Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sunday, August 23, 2015

#throwback best moments 2012-2015

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Throwback moment indah :)



::Moment bila mula-mula sampai Mesir masa tahun 1 Perubatan tahun 2012/2013.Masa ni macam taktahu apa apa lagi.Rasa macam membawa diri seorang diri. Tak ada kawan yang biasa kenal. Moment ni dikira paling moment indah dalam hidup sebab rasa macam challenge diri sendiri untuk sesuatu yang tak pasti dan first time berjauhan dari keluarga dan first time naik flight masa dewasa. Dan banyak cerita menyusul selepas daripada detik dalam gambar ini.



::Ini pun antara moment yang indah dalam hidup bila berada dalam fasa struggle untuk SPM. Fight untuk straight A's masa ni. Juga fasa dalam hidup bila berada dalam roda teratas. Fasa bila selalu dapat pujian dari cikgu2 sebab rajin, tulisan lawa, selalu dapat ranking teratas . Dan bila sebut je nama mesti cikgu2 dan junior2 akan kenal pengawas yang tegas ni. Haha. Sedih bila rasa tak mampu dah nak capai tahap ni dalam hidup. Bertahun2 hidup dalam zaman kegemilangan dan sekarang baru rasa hidup dalam tingkat bawah dan hanya mampu memandang dari bawah kawan2 yang semakin naik.


::Masa jamuan kelas lepas habis final exam tahun dua. Moment ni antara paling indah kat Mesir sebab satu kelas jadi rapat and got to know each better masa tahun ni lah. Bayangkan dalam setahun 3 kali gathering masa ni. Dan esok nya ramai dah nak angkat beg nak balik Malaysia .Semua orang muka ceria je masa jamuan ni. Nasi tomato yang ikhwah buat pun rasa sedap je. The best classmates ever A2!


::Moment masa balik Malaysia tahun ni. Sangat tunggu2 detik ni. Sehari selepas habis exam terus balik Malaysia. Tahun ni memang gamble je balik dengan kegusaran dalam hati takut tak lulus mana2 paper kena balik awal sampaikan baju pun sehelai dua je angkut . Alhamdullillah menghabiskan cuti summer break yang berbaki sebulan stengah lagi sekarang :)
::The best moment in life during 2014 n 2015 bila berpeluang menjaga dan membelai seekor makhluk ciptaan Tuhan ni . Memang seeekor kucing yang jinak, manja, tak cakar2 tuan dia. Suka tido terlentok tepi tuan dia. Tapi sayangnya umurnya tak panjang kerana sakit dan mungkin kerana kecuaian kami sendiri. Dan kucing ni lah yang mengubah tuannya jadi seeorang yang suka kucing yang amat tegar sampaikan bila tengok homeless cat rasa kesian dan nak angkut bawak balik je semuanya. Rest in peace Jebat. Nanti kat akhirat tolonglah tuan awak yang pernah berbakti pada awak ni ya :")



::Ni pun kena letak ke? Well, kenangan terindah kitakan ? Semoga ada jodoh antara kita:


::Tahun 2014 bila jumpa bestia dekat uitm puncak alam setelah 4 tahun tak jumpa. Sedih sangat bila dapat jumpa sampaikan dua2 menangis. Lol buat malu je kan kita Era? Sekarang kita dah jarang contact kan sebab tengok life awak yang busy . Apapun, kamu adalah salah seorang kawan yang saya yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup ini. Sayang awak Syaera Rosli :)


::Masa tahun 2  rapat dengan Kak Ema. Dia jadikan kita model nak pakai Akel bidang 60 jadi shawl. Dahla tak pernah pakai shawl n alhamdulillah pakai masa je ni , kat rumah Adibah Nabila:)


::When the biggest craving was unlocked at that time. :)



::Best moment setiap tahun bila dapat reunion dengan geng2 fabulous6 .Setiap kali balik summer break,atleast dalam 5 kali dapat keluar hang out. Tapi lain sikit summer break ni, sekali je dapat hang out sekali.Masing-masing sibuk dengan komitmen diri sendiri.Ada yang jadi MPP uni, ada yang kena balik Mesir awal. Yang tinggal free je kat rumah , tapi masing-masing tak dapat drive.Semoga persahabatan kita berkekalan.Semoga Allah mudahkan dalam mengejar dunia dan akhirat. Ramai orang macam cemburu dengan gang kami. Ada yang kata buat apa berkawan gang, kawan je la semua. Nak buat macam mana, dah memang berkawan lama dah.Sejak sekolah rendah lagi dah rapat, maka terbawalah sampai sekarang.Ukhuwah sampai syurga orang kata.Inilah dia salah satu contohnya:)



::Gambar ni masa first time makan nasi mandy kat Mesir. Tahun3 kat mesir baru belajar nak makan. Kalau dulu rasa loya tekak la nak makan sebab tengok cara orang arab jaga kebersihan yang tak seberapa, tapi sekarang ni boleh kira sebulan sekali mesti melantak nasi arab dengan housemate. Rasa memang tiptop sedap sangat kalau kurang masinnya. Alhamdulilllah 3 tahun kat Mesir ,classmates semua baik2 nasib baik tahun depan semua masih kelas yang sama.:)



::Memang jadi rutin dengan kawan baik kat sana atleast dua minggu sekali kena melantak makan kat luar banyak-banyak. Mula mula order bukan main banyak tapi last2 sama-sama tolak makanan suh makan sampai habis. Tapi kat Mesir rasa macam ada makanan yang sama je. Tak de pilihan yang banyak sangat. Sebab tu bila balik Malaysia keinginan nak makan western food tu kurang tapi family kat Malaysia lebih suka makn western food . Bukan main buat pizza homemade ya sampai 10 dulang sekali buat . Spaghetti bolognese jangan cakap la. Kita kat Mesir  boring dah makan benda2 gitu. Spaghetti tiap2 hari makan hahaa macam mana la tak gemuk kan?Apapun tiap kali kalo nak melantak makan kat luar, memang pagi tu tak boleh makan la sebab nak simpan space perut lagi Hehe ;)



::During winter break tahun 2015, first time pergi pyramid. Kawan-kawan yang lain masa tahun pertama dah lama pergi dah ikut jaulah persatuan. Maklumlah masa tu parents tak bagi lagi pergi katanya Mesir bahaya masa tu nak pergi jauh2. Masa ni, pergi dengan travel agent ustaz indon. Macam lawak pulak rasa pergi Giza, Hussin, Kubu Salahuddin Al Ayubi, Asfour guna travel agent 150 LE satu kepala. Agak mahal sebab sama harga kalau nak pergi bukit Sinai. Sebab tak perlu guna travel agent pun nak pergi tempat tempat macam ni . Haha. :) 




::So the best moment tahun ni masa hari raya. Dan sedihnya, maybe ini hari raya yang last dapat beraya dengan family sebab tahun depan maybe dah raya kat Mesir dan raya last mungkin (hehe!) sebab tahun depan bilangan ahli keluarga ARORA akan bertambah :)


Assalamualaikum :)

No comments: