Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Monday, February 10, 2014

Yakinlah.

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya:)

Rasa macam bosan study then update blog la sikit utk motivate diri sendiri dan secara taklangsung motivate orang lain yang taktersengaja singgah ke blog ini. Straight to the point:

KENAPA SUSAH KITA NAK DAPAT APA YANG KITA IMPIKAN?

#Okay. Kenapa susah sangat? Kenapa rasa macam tak ada jalan langsung? Kenapa Allah tak buka jalan langsung?

Kerana....

Apa yang kita rasa baik bagi kita, tak semestinya akan baik disisi Allah.

#Kenapa orang lain senang nak dapat benda itu. Sedangkan kita sukar sekali?

Kerana .......

Allah tetapkan rezeki manusia itu berbeza-beza malah rezeki sudah ditetapkan awal kandungan lagi.

#Apa Allah tak dengar doa kita, tak lihat rintihan kita, tak nilai usaha kita?

Ya. Allah itu Maha Mendengar malah Maha Melihat. Dia dengar dan lihat semuanya. Kerana Dia ingin melihat kita merintih lama denganNya dan dekatkan diri kita pada dia. Dan Allah itu menilai usaha bukan natijahnya. Allah bagi setiap pahala atas usaha kita. Yakinlah dengan Dia


#Jadi sampai bila mahu lemah begini? Selonglai lalang ditiup angin? Bila ingin menjadi sekuat batu ditepi laut? Biar dihempas ombak beribu kali, masih utuh berdiri?


Bila.......


Kerana Allah tahu kita mampu. Allah tahu walau seteruk mana kita jatuh, seteruk mana mengalirnya air mata, Dia lebih tahu dari kita. Dia tahu hamba Dia kuat utk jalani dugaan yang sangat kecil berbanding hamba-hambaNya yang lain. Kerana.....

"ALLAH TIDAK AKAN MEMBEBANI HAMBANYA MELEBIHI KEMAMPUANNYA"

Yakinlah ini satu proses membina kekuatan dalam diri dan satu proses utk menjadi hamba yang lebih bersyukur dan lebih taat padaNya. Amin:')

Assalamualaikum. Allahumma Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammin Bil Khair.

:')

No comments: