Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Thursday, November 26, 2015

Toxicology (Tahun 4 Perubatan Part 2)

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya Amin. :)

Alhamdulillah masih bernyawa harini dan rasa semangat pulak nak kembali menulis kat blog peribadi ni sebab umi baru cakap dia jenguk juga kak teh ni. lepas ni kena berhati-hati la bila nak menulis dalam blog ni sebab umi pun baca jugak. :)


Okay berbalik kepada tajuk asal post ni iaitu Toxicology. Memang diakui, setakat ini (tak tahu la jika lepas ni berubah) subjek toxicology adalah subjek yang paling tak minat dan bosan (maaf awak) sebab dia mirip2 pharmacology , banyak maklumat nak kena ingat contohnya semua pasal corrosive poisons, heavy metals, plant alkaloid poisons, pesticide poisons, animal and food poison. Senang cakap semua pasal poisons dan setiap kategori poisons tu belajar items yang sama iaitu sources, mode of poisoning, clinical picture, diagnosis, toxic dose, differential diagnosis, treatment . Dan semua items ni akan belajar semuanya lah dalam satu buku toxicology ni .

Toxicology punya buku.


Dan Dr Toxicolgy  mengaku yang Toxic ni adalah satu subjek yang agak sukar sebab many informations kena tahu , dan dia pesan Toxic ni jangan study secara vertical maksudnya jangan study satu poison lepas tu poison yang lain pulak. Tapi kena study horizontall iaitu study semua poisons dalam satu masa mengikut items yang ada, means buat comparison supaya senang nak ingat. Dan semestinya kena continue reading, repeating hehe :)

Pening kepala juga fikir macam mana cara nak minat dan macam mana supaya jadi rajin nak baca toxicology ni. Dalam kelas pun kalau time toxicology pun mesti mengantuk dan tak segar macam kelas Commed . Jadi fikir2 'hish tak boleh macam ni , satu pun aku tak buat untuk nak suka dia". 

Haa. Macam kita suka seseorang la kan, mesti la kita usaha juga cari sebab kenapa suka dia. (Jauh melencong haha!) , macam ni juga la kita kena cari jalan dan usaha macam mana nak minat sesuatu subjek ni . 

Dan akhirnya cara nak suka Toxicolgy ni ialah pada hematku kena cari jalan macam mana nak buat semua information ni duduk dalam satu kelompok dan tak berterabur dan inilah hasilnya ,

Satu bab pasal plant alkaloid guna 8 kertas saiz A4 dan cantumkan



Tekad jugak hari minggu kena siapkan table pasal plant alkaloid poisoning yang besar gedebak ni (first time buat nota paling besar setakat ni ) . Rasa macam architect pulak masa tengah buat. Tahun 4 kan banyak masa terluang (kononnyalah) sempat la nak buat macam ni . Baik buat awal awal tak de gelabah ayam masa nak final dengan maklumat berterabur nak hafal semua. Nota besar ni cover 30 pages dalam buku teks, Haa banyak tu. Harapnya Irham Warhamnie istiqamah dan terus gigih nak buat table macam ni untuk subtopik toxicology yang seterusnya. Setakat ini subjek toxic sahaja yang rasa kena bagi perhatian lebih dari segi nak buat nota sebab info dalam buku teks sangat berterabur dan perlukan table untuk senangkan lagi nak study dan hafal .

Doakan Irham Warhamnie kekal semangat, bermotivasi, dan dapat mumtaz tahun ni dan tahun seterusnya. Apapun belajar kerana Allah kerana ilmu semuanya milik Dia.

Eh lambatla nak kahwin nak ada anak ni. Nak update pasal kahwin , pasal anak la pulak. Bosan la selalu update pasal study ni . Opssss lagha sister~~~ Heheh

Assalamualaikum. :)

No comments: