Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Friday, April 18, 2014

Tahun2 Perubatan (Part1)

Assalamualaikum semoga kita semua berada dibawah lindunganNya.

Ini adalah post terakhir sebelum final exam tahun2 Perubatan. Maka selepas post ini tentulah bakal menyusul post psal balik Malaysia, soal result dan macam2 lagi. Jadi kena panjanglah sikitkan? Hehe. SelagI masih ada masa ni. Mana boleh lupakan blog ini. Yang mencatat semua pahit manis kehidupan. Inilah blogger kan. Tkasih yang sudi jenguk dan baca blog yang tak ada apa-apa ini:')

Overall, tahun2 perubatan agak seronok. Dihiasi dengan semua rasa. Pahit manis.

Dihiasi dengan semua perasaaan.Gembira, sedih, sebak, cinta, lega, motivasi.

Dan dihiasi dengan tarbiah dalaman yang cukup hebat dari tahun1

[STUDY]
Alhamdulillah study okay je tahun 2. Cuma apa yang perlu dibaca dihafal meningkat 10 kali ganda berbanding tahun lepas. Bilangan buku yang lebih banyak. Terutamanya subjek physiology ada 7 topik yang perlu dihadam. Anatomy 4 topik. Histology 10 topik dan biochem 8 topik perlu dihadam. Setiap topik bukan sedikit wahaaaa. Tapi apa yang gembira bila naik tahun2 alhamdulillah carry marks lebih tinggi berbanding tahun lepas. Alhamdulillah. Ini bukan sekadar usaha dan doa saya sahaja malah dari tangan orang lain yang turut mendoakan . Apapun, carry marks yang tinggi tak menjaminkan result final yang excellent. Mas ih risau dengan final sebenarnya. Seriously tahun ini masa dipendekkan. Sebab kami datang sbulan lewat ke Mesir kerana keadaan Mesir sendiri yang tak aman. Dan sepatutnya exam kami dilewatkan sebulan.  Hahah tapi tak apala. Kalau dilewatkan sebulan maksudnya tak balik raya lah kami tahun ini. Tahun ini semangat studynya lebih hebat berbanding tahun1 kerana misi lebih besar ingin dicapai. Doakan semoga semuanya berjalan lancar. Amin.




[TEKANAN]
Big clap to stress sebab berjaya menjadi sebahagian dari hidup saya sekarang. Tapi stress itulah yang push saya sebenarnya. Maka ada positifnya jugak stress ini. Sungguh kelemahan saya adalah saya tak mampu nak handle stress dengan baik. Dan tahun ini banyak ulcer yang datang. Betullah belajar physiology baru tahu apa relationship between stress dan formation of ulcer either peptic ulcer or mouth ulcer.

Dan tahun ini paling banyak menangis. Orang kata menangis tak boleh ubah apa-apaapa. Hanya pandang kehadapan dan jalani hidup yang mendatang. Insyallah suatu hari nanti wanita ini akan mmenjadi lebih kuat kerana dia tahu banyak lagi cabaran yang bakal dihadapi.

[RINDU]
Tahun ini cara berkomunikasi dengan parents berbeza dari tahun lepas. Kalau dulu setiap minggu asyik skype je kerjanya. Tahun ini hanya whatsapp je. Sebab tahun ini hanya pakai mobile internet je. Harapan nak pakai wifi tapi masalah Rumah dan baba rumah pulak:)))
Tapi whatsapp pun okay je. Hari2 tanya khabar. Dan hajat nak beli voip masih takxkesampaian sbb asyik lupa nak beli hahaha:)

[ BAHU ]

Alhamdulillah tahun ini saya ada banyak bahu utk bersandar saat saya rasa ingin putus asa selain Allah dan umi baba yang sememangnya bahu saya yang abadi. Alhamdulillah ad seorang housemate yang dianggap macam kakak dan ibu angkat disini. Banyak tolong saya. Teman saya pergi mana2 . Dengar masalah saya dan teman saya tiap kali saya down dan mjadi pakar motivasi utk saya. Dan tak dilupakan seorang classmate yang tak pernah berenggang dengan saya. Walaupun dia punya semuanya, dia seolah-olah faham saya yang tak punya apa2. Dan tak dilupakn juga kepada seorang insan yang banyak menbantu dengan sikap positifnya dan kata2 semangatnya. Sungguh unintended sebenarnya. :)


[TUGAS-TUGAS LAIN]

Allah itu maha Tahu. Saat saya tetapkan dalam hati "Tahun ini aku mahu fokus study saja. Takmahu ada komitmen lain" Rupanya ada hikmah dia ingin bagi. Ada 2 jawatan  yang dipegang tahun ini. Satu, sebagai Ajk Aset tahun2. Hikmah yang saya nampak adalah saya telah mudahkan urusan kawan saya sedikit sebanyak. Alhamdulillah. Kedua, sebagai timbalan Exco Badar utk AQM. Rupanya Alllah tahu hati ini. Sebelum dpat jawatan ini, kerap klI bertanya pada diri sendiri. Apa sumbangan aku utk Islam? Selama ini aku hanya dengan duniaku. Masalahku. Studyku. Pernah aku buat sesuatu yang boleh membantu agama walau sedikit? Dan jawapan ku,  tidak ada. Inilah hikmahnya. :)

[ FITRAH]

Siapa boleh lari dari fitrah lelakI perempuan?  saya? Tentu tidak sebab saya juga manusia yang dilahirkan dengan perasaan kasih dan sayang. Lega. Itu saja mampu diucapkan. Kecewa? Tentu sekali. Apapun soal jodoh soal yang kita takpernah tahu. Harapnya, perasaan ini bukan menjauhkan ku dari Allah malah mendekatkan lagi aku denganNya. Masih banyak lagi penipuan disebalik semua ini dan tujuannya hanya satu, utk terus menjaga hati.


[DOA & HARAPAN]

Allahumma Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammin Bil Khair.

Usaha tidak pernah menafikan tawakkal. Bertawakkal sepenuhnya pada Allah.
Serah semuanya pada Allah.
Amin.

Assalamualaikum:)

No comments: