Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Wednesday, October 17, 2012

Story About Mesir. ! =)

Assalamualaikum. Semoga kita berada dibawah lindungannya. =)

Dah nak sampai aku duduk sini . Satu tempat yang bagi aku terkandung seribu makna . Sebuah tempat yang aku masih belum sempat aku nak describe kan sebagai apa . Dan sebuah tempat yang baru bagi aku . Ya! Memang totally satu tempat yang baru bagi aku . Dan aku rasa aku dah boleh sesuaikan diri aku dengan persekitaran sekeliling aku , masyarakatnya , makanannya , debunya dan segala tentangnya . Bukan lagi alami kejutan persekitaran macam first aku menjejakkan kaki kat sini . Segala persepsi aku tentang tempat nih memang berubah . Dulu aku fikir Mesir adalah tempat yang bagi aku ----> Panas terik , tengah2 padang pasir macam cerita dalam buku cerita, penuh dengan pokok kurma. Tapi selama sebulan aku duduk kat sini , aku boleh describekan Mesir ni adalah negara yang cukup istimewa bagi diri aku eventhough muzik halwa telinga aku kat sini ialah hon2 kereta yang sangatlah nyaring bak lagu AdamDanHawa. 

Satu perbezaan Malaysia dan Mesir ialah apabila kita nak lintas jalan, kita takpayah nak tunggu berminit2 untuk lintas jalan tuh. Apabila kita nak lintas jalan tuh kita lintas je eventhough kereta kat sini sangatlah laju macam roller coaster.Tapi orang kat sini memang dah biasa bila nak lintas jalan , terus lintas je .Tapi surely lepas lintas jalan tuh jantung bagai nak tercabut .Aku bukannya nak jadi stunt woman tapi kat sini memang terpaksa dan kena jadi stunt woman . 

Dulu first time aku datang sini, memang aku terkejut giler bila banyak gila debu berterbangan di udara dan atmosphera dunia. Haha . Tapi perbezaan dulu dan sekarang ialah aku dah biasa dengan debu yang boleh dikatakan tebal la jugak bagi aku. Hahah.. Dulu , aku dan housemate dah sepakat nak pakai purdah.Haha. Memang kitaorang komited giler la nak pakai purdah sebab lepas tazkirah yang diberikan oleh sorang ustaz. Dia cakap ada pelbagai niat kita nak pakai purdah. And main niat mestilah nak tutup aurat. Someone akan pakai kekal purdah ni. Second is sebab muka dia boleh mendatangkan fitnah aka mukanya boleh membuatkan orang lelaki jatuh hati . And third is sebab debu yang sangat tebal. And yang third kita boleh pakai sementara di Mesir dan bila sampai Malaysia boleh buang sebab atas faktor suasana sesuatu kawasan tuh, Nilah apa yang dicakapkan oleh ustaz tuh. So,kitaorang decide nak pakai purdah atas sebab yang ketiga. And bila fikir2 balik, kitaorang rasa macam diri nih hipokrit la bila pakai purdah hanya disini. So, kitaorang buat keputusan untuk tahan dengan debu dan alhamdulillah sekarang dah biasa dengan debu disini. Insyaallah bila Allah bukak hati aku untuk pakai purdah,insyallah i will wear it permanently forever in my life. But for this time being, I tried to change myself for the better than I am today . Sumpah,aku bukanlah gadis yang penuh dengan ilmu agama. Kalau nak compare dengan orang lain ,aku ibarat satu semut kecil ditengah2 gajah2 yang besar. 

And aku nak cakap pasal makanan kat sini. Makanan kat sini memang best dan murah. Aku kat sini banyak makan junk food macam roti , biskut, kek yang kilang punya tuh . Kalau nak makan krib or burger ayam, memang kena tunggu lepas kelas la. Buah2an pun banyaj giler kat sini tapi apa yang sempat aku makan ialah epal je. Buah kurma yang segar pun aku belum sempat nak rasa lagi. And maybe akan aku rasa nanti musim winter kot. Kebnyakan kat sini kami masak la. Kitaorang 6 orang serumah memang dah dividekan tugak memasak masing2. Haha. Tak sia2 la aku belajar masak kat rumah and at least aku boleh praktikkan kat sini. And yang paling aku bangga, ceh....Aku belajar nak siang ikan dari rumah and atleast aku boleh praktikkan disini . Haha. Sebab kat sini kitaorang memang makan ikan jer sebab ayam sangatlah mahal dan kecik . Tak macam Malaysia. Dan bila aku masak kat sini , aku akan rindu Kak Ngah aku sebab sepanjang aku duduk kat rumah , aku dan dia la yang masak sebelum umibaba dan adik beradik aku yang lain balik dari sekolah .Sumpah aku paling rindu dengan kak ngah aku -(..

Dan perkara penting sekali kat sini ialah . Alang2 aku dah study kat sini , takkan lah aku hanya nak isi otak aku dengan ilmu perubatan jer. Kitaorang sekarang tengah usaha nak cari tempat untuk bertalaqi dengan ustaz . Dan kat sini banyak jer tempat  untuk talaqi tapi kitaorang belum sempat nak cari tempat untuk bertalaqi....Dan kat sini usrah memang banyak la. Tapi kitaorang sempat pergi sekali je . Setiap hari jumaat. Pendekatan usrah kat sini lebih mendalam dari sekolah aku dulu. Insyaallah .!

Dan semestinya orang Arab wanita kat sini memang pergh la..Memang cantik la. Kebanyakannya tinggi , hidung mancung . Dan yang lelaki pun tak kurang jugak. -). Hehe. 

Okla. Aku dah budjet masa aku nak taip blog hanyalah 20 minit. Haha....Aku nak srudy . Then nak tido sebab esok cuti tapi ada program AHLAN .

 Assalamualaikum -)


No comments: