Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Wednesday, February 4, 2015

Dialah Ar-Razzaq kerana pengharapan penuhku pada Allah

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin.

Alhamdulillah akhirnya ada peluang untuk tulis satu entry yang panjang untuk perkongsian semua dan untuk menjadi "booster" untuk diri sendiri bila baca balik entry di post ini. Sebelum kembali sibuk memang tak akan ada masa yang panjang untuk update entry-entry di blog ini.

Alhamdulillah untuk apa yang pernah berlaku, yang sedang berlaku dan apa yang bakal berlaku. 

Alhamdulillah Allah masih bagi lagi peluang dan ruang untuk tinggalkan sesuatu yang bermakna disini. 

Alhamdulillah aku masih boleh lalui hari ini dan hari-hari sebelumnya di tempat yang aku jangka aku akan tinggalkannya. Terima kasih Ya Allah di atas kekuatan ini.

Lain orang lain ceritanyakan? Seseorang pernah berkata pada aku " Kisah hidup awak memang dimulai dengan kesedihan dulu kan, barulah awak lalui kejayaan hasil kesedihan awak kan".

Ada juga orang pernah berkata padaku , "Jika saya ditempat awak , sy pun tak pasti akan jadi sekuat awak".

Dan ada orang juga kata, " Awak terlalu fikirkan masalah, apa yang belum jadi awak dah estimate apa bakal berlaku"

Dan ada juga yang berkata. " Awak adalah orang yang paling tabah yang dikenali sepanjang hidup ini".

Aku merangka draft yang panjang lebar untuk entry kali ni. Didraftkan dalam diaryku, dalam fikiranku sendiri dan aku tulis catatan pengalaman ini satu persatu. Jika ada yang tidak sempat ditulis, pasti semuanya akan terpahat dalam memori kehidupan ini. Dan salah satu idea penulisan entry ini juga daripada kata-kata orang sekelilingku, kata-kata motivasi dari public figure yang terkenal. kalam mak ayahku sendiri dan pastinya pengalaman yang aku sendiri rasai. 

Mungkin di dalam entry kali ini aku tidak bercerita dengan lanjut apa masalahku halanganku yang sebenar. Cuma aku mengambil sedikit ibrah, pengajaran apa yang aku dapat dari masalahku sendiri. 
Dicatat di dalam blog ini untuk perkongsian diri sendiri,keluarga, sahabat danorang lain . Agar aku mampu menyumbang sesuatu untuk agama. Tiada niat untuk mengangkat diri.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk membezakan peribadi diri aku yang sekarang dan 4 tahun lepas memang sangat berbeza. Mungkin faktor kematangan. Dulu, dalam fikiran aku, apa yang aku usahakan, aku harus pastikan aku kena dapat benda yang aku usahakan. Tak kira macam mana aku kena dapat juga benda tu. Semuanya kerana aku usaha ! Ah jahilnya diri aku masa tu. Memang sebelum aku datang Mesir, jarang sekali aku dengar perkataan "pengharapan penuh pada Allah". 

Ya aku selalu dengar perkataan tawakkal. Malah tawakkal aku juga belajar semasa aku ambil subjek Pendidikan Syariah Islamiah semasa tingkatan 4 dan 5 dahulu. Namun setakat mana aku dalami dan praktikkan tawakkal tu dalam hidup aku, cuma aku seorang yang tahu.

Tapi bila aku datang Mesir aku pun tak sedar kenapa perkataan "Pengharapan penuh pada Allah" amat sinonim dengan diri aku sehinggakan dalam entry sebelumnya banyak aku gunakan perkataan "Pengharapan pada Allah ini" .

Kalau dulu, jika apa usahakan aku tak dapat, aku mesti akan down yang sangat, mesti akan menangis sampai bengkak mata cthnya masa result UPSR aku dulu hahaha. Seolah -olah aku tolak takdir Tuhan. Rupanya aku masih tak hayati perkataan "Pengharapan penuh pada Allah" bila aku hanya dapat pangkat Jayyid semasa exam final tahun1 perubatan aku di Mesir dulu. Masa tu aku menangis meraung macam kena histeria, nak ingat balik pun jadi takut. Tapi moment tu adalah one of the nightmare dalam hidup aku. Kerana apa? Kerana aku bergantung lebih pada usaha aku berbanding aku bertawakkal dan terima ketentuan dariNya.

Masa bergerak. Hari demi hari, aku belajar banyak perkara. Dan terima kasih pada Allah kerana kini aku sedar rupanya ada hikmah kenapa dia tak bagi aku result yang aku nak masa final exam tahun 1 dulu .Jika aku score dulu dan aku dapat apa yang aku nak, mesti aku tak akan tahu hikmah kejadian seperti apa yang aku lalui hari ini. Mesti aku tak akan pernah tahu apa erti "Pengharapan penuh pada Allah". Dan aku akan hidup senang lenang tanpa tahu apa rasa bila berada dibawah dan paling penting aku tak akan tahu apa rasa bila tak dapat benda yang kita usaha dan berdoa siang malam.....


Dan tahun2 perubatan aku mendapat apa yang aku usahakan, aku doakan, aku tawakkalkan dan aku memang serah sepenuhnya pada Dia. Kerana azam aku adalah konsisten usaha, konsisten doa, dan konsisten tawakkal. Dan bila tak dapat benda apa yang aku nak, aku tidak terlalu kecewa. Alhamdulillah masa itu aku dah mengerti sedikit demi sedikit apa yang dimaksudkan dengan "Pengharapan penuh padaNya"...

Dan waktu bergerak dan terus bergerak. Aku ingatkan pelangi sudah menunjukkan wajahnya tetapi rupanya hujan masih turun dengan lebatnya. Masalah berlanjutan. (sehingga sekarang masih berlanjutan). Sepatutnya aku sudah dapat apa yang impikan sejak dulu, tapi rupanya masih ada halangan. Rupanya keadaan tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Keadaan berubah dan nasib tidak menyebelahiku. 

Dan bermulalah kisahku yang aku akan sentiasa ingat sampai kehujung kehidupanku. Kisah yang aku akan ceritakan pada anak cucuku. Kisah dimana mungkin pertama kali aku merasai keajaiban berlaku dalam hidupku. Dan melalui kisah ini mungkin aku sudah mengerti apa erti sebenarnya "Pengharapan pada Allah". Bukan difahami sekadar tutur kata dimulut, tetapi dihayati didalam hati dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

20 0ktober 2014. 

Satu tarikh keramat dalam hidupku. Satu saat yang menyaksikan betapa aku jatuh rebah serebahnya ke tanah. Satu saat aku mengalirkan air mata semahu-mahunya. Satu saat aku rasakan aku tiada daya dan semangat lagi nak kejar cita-cita aku selama ini . Ah lemahnya rasa masa tu . Rasa macam bukan diri sendiri. Seperti biasa aku istighar, berwuduk, solat hajat, baca quran untuk dapat ketenangan dariNya. Dan alhamdulillah aku perolehinya. 

Bermula tarikh itu, aku lalui hidup dengan penuh rasa sarat didada. Air mata boleh keluar bila-bila masa saja. Rasa macam fake sangat senyum depan orang ramai. Ya Allah masa tu memang rasa nak duduk atas tikar sejadah, sunat taubat beratus kali padanya, berzikir berjuta kali padanya (Aku semakin memahami hikmahnya) ....

Masa terus berganjak. Aku cuba untuk kuat. Untuk bangun kembali menggapai awan setelah aku rebah terduduk menyembah bumi. Jika difikirkan balik ,aku pun tak sangka aku boleh kuat seperti itu. Aku tingkatkan fokusku. Tidak mahu fokusku terganggu kerana masalah ini . Alhamdulillah fokusku seperti biasa.Title "nerd student" dikekalkan.

Aku masih berusaha. Berusaha dan berusaha. Berusaha dengan manusia. Berusaha dengan Allah..

Dan aku simpan usaha aku dengan manusia cukup sekadar pengetahuanku sendiri.

Dan aku buka usaha aku dengan Allah agar jika ada orang membaca entry ku kali ini mereka dapat ambil sesuatu , hikmah dari kisahku ini. Bukan niat mengangkat diri , tetapi supaya aku mendapat sedikit saham akhirat jika kalian memahami dengan jiwa apa yang aku cuba sampaikan.

Dan apa yang mengubah pemikiranku adalah kerana 3 perkara tetapi asas yang sama:

1) DiMesir, biah solehahnya memang kuat. Suasana keislamannya memang akan terpancar hebat. Jika berada diMesir, pilih saja mahu jadi seperti firauan atau mahu ikuti peribadi para Anbia. Mahu cara dan kutip permata terlindungnya atau mahu sedut debunya saja. Alhamdulillah aku mengikuti usrah kecilan dari tahun1 lagi sehinggalah sekarang dan aku juga berhalaqah dengan seorang senior ku. Aku akui aku kenali "Istighfar adalah  pintu kepada kesenangan" melalui halaqah ini. Ya , aku memang beristighfar tapi aku tak mendalami apa fadhilat istighar sebenarnya. Dan akak halaqah tiba-tiba keluarkan topik ini. Katanya istighfar dapat bersihkan hati kita. dapat keluarkan kita dari kesusahan. Bila hadapi situasi sulit, terus istighafar. Setelah itu aku istighfar bila aku merasakan aku berada dalam keadaan maksiat, situasi sulit bersamaku . Hikmah itu semakin hampir.............

Dan masa bergerak lagi. Aku sematkan dalam hati aku istighfar itu tadi....

Dan satu hari dengan izinya, seperti biasa aku scroll facebook untuk tengok apa isu semasa pada hari ini, dan tiba-tiba mataku tertacap pada satu post public figure yang terkenal iaitu:

2)  Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin telah post satu artikel berkisar tentang perihal ujian dan kekuatan diri. 

"MENCARI PENAWAR DUKA, PENGUBAT SENGSARA

Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian itu jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala memenuhi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan yang lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.

Bagaimanakah?
Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?
Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?

Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya) “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)

Janji Yang Pasti       
Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu permohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatangkan bersama permohonan itu pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberikan kurnia rezeki dan anak, dilimpahkan kebahgiaan jiwa serta ditambah kekuatan dan pertolongan. Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? 

Pemohonan itu ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni doa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran. Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya:(maksudnya) "Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).

Pelbagai Kurnia
Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyakkan rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah ‘istighfar’. Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: “Beristighfarlah”. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: “Beristighfarlah”. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: “Beristighfarlah”. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: “Beristighfarlah”. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya “Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut” –lalu beliau membaca ayat di atas.


Mengelakkan Bala

Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat jika insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya) “ Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33). 
Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamatkan dari derita dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.

Ditambah Kekuatan
Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya) “(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52). 

Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya, insan mendapat kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.

Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk ruh dan akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah. Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang di jiwa dari mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).
Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini"




. Tapi sehingga kini aku masih ingat isi artikel itu yang mengatakan bahawa apabila kita ditimpa ujian, jangan pandang kenapa kita ditimpa ujian. Tetapi pandang dosa-dosa lalu yang kita buat.Mungkin ujian dan masalah yang bertalu-talu yang menimpa kita adalah kerana dosa kita yang lampau. Mungkin kita tidak sedar dosa itulah yang menyebabkan doa-doa kita tak sampai padaNya dan tidak diperkenankan olehNya. 

Bila aku baca artikel ini, seolah-olah ada nafas baru dalam diri aku. Alamak! Kenapa aku tak boleh sedar perihal ini. Selama ini aku fikir mungkin ujian dan masalah yang menimpa aku kerana aku kurang berusaha, Allah ingin menguji kekuatan imanku tetapi aku lupa mungkin masalah ujian ini kerana dosa-dosa lampau aku dengan Allah yang Dia tak pernah ampunkan atau dosa dengan manusia yang mereka masih tidak maafkan. 

Terus,aku terus "soal siasat" mak ayah aku ada ke dosa aku pada mereka, atau ada percakapan aku yang aku sendiri yang aku sendiri tak sedar yang mengguris hati perasaan sehingga sekarang. Kerana aku pernah dengar satu ceramah agama di media sosial tentang cerita seorang anak bilamana hatinya tidak merasa tenang sepanjang hidupnya menjengah ke alam 50an. Anak-anak tidak makan sekali dengannya, apatah lagi jarang bersembang dengannya. Dan rupanya dia baru tersedar dia ada mengungkapkan satu ayat pada emaknya yang sehingga sekarang emak nya masih terasa hati dan terasa hati dengannya sehinngga sekarang. Sampailah satu hari dia bertanya pada emaknya, ada tak dosa-dosa saya yang mak tak pernah ampunkan? Emaknya berkata tidak ada sama sekali. Lalu anak nya membangkitkan satu ayat yang pernah dia lafazkan pada emaknya semasa dia di alam remaja. "Mungkin mak tak ingat yang saya pernah kata kat mak orang tua tak ada otak kerana tertumpah clorox di seluar saya" . Emaknya terus menangis lalu berkata, "Jika mak ditakdirkan meninggal, mak rela bawa hati mak yang pernah terguris dek kerana kata-kata kamu dulu bersama mak. mak tak akan pernah ampunkan yang satu itu". Lalu anaknya menangis dengan sepenuh hati memohon seikhlas pengampunan dari emaknya .Akhirnya emaknya memaafkan kesalahan anaknya yang satu itu. Dan bila lelaki pulang ke rumah, bagaikan satu keajaiban bila anak-anak tiba menerkam dan mendakap erat tubuhnya sambil mencium tangannya dan meminta maaf atas segala silap selama ini..

Berdasarkan kisah ini, aku kaitkan dengan situasi aku sedikit demi sedikit, Lelaki itu tidak mendapat ketenangan hidup sehingga umurnya mencapai 50an dek kerana kata-katanya pada emaknya yang tidak pernah emaknya ampunkan. Terus aku bertanya pada mak ayah aku, ada ke dosa aku pada mereka yang mereka tak pernah ampunkan. Lama juga aku mendesak dan alhamdulillah mereka berkata mereka halalkan semua makan minum dan perlakuan kami adik beradik.

Aku refresh lagi memori aku mungkin aku punya dosa dengan Allah. Perbuatan yang aku tahu itu dosa tetapi aku masih lagi buat. 

Dan Dr Maza menulis dalam artikel nya, jika rasa ujian dan masalah yang bertimpa-timpa , teliti balik taubat kita pada Allah, berapa banyak istighfar keluar dari mulut kita setiap hari. Tak guna kita asyik minta-minta permohonan dari dia, lakukan solat hajat berkali-kali tapi dosa masih utuh melekat dihati sebagai titik hitam yang menggelapkan hati . Minta keampunan dariNya. Lakukan solat taubat semampu yang boleh. Sunat taubat boleh dilakukan bila-bila masa sahaja kecuali selepas asar dan selpas subuh. Istighfar padanNya. Aku targetkan diriku beristighfar sekurangnya 100 kali shari disertai dengan kalimah Subhanallah 33 kali, Alhamdullillah 33 kali, AllahuAkbar 33 kali, Selawat ke atas Nabi dan La Ila Ha Illallah 33 kali. 

Itulah pengajaran penting yang aku dapat dari artikel Dr Maza. Alhamdulillah ianya merubah aku sedikit demi sedikit.

Masa terus berlalu..

3) Dalam kesibukan dengan akademik , aku luangkan sedikit masa ku dengan menghadiri ceramah agama anjuran persatuan perubatan disini dibawah program LIFE (Love Islam For Eternity). Dan asas yang sama aku dapat dari ceramah ini iaitu peranan Istighfar...Dan pengisi ada mengatakan satu ayat yang sampai kini aku semat dalam hatiku iaitu:

"Dalam dunia cabaran yang paling besar ialah syaitan . Syaitan pernah berkata "Aku akan membinasakan manusia dengan dosa-dosa mereka dan manusia akan membinasakan aku dengan kalimah La Ila Ha Illallah dan Astaghfirullah Hal Azim"

Subhanallah . Dan situasi ketiga ini benar-benar meyakinkan aku mungkin ujian dan masalah bertimpa yang tak pernah selesai ini adalah kerana aku jarang istighfar dan tidak mendalami maksud sebalik isstighfar dan jarang melakukan solat sunat taubat memohon supaya Allah ampunkan dosa-dosa lalu aku. Ini hikmah yang aku daripada semua yang berlaku.....

Nour Academy : "No matter how hard you work, you will not be successful without the help of Allah.Help yourself by asking for help of Allah. -Dr Bilal Philips

"Dont underestimate your parents duas for you. Their duas are so important that Allah recorded them in the QUran. Ask them to make dua for you, right now!-Dr Bilal Philips



"Bagaimana kita mengurus masalah, bukanlah melarikan diri dari masalah.. agama mengaturnya cukup indah, setiap kali kita buntu dalam berhadapan dengan masalah, lafaz bibir hanya ada Allah.. beritahulah kepadaNya.. kita bermasalah..kita perlukan jalan keluar dari masalah.. Doa.. zikir tanpa henti.. ia kan menyelesai masalah..Allah!!"- facebook


"Usah dirasa yang kita terlambat!!.. tetapi rasalah kita masih disayangi untuk diberi kesempatan bagi membaiki kelemahan yang pernah dilakukan, kita masih punya ruang untuk membina jalan yang gemilang untuk masa depan, ruang taubat itu masih terbentang selagi kita di gelar insan, usahlah ditangisi pengalaman silam, ia sewajarnya menjadikan kita lebih matang!!.. yakinlah, Allah itu Maha penyayang terhadap hamba yang tak pernah mengatur putus asanya dihadapan.. tetapi menyakini terhadap janji tuhanNya.."-facebook


"Sebelum memejam mata, bertanyalah diri sendiri, apakah dosa yang ditanggung ini sudah diampunkan oleh Allah? atau masih lagikah kita menyimpan dosa2 itu? Dosa kita dengan manusia? bagaimana sekiranya kematian itu datang disaat ini? jika ya.. Sebutlah Astagfirullahala'zim, ulang dan ulanglah.. jika tidak!! perbanyakkan menyebut Alhamdulillah.. ulang dan ulanglah sehingga terpejam dan terlenalah mata ini.."- Facebook



"Allah menguji kita, dengan ujianNya itu kita merasai kasih sayangNya, mulut dan bibir kita tidak lagi sunyi dari memanggil2 namaNya, berzikir dengan penuh keikhlasan, sujud kita penuh pengharapan kepadaNya, mengharap kepadaNya agar diberi yang terbaik untuk kita, longlai badan kita menagih simpatiNya, meletakkan keyakinan yang Ialah yang sebaik dipuji dan diyakini.. kepada Nya kita berserah dan berharap..ya.. itu tanda kasih dan cintaNya kepada kita..ALLAH" -Facebook

Alhamdulillah waktu terus bergerak bersama dengan hikmah yang aku perolehi dari tempoh 20 Oktober 2014 sehinggalah ke suatu tarikh keramat itu . 

Dan pada suatu petang, tiba-ttiba satu mesej whtsapp masuk dalam handphone ku. Tanpa sedar, terus kalimah alhamdulillah istighfar yang meluncur laju keluar dari mulutku dengan titisan airmata kegembiraan . Ya air mata gembira atas benda yang aku perolehi. Suatu benda yang aku tidak pernah jangka, tidak pernah minta secara spesifik tetapi dalam doaku aku meminta supaya Dia kurniakan aku rezeki daripada jalan yang aku tak sangka-sangkakan. Dan rupanya ini pertolonganNya pada ku . Dan inilah hikmah besar yang aku perolehi dari kisah hidupku. 

Semoga dengan perkongsian ini, boleh membuka hati kita, teliti balik dosa apa kita pernah lakukan, sejauh mana keampunan kita pinta dariNya. 

Kerana setiap kesulitan itu ada kesenangan dihujungNya. 

Dan Dialah sebaik-baik pertolongan. Yakinlah pada pertolonganNya.

Dan kini aku semakin memahami ayat keramat ini , 

"Usahalah semampumu. Tawakkallah seikhlasnya, Dan redalah kerana Dia pemegang segala takdir hidup kita"

Dan betullah bila Dr Bilal Philips sekali lagi berkata,

"Pray until your situation changes. Miracles happen every day, so never stop believing . Allah can change things very quickly in your life"

Dan kamu semua pasti tahu ini,





Assalamualaikum :")





Sunday, February 1, 2015

Tahun 3 Perubatan Part2

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Ah! Dah lama tak update blog. Banyak memori penting dalam hidup tak diupdate disini. Senyap2 ada pengunjung juga blog ni rupanya. Ada orang yang kenal saya melalui blog ni . Muka tak kenal pun. Terima kasih pada junior-junior SMKA Melor yang baca blog ni dan jadikan penyuntik semangat kalian. Semoga sentiasa sukses dalam setiap gerak kerja kita.

Alhamdulillah sekarang tengah berwinter break setelah tamat midyear tahun 3 dua minggu lepas.

Midyear yang boleh dikira sebagai nightmare. Takpernah sepanjang hayatku sebagai seorang pelajar yang nerd, baca buku 10 kali sebelum exam , tapi lain pula utk midyear ni . Sebelum exam memang tak yakin boleh jawab. Masa jawab memang tak tahu apa nak dijawab dan memang blank sungguh ! 

Rupanya ini tahun 3. Salah itu dituding pada diri sendiri sebab study last minutes. Tak tahu apa yang sibuk sangat . :( Dan maybe "culture shock" lagi dengan cara study yang baru iaitu tak buat nota tapi refer buku 100%. Bila study dekat nak exam semua jadi pening , kalut sebab nampak banyak nak baca. Kalau buat nota, berapa keping kertas je utk satu bab yang punya 250 pages dekat buku. Sebab tu lebih prefer buat nota lagi. 

Tapi bila tanya survey akak mumtaz tahun 3, dia kata dah tak sempat nak buat nota....

Tapi inyallah i got a new method of study. 

Apapun, semua kena berbalik pada diri kita. Kena rajin, always motivated, kalau malas belaajar fikir susah payah mak ayah, dan kena pandai bahagikan masa sebab ditahun3 ni saya ambil satu lagi jawatan sebagai ajk program.

Bila fikir balik, diri saya  sebenarnya lebih sesuai bermulti tasking, Sebab bila "survey" perhati diri sendiri , saaya lebih menghargai masa bila saya sibuk. Bila tak sibuk , banyak yang lagha, Rasa masa tu banyak , mula la nak melayan drama melayu . Memang kaki drama Melayu sungguh. 

So bila kita bermulti tasking ni , kita lebih pandai bahagikan masa untuk study dan gerak kerja yang lain. Banyak masa tak terbuang macam tu je. Sebab saya bukannya jenis yang boleh study straight 3 jam. Mesti akan check phone la. Tulis diary la, Dengar lagu la. 

Apapun, semoga tahun3 ini baik-baik saja. Jangan terlalu fikirkan masalah kerana masalah itu datangnya dari Dia dan hanya Dia sebaik-baik pertolongan. 

Asalkan iman masih ada, mak ayah masih ada disisi selalu bagi support, adik beradik masih ada utk mendengar, masakan saya tak boleh kuat. ! 

Semoga mumtaz dunia akhirat. Insyallah.



Assalamualaikum :)