Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saturday, August 3, 2013

Don't follow the flow (X)

Assalamualaikum .Semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya.

"Korang kena duduk bersendirian lebih kurang 2 atau 3 jam untuk fikir hala tuju masa depan, apa nak buat dan macam mana nak laksanakan "-Kak Wawa

Maka kakak itu pungpangpungpang menasihati kami. Perjalanan hidup harus diplan. Ok. Boleh jugak follow the flow, tapi kalau flow itu terumbang ambing, maka kita jadi terumbang ambing juga? Maka, kata2 follow the flow takboleh diguna untuk perancangan masa hadapan.

Bayangkan kita menaiki sampan. Malas nak kayuh. So ikut sahaja arus ombak yang membawa sampan itu. Takdirnya arus itu membawa sampan ke kawasan yang dalam dan bahaya, maka apa jadi dengan kita? Maka akan turut sama tenggelam.

Applikasikan juga kiasan ini dalam kehidupan. Pandu hidup dengan perancangan yang rapi. Bukan menunduk terus pada situasi dan masalah yang membawa kita. Kadang-kadang hati kena tetap, kena yakin untuk pandu kehidupan ini . Kebanyakan corak kehidupan masa hadapan ditentukan dengan sikap kita pada masa sekarang. 

Mungkin jari yang menaip ini budaknya baru umur 19. Tapi dunia sekarang bukan semakin senang. Hidup dalam keadaan penuh pertandingan. Bertanding untuk siapa yang sampai lebih awal ke garisan penamat. Itulah kehidupan . Apapun, kemenangan yang hakiki ada pada Allah.

Semakin merancang untuk kehidupan yang lebih baik. Sekarang jika ingin bertindak, bukan berfikir akan satu orang sahaja, tetapi harus letakkan redha Allah dan ibubapa dalam setiap perancangan yang sudah ada. 

Fikiran tidak boleh seperti budak-budak.Tak dapat, hentakkan kaki, merajuk 2 3 malam. Tapi fikiran haruslah seperti orang dewasa, takdapat teruskan usaha sebab emas itu sangat dalam untuk digali. Jarang sekali berada di permukaan mungkin kerana nilainya sangat berat maka memerlukan usaha dan keyakinan yang kental untuk menggali emas yang jauh itu. 





"Emas itu sangat dalam untuk digali. Jarang sekali berada di permukaan mungkin kerana nilainya sangat berat maka memerlukan usaha dan keyakinan yang kental untuk menggali emas yang jauh itu. "

------------------------------------------------------------------------------------------
Mula berfikir untuk mengambil July Paper untuk paper physics.

"Awak ni kenapa sangat pentingkan SPM?Kan dah ambil medik apa semua, yang lepas biar lepas"

"Awak kalau taktahu dan malas tanya, lebih baik senyap.!"

Assalamualaikum. Salam penghujung Ramadhan. Ramadhan Kareem . Allahu Akram

No comments: