target apa yang saya nak tahu dan belajar bila berada di red zone iaitu macam mana emergency measure untuk kes yang loss of conscious. Alhamdulillah tercapai target tu sebab dapat belajar dengan Dr bila dapat patient admitted dengan hemichorea / hemiballismus . Tak pasti diagnosis mana paling tepat sebab tak sempat nak tahu perkembangan patient sampai akhirnya. But patient ada mydriasis, lateralisation of mideye, reflex was done and okay. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan masa attachment ni dapat bersama-sama dengan Dr HO,MO dan specialist untuk buat round ward around 8am every morning dekat wad sementara,yellow dan red zone. Masa ward round ni HO yang akan bentangkan cases dekat specialist. First time dapat pengalaman tengok macam mana present cases ni sebenarnya. Baru rasa macam susah juga jadi Dr ni sebenarnya dan sedikit rasa down sebab sistem pembelajaran di Mesir kurang practical dan tiada pembentangan cases. Kalau ada pun sedikit saja. Dan rasa kagum dengan Dr macam mana diorang boleh ingat setiap maklumat patient even sekecil2 info contohnya bila specialist tanya berapa B/P or berapa dose certain drug yang telah dia prescribe. Haha. :)

Maka betullah kata orang bahawa Dr ini sangatlah sibuk. Alhamdulillah sepanjang berkampung di A&E dept ni tak pernah lagi tengok  Dr HO kena tengking kena marah . 

Good thing selepas ward round ni akan ada sesi tazkirah oleh mana-mana staff hospital tak kiralah samada specialist,MO,HO,MA dan nurses pun. Tazkirah selama 2/3 minit tapi memang berisi lagi-lagi bila dah lama tak terbasuh minda ni. :)

Overall, target yang saya letakkan untuk attachment pertama during medical school ini tak lah tinggi sangat sebab baru berada di tahun 3 dan masih tak tahu banyak perkara . So far i think, masa third year dah sesuai nak buat attachment sebab tak ada lah blur sangat bila Dr sebut pasal penyakit, nama-nama ubat cuma ilmu praktikal la kurang sikit. 

My overall target untuk attachment ni ialah :

  • Merasai suasana di hospital Malaysia. Bagaimana sistem department itu (A&E).
  • Belajar cara macam mana berkomunikasi dengan orang atasan .
  • Belajar asas klinikal seperti cara nak guna mesin ECG, baca ECG, pasang branula dan ambil darah , interpret X-ray, IV fluid , guna mesin CT scan dan interpret.
  • Belajar cara clerk patient (ambil history taking) masa mereka conscious dan unconscious.
  • Kenalpasti alatan di setiap zone .
  • Belajar emergency measure untuk kes yang loss of conscious.
  • Menanam semangat untuk belajar lebih semangat lagi bukan sekadar handal untuk menghafal dan lulus di medan exam sahaja tapi mampu menjadi seorang yang Dr yang hebat suatu hari nanti.






Semoga dapat berattachment di department yang lain pula untuk masa akan datang :)



4 comments:

Unknown said...

salam wbt. blh thu awk asal dar mana dan buat praktikal kt mana? thank you

miss butane said...

wsalam... asal dari kelantan dan praktikal dekat USM kubang kerian kota bharu

Girl Next Door said...

Hi..ada facebook x..nak tanya a few questions :)

hafizmujid said...

Assalamualaikum kak nak tanya,kalau attachment dkt USM ni minimum kena tahun keberapa pengajian ? Kalau tahun kedua dah boleh mula apply ke ?