Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sunday, July 5, 2015

Ramadhan Di Bumi Barakah, Mesir.

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindungaNya.

Separuh Ramadhan telah pun meninggalkan kita. Rasa cepat sungguh masa berlalu sekarang. Tak sedar Ramadhan semakin hampir untuk tinggalkan kita. Berada dalam fatrah imtihan, fatrah untuk mengejar pahala Ramdhan , bulan habis-habisan untuk tadarrus AlQuran. Semua umat Islam berkejar-kejaran untuk memperbanyakkan amalan di bulan ini. Teringat kata-kata Dr Anwar Fazal,

"Apa yang aku takutkan ialah apabila aku sedar maksiat dosa yang aku lakukan pada bulan Ramadhan bukanlah dari syaitan tetapi dari diriku sendiri".

Benar, itu juga yang aku takuti. Tanpa aku sedar membuat dosa, bukan daripada syaitan tetapi kerana kelemahan diriku sendiri. 

Jangan kita menjadi hamba Ramadhan, bila berlalunya Ramadhan, hilanglah tarbiah dalam diri kita. 
Sepatutnya menjadi sebenar-benar hamba padaNya.

Fatrah exam dalam bulan Ramadhan padaku bukanlah sesuatu yang berat. Malah lebih bersyukur sebab boleh panjatkan doa-doa banyak pada Dia, Semoga dipermudahkan urusan aku dan rakan-rakanku dalam menghadapi exam yang berbaki ini . 

Letih dan panas memang menjadi adat dalam berpuasa. Tambah-tambah bila berpuasa di negara padang pasir ( takdela padang pasir sangat pun ) tetapi dalam musim panas yang kadang-kadang suhunya tidak terjangka dengan bahang panasnya. Kami kat sini puasa 17 jam lebih sikit dari puasa di Malaysia. Orang kata untungla dapat pahala lebih. Harapnya begitu Insyallah.

Rasa malu nak mengadu lapar dahaga panas penat sebab bagi diriku tak ada buat kerja berat pun. Hanya duduk dalam bilik sehari suntuk , baca buku, dibawah tiupan kipas yang tak mampu nak hilangkan bahang panas pun, boleh berehat dan tidur bila penat. 

Lain pulak dengan gelendangan diluar sana, yang menjana pendapatan harian dengan menjual tisu, duduk ditengah panas. Sama juga dengan mak cik jual sayur yang kehidupan sehariannya dihabiskan diluar rumah yang sememangnya panas membahang. 

Allah, nikmat manakah yang kamu dustakan? Terlalu banyak kesenangan yang Allah dah bagi. Tu pun kadang-kadang masih malas rasa penat nak beribadah. Hamba jenis apa aku ni?

Alhamdulillah iftar diMesir biasa biasa saja. Tugas memasak dirumah masih diteruskan. Simple tapi dah banyak bersyukur dah . Kadang-kadang ada juga berbuka puasa bersama classsmates dan ahli usrah .Rasa la terisi juga kekosongan nya. Biasa makan berdua dengan housemate. Masa ni lah rasa rindu dekat family di Malaysia. Tak apa, tahun ni tak ada rezeki nak berbuka bersahur bersama family lagi. Bersyukurlah :)

Terawih dekat sini meriah sebab ramai-ramai berterawih kat masjid. Alhamdulilah masjid selesa, tak panas sangat, tak padat sangat. Sebab biasanya bahagian solat perempuan selalunya padat . Alhamdullillah masjid lain menjadi pilihan kali ini. Masjid yang bukan tumpuan pelajar Malaysia. Hanya dua imarah ( bangunan ) pelajar perempuan saja yang selalu solat dekat masjid ini.

Dekat Mesir, wajib ( hanya peraturan) untuk keluar malam bersama-sama musyrif ( ustaz/kawan lelaki) untuk menjaga kesealamatan. Tapi ada kalanya kami redah saja. Maklumlah jaraknya amatlah dekat, Tapi jika terserempak dengan ustaz, boleh juga kena marah atau paling parah pun adalah ustaz atau ikhwah yang  tegur  dekat facebook tegur pelajar perempuan tanpa musyrif . Yang paling teruk setakat ini pun menggelarkan akhwat sebagai khodrowaat. Sehingga kini, aku sebagai wanita tak boleh terima dan tak dapat maafkan lagi ustaz yang menggelarkan kami sebagai khodrowat ( sayur) sinonim baginya iaalh melabelkan  wanita insan lembik lemah layu macam sayur !

Sebagai perempuan tentunya , susah nak puasa penuh kerana fitrah semulajadi yang diciptakan Tuhan kepada kami. Maka agak sedih dan depressed bila datang uzurnya, habis terbelangkalai untuk tadarus Alquran dan ibadah-ibadah lain. Tapi boleh saja menjana pahala melalui menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa, membaca AlMathurat, menghadiri majlis ilmu, bersedekah dan lain-lain ibadah. Tapi perasaan untuk berpuasa, bertadarus takdapat dirasai. Tak dapat rasa "roh" Ramadhan tu haa..



 "Iftar bersama ahli usrah"




Setakat ini saja coretan pengalaman berpuasa di Mesir, Akan bersambung di post untuk balik Malaysia nanti. Assalamualaikum :)

Wednesday, July 1, 2015

Tahun 3 Perubatan Part 6 (Microbiolgy Final Exam)

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindungaNya. Amin :)

Alhamdulillah settle 3 paper. Tinggal satu lagi paper, Parasitology pada 13hb dan 14hb ini.

Sekarang nak throwback paper Microbilogy. Sebelum tu nak cakap, seriuosly paper Microbiolgy adalah paper silent killer. Tak jadi bualan orang ramai tapi penangan dia lebih hebat dari Pharmacology dan Patholgy lagi. Apapun tahun3 ni memang tahun yang tak reti nak described by words la. Dulu selalu tertanya ambil medik payah tang mana? Haa, ambik kau masuk tahun3 baru rasa macam mana perasaan tu. Biasanya sebelum exam, dah siap khatam 3 4 kali. Berbeza tahun ni, malam exam pun masih ada certain certain topik yang belum dibaca. Sejak aku belajar dari zaman sekolah menengah tak pernah jadi macam ni  . Mengucap panjang. Memang malam exam adalah malam yang paling stress tahun ni. Nak nangis pun ada . Ada kawan call tiba-tiba malam exam dan siap nangis lagi. Adoi. Ada je certain2 time aku menangis masa menghafal. Hafal dalam keadaan teresak-esak. Masuk tak tau nak hafal macam tu. Sebab banyak sangat nak hafal :'(

::CARRYMARKS::

Alhamdulillah carry marks okay la. 26/30. Patut dapat lebih lagi tapi ha kali ini boleh kata cuai masa jawab midyear harini. Sebab tengok soalan senang sangat mulah nak jawab cepat sampaikan ada soalan yang patut kena betul tapi salah pulak. Tapi alhamdulillah la 26/30 tu :)

::PRACTICAL::

Lupa fullmarks untuk practical berapa tapi rasanya 40 kot. Dan aku target dapat 39/40. Sebab ada dua yang salah iaitu soalan fill in the blanks which setiap soalan 1/2 marks dan aku salah setelah dicheck. Alhamdullillah untuk bahagian slide semua betul setelah dicheck dengan kawan-kawan dan tanya Dr yang bertugas selepas habis practical. Identify the specimen pun alhamdulillah semua betul.

::WRITTEN::

Tahun ini Dr ubah format soalan tapi tak jauh sangat bezanya cuma tahun ni tiada pilihan soalan means kita kena jawab semua soalan. Masa first tengok soalan terkejut juga kena jawab semua, banyak gila kot. Dan macam biasa ada yang dapat ada yang tak jawab dan ada yang digoreng juga. Alhamdullillah untuk setiap soalan semua ada point tapi tak cukup huraian dan ada yang memang tak ingat walaupun berbuih mulut hafai . T_T

::MCQ::

MCQ tahun ni separuh ambil dari buku gamaah tapi ada soalan yang Dr ambil dari internet. Yang tahu Dr ambil dari internet tu sebab kawan dia check jawapan yang tiada dalam buku teks dan terjumpa soalan tu dalam internet. Banyak soalan MCQ kena fikir dan fikir. Bukan soalan direct dan ada 2 3 soalan yang jawapannya bukan dalam buku teks :)

::CASES::

Sangat sedih sebab rasa semua tembak masa jawab soalan cases. Padan muka sebab tak habiskan soalan cases dalam buku MCQ.

::MATCHING::

Boleh pulak soalan matching Dr bagi dua jenis soalan tapi dua-dua punya jawapan dekat sama. Maka ada lah juga soaln yang salah sebab confuse :'(


::ORAL::

Kejadian yang sama berlaku untuk group oral ku bila kertas nama tercicir. Maka menunggulah kami sampai ke sudah nama tak panggilpanggil biarpun nama yang selepas kami semua dah kena panggil. Sebab dah boleh agak mesti nama tercicir ni, salah seorang dari kami terus bagitahu Dr yang bertugas dan Dr tu arrangedkan kami dengan Dr yang baru. Alhamdulillah Tuhan tolong dan kami dapat Dr yang baik dia tanya soalan written je tu pun dia tak tanya lebih. Lebih kurang seminit sorang masuk.
Insyallah full marks for Oral:)

Overall, takut juga untuk paper Microbiology. Fikir dan doa yang baik-baik sahaja . Insyallah Dia akan aturkan yang terbaik :)





Assalamualaikum.:)