Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Friday, December 15, 2017

NIKMAT DAN PENGAJARAN TAHUN 2017

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya :)

Alhamdulillah untuk semua yang berlaku pada tahun 2017 samada yang bahagia ataupun ianya pengajaran supaya diri sendiri menjadi lagi matang dan kuat  menghadapi cabaran yang mendatang amin. Post kali ini lebih kepada #throwback semua apa yang berlaku pada tahun 2017 ini InshaAllah:')

NIKMAT  DAN PENGAJARAN YANG TIDAK TERDUGA

Lasik mata
Alhamdulillah tahun 2017 ini mendapat dua nikmat hadiah yang tidak terduga daripada Allah s.w.t iaitu nikmat melihat dunia kembali tanpa kabur dan tanpa bantuan cermin mata lagi. Alhamdulillah tahun ini berjaya menjalani operation Lasik mata di Mesir. Saya kira ini memang hadiah daripada Allah s.w.t sebab sebelum ini memang tak mampu nak spend duit sendiri untuk operation lasik ini yang harga sebelumnya mencecah sehingga RM1000 lebih tetapi oleh kerana duit Mesir jatuh merundum maka harga untuk operation ini jauh lebih murah berbanding dahulu iaitu RM700 sahaja. Memang berbaloi bila dapat peluang ini sebab harga operation lasik mata diMalaysia mencecah RM10,000. Alhamdulillah. 

Braces
Alhamdulilah untuk nikmat yang kedua ini ialah dapat pasang braces. Impian sejak dari sekolah menengah lepas tahu gigi sedikit belok akibat kecuaian sendiri lambat cabut gigi susu hahaha. Apapun Alhamdulillah untuk nikmat ini )

Nikmat lulus tahun 5 
Ini juga adalah satu nikmat yang terbesar Allah hadiahkan untuk saya walaupun doa dan usaha tidaklah sehebat mana. Lulus tahun 5 adalah satu perkara yang saya paling mahukan walaupun target sangatlah tersasar jauh dan hanya mendapat Jayyid untuk final tahun5. Apapun asal diri sendiri tahu apa kesilapan pada tahun ini  dan semoga tahun akhir nanti dapat keputusan yang jauh lebih baik dari ini amin :)

Berpegang kuat pada kata hati
Tahun 2017 ini juga ucapan tahniah harus diberikan pada diri sendiri kerana berani membuat keputusan dengan kata hati dan daripada petunjuk Dia. Melepaskan diri daripada situasi yang sering mengganggu ketenangan hidup, hanya sedih dan kecewa saja yang sering dirasai dan bila diri sendiri meletakkan titik noktah dan TIDAK! pada perkara itu, leganya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbeban di dalam hati selama ini. Namun adatnya, selepas titik noktah saya letak dipenghujung kisah itu, pastinya kenangan berkenaaan hal itu akan sering muncul dan ketahuilah hanya waktu saja yang akan lenyapkan semuanya perlahan-lahan :')

Kawan bukan selamanya ada
Tahun 2017 ini juga saya menyedari satu hakikat iaitu insan-insan yang bergelar kawan tidak selayak diletak dalam kehidupan kita sebagai asbab untuk kita rasa bahagia. Jika mereka itu kita anggap SAHABAT mungkin boleh. Berseorangan juga lagi bahagiakan? Tahun ini hati lebih kental. Dipulaukan habis-habisan, tak dianggap sebagai salah seorang rakan yang pernah baik itu sudah lebih cukup untuk mengatakan saya mampu untuk hidup seorang . Dulu selalu terasa hati dan tertanya kenapa mereka menjauhkan diri. Apapun berjalan seorang,makan seorang dan hidup buat hal sendiri lagi bahagia alhamdulillah. Semoga sahabat-sahabat saya tidak pernah meninggalkan seperti rakan-rakan meninggalkan.

Waalaikumussalam:)