Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sunday, October 28, 2012

Aidiladha Di Zagazig,Assyarqiyyah Egypt.

Assalamualaikum.Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.Ameen =)

Esok cuti lagi sehari, so masih ada sedikit waktu terluang yang aku kira pada pndangan aku masa yang sesuai nak update blog bersawang nih. Sungguh, disini ruang biru ni lah aku sendirian mencoret peristiwa2 penting sepanjang hidup aku dengan tujuan bila besar kelak , aku masih boleh mengingati setiap peristiwa yang berlaku . (Ecce, ayat sastera sikit malam nih )

Nampaknya kata ganti diri untuk entry kali nih terpaksa ditukar sebab post kali nih aku update khas utk bacaan family aku yang tersyang di Malaysia. Takde benda lain yang Teh nak kongsi melainkan pengalaman first Teh beraya Aidiladha di Mesir. Kalau ditanya apa bezanya , mestilah terlalu jauh bezanya . Tanpa keluarga , macam tak percaya , seorang budak perempuan yang masa form1 nya selalu menangis bila umibaba nak hantar ke asrma , akhirnya tercampak jauh disini. Hehe.. Segalanya tuhan aturkan . Insyallah Teh ok sokmo duk sini . Makan minum semo cukup. Tapi kadang2 lapar la. Hehe -)

Ok, umi !Blog teh memang mukaddimah panjang sokmo sebelum nak masuk tajuk tuh. Mesti ni first time umi baba baca blog teh  .Haha.. Takpun first time tahu yang teh ada blog. Padahal dah 2 tahun ada blog !..

Hari raya haji kat sini memang beza la dari hari raya Haji kat Malaysia. Bunyi takbir raya pun lain doh. Haha.. Malam raya  tuh , teh dengan roomate teh gotong royong nak buat juadah utk makan esok pagi . Menunya ialah nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam dan kek keju . Nasi himpit tuh saen teh bawak siap2 dari  Malaysia. Pasal kuah kacang tuh, memang lain dari yang umi buat . Teh sero menyesal sebab masa umi buat kuah kacang dulu teh takberapa nak minat . Tapi loni teh jadi suko ko kuah kacang. Memang lain rasanya dari kuah kacang umi buat. Kuah kacang umi buat memang takde tandingan la. !Rendang pun saen teh buat. Teh tolong sikit2 jah . Rendang sini lain sikit umi . Teh sero nak berair mata masa makan rendang tuh . Teringat ko rendang umi buat masa raya Aidilfitri hari tuh . Haha.... Memang satu jah boleh nak oyak , teh memang rindu la ko masakan umi . Especially nasi goreng , nasi ayam dan nasi air.  
p/s:: Terkilan tak sempat makan nasi ayam umi sebelum fly ari tuh . Haha =(......Makan kek keju pun teringat ko kek keju philadilphea Tina. =)

 Nasi himpit kuah kacang

Kek keju orea terpaksa buat dalam besen -)
Pagi tuh , Teh gi mayang raya di masjid dekat university. Masjid Fattah aka Masjid Cinta sebab ada senior pernah kahwin di masjid tuh .Masjid dia memang besar la. Teh gi sana naik Tramcoo (Van) . Teh gi pukul 7 lagi . Masjid tuh imamnya student Melayu and yang  baca khutbah pun student melayu . Students melayu jah smayng raya sana . 

 Masjid Fattah-)
 -)
 Housemate~
Housemate dan Kak Bihah. Student Tahun 5 Medik!~

Raya first teh tak makan lagi sebarang daging. Haha . Malam tuh , teh gi jamuan makan AQM yang anjur. Memang menu utama kambing ngan unta jah . Nak cari lembu memang susah la...... Masa mula2 makan tuh, teh tak thu hok mano unta hok mano kambing . Memang kat Msia teh tak telan langsung kambing .Ikut umi la katakan . Tapi disini , im not ur follower umi  .Masa mula2 makn kambing tuh , teh pejam mata sambil membayangkan tuh lembu .Hahaah. Sebab lapar punya pasar, teh telan jah .! Daging unta memang tak boleh beza dengan daging kambing. Tapi ada orang oyak daging unta lebih lembut sikit and manis. Memang lembut la...So, teh jadi makan la daging kambing loni . Alhamdulillah tak bau kambingnya sebab daging tuh disalai terlebih dahulu.  Hahah..

Keesokannya , Teh ikut saen teh gi korban daging kambing kat satu tempat nama Murrur. Teh jalan kaki jah gi sana . Pukul 6 teh gi . Pagi sini memang sejuk la. Suhunya 18 djah celcius. Loni cuaca kat sini tak sejuk lagi . Boleh tahan la . Takperlu pakai winter coat lagi .!Tuh first time la teh tengok unta secara dekat and secara life. Semua acara sembelihan student malaysia yang buat. Takdop campur tangan orang arab langsung. 6 Ekor unta . Bilangan kambing teh tak ingat brpo . Ado jugak biri 2 and khuruf.  Haha...Biri2 pun teh pakat telan jah . Bukan cam pun daging gapo. Raso macam daging lembu jah...

Malam tuh , dia buat la upacara makan2 sup tulang. Makan ramai2 dalam talam . Ni nak kutuk sal makanan sikit. Sup tulang dia tawar . Tuh first time jugok teh makan gear box besar2  , kaki la.. Kalau kat Msia , haram nak makan gear box. Em, kalau nak compare nge sup tulang baba , memang takleh nak banding la umi . Rindu ko sup tulang baba hok panas2 , pekat2. Hee...-)  .. Tahap kerinduan terhadap makanan Msia loni kuat la. =( .. -)....~

Keesokannya , Teh gi jamuan Hari Raya anjuran Persatuan Pelajar Perubatan Cawangan Zagazig di dewan universiti Zagazig. Dewan tuh memang besar la . Dia ada buat jamuan jugak. Tapi sebelum tuh ada la persembahan , ceramah  .Ada jugak dia tunjuk video pasal Haron Din jumpa Rasullulah dalam mimpi. Teringat pulop gapo hok baba pernah oyak dulu . Yang lucu nya, ada satu segmen dia buat khusus untuk sambut pengantin baru di bumi zagazig nih. Ramai jugok hok baru nikoh. And yang paling ramai budak medik and farmasi tahun satu and dua. Ada sesetengah tuh dapat anak doh. Ada jugak la perasaan nak nikoh sini bila tengok ore lain nikoh ( Ecece, gatallnya!) ... Tapi bila teringat pesan baba , yang 4 perkara sebelum teh mari mesir nih , teh terus block benda2 nih dari fikiran teh .Insyallah teh akan fokus pada study teh untuk dapat Mumtaz or at least jayyid jiddan . Lagipun calon kat sini takdop lagi . Haha..sikit2 lagi ado kut umi! Haha , statement yang sungguh bahaya . ! =)

 Unta bakal disembelih -)...Dimata, keluar air mata.

 Korban kambing .~


First group datang tunggu acara korban bermula ~
Ada sorang akak senior nih dia lantik teh dengan housemate teh jadi ajk kecik tuk eksekutif hidangan majlis tuh. Teh bubuh2 lauk gitu jah. Takdop berat pun. Hahah...


 Kebiasaan menuggu musyrif pada waktu malam~

Ladang bendi Zagazig , belakang rumah~


Teh sero setakat nih jah teh boleh kongi nge umibaba dan semo pasal raya haji teh di mesir nih. Keseronokan jauh lebih hebat kalau di Malaysia berbanding sini. Tapi disini pun apa kurangnya..!


Soorry teh tak update gambar di Facebook..Teh akan banyak update gambar sini . So kakngah rajin2 la lawat blog nih...Insyaallh akan di update bila ada event2 penting dan luahan yang nak diluahkan. Haha..-)

Insyaallah Teh exam first 10 november nih. UmiBaba tolong doa ko teh . Skrang nih, sudah terasa berat sikit. Memang bnyak kena hafal. hehe .Takpo , teh suka menghafal ( cewah.! bebeno tuh) ...

~Usaha,usaha dan usaha . Berjaya atau tidak lain cerita.Seandainya gagal, Allah tahu kita pernah berusaha~

THIS STORY WILL BE CONTINUED, INSYALLAH

Assalamualaikum-)

No comments: