Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saturday, October 13, 2012

Zagazig,Assyarqiyyah Egypt.

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berda di bawah lindunganNya.Ameen. -)

Actually,aku taktahu dari bawah or atas mana nak start.Tapi memang entry ni akan jadi entry yang terpanjang sebab aim aku update blog kali nih lebih kepada penceritaan suasana dan life aku yang berubah 360 degree. Haha.. And atas sebab roomate aku yang cute + plus comel yang banyak kali urged aku suruh update blog nih. Haha.. Masa dulu dan sekarang tak sama. Sekarang aku semakin sibuk dan busy . Aku nak update blog nih pun aku kena cari masa yang betul2 aku tak guna. So,boleh la aku update. Satu lagi aku nk jimatkan gyte broadbnd etisalat aku . 90 genih sebulan woo. Aku nih jenis yang penjimat dan kedekut sedikit. Hehe.

 Oke gaya aku update blog still takberubah dengan mukaddimah yang panjang dan membosankan doe.. Haha

Aku , straight to the point. Aku currently berada di Mesir. BUmi para Anbia. Aku bertolak dari Malaysia ke Egypt pada 27 sept. Tu akan jadi tarikh keramat bagi aku sebab ni first time aku naik Egypt Air dan ni first time aku menjejakkan kaki ke oversea. Haha.. Memang ni part yang paling bila aku "had to" berpisah dengan family aku... Sungguh sebak suasana di KLIA ari tuh... Dah la ada masalah bila timbang barang and tiba2 overweight weh ! Sumpah stress la sebab barang2 kesayangan aku pun aku terpaksa buang.. Smiley yang kawan aku bagi pun aku takbawak la sebab barang memang bnyk... 

"Suasana kat Cairo Airport "
N tibalah pukul 8 45 malam .. Aku dah ada kat balai perlepasan. Suasana memang sebak giler weh.. ! Semua orang menangis la. Part yang paling sebak sekali bila aku tengok umi dan adik beradik aku nangis.. Aku pun turut sama nangis la. Pada masa yang sama pulak aku teringat kat kawan2 rapat aku. Bila la pulak aku nak jumpa diorang. And aku sedih sebab kawan2 rapat aku sent mesej goodbye masa aku nak berjalan ke balai perlepasan dah. Asal la korang tak hantar msj or call awal3....Era !!!!!!!!



And tepat jam 7 pagi waktu mesir aku sampai di Airport Cairo , Mesir.. Sungguh aku tak percaya plus tergamam sebab akhirnya aku bolek pijak kaki aku kesini..Selpas berbagai dugaan dan cabaran aku dalam memilih the best place for me to study after SPM , takde sape pun yang tahu bahawa Allah pilih aku kesini..Alhamdulillah ya Allah -)

Masa ketibaan aku ke Mesir, kami disambut oleh lajnah istiqbal . Aka kakak2 n abang2 senior. Aku kagum la diorang sempat sambut kitaorang eventhough masa tuh memang awal pagi la....Then kami naik bas untuk sampai ke Zagazig except aku n few of my friends naik van sebab semua bas dah penuh. Beg2 kami semua diangkut dengan satu lori khas. Haha.. 
 "Cairo Airport"

"Barang2 kitaorang dipunggah guna van nilah"



"Perjalanan 1 jam setengah ke Zagazig"

Perjalanan ke zagazig mengambil masa selama satu stgh jam kot. Amboi, memang aku mengantuk giler la dalam van tuh . Tapi aku terpaksa celik mata luas2 nak tengok pemandangan di Cairo . Darjatnya rendah sikit dari kota Kuala Lumpur. Hehe . Bunyi pertama aku dengar masa sampai di Mesir ialah bunyi hon kereta yang bagaikan satu irama music di pagi hari .Memang cara diorang bawak kereta memang bhaya la. Aku rasa macam aku tengah on set dalam movie filem destination pulak . Hhaha... Dah la jalan sesak . tapi setiap kereta bawak dalam kelajuan 90 km/j. Memang kecut la perut aku . .Banyak jugak aku istighfar dalam hati..

Selepas satu setengah jam dalam van , kami pun akhirnya sampai ke kota Zagazig yang ceritanya banyak aku dengar dari mulut2 orang and who knows aku akhirnya dapat jejak kaki kesini...Betullah kata senior2 dulu . Disebalik debu2 yang ada kat mesir , didalamnya terselit satu pertama. Insayallah aku akan cuba cungkil permata tuh di tengah2 debu yang sangatlah tebal . Insyallah... 

Kami dibawa ke markaz terlebih dahulu sebelum dibawa kerumah sewa masing2..Agak berjam2 la jugak kami duduk kat situ sampaikn aku sempat terlelap sebentar. Kami pun ada jugaklah dibekalkan dengan roti berjemkan strawaberryy.. Akak, saya nak nasi. Memang aku lapar giler la sebab makanan dalam flight tk best wooo. ! Aku main telan tanpa rasa je makanan dalam flight tuh. Yang best cuma satu je , roti jem je...And syukur la makanan yg akak2 abang2 senior provide untuk kami sedap2..

And kat sana la kami tentukan roomates masing2. Aku dah ada 3 orang roomates . (Azma,Aisyah, Ili)  

"Dekat ladang Zagazig"

. And dua kawan baru ( Sarah and Farihah) . Memang dalam hati aku cakap . "Mntak2 lah aku boleh seroomates dengan 3 orang tuh "  .N SYukur alhamdulillah aLLAH dengar permintaan hati aku... Nama bangunan tempat aku sewa ialah Imarah Lift. Namanya imarah Lift sebab bangunan nih ada lift. WOo... Lift bkan sebarang lift sebab nak guna lift kena sewa 20 genih sebulan . Padah doe ! Tapi takpe kena charge pun , sebab kalau nak terbang dari tingkat 1 ke 9 memang la mudah. .Tapi kalau nak jalan dari ting 1 ke 9, memang nak patah kaki aku. Haha. 

Hampir seminggu jugak la kitaorrang tumpang rumah kami sebab rumah kami takde bekalan air lagi.  Terima kasih tak terhingga pada musyrifah kitaorang . Kak nisa sebab tolong tumpangkan rumah dan temankan kitaorang pergi beli belah barang keperluan rumah. First datang nih banyak la jugak wang yang habis sebab seluruh rumah tu tak fully furnished except katil , tilam and tong gas je. So peti,mesin basuh, meja study, and lain2 barang kena beli sendiri. Nasib baek share doe..Kalau semua orang taknak kongsi , pokai aku selama setahun duk sini . .Hahaha..

Pengalaman beli belah kat sini memang best + menyeramkan la. Hri kedua tak silap aku , masa aku tengah jalan tuh, ada sorang orang arab pompuan yang pegang bahu aku. Terkejut beruk + monkey aku . Aku pun apalagi , terus lari la. Hahaha. First, kena pegang ngan orang arab kan .!..

Senior selalu pesan kalau nk keluar ke pekan. beg memang kena bagi 200% protection la sebab kat sini kes ragut memang banyak . Seluk poket memang bnyak . lebih2 lagi dalam tramcoo ( sejenis van) . Tambang tramcoo adalah setengah genih dan tambang teksi 0.30 genih. Murah lah. Tapi ada jugak sesetengah teksi yang ambil kesempatan atas pelajar Msia yang nak 0.70 genih. Tuh memang dah mahal la. 

Barang2 memang murah kat sini kerana matawang kat sini lebih murah dari Malaysia. Kalau nak shopping agak heaven la jugak. Tapi aku nih jenis penjimat sikit. So, setiap kali aku nak beli barang eventhough just a drink or food .Aku fikir 10 kali doe. ! Aku rasa Ili pun perasan aku agak jimat sikit. Bukan takde wang . Tapi aku lebih rela tak beli eventhough harganya cuma 1 genih. hahah.. (bongkar rahsia nih ) . 

Aku rasa rumah aku sekarang dah fully furnished sebab bilik aku dah lengkap dengan katiil , meja study , almarii. Oh ,sukanya. Dapur pun dah lengkap dengan semua barang . And yang paling lucu ---> pemegang dapur gas pecah doe ... Kitaorang ni bagai raksasa kot. Aku rasa aku je cam raksasa. Ha, nak cite stu benda. 70% student baru yang sampai sini akan ada penyakit kulit yang luar biasa . Haha. aku refer pada diri aku la. sebab ditangan aku penuh dengan bintik2 merah yang menonjol . Taklupa jugak di kaki.. Ada dua  sebab yang kitaorang pun takpasti apa sebab jadi penyakit kulit nih . Ada yang kata sebab perubahan musim panas ke musim sejuk and ada yang kata sebab pijat. Aku rasa sebab pijat kot...Sebab tuh aku rasa diri aku macam seekor raksasa betina kot sekarang  . ( Amboi, melampau sungguh aku comparekan diri aku -( )..

 "kitaorang just pakai almari kain je"


..

Mula2 sampai sini , memang homesick teruk la. Sampaikan kawan aku cakap aku menangis dalam tidur.  Aku pun tak sedar aku menangis. Maybe sebab aku terlalu rindukan Malaysia and kawan2 aku kot. Tapi alhamdulillah, sampai lah hari nih, homesick aku dah berkurangan sebab taksempat nak homesick....Housemates pun baik2 , kawan seklas2 pun okla .....Tambah dengan senior2 . Especially tingkat  bawah . Akak haizum, akak bihah , dan semua senior2 yang caring... And special thanks to akak Haizum sebab tolong belanjakan vitamin Vitacid sebab aku alami sakit tengkukyang sangt serius sampaikan tkade suara langsung.  And alhamdulillah bila makan ubat tuh utk dua kali , sakit tengkuk aku dah sembuh hinggalah sekarang .Takdelah suara aku mcam burung bangau je. -)

And special thanks too untuk Akak Raihana Roslan sebab sudi ajak aku keluar jalan2 dekat area universiti....Tapi sayangnya kitaorang keluar pada hari Jumaat so almost semua kedai tutup la...Tpi kedai krib tak tutup la..So, dia belanja aku makan krib 

"Krib harganya 10 genih (RM5)
. (Kalau kat Msia aku anggap macam pizza berlipat la )..Smalam baru aku ada kesempatan tuk jumpa dengan dia selpas berbulan2 kami hanya kenal through facebook...Semoga ukhwah yang terjalin kat sini akan kekal sampai bila-bila.Amin -)


STUDY MATTER 

Oke, now aku nak cerita sedikit sebanyak pasal study aku kat sini. Masa hari kedua aku sampai sini, kelas dah start. Memang bengang giler jugak la. Dah la emosi tak ok lagi . Dengan barang2 pun berterabur lagi .  Rumah takpindah lagi.  Tapi aku ok je... Kelas first yang aku masuk ialah kelas Anatomy. Agak terkejut beruk + monkey la jugak sebab aku tngok condition uni ni yang agak buruk . Lahhh! Diorang buat renovation rupanya. Lega la sikit hati aku. Tpi bahagian department yang lain memang cantik dan menepati syarat uni la.. Haha.. tapi kalau nak compare dengan uni di Malaysia,-----------...Bak kata Nabil raja lawak, lu pikirlah sendiri. Hahaha..

 "Nilah kota Zagazig"


 "kawasan rumah aku "


"University Zagazig, Assyarqiyyah Egypt"

Kat sini aku akan study subjek Anatomy, Physiology, Biochemistry and Histology.. Mula2 aku masuk kelas, aku tak faham sepatah arang apa yang prof cakapkan . And masa nih baru la aku tahu slang bhasa Inggeris diorang memang lain dari slang bi kita. Aku rasa macam nak nangis je dalam kelas phsio tuh...Aku berlagak tenang la depan kawan aku.. Takkan aku nak menangis life kat sana kot..Aku nangis dalam hati je la... And alhamdulillah sampai lah hari ni.Aku dah boleh faham slang diorang. Syukurlah  . Aku ingatkan dekat sebulan aku boleh faham slang diorang. Tapi Alhamdulillah, 3 hari je aku dah boleh faham sikit2 slang diorang..

Aku study kat sini oke lagi .  Cuma as usual medik kena banyak hafal and we have to memorize our study everday so that we can conquer that. Insyallah . Semoga Allah bgi aku ingatan yang kuat untuk menghafal dan mengingati apa yang aku hafal. Aku tertarik dengan satu kata2 senior masa malam "Road to Mumtaz" ...Dia cakap kita hafal sesuatu pelajaran bukan untuk exam tetapi kita hafal sesuatu benda tuk kehidupan kita sebagai doktor kelak. Insyallah , aku akan cuba ubah niat aku bhawa aku hafal untuk kegunaan aku sebagai doktor kelak...

"Study is to learn , not for exam."

Apalagi yang aku nak kongsi eh ?? Alhamdulillah roomate aku sekelas dengan aku so senang la kitaorang nak pergi kelas sama2 and study sama2 . Alhamdulillah.! =)

Aku berada di sini adalh untuk study bukan untuk benda lain. So, aku belajar ubah fikiran aku dan buang semua benda yang tak berguna yang pernah hinggap dalam kotak fikiran aku selama ini . 

Aku datang kesini dengan harapan yang besar untuk ibubapa aku, family aku. Kalau aku musnahkan harapan itu untuk satu benda yang boleh memusnahkan amanah yang aku pegang sekarang, aku akan rasa aku adalah manusia yang tak berguna untuk keluarga aku.

Dan melalui skype jelah cara aku untuk berhubung dengan family aku..

Kejayaan dan kegagalan . Aku kena buka satu cerita baru untuk itu. Buat masa sekarang aku hanya perlu belajar dan belajar sehinggalah aku berjaya . My main hope aku kat sini adalah aku dapat kejar cita2 aku . Dan capai Mumtaz or at least Jayyid Jiddan . .Dengan membayangkan muka umi baba aku ,  sudah buat aku bersemangat. Tnnpa mereka, aku taktahu apa akan jadi dengan aku. Semoga Allah sentiasa bersama aku dalam setiap keadaan . Insyallah. Semoga aku dan kawan2 aku akan berjaya di dunia dan akhirat. 

Dan ya Allah , kau jagakan keluarga aku yang jauh berada disana kerana merekalah aku akn terus bersemangt.

"Kehidupan bukannya senang dan susah . Saat berjauhan , perasaan rindu pasti akan hadir. Dan dengan rindulah kita akan terus bersemangat mencipta kejayaan "


Salam rindu buat keluarga, kawan-kawan ( Amirah, Adilah, Izzati, Amalina, Aishah,  Syaera Rosli , Azuan Syafiq ), company 5is , Company 6Arab 1, Guru-guru) dan Arwah Sir Is. -)

Assalamualaikum -)

No comments: