Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Thursday, November 26, 2015

Toxicology (Tahun 4 Perubatan Part 2)

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya Amin. :)

Alhamdulillah masih bernyawa harini dan rasa semangat pulak nak kembali menulis kat blog peribadi ni sebab umi baru cakap dia jenguk juga kak teh ni. lepas ni kena berhati-hati la bila nak menulis dalam blog ni sebab umi pun baca jugak. :)


Okay berbalik kepada tajuk asal post ni iaitu Toxicology. Memang diakui, setakat ini (tak tahu la jika lepas ni berubah) subjek toxicology adalah subjek yang paling tak minat dan bosan (maaf awak) sebab dia mirip2 pharmacology , banyak maklumat nak kena ingat contohnya semua pasal corrosive poisons, heavy metals, plant alkaloid poisons, pesticide poisons, animal and food poison. Senang cakap semua pasal poisons dan setiap kategori poisons tu belajar items yang sama iaitu sources, mode of poisoning, clinical picture, diagnosis, toxic dose, differential diagnosis, treatment . Dan semua items ni akan belajar semuanya lah dalam satu buku toxicology ni .

Toxicology punya buku.


Dan Dr Toxicolgy  mengaku yang Toxic ni adalah satu subjek yang agak sukar sebab many informations kena tahu , dan dia pesan Toxic ni jangan study secara vertical maksudnya jangan study satu poison lepas tu poison yang lain pulak. Tapi kena study horizontall iaitu study semua poisons dalam satu masa mengikut items yang ada, means buat comparison supaya senang nak ingat. Dan semestinya kena continue reading, repeating hehe :)

Pening kepala juga fikir macam mana cara nak minat dan macam mana supaya jadi rajin nak baca toxicology ni. Dalam kelas pun kalau time toxicology pun mesti mengantuk dan tak segar macam kelas Commed . Jadi fikir2 'hish tak boleh macam ni , satu pun aku tak buat untuk nak suka dia". 

Haa. Macam kita suka seseorang la kan, mesti la kita usaha juga cari sebab kenapa suka dia. (Jauh melencong haha!) , macam ni juga la kita kena cari jalan dan usaha macam mana nak minat sesuatu subjek ni . 

Dan akhirnya cara nak suka Toxicolgy ni ialah pada hematku kena cari jalan macam mana nak buat semua information ni duduk dalam satu kelompok dan tak berterabur dan inilah hasilnya ,

Satu bab pasal plant alkaloid guna 8 kertas saiz A4 dan cantumkan



Tekad jugak hari minggu kena siapkan table pasal plant alkaloid poisoning yang besar gedebak ni (first time buat nota paling besar setakat ni ) . Rasa macam architect pulak masa tengah buat. Tahun 4 kan banyak masa terluang (kononnyalah) sempat la nak buat macam ni . Baik buat awal awal tak de gelabah ayam masa nak final dengan maklumat berterabur nak hafal semua. Nota besar ni cover 30 pages dalam buku teks, Haa banyak tu. Harapnya Irham Warhamnie istiqamah dan terus gigih nak buat table macam ni untuk subtopik toxicology yang seterusnya. Setakat ini subjek toxic sahaja yang rasa kena bagi perhatian lebih dari segi nak buat nota sebab info dalam buku teks sangat berterabur dan perlukan table untuk senangkan lagi nak study dan hafal .

Doakan Irham Warhamnie kekal semangat, bermotivasi, dan dapat mumtaz tahun ni dan tahun seterusnya. Apapun belajar kerana Allah kerana ilmu semuanya milik Dia.

Eh lambatla nak kahwin nak ada anak ni. Nak update pasal kahwin , pasal anak la pulak. Bosan la selalu update pasal study ni . Opssss lagha sister~~~ Heheh

Assalamualaikum. :)

Saturday, November 21, 2015

Welcome 4th year (Tahun 4 Perubatan Part1)

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin :)

Baru ada semangat dan keinginan nak update pasal permulaan 4th year. Sebelum ni dah banyak kali taip tapi ended up delete balik.

Dah hampir 2 bulan bergelar sebagai pelajar Perubatan tahun4. Wah rasa macam cepat sangat masa berjalan . Rasa baru saja menjejakkan bumi Mesir sebagai pelajar tahun1 yang nerd, terkapai kapai lagi. Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran pada yang Maha Esa atas segala nikmat dan perancanganNya. Tak sangka boleh sampai tahap ni. Tahun4 Alhamdulillah. Rasa baru saja lepas struggle dalam tahun3 yang paling nightmare setakat ini haha. Padahal orang kata tahun 5 lagi nightmare.

Mentaliti atau cakap cakap orang yang pernah melalui tahun4 ni ialah,

"Tahun4 adalah tahun yang paling honeymoon. Tahun kau boleh nak main-main nak pergi jalan-jalan. Kau nak ponteng kelas pun ponteng kelas masa tahun4 ni . "

Okay stop mentaliti macam ni sangatlah bahaya untuk diri sendiri. Awal awal melangkah tahun4 ni diri sendiri dah set minda yang positif . Jangan anggap honeymoon year . Jangan lalai dengan masa lapang.

PERMULAAN TAHUN 4

Skip kelas satu minggu dari jadual pembelajaran yang asal sebab sengaja balik lambat. Dan Alhamdulillah belum banyak yang dah belajar. Masih boleh follow up dan cover balik apa yang Dr dah belajar.

Hadapi tahun 4 ni pemikiran yang positif dan seorang yang berjiwa lagi matang dalam menghadapi tekanan dan masalah dan lebih menyandarkan segala-galanya pada Dia yang berada di atas sana.

Tahun4 ni lebih suka menyendiri, suka buat kerja sendiri, tak fikir apa orang mahu disekeliling ( dari sudut positif) bukan katak bawah tempurung tapi lebih suka berada dalam dunia sendiri, tak mahu mencari masalah dengan manusia, berpatah hati dengan perangai2 manusia dan semuanyalah.

SUBJEK TAHUN 4

Subjek tahun 4 ialah ada:

-Community Medicine : Subjek yang belajar pasal community study,medical ethics, how to do research and scientific studies, health statistic, planning the programme, motives including mission and vission and etc. Setakat ni paling suka subjek commed selain dari ophtalmology sebab bagi saya subjek ni dia interesting macam belajar subjek pendidikan sivik dan kewarganegaraan. :)

-Ophthalmology: Subjek yang semuanya belajar pasal mata bermula dari anatomy dan setiap disease untuk setiap bahagian part mata tu cthnya cornea, lid margin, conjuctiva,cornea, sclera, eyelids. Subjek ni paling tak bosan sebab macam menarik belajar pasal disease pasal mata ni . Dulu sebelum belajar opthal ni, ingatkan mata ni is a simple organ tapi rupanya banyak sangat disease can effect eye ni. Dulu masa tahun teori tahu pasal glucoma dan cataracts je. Huhu. :)

-Ent (Ear, Nose, Throat) : Subjek ni bagi saya tough jugak antara banyakbanyak subjek sebab information banyak sangat . Bagi subjek ini ada 3 part akan belajar iaitu pasal Ear, Nose and Throat. Setakat ni baru belajar pasal Ear. Interesting juga sebab belajar semua disease pasal ear . Macam kagum juga sebab besar kuasa Allah , walaupun telinga nampak macam simple je tapi kalau ada satu part of ear defect can lead to multiple disease. Subjek ENT banyak belajar pasal clinical skill and many type of operations pasal ear iaitu antaranya tympanoplasty, myringoplasty, cortical mastoidectomy, radical mastoidectomy and so on.

-Forensic and Toxicology : Subjek ni terbahagi pada dua iaitu Forensic and Toxicology. Untuk Forensic juga agak best sebab masa belajar subjek ni dalam kelas rasa macam investigator dalam cite C.S.I sebab belajar pasal postmortem , antemortem, jenis wound, jenis alatan digunakan untuk jenayah, assailant, victim. many types of medicolegal important. Untuk Toxicology belajar untuk handle kes Emergency (ABCD , Coma Cocktail, Antidote, Supportive treatment) , Corrosive Poisons, Heavy Metals , Plant Alkaloid Poisons and etc.



OPERATION THEATRE (OT)

Interestingnya tahun 4 ni bila dah boleh masuk OT. Bebas bila nak masuk OT bergantung pada masa yang terluang dan kerajinan diri . Biasanya spend masa dalam OT room paling kurang dalam 3 jam less or more bergantung pada operation apa yang kita nak tengok. Bagi saya best masuk OT ni bila kita sudah belajar pasal operation tu . Cthnya kami dah masuk 0T 2 kali setakat ni dan semuanya operation tentang subjek ENT. Antara operation yang kami sempat join iaitu Funtional Endoscopic Sinus Surgery (FESS), Tympanoplasty, Myringoplasty dan Adenotonsillectomy . Alhamdulillah surgeons semua baik dan tidak lokek ilmu. Sanggup explain pada kami padahal tengah sibuk operation dan lenguh kaki berdiri. Rasa kagum pada semua surgeons yang mampu bertahan berada dalam OT room berjam-jam lamanya. Kami dua jam berdiri pun dah rasa penat sangat dah balik rumah rasa macam nak pecah kepala sebab penat haha :) (Overnya!)

 Adenotonsillectomy





 Funtional Endoscopic Sinus Surgery (FESS)


CABARAN 

Cabaran tahun 4 ialah takut lagha sebab kelas banyak yang habis awal dan banyak masa kosong. Tak suka macam ni. Saya lebih prefer kalau sibuk dan kelas pack (macam perasan) tapi inilah realiti nya. Tiap2 hari perbaiki minda jangan enjoy jangan enjoy balik kelas kena terus revise apa yang Dr ajar , jangan study last minute, hafal awal awal , jangan jadi macam tahun3 paling teruk rasa sepanjang zaman bergelar student ni, rasa macam diri Irham Warhamnie yang sebenar. Hahaha. Let the past remain as past hehe :)




Dan semoga kuat harapnya melalui musim sejuk pada tahun ini bilamanarasa sejuk tu sampai ke tulang dan mata ni asyik layu dan asyik pandang katil saja. Manfaatkan musim sejuk dengan sebaiknya kalau tak akan menyesal nanti musim panas (you know what i mean) sebab musim panas adalah musim exam dan masa tu lah akan rasa menyesal kenapa la tak hafal baca awal-awal masa cuaca tengah nyaman masa tu haha :)

HARAPAN

Cara memasang harapan lain sikit tahun ni sebab nak lebih yakin pada diri sendiri yang saya pun mampu buat, Nak kembali pada Irham Warhamnie yang dulu masa zaman sekolah menengah dulu yang punya motivasi yang tinggi, tak pandang pada perkara remeh yang mengganggu fikiran dan lebih matang dalam berdepan dalam pelbagai situasi.

Nak target MUMTAZ tahun ni bukan sekadar set di fikiran aku hanya mahu naik tahun !
Nak tengok muka umi baba gembira sikit sebab baba umi selalu harap anaknya dapat mumtaz dari tahun1 lagi :(

Taksalah bercitacita dan meletakkan harapan yang tinggi bukan? Kalau bukan kita yang berharap, siapa lagi kan?

Eh, macam semangat pulak nak habiskan baca Commed sebab ada exam 25 November ni . Doakan semoga perjalanan Irham Warhamnie sepanjang tahun ke 4 pengajiannya dimudahkan Allah dari setiap aspek .



Amin Amin Amin .

Assalamualaikum :)