Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Monday, October 16, 2017

Tahun 5 Perubatan Part 2

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Ameen. Ini adalah post yang kedua untuk cerita berkenaan tahun 5 Perubatan. Amat jarang berkongsi diblog ini sebabnya tiada masa yang cukup tambah dengan ada medium lain supaya semua cerita pasal kehidupan ini diterjemahkan dalam bentuk kata-kata iaitu halaman helaian muka surat diari yang mampu faham tuannya sendiri. 

Alhamdullillah untuk semua nikmat yang Allah selalu kurniakan pada saya dalam keadaan sedar mahupun tidak. Untuk menghitung segala nikmat yang Allah kurniakan terlalulah banyak bagi diri saya namun fitrah manusia selalu lalai dan kadang-kadang tidak faham dengan bahasa rindu Allah....

Dia mengirimkan dugaan dan ombak dalam kehidupan supaya kita mengerti seharusnya pergantungan seorang manusia haruslah terpundak sepenuhnya pada Dia. Tetapi sang manusia yang selalu lalai ini selalu membutakan matanya sendiri untuk melihat segala aturan dan perjalanan takdir yang Allah telah tetapkan . Kadang Allah menjauhkan apa yang kita merasakan itu adalah keperluan hati kita tetapi kita jarang sekali menghargai apa yang telah terjadi. Pastinya setiap apa yang telah berlaku dan bakal berlaku saya yakin bahawa itu semua adalah aturan Allah..

Alhamdulillah disaat post perubatan tahun 5 ini ditulis, telah berakhir final exam untuk subjek Internal Medicine selama sebulan setengah lamanya hahaha ( :') )

-Paper 1 IM : 21 September
-Paper 2 IM : 2 Oktober
-Paper 3 IM:  5 Oktober
-Clinical Pathology : 7 Oktober
-Oral Dermatology : 8 Oktober
-Oral IM, ECG, Xray & Photos : 11 Oktober
-Long Case Exam : 14 Oktober
-Short Case (OSCE) Exam : 15 Oktober

Fuh sebanyak 8 hari untuk semua exam Internal Medicine. Sumpah setakat ini sepanjang saya bergelar students dan mengalami berbagai jenis peperiksaan termasuklah SPM, exam untuk Internal Medicine adalah exam yang paling "penat" dan hampir putus nyawa dibuatnya kerana terlalu banyak branches dalam Internal Medicine dan automatik tersangat banyak untuk dihafal.

Apapun Internal Medicine ialah ilmu yang sangat penting apabila bergelar seorang doktor kelak. Ilmu asas untuk seorang doktor dan berharap semoga ilmu-ilmu boleh dipraktikkan dengan baik nanti amin.

DUGAAN SEPANJANG EXAM

Alhamdulillah tidak diuji dengan ujian yang berat sepanjang exam IM ini. Cuma terpaksa berpindah rumah selama dua kali. 

Selalu teringat kata-kata seorang sahabat saya, "Semua orang akan diuji dan bergantung kepada seseorang untuk melihat ujiannya itu sebagai ujian yang besar mahu pun kecil".

Setakat kena berpindah rumah amatlah kecil ujian ( bukan ujian pun sebenarnya tapi menyumbang kepada paras stress juga dalam diri ini haha) . Sahabat lain diuji dengan ujian yang lebih besar iaitu kehilangan ayah yang tercinta. Tak boleh bayang kalau berada pada tempat dia. Sesungguhnya dia ialah seorang yang sangat kuat dari awal sehingga akhirnya.

Untuk exam kali ini, seperti biasa memang saya selalu sematkan dalam hati iaitu, 

"Usaha je setakat yang mampu. Asalkan jangan malas. Allah akan menilai usaha dan doa saya"

Setiap kali stress sebab exam ayat itulah selalu digunakan untuk pujuk diri sendiri. Kalau nak dibandingkan dengan usaha sangatlah kecil, tetapi saya tahu doa-doa daripada umibaba dan doa-doa kawan sendiri juga penyumbang yang terbesar. Asalkan kita usaha semampu kita boleh dan selalu sematkan dalam hati, keberkatan masa itu Allah selalu bagi tanpa kita sedar. 

Sepanjang 8 hari untuk menghadapi exam IM itu, pasti terdetik dalam hati, 

"Adakah aku mampu melalui exam pada hari ini. Kenapa hati rasa tak sedap dan kenapa rasa apa yang dihafal sepanjang gap exam ibarat ingat dan tidak ingat saja"

Dan Alhamdulillah setiap kali Allah mudahkan walaupun ada juga down sebab ada soalan yang tak boleh jawab walaupun dah banyak kali ulang hafal dan baca. Apapun saya yakin Allah selalu akan menilai usaha, doa dan tawakkal saya. Jadi tidak perlu bimbang sangat dan serahkan semua pada Allah. Selebihnya kerja Dia.

Semoga saya dan rakan-rakan satu batch lulus paper Internal Medicine ini. Amin amin :)

Jom ke Paediatric pula.Semoga Allah permudahkan. 





Assalamualaikum. :)