Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Friday, March 29, 2013

Rentetan kisah midyearku part 4

Assalamualaikum.Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya .Amin=)

Wargh, 15 minit sebelum pkul 1am. Penat study ! Kena tidur awal kerana subuh semakin awal . Masih ada perkara perlu dilaksanakan sebelum tibanya hari esok . Banyak dan banyak . Dalam kepala otak ni beratur list benda nak buat , tapi masa memang sikit sangat . Final 28/4 and banyak lagi perlu cover dan selepas itu fly to Malaysia. Oke , part tu jela yg bestkan? =( Sobsob. 

Oke , rentetan kisah midyearku part4 . 

Biochemistry : 10/15 % (Agak teruk bagi diri aku .Oke,persan bijakkan? Targetku 13%)

Anatomy (2nd midterm ) Practical : 5/5 % (ALhamdulillah berkat usaha tidur dekat muzium)#melampau
                      And carry marks untuk anatomy hanyalah 22.5 % sja. OKe, agak buruk . Masih perlu byk usaha untuk kejar mumtaz untuk anatomy.!



Setakat itu shaja . Ingatlah , Allah hanya memandang usaha, bukan pada natijahnya . Insyalllah , kejayaan untuk umibaba. :') Salam rindu untuk keluarga di Kota Bharu Kelantan =)



Saturday, March 16, 2013

Ini kehidupanku :)

Assalamualaikum. Semoga kita semua sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin.

Post pendek sekadar berkongsi gambar. ~Our officially pictures together .First time I guess. Haha.. =)

 "Pagi sebelum exam Anatomy"

" Ukhuwah fillah IllaJannah"

 "Ili Alina, Azmah, Sarah, Aishah, Farehah"

"And Insyallah A doctor to be for umibaba, ummah, bangsa, negara, & Addin"


"ALLAH. ALLAH. ALLAH. Semoga perjalananku diiringi oleh redha dan rahmatmu. Jauhikanlah kami dari maksiat dan kelekaan.. Semoga kami mendapat mumtaz dlam histology , anatomy, physiology dan biochemistry . Dan semoga mumtaz tahun 1-6.. Allahumma Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammin Fill Khair . Man jadda wajada waman ZaRA' Hasoda. Usahalah demi ibubapa tercinta . Allah memandang usaha , bukan pada natijahnya. Insyallah , suatu hari nanti Allah akan memakbulkan doa hamba-hambanya"

Thursday, March 14, 2013

Goodluck 2nd Midterm Zagazig University.

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Ameen.

Exam datang lagi. Haha..And this time, 2nd midterm untuk students Tahun1 perubatan Zagazig University . So, bitauffiq Wannajah Fil Imtihan untuk semua rakan2, ahli bait, classmates. From 16-21 March 2013 . 

All of you wish me luck . Starting with Anatomy, Physiology, Biochemistry and Histology . 

Dan yang menariknya ialah anatomy punya praktikal bukan theory . And selama seminggu ini , aku adalah pegunjung setia muzium anatomy untuk tengok jar2 upperlimb. Haha.. Pengalaman indah kalau dikenang kembali. Haha.. Brebut-rebut dengan orang arab . Masuk dalam tuh macam ikan sardin kot.Just untuk tengok ni-====>




Wish me luck for this exam ... UmiBaba , doakan Kakteh disini dan semoga mumtaz tahun ini dan tahun2 seterusnya . Amin..

"Allah itu tidak memandang pada natijahnya tetapi pada usahaNya. Usaha ,Doa,Twakkal."

Assalamualaikum

Wednesday, March 6, 2013

March

Assalamualaikum . Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin -)

Results midyear masih tak keluar2 untuk phsiology and biochemistry jadi rentetan kisah midyearku part3 belum muncul2 . 

Oke,sekarang makin sibuk . Banyak benda yang nak kena masukkan dalam kepala. Makan pun aku skip jugak . Breakfast jarang2 sentuh, lunch makan biskut , dinnner baru sentuh nasi . Kalau rajin , beli burger untuk lunch . Tu dikira heaven giler la. 






Sekarang nih , final semakin dekat dan exam practical oral semakin menunggu masa nak di umumkan . 

Haha . Jauhi stress, mulakan semuanya dari awal , cover awal2 . Insyallah tak akan kalut di kemudian hari .

Salam rindu untuk umibaba dan adik beradik diMalaysia . Ingin merasa musim panas disini . Nak kurus? Ini masanya . Hahaha.

Thursday, February 21, 2013

Rentetan kisah Midyearku Part3

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.Amin.. =)

Kisah kali ini merupakan kisah yang sedih bertambah frust dan kecewa . RENTETAN KISAH MIDYEARKU PART3 . Akan ada part4 yang bakal menyusul . Memandangkan hari ni hari cuti , so adala sedikit masa yang terluang untuk aku menggerakkan metacarpal phalangeal joints and interphalangeal joints untuk mengupdate blog kali ini . Dan biarlah ulnarnerve dan radial artery aku berfungsi dengan baik untuk menterjemahkan segala macam perkara yang berada diminta untuk dipamerkan disini . Sesungguhnya , Parasympathetic action aku sedang aktif sekarang ini dan aku tahu sympathetic action aku akan lebih aktif dan aktif sekarang ni . That's why aku mengalami chilosis dan ulser yang sangat teruk kerana stress akan banyak benda dan aku tahu production of gastric juice dalam stomach aku semakin kuat kerana banyak kali skip makan . Oh, inikah student medik? Taklari dari stress and perasaan kecewa bila results DOWN..Look below.====================================>

Dan inilah result Midyear aku . Markah yang penting untuk dibawa ke Final Exam...

Histology ->17.8/20
Anatomy ->19/30 

Nampak tak teruknya markah aku kat situ?? Nampak tak? Baik korang angguk kepala and setuju dengan statement aku nih . Oke ,jujur aku mengaku memang jenis takpernah puas dengan apa yang aku dapat dan aku target yang lebih tinggi lagi . Stu yang aku kecewa adalah pasal markah anatomy aku tuh . Dalam banyak2 paper, paper antomy la aku paling tersenyum lebar usai melangkah keluar dari dewan exam dan paper anatomy lah aku spent bnyk masa aku untuk dia. Tapi secupik nih je aku dapat?? Oh no! So apa yang aku fikir . Lama aku dok fikir2 seorang diri sampaikan kering dah air mata nak keluar.   

-Maybe usaha aku masih kurang dan aku mesti gandakan usaha aku untuk subjek nih
-Maybe kerana purata markah . Soalan yang aku boleh jawab hanya sedikit sja markahnya dan satu dua soalan yang aku takboleh jawab markahnya sangtlah banyak..
-Maybe aku ada buat salah dengan manusia ataupun Allah . Mungkin aku menyakiti hati kawan aku tanpa sedar dan maybe aku ada buat dosa dengan mereka dan umibaba aku jugak . Dan yang paling penting, mungkin aku tidak istiqamah dalam beribadah..

(Trik nafas panjang and fikir secara postif)..=============>Dan mungkin Allah menangguh dulu kejayaan aku sebab Allah tahu jika aku berjaya lebih awal , aku akan rasa diri aku hebat dan aku akan malas berusaha .Mungkin juga Dia ingin aku lebih merintih kepadaNya dan melihat aku lebih tekun berusaha .Dan , Aku mestilah berusaha untuk semua orang .. (Senyum )

Dan kembali kepada prinsip asal:

"Usaha, doa, tawakkal . Sekiranya berjaya Alhamdulillah , kalau tidak kurang kecewanya kerana Allah tahu kita pernah berusaha , berdoa , dan bertawakkal kepadanya .=) "

Salam rindu untuk keluarga jauh di Malaysia . :')


Wednesday, February 6, 2013

Pandanglah!


Hidup pandang ke hadapan. Kejayaan berada di hadapan. Bukan dibelakang. Kalau nak pandang ke belakang sekalipun, biarlah untuk membetulkan kesilapan untuk melengkapkan kejayaan di hadapan. Selalulah pandang di hadapan. Siapa kita pada masa lalu, biarlah tinggal kenangan. Alpa kita pada masa lalu , biarlah cerdiknya kita di masa hadapan . Jangan jadi alpa seperti alpanya kita di masa lalu . Percayalah, didepan sana lebih indah dari masa lalu yang penuh dengan ketidaksempurnaan. Sekurang2nya , Dia masih bagi peluang untuk melangkah ke hadapan. Alhamdulillah . Alhamdulillah .


Friday, February 1, 2013

Malam Amal Perubatan vs Maarad Kutub..

Assalamualaikum.Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin.

Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum kelas bermula.Winter pun semakin menuju ke penamatnya. Dan "winter break" tentu sekali. Rasa cepat masa berlalu. Seminggu sungguh cepat masa berlalu. Tidak banyak dihabiskan sepanjang seminggu ini . Cuma sempat melawat satu tempat dan dua kali satu tempat yang sama. Capital city of Egypt , CAIRO . Tahun satu ini rasanya biarlah cukup hanya dengan melawat tempat ini . Insyallah tahun seterusnya akan ada peluang untuk melawat tempat yang lain pula. Dan sungguh bersyukur pada bulan 12 yang lepas , berpeluang menjengah ke Tanta, melawat beberapa makam Ulama dan melihat dan mencium janggut dan melihat dengan lebih dekat tapak kaki Rasulullah. Dan mendapat peluang menyentuh sendiri makam2 ulama . Sungguh peluang itu sukar untuk dirasai . Alhamdulillah Allah masih bagi peluang kepada hamba yang penuh dosa ini . Hina rasanya bila mencium sendiri janggut nabi Muhammad Sallahualaihiwasaalam.Allah .Allah. Allah. 

Ke Cairo pada 27 Januari . Tujuan utama hendak pergi ke Maarad Kutub iaitu Pameran Buku Antarabangsa. Sungguh besar tempat tuh . Kebanyakan buku yang dijual adalah buku dalam bahasa Arab. Ruangan untuk buku English amatlah terhad dan. Dan hasilnya ialah buku ini dengan harga 15 genih . Secondhand serenade punya. Tak. Secondhand punya. Haha. 


Setahun kot nak habiskan baca buku nih. 

Tempatnya sangatlah besar sampaikan taklarat nak ronda semua . Dan tamatlah cerita pasal pameran buku ini. Dan untuk mengisi waktu seharian di Cairo , kami sempat lewat Mall yang terbesar pada pandangan aku . CITY STAR. Maybe Mall ini lebih gah berbanding mall di Malaysia . Binaanya sangat moden dan elit sekali . First time aku mengaku maju juga rupanya Mesir ini . Haha. Maklumlah kan. Zagazig tempatku tidak setanding tempat ini dan tidak setanding kampung halamaku . Sungguh kekampungan pada mataku . Haha.  Tiada apa yang nak beli kat sini sebenarnya. Seriusly barang kat sini sungguh la mahal  .Mall ini sebenarnya untuk golongan2 elit di Mesir. Boleh lihat betapa besarnya jurang kehidupan orang Mesir ni.Kalau di Zagazig, golongan elit nih kurang dan kebanyakannya golongan yang berpendapatan rendah , Mana tidaknya, diZagazig sungguh banyak keluarga peminta sedekah disini dan di Cairo, golongan yang menolak troli penuh dengan barang shopping . Disinilah terdapat jurang kehidupan penduduk di Mesir ni . Semua barang berjenama . Kalau nak cari baju kat sini below 100 genih, pusing satu mall pun rasanya mustahil kot kitaorang nak jumpa... Eventhough di dunia sekarang , kita boleh tengok taraf kehidupan seseorang, tapi di akhirat kelak amalan dan taqwa yang menjadi beza antara kita semua. Astaghfirullah . Dan hanya sempat menangkap beberapa gambar sahaja ..




Dan kami bergerak balik pukul 11 malam dan sampai ke Zagazig pkul 1 pagi dan pertama kali merasai rusuhan disini  . Alhamdulillah Allah masih sayang . :')

MALAM AMAL PERUBATAN 2013

Orang tua2 cakap .Rezeki!. Alhamdulillah dengan tak semena2 seorang senior inform that ada kekosongan tempat bagi Malam Amal Perubatan . Asalnya bayaran nya adalah 90 genih tapi few peserta tarik diri pada akhirnya maka ini adalah rezeki kami. Alhamdulillah sangat2 bersyukur boleh join malam amal perubatan ini .Dengan temanya --Because We Are Family--... Tema bertepatan dengan isu penindasan umat Islam di Syria, Palestin , Rohingnya. Sungguh banyak information tentang penindasan umat Islam di seluruh dunia. Cuba tanya diri kita. Sejauh mana kecaknaan kita terhadap kita?? Aku tanya diri aku sendiri  . Caknakah aku? Dan jawapan aku ialah TIDAK . Apa jenis manusia aku nih? Budak sebaya adik aku , lelaki sebaya Ayah aku , perempua sebaya emak aku dibunuh oleh pengganas? Apa sumbangan aku kepada mereka?? Jom kita muhasabah diri kita, 

Dengan menampilkan dua orang Doctor dari Malysia, satu talk penuh dengan information dan tentunya penginsafan...

''Belas kasihan ibarat satu tubuh badan .Satu anggota sakit, seluruh badan akan merasai kesakitannya"

Mereka tidak memerlukan tubuh badan kita untuk kesana , tetapi mereka memerlukan doa, wang ringgit dan sokongan padu kita kepada mereka. Sesungguhnya, 'Aldoa Silahul Mukmin".
Tanggungjawab semua umat Islam untuk merasai kesakitan dan kesengsaraan mereka dan kepdihan mereka. Banyak umat Islam telah dibunuh oleh pengganas dan semoga mereka syahid dijalanNya.Amin.. 

 Dimalam Amal Perubatan.

Potret ulama mati syahid di Palestin. Nilai bidaan 6000 genih.Tahniah kepada pembida tertinggi=)

Seriusly taktahu kenapa ayt post kali nih agak skema sikit . And sorry gambar2 dgn muka agak hodoh and kabur.Haha.. =)Assalamuaialaikum .