Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Monday, September 30, 2013

Masalah seiring dengan kematangan.....

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin :)

I have been bloggiing for 4 years.Dan semakin tersedar bahawa blogging adalah satu cara yang berkesan( mungkin bagi aku) untuk melepaskan stress. Mungkin dengan menulis kita boleh melepaskan semua yang tergalas atas bahu . Selain daripada menangis pada Allah, kongsi dengan ibubapa. Satu cara adalah blogging. I shared everything in my blog. Bermula dari kisah zaman sekolah menengah, liku2 kehidupan universiti sampailah sekarang . Mungkin kisah berumah tangga , alam pekerjaaan akan turut ditulis. Ceh...Mungkin sebagai ingatan pada masa hadapan. Aku tidak mahu kenangan pahit manis dan saat2 yang sukar dilupakan begitu sahaja. Dan termasuklah juga Love Story yang sentiasa berubah-ubah. Sesungguhnya, dia bukanlah seorang yang setia , hatinya sering berubah , dan perasaannya juga turut berubah. Dalam saat ini , inilah saat dia amat tunggu semasa 14 April 2011. Saat inilah yang dia inginkan pada tarikh itu . Alhamdulillah berkat doa dan semuanya dia mendapat saat yang diidamkan iaitu saat dan ketika ini.

Berblogging lah satu cara terbaik untuk express segala perasaan. Terutamanya perasaan kecewa , sedih , duka dan gembira. Tak tahu kenapa. Nak kata ada pembaca setia memang tak ada . Jadi hanya tulis untuk diri sendiri. Bila ada masa lapang, akan baca hampir kesemua post lama. Dan akan senyum sorang-sorang dan otometiknya akan hilang sedikit stress. Bila baca entry pasal kejayaan dan kegemilangan satu saat dalam hidup , hati jadi tenang. 

Diakui, dia adalah seorang yang mudah stress. Dia berharap terlalu banyak. Kalau boleh dia ingin semuanya. Ingin semua apa yang dicitanya. Tapi ingin berada dipuncak itu susah. Mesti ada tersepak batu, terpijak duri semasa mendaki itu, maka dia terpaksa bermula dari bawah. 

Sungguh bermula tahun 2011 adalah tahun yang banyak cabaran. Semuanya berkaitan dengan masa depan,perkara tidak boleh buat main2. Bila difikir balik , mungkin dia sudah menginjak dewasa. Ceh. Takkan nak jadi macam budak kecil selama2nya . Hidup tanpa masalah. Kamonlah, kita kan dah besar.....

Hahahaha......Baru menerima satu kegagalan lagi dari hidup . Ingatlah masa tingkatan 2 mendapat C dalam subjek Geografi menyebabkan ranking dalam tingkatan jatuh merundum ,memang macam musnah je dunia ni . Menangis sepanjang malam. Padahal Peperiksaan Bulanan je pun . Adoiii... Itulah melambangkan dunia kanak-kanak dan tidak matang .

Tapi bila menginjak umur yang lebih matang dan semestinya semakin tua banyak lagi rasanya kegagalan dalam hidup. Malah lebih teruk dari dapat C dalam geografi lagi tuu..Tapi sekarang besar lagi kegagalannya...



Setakat C Geografi tak ada apa sangat la. Tapi kefahaman yang besar . Tidak menangis macam budak-budak kecil . Semakin banyak kegagalan yang datang, semakin matang rasanya. Sekarang bila mendapat berita kegagalan , setakat inform padai ibubapa then buat bodoh . Kumpul semula kekuatan dan cari penyelesaian.


"Benar. Seseorang itu diukur dari pencapaian akademiknya. Jangan disangkal lagi. Inilah kehidupan".


Setakat ini sahaja. Assalamualaikum.

No comments: