Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Thursday, July 13, 2017

Tahun 5 Perubatan Part 1

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Masha Allah post yang terakhir ialah pada bulan Oktober 2015 dan tiada post selepas bulan itu dan hari ini pada bulan July terbitlah satu post setelah sekian lama menyepi . Terima kasih pada jiwa yang padat didalam hati mencari ruang untuk diterjemahkan dalam bentuk taipan kata-kata dan terima kasih juga pada sendi- sendi jari ini. 

SEPI YANG LAMA

Sepi ini atas banyak faktor. Mungkin ada tumpuan lain yang harus diberikan. Sejujurnya rindu pada blog ini. Ibaratnya blog ini seperti pendengar setiaku selama ini. Setiap keluh kesah hati, perjalanan menuju menara gading semuanya diluahkan disini. Ramai juga terinspirasi dengan blog ini. Dan ramai juga yang mesej personal untuk bertanyakan tips-tips yang berkaitan. Dan blog ini juga banyaknya terjadi perkara-perkara yang tidak terjangkau dek fikiran. Dan pemberi motivasi supaya penulisan di blog ini diteruskan juga telah tiada. Dan mungkin itu salah sebab saya menghentikan penulisan ini buat sementara. 

Dan paling teruk, saya sudah privatekan blog ini kepada semua orang . Hahaha alasannya ialah ada penulisan yang sangat kebudakan yang ditulis pada zaman sekolah  Kalau diperhatikan  gaya penulisan pada zaman sekolah dan zaman sekarang jauh berubah. Lebih matang penulisannya dan begitu juga pemikiran saya yang semakin matang. 

In sha Allah akan generalkan penulisan di blog ini supaya sesiapa pun dapat mengambil ibrah sedikit sebanyak atas setiap penulisan ini. Kerna, penulisan yang berkualiti mampu membuat orang bangkit dari 'tidur'. Dan begitu juga dengan si penulis ini, dengan menulis saya dapat motivasikan diri sendiri agar lebih menjadi insan yang lebih kuat dan semangat menghadapi waktu-waktu berbaki sepanjang perjalanan kehidupan ini. 

TAHUN 5 PERUBATAN (PART 1)

Alhamdulillah saya berjaya melangkah ke tahun 5 Perubatan dengan keputusan exam tahun 4 yang tak terjangka iaitu Jayyid Jiddan. Kalau dikira pada usaha diri sendiri amatlah sikit. Tapi saya amat yakin ini adalah hasil doa baba ummi saya dan doa-doa orang sekeliling saya. Terima kasih.

Tahun 5 ini amatlah jauh bezanya dengan tahun sebelumnya iaitu tahun klinikal bagi kami. Antara subjek untuk tahun 5 ini ialah Internal Medicine dan Paediatric. Haa, dengar je 2 subjek tapi satu subjek tu amatlah berat bagi diri ini. 

Antara branch untuk Internal Medicine ialah:

-Dermatology
-Nephrology
-Haematology
-Gastroenterology & Hepatology
-Cardiology
-Pulmonology
-Endocrinology
-Neurology
-Rheumatology

Untuk setiap main branch akan ada round iaitu selama sebulan dan remaining branch selama 2 minggu. Tahun 5 ni waktunya sangat pack dan lambakan exam setiap bulan. Beza tahun 5 dengan tahun-tahun yang lain ialah kami lebih terdedah kepada patients dan environment hospital itu sendiri. Diakui bahawa sememangnya pelajar medik di Timur Tengah ini amatlah terhad asas klinikalnya dan kami terpaksa mencari jalan sendiri untuk menguatkan asas klinikal. Ditambah lagi dengan language barrier iaitu bahasa Arab Ammiyah untuk mengambil History Taking patient sangatlah mencabar..

CARA  BELAJAR TAHUN 5 PERUBATAN

Cara belajar untuk tahun 5 ini tak berbeza sangat dengan tahun sebelumnya. Tapi semangat membuat nota untuk practical round ini luar biasa. Maybe saya sematkan dalam fikiran " Saya kena ada nota saya sendiri untuk asas klinikal ini sebab nanti dalam tempoh persediaan menunggu HO ni,belek je semua nota-nota tulisan tangan ini untuk fast review sebelum kerja nanti."

Ramai kata alah baca je la buku yang tebal ni. Hahaha. Tapi kita mesti akan tahu potensi dan keterbatasan diri kita. Saya sangatlah sistematik orangnya dan biasanya apa yang saya tulis dengan tulisan tangan sendiri akan senang diingati berbanding dengan baca tulisan komputer. (Haha).

Dengan membuat nota untuk praktikal, saya akan puas hati bagi diri sendiri sebab ilmu ni akan diguna pakai sampai kerja dan tujuannya juga nak jadikan kenangan bila dah besar-besar nanti.


Nota practical dan semua ilmu-ilmu yang dapat dalam kelas sepanjang tahun 5 ini yang siap dicantum start dari round awal sehingga akhir. Akan jadi kenangan nanti. :) 

Untuk theory (sememangnya pelajar medik di Timur Tengah sangatlah padat dengan Theory), saya tidak membuat nota dan fokuskan pada satu buku saja selain daripada membaca buku yang lain sebagai info tambahan. 


Buku-buku theory yang harus dibaca dan dihafal nanti :(

Cara belajar seperti orang lain. Terus revise selepas habis kelas dan jangan tangguh sebab maklumat yang kita dapat tu akan segar dalam minda kita dalam tempoh 24 jam saja. Kalau kita revise keesokannya, kefahaman yang kita dapat tak akan sama jika kita revise selepas belajar asalkan biar dalam tempoh 24 jam. 

Jangan ponteng kelas tahun 5 ni. Sebab setiap apa yang keluar dari mulut Dr amatlah penting dan saya banyak perasan yang soalan yang ditanya oleh Dr dalam setiap exam round ialah apa yang diajar sendiri oleh Dr dalam kelas beliau. 

FINAL EXAM TAHUN 5 PERUBATAN

Jadual final exam sudah pun keluar iaitu pada 21/9 hingga 21/11. 

Diri sendiri sekarang dah berada dalam fasa cuak. Memang kebiasaan diri saya akan lebih cuak awal (Hahaha). Dah buat plan untuk final exam ini dan harapnya disiplin untuk ikut jadual study yang dah dirancang. Sifirnya ialah jangan tangguh dan jangan mengantuk. (Hahah).

Jadual exam untuk IM sahaja. 

Yang menambahkan lagi perasaan takut ini sebabnya gap antara paper 1 hingga 3 sangatlh sedikit dan tak sampai seminggu pun. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, gap untuk setiap subjek hampir 2 minggu lamanya . Harapnya dapat cover semua branch IM dan Paediatric sebelum tibanya exam nanti . 


PERANCANGAN TAHUN 5 PERUBATAN

Alhamdulillah tahun ini , diri lebih sistematik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Terima kasih pada 3 #planneraddict. Tahun ini lebih alert dengan masa, tarikh, event penting, apa yang telah berlaku dan apa yang bakal berlaku.


Planner 2017. Setiap hari buka planner ini untuk catat semua apa yang telah berlaku dan akan berlaku :)


Setakat ini dulu untuk permulaaan tahun 5 perubatan. In Sha Allah akan aktif berblog kembali dan akan buka blog ini pada umum sekiranya sudah bersedia nanti. Penulisan disini lebih kepada untuk menyimpan memori dan membina semangat untuk masa hadapan nanti. 

Doakan diri sendiri wahai Irham Warhamnie. Kamu semakin hampir pada penghujung. Kekalkan semangat dan motivasi diri sendiri dan selalu jadi "Fighter" dalam kehidupan kamu sendiri :)


Sistematik lah sekiranya itu boleh membuat kamu lebih bahagia menjalani hidup :)

Assalamualaikum :)