Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saturday, July 14, 2012

Pesanan Untuk muslimah


Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dalam bulatan keberkatan dripdaNya. Alhamdulillah. Sekali kita hilang keberkatannya, mungkin sukar ingin meraihnya kembali.

Karya Alaf 21 yang tak sempat dihantar kepada pihak produksi. Ecece. ~.Totally mengarutlaa tuu.! 


Sepasang kekasih sedang berjalan menuju kearah pusat shopping complex yang jauh daripada bandar.Si lelaki bergaya ala Aaron Aziz, si perempuan pula dengan pakaian ala2 pelakon barat, dengan jeans yang ketat dan baju yang sendat dan bongol unta dikepalanya. Setibanya disana, kekasihnya berkata

 ' Ayang, baby pegang tangan ok? Bby risau la kalau2 ayang tlepas dari bby. Kan ni ramai orang

 ' .Em, ok la baby , ayang ikot jer'

Maka sepasang kekasih itupun memasuki ke gedung Mega Mall yang terletak di tengah2 pusat bandar itu . Kelihatan ramai orang berpusu-pusu memasuki gedung itu. Setelah puas pusing-pusing seluruh alam megamall tuh, stelah penat berposing mengikut gaya-gaya yang tak nak brapa cantik sangat, lalu si lelaki pun berkata,

'Ayang, jom la makan kat McD dulu, baby lapar la. Baby belanja ok'

Si perempuan tersenyum manja. Dek kerana terlalu cepat berjalan sambil berpegangan tangan, tiba-tiba si lelaki merempuh seseorang dengan kasar. 

'Maaf2 pak cik ', si perempuan meminta maaf bagi pihak lelaki.

'Eh, bukan ke anak ini anak Pak Cik Darus, yang tinggal kat Kg Durian Runtuh kan?'

'Eh, taklah Pak Cik"

Muka si perempuan terus berubah pucat. Risau sekiranya aktiviti pada hujung minggu itu diketahui ayahnya yang merupakn seorang imam surau di kampung mereka.

_Tamat_
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita diatas hanya karya rekaan semata-mata. Tiada berkenaan bagi yang hidup atau mati. Saya bukan lah muslimah yang warak, apatah lagi yang bertudung labuh malah berpurdah.
Cuma otak berjaya menganalisis dengan kerjasama jari jemari yang tersangatlah rajin , maka saya kehadapan for today untuk share dengan semua orang apa realiti masyarakat kita pada hari ini , lebih2 lagi muslimah. Tangan yang mampu menggoncang dunia skiranya dimanfaatkan dengan berguna.

I just want to highlight some important lessons in that short story created by me based on my observations . Biarpun manusia yang sedang bertinta sekarang ini bukanlah manusia yang sempurna ,tetapi hati ini terpanggil untuk menyentuh soal ini .

Just straight to the point , here some useful lesson from that story. -)
----------------------------------------------------
--> Jauhi daripada duduk berdua2an dengan lelaki bukan mahram apatah istilah 'Dating' yang selalu dilakukan oleh remaja zaman sekarng. Sesungguhnya ditengah2 mereka adalah syaitan laknatullah yang akan menghancurkan umat nabi Adam sehancur2nya. Hanya manusia yang mengerti shaja yang  dapat menghidu tipu muslihat iblis laknatullah. Subhanallah.!



---------------------------------------------
--> Jagalah kehormatan kita sebagai wanita islam . Wanita yang lahir dengan azan di sebelah telinga kanan dan iqamat di sebelah telinga kiri . Wanita yang lahir dalam keluarga islam. Awasi dirimu daripada lelaki -lelaki ajnabi mu . Sesungguhnya, mereka hanya mengambil kesempatan . Jangan terpedaya dengan janji-janji mereka yang belum tentu dilaksanakan . Dan yang paling penting, jauhi tipu daya syaitan.


----------------------------------------------------------------
--> Jagalah aurat sebagai wanita muslimah . Tudung biarlah labuh,  even pakai tudung tiga segi , biarkan melepasi dada dan pastikan baju tidak membentuk tubuh. Kita bukan pokok nangka, mengapa mesti ada buah nangka?? Kita bukan unta, kenapa mesti ada bonggol unta? Kadang-kadang Allah dah bagi hidayah , kita pakai tudung , tapi kenapa mesti terlalu mengikut trend. Jangan ada bonggol unta di belakang kepala kita.Sungguh jelas tertera yang menggariskan keharaman berpakaian demikian. Tapi kenapa hati masih lagi keras?





"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).
----------------------------------------------------------

-->Jaga air muka ibubapa kita. Ingat kita berdating sakan di luar negara ? Brapa probability kita takkan jumpa orang yang kita kenal semasa kita berdating? Jangan ikut suka. Jangan ikut nafsu . Tetapi ikutlah agama. Ikut nafsu , semuanya binasa. Based on story diatas, pasangan kekasih tu telah terserempak dengan kawan ayahnya sendiri . Automatically, maruah ibubapa kita akan musnah dan hancur. Lebih2 lagi bila ibubapa orang yang terhormat. Imam kampung? Tok Penghulu. Pernah disiarkan dalam astro Oasis , melalui rancangan tanah kubur, lakonan Nasir Bilal Khan. Ayahnya meninggal dalam keadaaan dahsyat yang teramat hina . Why? Sebab ayahnya gagal menasihati anak serta  isteri jauh dari cabang kemaksiatan. sO, disini, jangan nak fikir enjoy kita jer. Belajar sikit cara nak jaga maruah ibu bapa kita. Selagi anak perempuan belum kahwin , selagi tuh la ayah kita berhak keatas kita dan setiap dosa kita akan jatuh kepada ayah kita. 

-
Jodoh itu datang dari dua cara berbeza. Hina dan mulia . Jika ingin jodoh kita datang dengan cara yang mulia , patuhilah syariat yang telah ditetapkan oleh Allah . Sekiranya sebaliknya, nauzubillah .

Pertanyaan penaja. : Kenapa ek nak ucap sayang pada makwe or pakwe rse ringan jer dimulut . Malu tu takde langsong. Tapi bila tiba nak ucap Ilove you kat parents, rase malu pulak eh ?Nak peluk2 parents pun rase lain. Nak pegang makwe pakwe rase cam senang jer? Fikirkan lah! 

Matlamat tidak menghalalkan cara. Duhai wanita, jangan cepat meleleh atau cair dengan ucapan sayang seorang lelaki . Selagi belum halal , ungkapan itu sekadar menempah maut kepada wanita. So, be careful . Don trust so much para muslimah sekalian.

ps: Sama membaiki diri . Yang mana buruk , ditinggalkan, yang mana baik dipertingkatkan . Salam Ramadhan Almubarak kepada semua. Semoga dapat manfaatnya sebanyak mungkin.Slagi bergelar saudara seislam, sama-sama kita menasihati  .! Mabruk .

Sincerely:
Miss Butane.



No comments: