Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Thursday, November 8, 2012

Dan kerana amanah dan janji itu...!

Assalamualaikum.Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya selalu .Ameen !

Malam ni , I donnow why. But my mind speaks that i have to update my blog. Talking about this issues. The most important in my life . 

Maybe sebab aku duduk tersangat jauh dari family membuatkan aku fikir semua benda yang pernah berlaku dalam hidup aku sehingga aku kecil sampai la aku ke hari ini . Maybe aku terlalu rindukan umibaba aku or mungkin aku yang tak pernah berpisah dengan umi baba aku atau mungkin kerana satu amanah besar umi baba bagi kat aku sebelum aku ke sini  .Dan kerana satu amanah itu beserta dengan janji aku pada umi baba aku dan segala2nya . Dan sebab tuh la aku kesini pada hari ni . Tiap2 hari aku teringat kata-kata baba umi aku sebelum aku fly kesini.. !  Tiap kali aku berjalan nak pergi kelas, 20 minit.  Tiap tu lah aku rasa baba aku bercakap tepi telinga aku ! Aku pun rasa cam bermim[i jer . 

Ya! Maybe kerana satu janji , amanah yang umi baba aku sandarkan atas bahu aku ..! Amanah itu bukan lah berat sangat . Tahap kerana amanah dan janji itulah yang membuatkan aku nak capai benda tuh . Nak sangat benda tuh! Dan kali ini tanpa aku sedari aku letak target yang sangat tinggi untuk diri aku . Target yang amatlah tinggi . Lebih tinggi dari target aku masa SPM dulu . Aku tak tahu kenapa . Tapi kadang2 aku rasa aku hidup ini disamping sebagai hamba Allah dan nak capai satu benda ni. Waktu ini , ini yang aku nak . Dan sudah tentu kalau aku nak benda ni , aku kena minta dengan Tuhan , minta dengan Tuhan , dan selalu dan selama-lamanya minta dengan tuhan . Dan perkara paling penting ialah usaha , usaha , usaha , usaha . Dan yang paling penting sekali doa kepada Allah dan aku seterusnya aku bertawakkal kepada Allah . 

Kalau kita usaha banyak mana pun  , kalau kita tak serahkan segala2nya pada Allah , aku percaya 100% usaha aku itu tak kemana . Aku tak ada duit .  Oke ,  4 perkataan ni lah sumber inspirasi aku selama nih . Selama nih duit yang banyak bertimbun bukan duit aku!! Tu duit umi baba aku . Duit yang sedkit pun duit umi baba aku . Aku tak pernah ada duit sendiri.! Sejak dulu aku tak pernah kerja kedai runcit , basuh pinggan.! Aku takpernah ada duit melainkan melalui duit kecemerlangan akademik . Kalau ada pun hanya 1% sahaja. One fact about myself : Aku taksuka guna duit umi baba aku !! ...

Harapan aku nak guna duit sendiri lepas SPM tinggal harapan .! Aku takmampu nak cari duit aku sendiri . Tapi aku percaya Allah bagi satu lagi peluang untuk aku . Sekarang. ! Dan sekarang hanya bergantung pada aku untuk nak usaha atau tidak atau nak berdoa padaNya atau tidak. !

Aku tak ada duit.Ayat ni akan selalu aku ulang supaya aku dapat semangat melalui ayat nih. Dan melalui janji aku pada umi baba aku , aku akan ada duit ! Oke , mybe some other people tak faham apa entry blog aku hari nih. Tapi orang yang dekat dengan aku akan faham apa maksud entry ini .! Aku benci umi baba aku supply duit untuk aku. Cukup lah selama 18 tahun nih umi baba aku supply duit untuk aku  .Aku nak bila aku umur 19 n above , semua aku nak guna duit aku . Dan jika aku usaha, usaha , doa, doa, doa , doa dan tawakkal insyallah aku akan dapat duit sendiri . 

"Aku tak ada duit dan aku perlu usaha sendiri untuk dapat duit itu"

Doakan aku exam 10 november till 15 November ini  .Kalau sejuta pun ucapan terima kasih aku nak ucapkan pada umi baba aku , tak cukup kot sehingga lah aku boleh bagi sekotak berbalut emas kejayaaan untuk mereka. Amin . Semoga Allah permudahkan segala urusan hidup aku dari awal perjalanan ini sehingga akhirnya .

 Semoga Allah panjangkan umur umi baba aku sampai la mereka sempat melihat aku berjaya .Dan jika Engkau ambil salah seorang dari mereka, mungkin sebelah sayap semangat aku akan patah! 

Dan sehingga hari ini , jika aku akan nak buat sesuatu benda yang bodoh, aku akan ingat amanah dan janji ini . Dan semoga aku akan ingat segala amanah dan janji ini sehingga akhir nya . 

"Dan kerana wajah-wajah ini"

Assalamualaikum . Alfatihah untuk umi dan baba semoga diberi kesihatan yang baik dan selalu dimurahkan rezeki -)

No comments: