Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Friday, December 5, 2014

Tahun 3 perubatan (Part 1)

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin:)

Dah nak dekat 2 bulan berada diMesir untuk meneruskan saki baki perjuangan menuntut ilmu. Alhamdulillah masih peluang untuk berada dibumi Mesir penuh Barakah ini. Bumi yang ajar aku banyak benda sampailah ke harini.

Alhamdulillah im officially third year medical students.



::Pembukaaan::

Alhamdulillah innalillahi wainna ilaihi rajiun. Permulaaan yang amat menyakitkan. (kisah ini akan diupdate dalam entry yang lain). Alhamdulillah masih tenang dan kuat sampai saat ini. Meneruskan kehidupan seperti biasa dibumi Zagazig ini.

:Permulaan sebagai seorang pelajar tahun3::

Masuk kelas lewat seminggu tapi nasib baik doctor takpergi jauh lagi.. Masih boleh catch up apa yang dr ajar sebab dr masih ajar benda basic. Masih dikekalkan dalam kelas A3 tapi classmates ada yg bertukar. Muka boys yang semuanya baru. Dan sedih sedikit sebab ramai classmates yg rapat2 dulu takdapat naik tahun dan ada yang berpindah ke Malaysia. Oh list nama yang ke3 dalam senarai nama kelas. Rasa macam "orang lama" dalam kelas. Haha.

:Subjek tahun 3::

Semua belajar subjek baru. Pharmacology, Pathology, Parasitology, Microbiology, Dan tahun ni tiada subjek minor seperti dua tahun lepas. Alhamdulillah semua subjek boeleh catch up dan faham. Cuma setakat 2 bulan belajar yang rasa susah dan banyak kena faham dan hafal ialah pharmacology sebab banyak nama drug kena hafal. Dan yang paling bosan ialah Parasitology. Paling minat subjek Pharmacology. Berbanding tahun lepas, dr ajar sedikit laju tahun ini. Takde lenggang kangkung dah tahun ni. Masa agak pack kecuali hari Ahad rasamacam ada space sikit. :) Dan tahun nI slide pathology lagi susah. Byk slide yg seakan2 sama.

::Cara belajar::

Cara belajar memang setiap tahun akan diubah. Tahun ni guna teknik penggunaan buku 100%. Namun xtahula jika lastly akan buat nota jugak untuk certain subjek. Dan tahun ini lebih praktikan "baca terus lepas dr ajar" . Dan lebih bahagikan setiap subtopik dgn lebih teratur dan buat Catatan kecil utk stiap subtopik yg dah bljr. Alhamdulillah rasa teratur dan rasa sgt puas hati setakat ni. Sebab taknak minda serabut byk nak baca. Sebab nak jaga baik2 takot tercampur dgn masalah lain dalam fikiran ni. Dan thun ni ambil teknik macam biasa. Ulang ulang baca setiap hari apa yg dr dah ajar utk setiap topik jika sempat.


::Cara hadapi tekanan tahun3 dan masalah sampingan::

Awal nya macam biasa menangis tapi kini lebih tenang. Selalu praktikkan baca selawat tafrijiyah dan istighfar 100 kali sebelum tidur supaya bila fikiran tak tenang, masalah tiba2 dtg, tiba2 down, semangat akan cepat putih. Dan jika ada problem dgn kawan, ambil langkah tak fikir sgt dan teruskan hidup macam biasa.

::Soal perasaaan::

Jika semua masalah saya setel, jika saya rasa dah jumpa org yg sesuai di Malaysia atau disini, akan cuba serius dan minta dgn baba nak kahwin masa belajar lah! (gurau). Tapi kini, saya cuba elakkan fikir hal ni dan jangan ada terlibat dgn sapa2. Block terus dari fikiran.


::Penulisan blog::

Akan berkuranglah post di blog ni nampaknya. Tapi insyallah akan update kisah tahun 3 berpart. Ini part 1 ya. Eh berlagak retis macam Aiman Azlan la :*






Semoga Allah mudahkan urusan kita semua ya:)

Assalamualaikum:)



Monday, October 6, 2014

#throwback Tahun 2 Perubatan

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin. 

Segalanya dicoretkan disini. Suka duka manis masin pengalaman . Tujuannya hanya satu supaya suatu hari nanti sebuah kekuatan luar biasa akan dirasai bila membaca semula semua entry dalam post ini. Dan memang diakui dengan menulis , meluahkan segala-galanya didalam blog boleh tenangkan kita. Macam luah kat seseorang selain Allah, parents dan kawan. Anggap blog ini macam "teman" .

Alhamdulillah ala kulli hal sebab entry ini akan jadi panjang sebab entry ini adalah entry yang terakhir mungkin sebelum fly ke Mesir 15 0ctober ini. Mungkin bila dah di Mesir dah malas taip cerita-cerita yang lepas. Jadi entry ini macam nak cerita semua yang berlaku di tahun2 perubatan. Rasa puas dapat tulis cerita TAHUN2 PERUBATAN part 1,2,3 dan akhir. Rasa complete habiskan tahun dua dengan jayanya walaupun penuh dengan kisah-kisah sedih duka eceh. Hahaha :")  Dan mungkin entry ini akan ada ayat angkat bakul sendiri dan ayat merendah diri. Ayat angkat diri sendiri tujuannya nak ada rasa semangat bila baca balik entry ini suatu masa nanti. Dan post kali ini dikira throw back semua sekali . Alang-alang dah lama tak bukak lappy baik tulis sepuas hati. 

PERMULAAN TAHUN 2 

Bismillahirrahmanirrahim. Permulaan tahun 2 agak sedih sikit sebab transfer credit ke Malaysia tak berjaya. Masa tu semangat nak belajar Malaysia berkobar-kobar sangatsangat sebab dalam hati masa tu memang dah tak ada hati kat Mesir. Berbekalkan result 10A1C dan Jayyid tahun satu perubatan, tiada asasi, aku tak mendapat apa-apa tawaran daripada kerajaan Malaysia mungkin kerana aku ada 1c dan aku Jayyid. Sebab kawan aku yang dapat 9A2B dan Jayyid Jiddan dapat tawaran ke MSU itupun IPTS . Dan yang aku kecewa sangat bila aku dah ada kat mesir, tiba-tiba Dato Idris Jusoh umumkan yang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPT) luluskan permohonan siapa-siapa yang mempunyai 1C untuk menyambung bidang perubatan masa tu. Hanya pada musim orang dok transfer credit ja. Dan permulaan tahun2 aku juga agak sedih sebab masih lagi sedih dengan result tahun1 dulu . Dan satu lagi sebab sepupu dan kawan baik aku di Zgazig dua-dua pindah Malaysia. 

SUBJEK TAHUN2

Aku tak suka bila dimomokkan dengan "Eh subjek addmath tu susah la. Kau belajar kau akan tahula"..."Tahun2 lagi susah dari tahun1. Tahun3 lagi susah" . Bukan aku nak cakap besar tapi sikit sebanyak semangat dan keyakinan aku akan luntur bila dengar orang cakap macam tu. Dan memang tahun2 ni senior2 ramai yang kata agak susah dari tahun1. Ha, tadi cakap besar dan ternyata tahun2 memang lagi susah dan stresss dari tahun 1. Banyak yang kena hafal dan lagi banyak bilangan buku yang kena khatam. Subjek tahun2 ialah Physiology, Anatomy, Biochemistry, Histology dan Physchology. Dalam banyak2 subjek aku paling suka subjek Biochemistry dan yang aku paling tak suka Anatomy. Hahah :)

(ANATOMY)

Bagi subjek anatomy yang kita akan belajar ialah Head and Neck, Neuroanatomy, Lower Limb dan Special Embryology. Cara belajar Anatomy ni bagi aku senang ja. Hanya perlu faham struktur, banyak tengok slide, gambar dan lukis sendiri. Dan yang penting dalam kelas jangan tidur. Bagi aku Anatomy adalah satu subjek yang kita tak boleh "goreng" masa jawab soalan dan takboleh kelentong sebab semuanya fakta. Kita takboleh cedok fakta lain untuk dimasukkan dalam fakta lain. Anatomy ni senang students nak score sebab doctor yang baik sebab diorang sediakan muqorror (soalan spot) dan soalan spot doctor memang kena percaya 100%. Masa tahun1 dulu aku tak percaya lagi muqorror doktor bgi tapi bila naik tahun2 aku memang ikut muqorror satu persatu. Dan untuk kelas anatomy memang tak boleh nak ponteng sebab kalau ponteng satu kelas akan tak faham semua . Bagi aku la sebab aku budak nerd. Semua kelas kena datang dan dalam kelas takboleh tidur.

(PHYSIOLOGY)

Physiology adalah subjek yang tough bagi aku. Senang nak faham tapi susah nak masuk dalam otak. Susah nak ingat. Interesting subjek masa doctor ajar dalam kelas. Aku jenis yang bila dalam kelas doktor ajar aku akan semangat gila nak hafal terus bila balik rumah tapi bila balik aku rasa macam banyak nak hafal dan tangguh tangguh sampailah final baru kalut nak hafal semua. Dan Physiology la aku hanya dapat Maqbul (lulus) untuk tahun1 dan 2. Hahaha. Tapi memang dalam setiap exam aku rasa konfem ja boleh jawab tapi bila keluar result tak macam ditargetkan. Mungkin sebab soalan MCQ yang sangat susah sampaikan aku berpeluh-peluh masa jawab final exam haritu..

(BIOCHEMISTRY)

Biochemistry adalah subjek yang paling aku minat walaupun susah nak faham dan fakta seakan-akan sama. Teknik aku belajar biochemistry ini adalah aku kena buat nota 100% tulisan sendiri sebab aku pening bila tengok buku teks department dan aku kena susun balik info aku dapat masa dr ajar. Dan biochemistry ini adalah subjek yang aku kira agak tough susah nak mampus (haha!) sebab kita tak akan faham bila baca sendiri . Kena dr juga yang ajar kan. Kalau tak datang kelas, memang tak akan faham. Aku tak tahu orang lain macam mana. Sebab tu aku sedih bila tengok part of my classmates suka ponteng kelas biochemistry. 

(HISTOLGY)

Histology ini adalah subjek yang paling senang bagi aku. Dan teknik aku belajar histology ni aku kena ada gambar cell yang aku lukis sendiri. Sebab kalau hafal direct tanpa tengok gambar, susah nak ingat, Sebab kelas Histology ni takboleh nak ponteng sebab dr akan buatkan topik tu jadi senang dan sikit. Dan semua gambar cell yang dr lukis , kita kena lukis jugak sebab semua gambar tu amat penting ya Allah untuk bantu kita lebih faham dan hafal gambar. Teknik aku ialah hafal gambar dan terangkan apa ada pada gambar tu. Ramai suka ponteng kelas histology ni sebab kelas biasa pada waktu tengahri dan mungkin orang pandang subjek ni senang tapi soalan dia memang maut la. :) 

(ELAUN PELAJAR CEMERLANG )

Mungkin pertama kali aku tulis cerita ni dalam blog. Untuk universiti Zagazig memang disediakan elaun atau penghargaan atau hadiah untuk pelajar cemerlang yang mendapat mumtaz atau Jayyid Jiddan untuk tahun tersebut. Nak throwback masa zaman sekolah menengah dulu, aku "menjana pendapatan" dengan duit-duit anugerah pelajar cemerlang . Ini ayat angkat bakul  sendiri. Mungkin tahun 213/2014 adalah saat aku berada dibawah. Dulu masa sekolah menengah, tingkatan 1 sampailah tingkatan 5 aku selalu dapat anugerah pelajar cemerlang sebab dapat ranking 1 atau 2 atau 3 . Sekali bagi adalah dalam 100 atau 200. Dan aku dah biasa dengan keadaan macam tu. Dan aku selalu kata pada diri aku. Sunguh berada dalam bidang medik dan di alam sekolah sangatlah berbeza. Mungkin ketika di zaman sekolah , aku menjadi perhatian cikgu-cikgu sebab aku adalah antara pelajar cemerlang yang selalu naik pentas untuk ambil sijil dan hadiah kecemerlangan. Lain pula bila berada di dunia medik, usaha aku sama saja, Cara aku belajar sama saja. Mungkin Allah nak bagi aku rasa bila berada dibawah. Perasaan luar biasa aku rasa bila kawan rapat aku Aisyah Wahida dan Amalia dapat penghargaan dari Universiti. Ada satu masa aku down dan rasa macam bodoh sangat . Bukan aku nak sangat penghargaan dari Universtiti tapi lebih ke arah sedih sebab tak dapat jadi macam dulu. :)

(CARA BELAJAR PERUBATAN BERBEZA DENGAN ZAMAN SEKOLAH)

Subhanallah. Dulu aku dengar ja orang kata ambil medik ni susah. Dan bila aku berada dalam situasi tu, memang aku akui medik ni tak senang dan tak susah. Semuanya perlukan semangat yang berterusan. tak boleh lentur semangat, kena rajin (sikit), tak boleh study last minit bagi aku bila ambil medik ni . Tak boleh bila saat-saat akhir baru nak start engin, then pecut. Kalau orang yang dah memang genius memang boleh. Aku selalu ingat kata-kata dr anatomy . "Repetition is important. If u dont keep repeating what you learn today, its nothing. Dan aku pegang kata-kata tu sampailah harini. Mungkin aku ni bengap sikit, senang nak faham dr ajar tapi susah nak ingat. Sebab tu aku suka repeat repeat baca dan hafal dari hari aku belajar topik tersebut sehinggalah ke final exam. Aku repeat baca bukan repeat hafal. Repeat baca bukan repeat hafal. Bagi aku bila dah nak exam baru kita gomo hafal kaw kaw sebab bila kita dah biasa baca dan kita dah faham, apa yang kita biasa baca senang nak lekat dalam otak. Dan jangan tangguh dan timbun semua topik . At least lepas dr ajar, balik rumah kena baca juga dan faham juga dan buat nota malam tu juga. Eventho mengantuk pun , kena paksa habiskan apa yang patut buat apa yang sepatutnya buat hari ni sebab esok banyak lagi topik baru . Dan bagi aku kalau nak dapatkan keberkatan dr yang mengajar, jangan ponteng kelas dan jangan tidur waktu tengah mengajar. Tips untuk mengelakkan mengantuk masa dr tengah mengajar kat depan yang aku buat sejak dari zaman sekolah ialah kita kena gerakkan jari kita dengan salin apa yang keluar dari mulut dr atau apa yang dr tulis kat depan. Aku lebih suka bila dr tengah mengajar kat depan. aku tutup buku teks dan keluarkan buku nota kita sendiri dan catat apa yang keluar dari mulut dr sebab bagi aku tak sempat nak follow dr ikut buku. Baik kita follow dia secara "live". Jadi barulah tak mengantuk tak tersengguk sengguk masa dr di depan. 


(TUGAS SAMPINGAN)

Dan di tahun2 aku ajar diri aku bermulti tasking.Berbeza dengan tahun1 bila aku dah janji dengan diri aku untuk fokus pada study saja. Biar jadi kera sumbang pun, asalkan aku dapat capai target aku tapi malangnya target aku masa tahun1 tak tercapai.Dan aku ubah strategi aku masa tahun2 . Aku ajar diri aku bermulti tasking. Takkan aku orang single yang tak kahwin tak ada anak takboleh cemerlang macam pasangan mutazawwijin yang lain. Mula-mula bila aku bermulti tasking ni, aku berdebar juga. Aku takut ganggu result dan study aku . Aku takut masa aku untuk study kurang. Sebab kawan-kawan lain dok study aku duk sibuk meeting. Dan masa aku duk meeting, hati aku tak pernah tenang sebab dok teringat kat buku banyak lagi tak cover dan tak baca . tambah lagi kawan aku Amalia yang memang study- study gila. Lama-lama aku dah biasa. Dan tanpa aku sedar bila aku bermulti tasking aku semakin push diri aku untuk habiskan juga apa aku patut buat hari tu. Contohnya bila aku balik lwat malam sebab meeting dan tambah2 banyak lagi tak cover untuk esok , aku memang tak akan tidur selagi aku belum cover semua. Ramai orang cakap aku paksa diri, tapi itu memang setail aku. Kalau aku tido pun, tak lelap sebab teringat banyak lagi kerja tak beres. Bila bermulti tasking kenalah adilkan . Haha :)

(DUGAAN DAN NIKMAT MUSIM SEJUK DI MESIR)

Dan musim yang paling "mengancam" sekali ialah musim winter di Mesir. Dengan suhu boleh mencecah 5 darjah celcius, memang lena panjang la. Makan banyak , tido banyak, study sikit. Then aku cari alternatif macam mana nak kurangkan tidur ni. Dan eksperimen aku berjaya bila aku tidur atas lantai selama 3 bulan . Aku just letak saratoga ja ( tilam tebal ) dan selimut guna selimut tebal sikit. Dan bila tidur atas lantai , kita akan mudah terjaga sebab sejuk . Jadi kuranglah tidonya. Then bila cerita pada Baba, terus marah . Katanya, badan akn cepat penat dan tulang mudah rapuh sebab terlalu terdedah pada cuaca sejuk . Tapi itu ja cara untuk aku kekal aktif dan produktif pada musim winter . ( Ceh!) .

(TARBIAH KEROHANIAN)

Dan alhamdulillah aku bersyukur sebab aku dikelilingi oleh orang yang selalu mengingatkan aku tentang agama, jangan mudah lagha, jangan mudah tersungkur. Dan aku join usrah kecil-kecilan dengan ahli usrah seramai 8 orang . Alhamdulillah padat dengan ilmu agama dan nasihat. Yang paling suka bila ke Smart Circle (USRAH) bila boleh makan-makan dan boleh release stress. Yang jadi sayang kat usrah ni sebab roomate, Azmah pun join usrah yang sama juga. Dan selain usrah , aku juga ada halaqah persendirian dengan sorang senior perempuan setiap hari jumaat sebelum usrah kumpulan aku. Yang best pasal halaqah ni sebab boleh cakap dari hati ke hati. Aku kagum dengan akak halaqah aku sebab dia sangat semangat ajak aku halaqah dengan dia siap bagi kertas kerja lagi suruh baca. Tak hairanlah kalau dia boleh cemerlang dalam study dan akhlak dia. Dan tarbiah kerohanian juga aku dapat bila aku datang kelas agama walaupun jarang-jarang. Orang kata, rugi kalau datang Mesir kalau setakat nak tuntuk ilmu medik sahaja. Alang-alang dah ada di bumi para anbia. lagi bagus kalau cedok seberapa ilmu agama yang boleh. Dan aku juga handle satu kelas Tahsin AlQuran dan aku dapat banyak ilmu dri kelas tu. 

(TULANG BELAKANG DI MESIR)

Aku punya banyak tulang belakang, tempat aku adu ssemua masalah aku. Dan dialah housemate aku, Kak Azmah. Aku bersyukur sangat jumpa dia di Mesir. Yang dengar semua masalah aku, tolong kerja persatuan aku, teman aku pergi mana-mana. Mungkin aku tak akan jumpa geng seperti F6 tapi kawan sorang dah cukup. Dan tak dilupakan kakak usrah aku yang baik hati. Senang dibawa berunding. Bila stress ja, pergi SC terus rasa lega lepas tu. :) Dan classmates aku yang tak sombong, tak kedekut dengan ilmu , selalu kongsi soalan spot, bagitahu kelas cancel , dan semua lah. Dan akak halaqah, Raihana Roslan. Dan semua yang membantu aku :)

(DUGAAN )

Ramai kawan-kawan aku di Malaysia tanya, tak homesick ke duk jauh2 dari family. Bagi aku memang homesick juga. Tapi bila fikir-fikir aku homesick pun tak ada guna sebab bukan boleh balik pun. Dugaan di Mesir setakat ni bagi aku bila kita ada masalah dan family tak ada disisi dan masa tu rasa seksa sangat sebab aku tak pernah duduk jauh dari family . Ini first time aku jauh dari family. Tapi sekarang semua dah biasa. Ada apa-apa masalah handle sendiri. Almari runtuh baiki sendiri. Gas habis, panggil ammu. Guna la bahasa isyarat pun, asalkan dia faham. Dan dugaan yang paling aku ingat bila ada rusuhan la. Bila kena gas pemedih mata dan kena kurung dalam kelas dan tengok muka kecewa Dr bila kelas tiba-tiba kena batal dan naik tremcoo ( van) berhimpit-himpit dengan segala macam bau. Haha. Dan bila summer time, panas membahang dengan blackout maximum 4 kali satu hari. Apapun dugaan yang pernah dialami dan bakal dialami, , mesti hadapi dengan hati yang kuat dan kental dan tidak mudah melatah. Kerana Mesir mengajar aku apa itu erti kesabaran dan bangkit dari kegagalan dan tentulah kekuatan rohani !









Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


(Hambamu)



Wednesday, September 3, 2014

Pernah?

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dalam lindunganNya . Amin:")

Satu situasi di mana saya kerap alami. Paling kerap alami situasi macam ni tahun lepas. Kenapa? Mungkin lebih mahir bagaimana nak handle perasaan dan tekanan yang datang secara tiba-tiba tapi kita tak mampu berbuat apa-apa tapi hanya mampu buat macam takpernah jadi benda tu dan hanya mampu istighfar dalam hati supaya sabar.

Apa situasinya? Situasinya ialah bila kita terima berita buruk secara tiba-tiba bila tengah borak dengan rakan atau depan mak ayah . Bila kita rasa air mata dah hampir nak mengalir. Muka dah merah semacam . Tahan jangan air mata janganlah kau tumpah depan khalayak ramai sampai naik sakit ke kepala sebab tahan dia dari keluar. Pernah rasa?

Dulu pernah alami rasa macam ni. Tahan jangan jadi apa-apa sebab malu nak menangis depan orang.Hahaha. Tapi bagus juga sebab bila banyak sangat berita atau khabar buruk kita dapat, kita pandai handle perasaan kita. Tak mudah melatah, tak mudah down dan orang kata tak mudah berubah moodnya budak ni.

Bila kita rasa hidup kita payah susah sukar selalu ada halangan tak macam kawan-kawan terdekat kita,kita dah mula tak bersyukur dah sebenarnya. Apa Allah tetapkan itu lama ditetapkan oleh Dia. Jadi perlu hindari fikiran syaitan yang suka berfikiran negatif dan bersangka buruk. Si ayah pesan positif dalam setiap keadaan biarpun dalam keadaan yang biasa-biasa saja.....

Sekian.

Semoga semua kemarau akan berakhir dengan pertolongan Allah. Amin.
Btw suka baca experience orang lain yang alami masalah sama macam masalah sekarang.

Allah adalah sebaik-baik pertolongan.

Assalamualaikum :")

Thursday, August 28, 2014

Jebat :)

Assalamualaikum. Post kali ni nak tunjuk gambar kucing kesayangan ja. Jebat namanya :)








I LOVE YOU JEBAT :)

Monday, August 4, 2014

Kalam Si Ayah (1)

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindungaNya . Ameen……..

Orang kata di sebalik lelaki yang hebat akan ada perempuan yang hebat yang berada dibelakangnya . Yang selalu menyokongnya. Ibunya….

Dan di sebalik seorang wanita juga ada seorang lelaki hebat yang berada dibelakangnya. Yang selalu menyokongnya. Ayahnya…..

Tidak dapat dinafikan, kasih ibu membawa ke syurga manakala kasih ayah tiada penghujungnya.

Kasih baba…..

Bila semakin besar, semakin tahu apa itu nilai kasih sayang. Kenapa ayah kita selalu marah kita kalau kita buat salah. Ayah merepek panjang lebar bila kita buat benda yang tak betul di matanya. Bila dia risau bila kita pulang lewat. Bila dia tunjukkan muka serba salah bila kita minta untuk keluar bersama rakan2 tanpanya. Bila dia bagi nasihat jangan buat itu ini. Sering kita tertanya, kenapa ayah aku takbagi kita buat sesuatu benda . Walaupun pada hemah kita itu perkara remeh. Tiada apa bakal terjadi tetapi dia berfikiran jauh. Kesan dan akibat dari sikap kebudak-budakan kita.

Itulah ayah. Ayah tidak mempamerkan kasih sayangnya pada kita. Bukan dengan setiap hari ucap mereka sayang anak mereka. Bukan dengan barang2 mewah. Tapi dengan doa mereka. Ya, Doa mereka bukti kasih sayang mereka yang cukup kuat itu kita.

Itulah baba……
Kalau nak cerita panjang pasal baba memang panjang. Esok lusa tak habis. Tapi si anak tahu suatu hari nanti si ayah pasti akan membaca coretan ini. Bukan si anak tidak tahu si ayah pernah membaca beberapa coretan dari blog ini. (HehehJ


Masa si anak paling suka bila balik Malaysia  bila berpeluang berada dalam kereta dengan si bapa. Suka bercakap dari hati ke hati dengan si ayah. Masa itulah si ayah gunakan sebanyak peluang yang ada untuk bekalkan si anak dengan nasihat dan kata-kata motivasinya. Jadi si anak fikir lebih dia coretkan semua nasihat dan motivasi si ayah dalam blog ini. Juga dalam hati. Agar tidak pernah lupa sepanjang hayat dan boleh dibaca balik bila si anak berasa sangat down dan perlukan kata-kata motivasinya tatkala dua jasad terpisah jauh.





Semua susah payah dilalui bersamanya dan juga si emak. Si ayah selalu kata,

“Allah tak bagi semua kesenangan pada semua anak baba . Bukan semua jalan anak-anak sama. Ada yang senang sangat dan ada yang susah sangat jalannya. Semua Allah susun ada hikmahnya. Mungkin Allah uji baba dengan bagi sedikit kesusahan pada Teh supaya baba tidak lagha. Supaya baba tak buat benda tak elok. Supaya baba lebih mendekatkan diri pada Allah . Berdoa siang malam  supaya Allah bagi kesenangan pada semua anak baba.”

Dan bila dilanda masalah, baba selalu tuturkan ayat yang sama. Dan yang pasti ayat inilah yang akan selalu diingati oleh si anak,

“Hanya Allah boleh selesai masalah kita. Bila baba ada masalah , sekali saja baba luah pada manusia. Manusia tak mampu selesai masalah kita. Luah pada manusia sekali je kita rasa lega. Selepas tu rasa serabut balik. Tapi kalau kita luahpada Allah, tenang itu lebih lama. Yakinlah Allah selesaikan masalah kita satu persatu., bersangka baik dengan Allah, pasti selesai akhirnya. Kerana Allah berfirman dalam Quran iaitu setiap kesusahan pasti akan kesenangan. Macam Nabi Muhammad , waktu mula2 lahir dulu, baginda bukan seorang yang senang. Bukan orang kaya. Ayah dah tiada.Selepas itu emaknya pula meninggal. Perjalanan Nabi bukan senang. Tapi Allah janji setiap kesusahan pasti akan nada kesenangan."

Si ayah selalu pesan pada anak. Kena tanamkan sikap positif dalam diri. Apa jua situasi dialami, selalu positif pada diri sendiri pada orang lain juga,

“  Baba setiap masa baba berfikiran positif. Bila tengok tepi jalan ramai orang bertelanjang( berpakain seksi), baba tak kata kenapa lah bapak dia tak ajar. Tapi baba ucap Alhamdulillah. Kerana apa? Bukan Alhamdulillah kerana dapat mencuci mata tetapi Alhamdulillah kerana tiada pun anak perempuan baba yang berpakaian macam tu. BIla tengok orang naik moto pakai seluar jeans rambut panjang jangan kata dia budak tak baik. Macam tu lah baba positif tiap masa. Sebab pemikiran yang positif akan datangkan banyak benda yang baik ."

Dan disebalik kejayaan kita bukan kerana usaha kita sepenuhnya. Mungkin 50% sahaja. Bakinya datang dari doa orang tua kita, doa orang lain, rahmat Allah dan macam-macam lagi. Dan kini si anak semakin sedar satu perkara bila si ayah berkata,

“Baba dah niat sepanjang Ramadhan baba akan bangun setiap malam. Tak akan tinggal solat malam. Masa umi bangun  prepare makanan sahur, baba gunakan masa untuk tahajjud solat hajat minta pada Tuhan semoga Teh lulus cemerlang exam dan dapat jayyid jiddan atau mumtaz. Sebab baba faham semuanya situasi Teh. Betapa pentingnya Jayyid Jiddan dan mumtaz untuk Teh”

Dan si anak tersedar. Kejayaan sementara si anak bukan kerana usahanya. Usaha sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan doa ibubapa. Sebab si anak pun tak yakin dengan diri sendiri. Jujur si anak tidak menaruh harapan tinggi. Salah si anak kerana tidak yakin pada diri sendiri. Tapi lain dengan si ayah. Berdoa siang malam untuk anaknya yang mudah lemah semangatnya. Itulah berkat doa ayah ibu dan pertolongan dari Allah…..

Dan si ayah selalu pesan. Jangan terlibat dengan mana2 politik. Dia seorang ahli politik. Pasti akn diselitkan hal2 politik. Sekali si anak melontarkan hujahnya, si ayah hebat mematahkan hujah si anak. Maka point politik tidak boleh diisi di sini ( HAHA!)


Janji si anak, tidak akan mengheretnya keneraka kelak. Tidak akan mengheret kakinya kelubang neraka tatkala si ayah beberapa  langkah sahaja lagi si ayah ke syurga. Diheret oleh anak-anaknya. Kerana kasih sayang sebenar seorang anak adalah apabila dia mencuba sedaya upaya menjaga maruah ayahnya, tidak mengheret ayahnya keneraka kelak. Itulah kasih sayang sebenar-benarnya.
Tidak adil rasanya untuk lebih menyayangi lelaki yang tiada perhubungan dengannya. Rindu dan pendam  rasa pada lelaki yang tiada apa-apa untuknya. Kerana selayaknya si ayah berhak mendapat sepenuh kasih sayang dari si anak. Kerana apabila si anak bernikah, kasih sayang pada suaminya haruslah yang tertinggi. Maka sebelum bernikah ini, biarlah kasih sayang si anak pada si ayah adalah yang tertinggi.
Dimana saja kita berada, apa saja kita buat, fikirlah nama yang kita bawa. Adakah tindakan kita boleh bawa pahala atau dosa padanya.

Kerana kasih baba tiada hujungnya…………………………..



Friday, July 18, 2014

Tahun 2 Perubatan ( Part Akhir)

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah limdungaNya. Amin:)

Alhamdulillah post " Tahun2 Perubatan Part Akhir" masih ada jari, masih ada tenaga dan masih ada masa  dan masih ada keinginan untuk mencoret disini. 


Bermula dari part1 yang bermula dengan persediaan untuk menghadapi final exam tahun2. Dan yang pastinya part akhir pastinya tentang bagaimana pengakhiran tahun2 kan? 


Dan banyak beza antara tahun1 dan tahun2 . Dan bezanya banyak sangat tapi tak sempat nak tulis semua :)


1) Pastinya beza yang paling jelas ialah tunggu result keluar di rumah. Di Malaysia. Bukan di Mesir. Tunggu result sorang2. Berdebar sorang. Tahun ni tunggu result keluar masa kat Malaysia. Debaran dikongsi dengan umibaba adik beradik. Teringat satu moment bila berkongsi debaran dengan youngest sister.Tiba2 dia kata:


"Yakinlah teh. Buat gapo2 kena yakin. Yakin teh boleh dapat gapo teh nak. Masa Tina tunggu result SPM dulu, Na kata ko diri na, aku nak tengok result aku straight a's ja. Nanti teh dapat result, teh kena yakin Teh akan dapat JJ or Mumtaz"

Baba pula kata,


"Baba berdoa siang malam biar teh dapat mumtaz. Insyalllah Dia selesaikan masalah kita satu persatu. Hanya Allah boleh selesaikan masalah teh"

2) Beza yang paling indah untuk dikenang ialah masa dapat result umi ada kat sebelah. Kebetulan Baba tiada kat rumah tengah solat Jumaat kat Masjid. Masa nak check result memang berdebar gila rasa nak pengsan. Lebih berdebar daripada nak check masa nak check result tahun1 haritu. Kenapa jadi lebih berdebar kali ni? Sebab check result depan umi. Umi kat sebelah. Bukan macam tahun1 check result sorang2. Dan part yang paling sedih sekali ialah sempat minta maaf banyak2 pada umibaba sebelum keluar result. Sebab memang tahu ummi baba memang harapkan anak dia ni dapat samada Jayyid Jiddan atau Mumtaz. Dan anak dia tahu nak capai dua grade tu memang susah. Sebab soalan hari tu ada yang susah ada yang senang. FInal exam haritu memang target nak lulus ja. Kalau lulus memang syukur sangat2 dah. 


3)Dan beza kali ini adalah dari segi persiapan mental, emosi dan fizikal. Dan tahun ini tak sangka yang result akan keluar seawal ini. Sebab universiti tanta yang habis exam awal dari universtit zagazig pun masih belum keluar result students mereka. Dan yang paling lucu ialah bila on9 mobile internet banyak mesej whatsaapp masuk. Dan ramai kawan tanya dapat apa result? Kita pun macam haaaaa?? Dah keluar ke? Okay then bila check page pcz memang sah keluar sejak semalam lagi. Batchmates pun dah lama post status kat fbook yang mengatakan dia lulus. ALhamdulillah :) 


Tapi tahun ni ambil pendekatan yang berbeza dari tahun lepas. Kalau tahun lepas check dengan perasaaan kalut, rasa ingin tahu yang amat sangat sebab target tahun lepas yang sangat tingi. Then bila check tak dapat apa yang diinginkan. Haaaa masih ingt Kak Azmah ja yang setia tunggu kat tepi gosok bahu tenangkan hati. 


Tahun ni bila tahu result dah keluar dan boleh check, dengan sabar tunggu akak biro Akademik balas mesej facebook nak thu code untuk check result. Sambil tunggu code tu sempat lagi jemur kain basuh pinggan... Minta maaf dengan umi kalau tak dapat yang umibaba hajatkan. Lepas tu bila dah dapat code tu, tak terus check. Tapi cuba bertenang terlebih dulu. Tarik nafas panjang. Istighfar banyak2. Masa tu dalam hati dok kata :


"Semoga dengan result yang bakal keluar ni, smeoga aku redha dengan ketentuanMu"


Itu saja yang ada dalam hati saat itu. Pastu teringat kata2 Kak Azmah masa tahun1 dulu:


"Sabarnya seseorang itu bila dia diuji dengan saat dentumam pertama ujian. Samada dia mengucap Alhamdulilllah atau dia meraung menangis"

Tahun 2 rasa sikit tenang. Sebab tak letak target yang tinggi berbeza dengan tahun1 dulu. Letak target memang tinggi melangit dan berakhir dengan kekecewaan yang amat sangat sampai terheret ketahun2. Jadi dah set awal awal dalam minda kalau tak dapat apa yang diimpikan untuk tahun2, jangan terlebih kecwa macam tahun1 yang lalu.


4)Dan beza yang terakhir ialah Tahun1 hanya berjaya dapat JAYYID sahaja tapi tahun2 berjaya dapat JAYYID JIDDAN . Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah atas semua ni. Rasa tak percaya sangat sebab target Maqbul ( Lulus ) sahaja. Tapi Allah bagi lebih. Alhamdulillah.

Terima kasih pada Allah yang Maha Besar. Perkenan doa saya. Alhamdulillah:')
Terima kasih kepada umibaba yang takputusputus bagi sokongan doa dan semua. 
Pada adik beradik yang selalu mendoakan.
Pada rakan seperjuangan. Tahniah semua dan sabar dan syukur walauapapun keputusannya.
Special thanks to Kak Azmah,tkasih sebab banyak bagi dorongan pada saya saat saya down.
And great thanks to one of the seniors, bagi motivasi dan hulurkan kata2 positif yang banyak.

Alhamdulillah dapat naik tahun3 dengan jayanya. :)


Akan tetapi, masih menanti untuk yang satu itu..............


Assalamualaikum:)




Monday, July 7, 2014

Selamat Tinggal Mesir dan seluruh isinya. (tahun2)

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindungaNya.

Akhirnya dah tiba masa untuk pulang ke Malaysia. 8 July 2014.

Belum terlambat.

 "Selamat tinggal Mesir Assalamualaikum Malaysia"

Beza balik kali ini ialah result tahun2 belum tahu. Berbeza dengan tahun1 , balik dengan result dah tahu. Mesti ada sedikit debaran sikit kan tahun ni. Mana taknya tahun2 lebih susah dan mencabar dari tahun1. Pejam celik pejam celik dah hampir dua tahun rupanya bersama dengan "roh" Mesir.

Mesir. Mim. Sod.  Ra. Musibah Sabar Redha. Bila dua tahun berada di Mesir baru boleh mengiakan kebenaran kata2 senior2 dulu.

Betul. Mesir banyak tarbiah diri ini. Banyak mengubah diri. Banyak mengubah pemikiran. Banyak mengubah persepsi.

Dulu masa mula2 nak datang Mesir masa tahun 2011, dalam hati dok bayang Mesir macam Jordan ke, Ireland ke. Tapi rupanya Mesir lain dari yang lain. Bumi para anbiya. Biarpun Zagazig macam kekampungan. Bukan macam tapi memang kampung. Penuh dengan sampah, perangai arab yang yang baik ada yang jahat. Rusuhan sana sini. Dengan gas pemedih mata, cuaca yang panas membahang pada musim panas dan macam2 lagi keburukan Mesir jika tak lihat dengan mata hati.


Walaupun Mesir luarannya penuh dengan debu, tapi sebenarnya Mesir dipenuhi dengan permata2 jika kita nak cari dan nak dapat permata tu.

Mesir penuh dengan tarbiah rohani.
Mesir penuh dengan kecekalan.
Mesir dengan dugaan yang buat kita kuat.
Mesir penuh dengan nilainya sendiri.
Dan itu bergantung pada diri kita macam kita ingin"bersama" dengannya.


Bagi diriku Mesir banyak ajar KEKUATAN HATI. Dengan family jauh. Bila ada masalah tak dapat luah pada sesiapa. Ya. Memang call dan selalu ber"whatsapp" tapi tak akan pernah sama dengan bertentang mata.

Tahun2 adalah tahun yang paling "sedih" dan paling "fragile" hatinya. Tahun yang dihantui dengan kesalahan tahun1 dulu. Menyalahkan diri sendiri. Rasa stress yang menggunung sampai menangis demam 3 hari. Hahaah tapi tu semua memori yg pasti akan diingat sampai bila2.

Alhamdulillah dapat hdapi dengan matang dan berjaya kerana  hadirnya seorang insan. Dialah bahu untuk menangis, dialah perunding motivasi, dialah penasihat yang baik. Dialah segala2nya. Tempuhi segala susah senang bersama. Dialah housemate ku, kakakku dan kawanku. Dan classmates a2 yang sporting dan baik2 semua. Hebatnya kuasa ukhuwah:)


Mesir juga mengajarku sikap lebih sabar. Sabar bila Allah datangkan sahabat yang menguji kesabaran kami. Cukup. Malas ulas panjang. Doaku moga suatu hari kau berubah dan kau sedar kesalahan kau yg byk buat kawan kau terasa hati dan. menangis sebab kau.Dan mesir mengajarku bukan semua kita usahakan, kita impikan,  kita suka akan dapat. Sungguh aku masih menunggu.

Dan Mesir mengajarku pengharapan sepenuhnya pada Allah atas apa yang kita lakukan. Serahkan 100% pergantungan hidup kita hanya pada Allah. Kita usaha, berdoa dan bertawakkal padanya. Insyallah tiada kecewa yang berpanjangan selepas itu. Sungguh, aku masih dalam ujian.

Dan yang paling lawak tentang Mesir disinilah aku didedahkan dengan sindrom "kahwin awal" . Mana taknya, classmate sendiri dah ada 2 orang anak. tambah lagi dengan senior2 yang sudah kahwin dan punya anak dan dpt bahagikan masa dengan baik. Pastinya aku dan kawan2ku tak terlepas dari bercakap soal kahwin masa belajar. Alhamdulillah ini bukan prioriti utamaku buat masa sekarang. Jadi cakap saja tapi omong kosong haha. Dan aku sudah merasa perasaan "menolak" dan "ditolak" . Satu harapanku pasal soal jodoh ini biarlah jodohku sekarang tidak menunggu wanita lain dan cukup ilmu agamanya. Amin.


Penyudah kata, moga kita masih ada jodoh Mesir. Moga aku dapat pungut lagi permatamu walaupun di sebalik debu yang tebal.

Doakan saya dan semua batchmates lulus semua paper dan dpt naik tahun3 sama2.

Semoga Allah mudahkan urusan sepanjang perjalanan kami dan selamat sampai ke destinasi.

Cairo ----> Bangkok ---> Kuala Lumpur ----> Kelantan.

Allahumma Rabbi Yassir wala tuassir Rabbi Tammin Bil Khair.


Assalamualaikum dan selamat tinggal Mesir dan seluruh isinya :')