Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sunday, October 2, 2016

Elektif Posting Medical Dept USM (1st week)

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya Amin :)

Untuk cuti summer kali ini, buat elektif posting di HUSM Kubang Kerian Kelantan selama 2 minggu bermula daripada 25 September 2016 sehingga 6 Oktober 2016. Dan department yang dipilih ialah Internal Medicine.

Kali ini pengalaman elektif posting lebih mencabar daripada sebelumnya. Dan mendapat seorang supervisor yang sangat tegas, sedikit garang, teratur kerjanya dan tersangatlah baik hati iaitu Prof.Madya Dr Wan Mokhtar. Kali ini Prof tugaskan kami untuk clerk satu patient satu hari, buat complete case report dan present depan beliau at the end of every week.

Bagi kami sangat mencabar sebabnya tersilap memilih department iaitu Internal Medicine dan kami belum lagi belajar subjek tersebut dan belum masuk fasa klinikal sepenuhnya lagi. Maka terkial-kiallah kami untuk buat specific examination pada pesakit iaitu bagaimana cara untuk examine chest,liver,heart, Git mengikut kaedah inspection,palpation,auscaltation dan percussion. Boleh tahan juga kami dimarahi oleh sv kami kerana kami zero knowledge pasal clinical year disitu.

Tapi beliau tetap mahukan kami present cases walaupun tidak complete dengan result examination patient.


Perit juga dimarahi masa Prof tengan semak ketiga-tiga cases ni, iyalah kan, masih belum belajar dan boleh dikatakan 90% belajar disini (prof, students usm, MO,HO ,nurses yang ajar) cara untuk tulis cases report dengan turutan dan format yang betul. Alhamdulillah dapat siap 3 case report dan semuanya ditanda dan diperbetulkan oleh Prof. Dapat ilmu yang sangat berguna yang maybe tak akan diajar di Mesir dan ilmu ni semestinya akan diguna pakai masa jadi HO nanti.

Dan satu achievement unlocked bila berjaya atasi ketakutan diri untuk masuk bilik Prof dan berhadapan dengan beliau. Belum cuba,belum hadap, belum tentu akan tahu kan pasal ni semua. Bersyukur sebab dapat supervisor yang sangat caring pada elektif students macam kami ni.

Routine hari hari sebagai elektif student ialah pada pukul 7 setengah pagi mesti clerk patient atleast sekali dengan general examination terhadapnya. Then, join ward round bersama registar, specialist, MO,HO untuk tahu lebih detail pasal patient tersebut dan bagi saya ward round sangat penting untuk saya join dan belajar macam mana cara seorang HO present case pada specialist.

Dan selepas tamat ward round, kami akan teruskan clerk patient dan join kelas kelas student HUSM disana.

Target utama posting pada tahun ini ialah untuk belajar cara clerk patient dengan detail dan cara yang betul. Tapi target tak tercapai sangat sebab belum belajar subjek Internal Medicine. Yang pasti selepasnya tamat tahun 5 nanti pasti akan datang lagi ke department ini haha :)

Alhamdulilah semua berjalan lancar untuk minggu pertama ini :)


Saturday, April 30, 2016

Community Medicine (Tahun 4 Perubatan Part 5 )

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin :)

CBPR (Community Based Participatory Research)

Alhamdulillah berbanyak syukur kerana akhirnya sudah settle semua keseluruhan projek CBPR dan exam CBPR (written dan oral)

Pengalaman manis untuk CBPR bercampur dengan cabaran dan stress yang tidak kurang hebatnya jugak. Paling akan jadi memori bila dapat siapkan report CBPR dalam masa yang ditetapkan. 

Nak cerita pasal report CBPR ni memang panjang kisahnya tapi cuba dipendekkan dalam entry kali ni.
Saya memang dengan rela hati memilih untuk ditugaskan handle report untuk projek CBPR ini bersama-sama dua rakan yang lain. Pada awalnya, ingatkan report CBPR ini senang saja, just compilekan semua hard copy untuk keseluruhan field visit projek ini. 



Namun rupanya tidak, boleh tahan kompleks juga report ini siap dengan format segala. Format research! Alhamdulillah untuk tahun 4 banyak belajar benda baru terutamanya cara membuat research dan cara handle research memandangkan tahun ini 3 subjek melibatkan research dan salah satunya ialah subjek Community Medicine ini iaitu untuk handle CBPR ini. 

Satu pencapaian untuk diri sendiri dan teammates sebab dapat siapkan research dalam masa yang ditetapkan . Dan yang kedua dapat survive untuk siapkan report ini dalam masa yang singkat sebab malangnya Dr kelas kami tak sempat atau tak mahu bahagikan tugas masing-masing untuk terlibat untuk siapkan report ini. Akhirnya hanya kami 3 orang saja yang siapkan semua keseluruhan report ini dan dibantu oleh beberapa orang rakan padahal kelas sebelah Dr nya dah bahagikan semua part report kepada semua ahli kelas dan team yang bertanggungjawab untuk report hanya susun dan compilekan saja. Mula-mula bila dapat tahu macam tu agak kecewa dengan Dr kami hehe (sorry Dr ) but Alhamdulillah semuanya sudah siap dan sudah berlalu. Banyak nilai pengajaran yang  dapat saya belajar. :)



Dan bagaikan dapat reward dari Dr bila penghujung kelas Dr kata, 


"Congratulation, the report is very very very good!"



Alhamdulillah jugak untuk team slides dan presentation. We, group  A4 done our best in this research. Well done :)

Akhirnya tamat semua field visit 1, field visit 2, report, slides, presentation, written exam dan oral exam CBPR. :)

------------------------------------------------------------------------------------

28 hari lagi menjelang final exam untuk subjek community medicine ini. 
Target diri sendiri untuk subjek ini, semua topik haruslah habis dibaca dan 3/4 daripadanya sudah siap dihafal dalam masa 10 hari sebelum tibanya hari exam untuk subjek ini.

Mahu target tinggi untuk subjek ini.Tidak salah kan?

Memandangkan carry marks sepanjang tahun untuk subjek ini agak tinggi dan dikira memuaskan bagi diri sendiri, dengan pertolongan Allah , akan diusahakan jugak supaya dapat pangkat Mumtaz untuk subjek ini. Doakan ! :)

Test carry marks (26/11): 7.25/10
Midterm Exam (21/1) :17/20
2nd midterm exam (30/3) : 8.5/10



Assalamualaikum.:)

Sunday, April 24, 2016

Prinsip.

Assalamualaikum . Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Sambungan untuk post pembentukan diri yang lepas. Saya menghargai setiap detik kehidupan saya sekarang. Kerana jika berlaku apa- apa yang tidak terjangka dalam hidup saya di akhirnya, saya tak pernah menyesal dan saya boleh throwback segala saat dalam kehidupan yang saya pernah jalani dengan gembira.

Tipulah kalau tidak rasa kecewa dengan diri. Bila lihat orang lain sentiasa gembira dengan apa yang dia dapat dan diri saya tahu, itulah yang saya impikan selama ini . Kadang-kadang mampu senyum saja. Rasa sedih pasti ada. Dan mungkin seketul Irham Warhamnie ini jiwanya sudah matang dan mampu menghargai segala nikmat kurniaan Allah padanya dengan penuh rasa dan jiwa.

Saya selalu berkata pada diri saya dan mungkin dah jadi satu prinsip dalam hidup sebab terlalu banyak kekecewaan berlaku dalam hidup;

"Yakinlah selagi boleh yakin. Bersyukurlah selagi boleh bersyukur. Hargai setiap detik kehidupan. Jangan pernah lupa perancangan hidup ini bukan manusia yang gerakkan, tapi Allah. Manusia hanya boleh rancang tetapi Dia yang menjadikan setiap rancangan itu nyata. Jangan cemburu dengan kehidupan orang lain tapi cemburulah dengan diri sendiri jika kita tak gerakkan seluruh kehidupan kita untuk buat ianya jadi lagi baik" -Monolog Irham Warhamnie dan prinsip hidupnya.

"Kehidupan saya ,saya yang punya. Fokuskan pada kehidupan saya tapi bukan bermaksud untuk tidak ambil peduli pada kehidupan orang lain. Kurangkan untuk berfikir perihal orang lain. Hidupkan kehidupan saya semampu yang boleh.'' -Monolog Irham Warhamnie dan prinsip hidupnya.

Okay Irham Warhamnie. Jangan sesedih dah. Cheer up and get study. Hidupkan kehidupanmu. *Kesat air mata*







//Post ini sekadar untuk memberi motivasi pada diri sendiri//

Wednesday, April 6, 2016

Pembentukan Diri Sendiri.

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya :)

"Count your life based on memories, not based on times"

Sangat suka dan tertarik dengan kata-kata di atas. Punya maksud yang tersendiri. Lagi-lagi bila kita semakin sedar dunia semakin ke penghujung dan ajal boleh datang bila-bila masa saja mungkin sekejap lagi. Sungguh akal fikiran manusia yang singkat tak mampu nak menjangka.

Itulah apa yang saya buat sekarang. Sekarang, berhidup dengan menghayati setiap detik dan masa yang ada. Selalu sematkan dalam fikiran yang kena buat yang terbaik untuk setiap saat kehidupan. Mencipta lebih banyak memori dan berhidup setiap saat  yang menggerakkan hidup saya, bukan di bawah pandangan manusia, fikiran manusia. 

Dulu hidup saya sangat pentingkan apa pendapat orang lain,fikiran orang lain terhadap saya. Dulu apa-apa saya nak buat mesti saya akan takut kalau orang mengata, dan semua yang negatif saya fikirkan. 
Sekarang saya hanya menghidupkan setiap detik hidup saya. Saya buat apa yang saya rasa benda itu baik di mata Allah, mata ibu bapa dan tidak melanggar prinsip hidup saya.

Sekarang diri yang baru jadi lebih pentingkan diri sendiri. Lebih memberi hak pada diri sendiri. Lebih menjaga perasaan diri sendiri. Sekarang saya lebih suka bersendirian dan saya mengira kualiti kawan bukan kepada bilangan kawan. Dulu diakui masa zaman sekolah sangatlah ramai kawan dan siap ada geng dan alhamdulillah sampai sekarang kekal geng. #Fabulous6. Tapi berlainan bila masuk ke dunia universiti, bilangan kawan yang rapat memang tak ramai. Dan tak sedih pun.

Dan nak buat apa- apa sekarang tak bergantung pada kawan sangat. Dulu, saya sangat takut kalau kawan saya berubah mood padahal  saya sendiri tidak tahu puncanya. Tapi sekarang saya jadi keras, awak nak berubah mood ikut awakla. Saya bukan dilahirkan untuk menjaga perasaan awak padahal hati saya sendiri yang sakit dan sedih,

Dan saya juga tidak fikirkan akan urusan orang lain. Saya buat urusan saya, awak buat urusan awak Saya semakin malas nak ambil tahu hal orang lain. Sekarang prinsip saya, jika mereka tidak mahu berkongsi dan bercerita, saya pun taknak ambil tahu,

Menghargai. Saya lebih menghargai kawan-kawan saya yang selalu ada dengan saya dari dulu sampai sekarang contohnya kawan-kawan saya yang dari sekolah rendah dan menengah. Orang yang tidak pernah hargai saya, suka sakitkan perasaan saya,memang saya perlahan-lahan akan "tinggalkan".dan menjauhkan diri.

Saya lebih belajar menghargai setiap perkara dalam hidup saya, maksud saya setiap saat yang terjadi dalam hidup saya. Dan setiap orang yang hadir dalam hidup saya. Dan orang yang lebih menghargai saya lebih lama dari saya hargai dia. *sayangnya anda tak pernah tahu saya ada blog*

Menaip dengan jiwa yang sedih tapi kuat sebab dah berjaya bentuk diri sendiri demi sedikit dan yang penting semakin memberi hak yang sepatutnya pada diri sendiri. :)

Alhamdulilah. :)

Thursday, March 3, 2016

Result Midterm Exam (Tahun 4 Perubatan Part 4 )

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin :)

Post kali ini nak update pasal result exam midterm hari tu. Suka update segala benda apa yang terjadi sepanjang Tahun 4 Perubatan ni sebab lama-lama akan baca juga dan masa tu akan tersenyum :)

Okay overall Alhamdulillah untuk semua markah walaupun ada certain subject tak mencapai target.

Community Medicine

Alhamdulillah mencapai target iaitu markah haruslah capai separuh dari jumlah markah. Dan Alhamdulillah dapat 17/20. Target 18/20 tapi dapat 17/20 tu dah tahu dah yang mana salah. Dan setakat ni tiada masalah dengan MCQ community medicine. Soalan written juga dah siap target awal awal soalan apa yang akan keluar dan alhamdulillah apa yang ditarget semua keluar.

Cuma kena lebih familiar dengan soalan cases dan jawapan mestilah lengkap jangan was was.

Sudah masuk buku Commed Part 2 dan ternyata lagi suka dengan buku commed Part1 tapi insyallah akan diusahakan dengan semaksima mungkin supaya jadi mudah nak igt semua info dalam buku Part II.

Moga mumtaz Community Medicine final nanti. Amin.

Overall carrry marks setakat ini untuk commed ialah:

Test CarryMarks (26/11) : 7.25/10
Midterm Exam (21/1) : 17/20

Ear,Nose and Throat

Alhamdulillah dapat full marks 20/20 tapi tak boleh sedap duduk sebab banyak soalan yang bukan sama tapi nak dekat sama dengan buku MCQ department lagipun haritu semuanya soalan MCQ.

Antara subjek yang diminati tapi sedikit gerun untuk final nanti sebab untuk theory tak biasa lagi dengan jenis soalan dan terlalu banyak untuk dihafal.

Overall carry marks setakat ini untuk ENT ialah:

Midterm Exam ( 26/1) :20/20

Moga mumtaz atau JJ untuk final nanti . Amin.

Forensic and Toxicology

Alhamdulillah tapi kurang berpuas hati dengan markah midterm untuk Fortox sebab banyak cuai dan terlalu yakin untuk menjawab dan akhirnya markah terlalu jauh daripada yang ditargetkan. 23.5/30 . Nasib baik tidak tergelincir ke lagging students.

Soalan MCQ haritu sangatlah direct dan tak susah  pun tapi sangatlah cuai sebab tengok soalan senang kononnya lah padahal pandai je Dr belit soalan tu haha :)

Dan bimbang dengan subjek Toxic sebab info nya nak dekat sama dan memang awal awal lagi risau dengan subjek Toxic ni :(

Overall carry marks setakat ini untuk Fortox ialah :

Assessment Exam MCQ + 1 cases (21/10) : 4/5
Assesment Exam MCQ (29/12) : 3/3
Assesment Exam MCQ ( 4/1) : 3/5
Midterm Exam (28/1) : 23.5/30

Moga mumtaz atau JJ untuk final nanti. Amin.

Ophthalmology

Alhamdulillah seperti ditarget kena dapat 20 dan keatas dan alhamdulillah 20/25 . Semua soalan MCQ dan soalan agak sukar.

Apapun ready untuk final especially written dan caes. 

Moga mumtaz atau JJ untuk final nanti. Amin.

---------------------------------------------------------------

Project, Research, Presentation

-CBPR Project untuk Commed.
-Research Project about Electronic Cigarettes (Vape) (Forensic & Toxicology)
-Presentation on Lagophthalmos (Ophthalmology)

Semua ni kerja yang besar dan senang kalau kerjasama ahli group mantap! Insyallah :)

---------------------------------------------------------------




Senarai exam sepanjang 4th year beserta dengan marks, comments for myself . Dijadikan motivasi kalau dapat markah tinggi dan muhasabah kalau markah rendah :)
**Taksuka kalau kawan skodeng board ni**


Sekarang ni kalau update blog kena letak sekeping gambar terbaru sebab ada friend of mine request supaya letak gambar. Rindu katanya. Terima kasih sudi jenguk blog :) 
**She**


Assalamualaikum .

Thursday, February 18, 2016

Pengharapan.Ketentuan.Keyakinan.

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya, Amin. 

Pengharapan . Ketentuan. Keyakinan. 

Berharap.
Satu perkataan yang senang disebut, senang difahami tetapi sangatlah sakit untuk berharap.
Kata orang kalau kita berharap pada perkara yang kita yakin kita akan dapat, perasaannya manis.
Tapi kalau kita berharap pada perkara yang kita sendiri tidak yakin dan akhirnya tak dapat,perasaannya sakit. Sangat sakit. Tapi memang dalam hidup kita tidak akan lepas dari berharap. Orang kata bermimpi. Tapi di siang hari dan berada dalam kehidupan realiti.

Berharap.
Boleh berharap. Tapi jangan meletakkan harapan penuh akan sesuatu perkara yang kita tidak pasti tentangnya, padahal hati kecil kita awal awal lagi mengatakan benda mustahil untuk dicapai. Tidak sama dengan memandang rendah akan sesuatu perkara tanpa usaha. Tapi bagi saya, bila berharap ini lain, kita letak sepenuh usaha kita keatasnya, kita timpakan sebesar harapan pada diri kita kononnya kita akan dapat benda tersebut.

Berharap.
Kadang-kadang ada salah dalam cara kita berharap akan sesuatu perkara. Salah kita bila terlalu yakin akan diri sendiri. Dan salah yang paling besar bila pengharapan Allah kita letak nombor dua. Sepatutnya bila berharap, kena letak Allah nombor satu. Iaitu dengan pahatkan dalam hati dengan kukuh supaya bersedia lagi awal jika pengharapan itu tidak akan berhasil suatu hari nanti. Jadi akan kurang rasa sakit itu.

Berharap.
Cara yang terbaik ialah jangan berharap terlalu lebih. Apa jua konteks sekalipun. Jika Allah kata sesuatu perkara itu milik dan rezeki kita, tidak akan sesekali kita akan temui kekecewaan dan tidak akan pernah jatuh menjadi milik orang lain. Tapi jika Allah tetapkan bukan milik kita, kita berharap setinggi langit, memerah usaha sekuat manapun untuk itu, tetap tidak akan menjadi milik kita.

Berharap.
Jadi bersederhanalah dalam berharap.

Kata Imam Syafie,

"Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang (atau kepada sesuatu perkara) maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan,supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepadaNya."

Berharap.
Dalam hidup mesti kena ada perubahan kan. Sekarang ini selalu ajar diri jangan berharap terlalu tinggi akan sesuatu perkara, tapi mesti ada target dan kena ada usaha yang setimpal dengan apa yang kita targetkan. Dan selalu sematkan dalam diri , apa yang Allah tetapkan kepunyaan kita tak akan pernah jadi pernah jadi kepunyaan orang lain.

Dan selalu belajar menghargai segala benda yang ada dari sebesar-besar perkara ke sekecil-kecil perkara.

Belajar menghargai manusia yang hadir sekarang. Buat sehabis baik untuk ibubapa, adik beradik dan orang yang selalu ada disaat susah dan senang. Dan belajar menghargai dan mencintai dengan lebih lagi orang yang hadir sekarang. Jangan toleh kebelakang pengharapan yang telah punah tapi bina pengharapan baru , usaha supaya pengharapan itu akan berhasil dengan meletakkan Allah nombor satu.

Semoga apa apa yang saya harapkan akan menjadi milik saya suatu hari nanti.

Faiz Ibrahim, look you are in my blog now! Seorang yang tabah, pernah melalui zaman gelap dalam hidup tapi berani bangkit dan penuh dengan nasihat yang mantap. Penulis buku Reinkernasi dan Rehabilitasi.

Pernah tweet di twitter pasal pengharapan sebab pedih sangat fikirkan balik harapan yang pernah musnah dan tak jadi dulu. Seorang yang suka meluahkan perasaan melalui tulisan samada diblog, diari peribadi dan semua medium yang boleh ditulis.Amat jarang meluahkan pada perkara bernama "manusia" sebab ramai antara mereka bukan menfokuskan pada luahan kita tapi ada kadang-kadang bertepuk tangan dengan masalah kita. Akhirnya,luah pada Allah adalah medium yang paling tepat dan paling terbaik !


Apa yang tertulis untuk kita tak akan pernah jadi milik orang lain.



Dan saya amat yakin akan ketentuan Allah. Mana mana harapan saya yang pernah hancur akan ada hikmah di sebaliknya. Dan saya berharap suatu hari nanti saya akan berkata begini, "Alhamdulillah nasib baik tak jadi benda tu dulu, rupanya hikmah ini Allah tetapkan"




Dan paling penting sekarang, selalu ajar diri sendiri supaya hargai setiap detik kehidupan. Selalu hargai apa yang ada sekarang. Selalu ajar hati supaya bersyukur kerana ada orang yang jauh lagi hebat diuji. Selalu berpesan pada hati sayang apa yang ada sekarang. Selalu kata kat diri jangan berharap lagi  pada benda yang tak akan jadi milik kita. Dan yang penting, selalu sedar setakat mana kita berdiri. Tidak salah ingin menyentuh bintang tapi biarlah berpada dan jangan lupa Allah nombor satu. Dan akhirnya, hargai orang yang hargai kita sekarang ceh :)

Assalamualaikum.

Tuesday, February 9, 2016

Melangkah (Penulisan2uIR)

Jiwa aku lemah.
Basah jiwa itu selalu.
Terduduk dilantai itu biasa.
Mencium pahitnya bau dasar itu kerap.

Orang kata aku boleh.
Orang kata jiwa aku gagah.
Orang kata semangat aku kental.
Apa benar kata kata orang itu.

Terhantuk jiwa sukar sekali.
Mahu bangkit itu serasa mahu putus jiwa.
Air mata itu ibarat empangan bocor.
Tiada apa lagi tinggal untuk bekalan jiwa.

Lalu jentikan rasa hadir.
Pasti ada cahaya dihujung kelam ini.
Kenapa harus dibutakan mata hati.
Sungguh hikmah itu luas dariNya.

Dan dia sekarang berbeza amat.
Seorang berjiwa kental.
Bukan selemah dulu.

Tangan diangkat tinggi ke langit.
Syukur dipanjatkan.
Inilah hikmahnya.
Subjektif untuk dirasa.
Tapi kekal lama dan bermakna.
Untuk penyuluh seterusnyaa.

Terima kasih yang pernah hadir, sedang hadir dan akan hadir :)



Tuesday, January 26, 2016

Midterm Exam (Tahun 4 Perubatan Part 3)

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya, Amin.

Tinggal satu paper lagi untuk midterm kali ini iaitu paper Forensic and Toxicology lusa, 28 January 2016 dan lepas tu bermulah winterbreak untuk tahun ini selama 2 minggu lamanya.

Sepatutnya sekarang kena study untuk paper seterusnya tapi rasa macam nak menulis kat sini pulak sebab rindu dan tangan gatal nak bercoret coret kononnya nak catat semua event penting dalam hidup di blog ni.

Alhamdulillah previous 3 papers as expected. Dapat jawab dengan lancar dan semua soalan yang target  keluar. Overall untuk tiga paper tu target dapat markah lebih  3/4 dari markah penuh semuanya.

Midterm exam kali ini banyak MCQ je cuma Commed saja yang ada soalan written . Maybe sebab tu senang kot. Eh sejak bila Irham Warhamnie sukakan soalan MCQ ni? Okay dulu memang trauma dan selalu letak low expectation kalau tahu soalan yang akan ditanya dalam bentuk MCQ.

Mungkin sekarang dah tahu macam mana cara nak jawab soalan MCQ ni. Cara nak menjadikan soalan MCQ senang ni adalah dengan buat latihan MCQ banyak kali sambil kaji selidik setiap soalan tu kenapa betul dan kenapa salah . Masa tahun1 dan 2 tak buat cara macam ni. Dulu tak buat langsung pun soalan MCQ tapi hafal sebijik macam nak jawab soalan written dan memang cara tu takberkesan pun . Kalau soalan MCQ memang kena buat MCQ sebab nanti apa-apa soalan yang keluar kita boleh relatekan dan nak biasakan kita dengan jawapan dan soalan yang tepat.

Tahun 4 ni banyak ubah cara study. Sekarang bila habis kelas, memang wajibkan diri sendiri kena baca balik, faham ,kalau tak dapat hafal terus pun tak apa. Asalkan revise balik sebab kefahaman kalau kita revise balik tu lagi mantap daripada kita taksentuh langsung topik tu . Sebab bila nak revise untuk  next exam kita akan jadi familiar dengan tajuk tu.

Oooo yeah , nota pun kurang dibuat tahun ni sebab buku teks tahun4 sangatlah awesome aturannya.

Bila masuk tahun 4 ni , fikiran bukan nak lulus exam tapi kadang kadang selalu fikir ilmu ni penting ni nanti nak jadi Dr kelak..Tajdid niat setiap hari ya :)

Semoga Allah mudahkan segala urusan pengajianku, urusan nanti kerja kelak dan semuanya dari awal sampai akhir,


Meja study yang teratur dan kebersihan bilik adalah faktor kepada mood dan kerajinan untuk study.Kalau berselerak,debu bersepah hilang mood nak study. Seorang yang sangat teratur dan sangat teliti sampaikan kadang-kadang naik rimas dengan diri sendiri hahah:D



Selfie kenangan lepas exam ENT harini.Cuaca mendung dan sangatlah sejuk ditambah dengan   demam ,selesema , batuk. Mujurlah boleh fokus masa jawab exam. Alhamdulillah:)


Rancang waktu, catat tarikh penting, Yang bertanda hijau tu bilangan exam utk tahun4 , Takbanyak sangat pun. Rasa cepat je masa berlalu dah nak masuk bulan Februari dah dan lepas tu final exam :')

Assalamualaikum :)


Tuesday, January 12, 2016

Monolog Hati Kau Lupa (Penulisan2uIR)


Monolog Hati Kau Lupa

Pernah suatu hari nafas dihela berat.
Bumi yang dipijak serasa halilintar laju putarannya.
Fikirannya  terlajak bulatan positif.
Mindanya seakan setekad serahan.
Seolah baginya tiada lagi senjata. 

Dalam hidupnya.
Matahari seolah buta tujuan.
Pancaran sinar segundah malapan cahaya.
Kehidupan ini tiada lagi indahnya.

Namun dia lupa selupanya.
Pelangi masih tidak berganjak.
Sang suria masih memancarkan sinar.
Walaupun hujan akan tiba.

Cuma....

Tunggulah sekejap.
Maha PenyayangNya tidak pernah kurang.
Maha BerkuasaNya tidak pernah lemah.
Maha Pemberi RezekiNya tidak pernah bakhil.
Maha EsaNya tidak pernah ada sekutu selainNya.

Diri....

Bicara pada ku sehebat mana fikiranmu.
Bicara padaku apa kau lupa.
Kau serah kalah semuanya.
Tapi tegar melupakan ada Dia di atas sana.
Sedekat jaraknya diparas sisimu. 
Jauh lagi dekat hela nafasmu.

Dialah Tuhanku.
Dialah penolongku.
Dialah kekasihku.
Dialah yang keluhan hembusanku.
Dialah faham hatiku. 
Dialah segala-galanya.

Kini.
Ku semakin sedar manisnya akan ada dihujungnya.
Cuma pergantungan yang sepenuhnya padaMu.

**Untuk apa dirisau perkara didepan yang belum terjadi. Yakinlah rezekimu sudah Allah tetapkan. Sejauh mana kita berlari berusaha tapi orang lain cuma setapak berjalan ke arah itu namun jika Allah menetapkan itu bukan rezekimu, maka bukanlah rezekimu. 

Yakinlah wahai manusia. 

Usaha.
Usaha.
Usaha,
Usaha,
Berharap.
Berharap.
Doa.
Doa.
Doa
Doa seinfinitinya.
Tawakkal.
Tawakkal.
Tawakkal.
Tawakkal tiada pangkalnya.