Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sunday, January 26, 2014

Happy winter break :)


Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.  Ameen.

Before that, happy winter break happy berholiday everyone. Almost 3 weeks.

Alhamdulillah bukan sebulan *jarang rasa taknak cuti ni* dan tarikh exam midyear tak ditunda. Bersyukur masih seperti yang dirancang. And I hope I hope dapat balik beraya di Msia. Takboleh nak bayang kalau kena beraya kat sini. Raya haji okay lagi kalo beraya kat sini. Puasa okay lagi kalo kena puasa kat sini. Tapi kalau raya aidilfitri kena raya kat sini, no! Tak ready fizikal mental lagi.

So apa je yang dibuat cuti winter break ni? As a nerd student like me *had to become nerd this year actually* saya ambil keputusan tak nak travel mana2 tahun ni. Tambah2 dengan keadaan Mesir yang seperti bom meletup. Hmmm. Stay kat rumah je la. Spend time dengan buku, laptop, phone. Haaaa and also decorate sikit2 bilik.  Kalau xde wbreak ni, memang xde masa nak decorate2 nih. And of course the theme is blue. Blue of the sky. Addicted to blue of sea and sky. 

And join sikit program persatuan like WOW(wonder of winter) and some usrah with Kak Raihana and Kak Farahain. Makanan rohani utk jiwa dan minda. And some talks tooo :)

Unfortunately after the wbreak, terus exam midyear.  Pastinya carry marks yang lagi byk dari midterm. And also banyak lagi yang kena baca.


And some additional activities are ; projek karipap donut frozen utk melahap bersama dgn housemates. * bkn utk dijual* Hahaha

May this leisure time brings us more happiness. 

Wish u all the wonderful life. Fi Malizi wa fi Misr wa fi kullu makan wa kullu zaman. 


Here are some pictures. Some clicks throughout all this year. With awesome friends :)






Allahumma Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammin BilKhair:)

Assalamualaikum umi baba T_T

Wednesday, January 8, 2014

New. Gadid. Baru. 2014 :)

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindungannya. Amin :)

Rasa macam kekok dah lama taktaip blog. Banyak terlepas moment2 indah dan sebaliknya untuk refreshnya satu saat dalam hidup

Well. Welcome 2014 and farewell 2013. Times fly so fast. Sampaikan tak sedar dah masuk tahun baru. Kalau boleh taknak tinggalkan tahun 2013. Satu tahun yang penuh dengan semuanya.

Dengan kata lain tahun 2011, 2012, 2013 mungkin boleh dikira sebagai puncak hidup. Major kepada pengenalan tentang kehidupan. Realiti kehidupan. Jatuh bangkit jatuh bangkit dan jatuh kembali.Dan yang paling penting belajar sedikit demi sedikit tentang kematangan. Bagaimana menjadi seorang yang matang dalam menghadapi masalah dan bagaimana menjadi seorang yang matang seperti hari ini. Saya bukan lagi budak2 yang zaman childhoodnya suka tangkap muat saja. Mungkin peribadi saya yang terbentuk sekarang adalah kerana semua yang pernah dilalui sehinggalah sekarang. Dan yang penting tidak 'buta' dan tidak 'bodoh' apabila berhadapan dgn pelbagai situasi dan pelbagai kerenah manusia.

Oppss. Tahun 2012 saya terbang jauh ke Mesir sampailah saat ini. Satu perubahan besar dalam hidup. Perubahan gaya hidup, perubahan peribadi dan semuanya berubah insyallah kearah kebaikan.

Azam. Moto. Apa yang nak dicapai?

Semua azam saya selama 3 tahun sebelumnya semua tak tercapai. Adala azam yang minor secara mata kecilnya tercapai, tapi masih belum sampai tahap memuaskan. Maka tahun ini saya ubah sedikit cara merancang keazaman itu. Tidak membuat azam terlalu tinggi dna tidak terlalu rendah.

Pastinya tahun ini saya tidak target apa2 dalam pencapaian akademik saya. Tidak target mumtaz atau jayyid jiddan. Tetapi target sya ialah consistant berusaha, apa natijah yang dapat slepasnya harapnya tidak mengecewakan saya dan target saya ialah biar saya berpuas hati dgn usaha, doa dan pengharapan penuh saya kepada Dia. Bagaimana Dia menentukan hidup saya, saya redha asalkan saya consistant usaha, doa dan tawakkal.

Sungguh penat memasang target yang tinggi. Dan akhirnya jatuh terjelopok menahan sakit.  sukar utk bangkit. Jadi biarlah saya target supaya usaha saya konsisten, doa saya konsisten, tawakkal saya konsisten. Insyallah Allah mudahkan semuanya. Dan terima kasih utk semua jatuh bangun itu ya Allah kerana terbentuknya kekuatan dan kesungguhan pada hari ini dan saat ini.....

Jadi apa azamnya?

Cliche. Haha. Ingin jadi seorang yang lebih baik, lebih bersifat kepimpinan, lebih berani, lebih extreme dan lebih kuat! Ya. Yang kuat tu paling penting.  Insyallah :')

Ini bukan cliche. Nak bahagiakan umibaba lebih lebih lebih lagi. Banyak caranya... *In planning*

Soal hati dan fitrah manusia pulak.
Tak ingin jadi orang yang 'bodoh' sekali lagi. Tak akan ajar diri bertepuk sebelah tangan lagi. Penat. Dan ini mungkin kelihatan sedikit jahat, ingin cari semua kelemahan dia dan jadikan itu sebagai sebab kenapa saya takperlu bazirkan perasaan, ingatan untuk seseorang yang takperlu saya masukkan dalam minda dan hati saya.! Maka azam yang terbesar dan mungkin juga cabaran untuk diri saya sendiri yang saya harus pastikan tercapai utk jangka masa 5 tahun lagi ialah lebih dan lebih menjaga hati. Tidak suka pada siapa2 lagi. Tidak bertepuk sebelah tangan lagi. Tidak ingin mengecewakan dan dikecewakan. Saya percaya jodoh saya adalah refleksi diri saya selama tempoh ini. Jika saya jenis yang menjaga perasaannya, insyallah dia akan sama seperti saya. Jika saya jenis yang 'liar' saya percaya dia akan lebih 'liar' lagi. Maka pilihan ditangan saya. Bagaimana gambaran jodoh dan anak2 saya, adalah siapa saya pada masa sekarang dan siapa saya utk masa seterusnya. Saya pegang itu. Tidak guna saya menabur dosa zina hati, zina mata free free sedangkan umur saya masih muda. Tempoh ini biarlah saya isi dulu diri dengan semua benda baik. Lebih byk ilmu agama, lebih pandai kemahiran diri, dan semuanya.

Dan banyak lagi azam kecil yang tersirat......


Dalam hidup selalu pegang kata-kata ini:

"Ilmu itu cahaya dan tidak akan masuk kedalam hati orang yang suka berbuat maksiat.-Ustazah Hasnah, BADAR 2011

"Jika sekarang memegang lumpur, takkan selamanya memegang lumpur. Gerak kerja kita dengan manusia Allah yang tentukan- Baba 2013

"Semua tugasan itu boleh diurus jika kita punya perancangan yg baik dan motivasi yang tinggi."- Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman( Diari Musafir Jangan Berhenti Berlari

"Consistant hardwork is the key for the group A blood"- Blood Personality In Studying 2014.

Moga kita menjadi penyumbang untuk Islam bukan perosak kepada Islam. Allahumma Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammin Bil Khair :)

Maaf panjang. Assalamualaikum :)