Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sunday, January 26, 2014

Happy winter break :)


Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.  Ameen.

Before that, happy winter break happy berholiday everyone. Almost 3 weeks.

Alhamdulillah bukan sebulan *jarang rasa taknak cuti ni* dan tarikh exam midyear tak ditunda. Bersyukur masih seperti yang dirancang. And I hope I hope dapat balik beraya di Msia. Takboleh nak bayang kalau kena beraya kat sini. Raya haji okay lagi kalo beraya kat sini. Puasa okay lagi kalo kena puasa kat sini. Tapi kalau raya aidilfitri kena raya kat sini, no! Tak ready fizikal mental lagi.

So apa je yang dibuat cuti winter break ni? As a nerd student like me *had to become nerd this year actually* saya ambil keputusan tak nak travel mana2 tahun ni. Tambah2 dengan keadaan Mesir yang seperti bom meletup. Hmmm. Stay kat rumah je la. Spend time dengan buku, laptop, phone. Haaaa and also decorate sikit2 bilik.  Kalau xde wbreak ni, memang xde masa nak decorate2 nih. And of course the theme is blue. Blue of the sky. Addicted to blue of sea and sky. 

And join sikit program persatuan like WOW(wonder of winter) and some usrah with Kak Raihana and Kak Farahain. Makanan rohani utk jiwa dan minda. And some talks tooo :)

Unfortunately after the wbreak, terus exam midyear.  Pastinya carry marks yang lagi byk dari midterm. And also banyak lagi yang kena baca.


And some additional activities are ; projek karipap donut frozen utk melahap bersama dgn housemates. * bkn utk dijual* Hahaha

May this leisure time brings us more happiness. 

Wish u all the wonderful life. Fi Malizi wa fi Misr wa fi kullu makan wa kullu zaman. 


Here are some pictures. Some clicks throughout all this year. With awesome friends :)






Allahumma Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammin BilKhair:)

Assalamualaikum umi baba T_T

Wednesday, January 8, 2014

New. Gadid. Baru. 2014 :)

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindungannya. Amin :)

Rasa macam kekok dah lama taktaip blog. Banyak terlepas moment2 indah dan sebaliknya untuk refreshnya satu saat dalam hidup

Well. Welcome 2014 and farewell 2013. Times fly so fast. Sampaikan tak sedar dah masuk tahun baru. Kalau boleh taknak tinggalkan tahun 2013. Satu tahun yang penuh dengan semuanya.

Dengan kata lain tahun 2011, 2012, 2013 mungkin boleh dikira sebagai puncak hidup. Major kepada pengenalan tentang kehidupan. Realiti kehidupan. Jatuh bangkit jatuh bangkit dan jatuh kembali.Dan yang paling penting belajar sedikit demi sedikit tentang kematangan. Bagaimana menjadi seorang yang matang dalam menghadapi masalah dan bagaimana menjadi seorang yang matang seperti hari ini. Saya bukan lagi budak2 yang zaman childhoodnya suka tangkap muat saja. Mungkin peribadi saya yang terbentuk sekarang adalah kerana semua yang pernah dilalui sehinggalah sekarang. Dan yang penting tidak 'buta' dan tidak 'bodoh' apabila berhadapan dgn pelbagai situasi dan pelbagai kerenah manusia.

Oppss. Tahun 2012 saya terbang jauh ke Mesir sampailah saat ini. Satu perubahan besar dalam hidup. Perubahan gaya hidup, perubahan peribadi dan semuanya berubah insyallah kearah kebaikan.

Azam. Moto. Apa yang nak dicapai?

Semua azam saya selama 3 tahun sebelumnya semua tak tercapai. Adala azam yang minor secara mata kecilnya tercapai, tapi masih belum sampai tahap memuaskan. Maka tahun ini saya ubah sedikit cara merancang keazaman itu. Tidak membuat azam terlalu tinggi dna tidak terlalu rendah.

Pastinya tahun ini saya tidak target apa2 dalam pencapaian akademik saya. Tidak target mumtaz atau jayyid jiddan. Tetapi target sya ialah consistant berusaha, apa natijah yang dapat slepasnya harapnya tidak mengecewakan saya dan target saya ialah biar saya berpuas hati dgn usaha, doa dan pengharapan penuh saya kepada Dia. Bagaimana Dia menentukan hidup saya, saya redha asalkan saya consistant usaha, doa dan tawakkal.

Sungguh penat memasang target yang tinggi. Dan akhirnya jatuh terjelopok menahan sakit.  sukar utk bangkit. Jadi biarlah saya target supaya usaha saya konsisten, doa saya konsisten, tawakkal saya konsisten. Insyallah Allah mudahkan semuanya. Dan terima kasih utk semua jatuh bangun itu ya Allah kerana terbentuknya kekuatan dan kesungguhan pada hari ini dan saat ini.....

Jadi apa azamnya?

Cliche. Haha. Ingin jadi seorang yang lebih baik, lebih bersifat kepimpinan, lebih berani, lebih extreme dan lebih kuat! Ya. Yang kuat tu paling penting.  Insyallah :')

Ini bukan cliche. Nak bahagiakan umibaba lebih lebih lebih lagi. Banyak caranya... *In planning*

Soal hati dan fitrah manusia pulak.
Tak ingin jadi orang yang 'bodoh' sekali lagi. Tak akan ajar diri bertepuk sebelah tangan lagi. Penat. Dan ini mungkin kelihatan sedikit jahat, ingin cari semua kelemahan dia dan jadikan itu sebagai sebab kenapa saya takperlu bazirkan perasaan, ingatan untuk seseorang yang takperlu saya masukkan dalam minda dan hati saya.! Maka azam yang terbesar dan mungkin juga cabaran untuk diri saya sendiri yang saya harus pastikan tercapai utk jangka masa 5 tahun lagi ialah lebih dan lebih menjaga hati. Tidak suka pada siapa2 lagi. Tidak bertepuk sebelah tangan lagi. Tidak ingin mengecewakan dan dikecewakan. Saya percaya jodoh saya adalah refleksi diri saya selama tempoh ini. Jika saya jenis yang menjaga perasaannya, insyallah dia akan sama seperti saya. Jika saya jenis yang 'liar' saya percaya dia akan lebih 'liar' lagi. Maka pilihan ditangan saya. Bagaimana gambaran jodoh dan anak2 saya, adalah siapa saya pada masa sekarang dan siapa saya utk masa seterusnya. Saya pegang itu. Tidak guna saya menabur dosa zina hati, zina mata free free sedangkan umur saya masih muda. Tempoh ini biarlah saya isi dulu diri dengan semua benda baik. Lebih byk ilmu agama, lebih pandai kemahiran diri, dan semuanya.

Dan banyak lagi azam kecil yang tersirat......


Dalam hidup selalu pegang kata-kata ini:

"Ilmu itu cahaya dan tidak akan masuk kedalam hati orang yang suka berbuat maksiat.-Ustazah Hasnah, BADAR 2011

"Jika sekarang memegang lumpur, takkan selamanya memegang lumpur. Gerak kerja kita dengan manusia Allah yang tentukan- Baba 2013

"Semua tugasan itu boleh diurus jika kita punya perancangan yg baik dan motivasi yang tinggi."- Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman( Diari Musafir Jangan Berhenti Berlari

"Consistant hardwork is the key for the group A blood"- Blood Personality In Studying 2014.

Moga kita menjadi penyumbang untuk Islam bukan perosak kepada Islam. Allahumma Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammin Bil Khair :)

Maaf panjang. Assalamualaikum :)

Wednesday, November 27, 2013

Pilihan part2 vs Sekarang ini!

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Ameen.

Hahaha. Rasa macam lama tak update blog. Ya tersangat rindu untuk meninggalkan sesuatu yang bermakna disini. Okay. Tempoh sebulan yang amat perit sebenarnya...

Pilihan part2 ini means I chose Mesir. Mengaku sangat masa first buat pilihan ni, memang dalam keadaan terpaksa. Ambil masa yang panjang juga utk memilih Mesir. Tapi saat ini, memang hati 100% menerima Mesir. Mana mungkin ingin tinggalkan tempat yang penuh biah solehah ini. Semua aspek kerohanian yang dicari semua ada dicelahan debu suci ini.

Biah solehahnya yg sukar dicari dtempat lain.. Dkelilingi Kawan yg sentiasa mengingatkan, senior2 yang ramah, ikhwahnya yang senang utk diminta tolong, tak kedekut dgn kata2 semangat dan yg paling penting disini belajar utk lebih kental dan kuat.

Dulu masa musim semua orang sibuk hendak transfer credit ke Msia, diri ini xketinggalan jugak utk mencuba. Sumpah perasaan nak study Masia sangat kuat masa tu. Malangnya, tak dapat apa2 twaran utk study di Msia melalui KPM. Tetapi mendapat twaran persendirian di SEGi uni tetapi ditolak kerana faktor kewangan dan faktor2 lain....

Truly speaking I know my parents memang xbagi pun pergi Mesir.. Sebab tu kata pergi dalan keadaan sayu. Masih ingat lagi,  kebetulan tahu result kpm adalah pada malam hari raya aidiladha. Smua family berkumpul mengalunkan takbir raya.. Suddenly, as usual my eyes burst into tears.

Mungkin terlalu sedih sebab xdapt tawaran apa2 tetapi lebih kepada sebab sedih 2 hari lagi nk stinggalkan Msia.

Rindu semua benda. Rindu nak masak breakfast utk baba. Rindu nak luah masalah pada baba. Rindu nak solat jemaah dengan baba. Rindu nak tengok tv dgn baba. Dan rindu saat turun naik kl selsaikan urusan dgn baba dan sellu dengar kalam motivasinya. Semua tu yg menyebabkan homesick yg teruk masa awal2 sampai.

Dan rindu kat umi. Nak mask dgn umi. Shopping dgn umi. Gaduh dgn umi. Dngar leteran ummi dan semuanya.

Dan kita kena fikir positif. Mungkin ada hikmah walaupun study disini dgn bawa byk masalah kat minda. Dgn suasananya yang separa aman dgn rusuhannya, gas pemedih matanya. Tapi saya tengok apa yang baiknya tentang Mesir ini. Biah solehahnya dan mcm2 lgi.

Dan kehilangan dua insan yang rapat iaitu seorang sepupu di Tanta dan seorang kawan lelaki yang paling rapat disini. Selamat meneruskan perjuangan di Malaysia.

Opppss....

Umi selalu kata:

" Mungkin KakTeh akan jumpa jodoh di Mesir. Study la di Mesir. Umi relakan:( "

I knew its a sad expression mybe. Rasanya tak akan jumpa jodoh disini kerana saya semakin lama semakin give up dgn orang yang disuka itu. Rasa jauh sgt. Nak compare dgn dia yang punya semuanya. Ak apa pun takde. So I take a decision. Rasa suka dah semakin berkurang. Ingin lebih jaga hati dan jaga iman memandangkan umur masih muda. Biasala rasa suka tu. Ambo bukannya robot. Weee,~~~~

Semoga urusan kita dipermudahkan Allah. May Allah ease me, you, and everyone. Allahumma Rabbi Yassir Walla Tuassir Rabbi Tammin Fil Khair.

Doakan saya, keselamatan Mesir dan sluruh negara Islam. :)

Assalamualaikum :))))




Friday, October 11, 2013

Pilihan (Part 1)

Assalamualaikum. Semoga kita semua berada dibawah lindunganNya. Amin :')

Sejujurnya, saya takpernah post apa-apa pasal crisis Mesir.Bukan malas, tetapi tidak tahu cerita mendalam.Balik Malaysia, dengar cerita lain pasal Mesir. Balik Mesir, semua pemerintahan Dr Mursi semuanya sempurna.Tetapi berbeza di Malaysia , ceritanya berbeza. Jadi sebagai langkah selamat, ingin undur diri dari menyokong mana-mana pihak dan hanya mendoakan yang baik sahaja untuk Mesir dan seangkatan dengannya.

 Ya. Dalam membuat pilihan. Semua serba tak kena. Semua serba tak sempurna. Sejujurnya, satu kelemahan diri yang paling ketara adalah dalam memilih. Dan jarang membuat pilihan yang tepat dalam banyak perkara.

"Bila memilih untuk yang itu, otometik terlintas dalam kepala akan kelebihan yang ini.
Bila memlilih untuk yang ini, otometik terlintas dalam kepala akan kelebihan yang itu."

Kadang-kadang yang menjadi terlebih confuse bila terikat dengan kemahuan diri sendiri , kemahuan ibubapa, kemahuan orang lain. 

Bila rasa pilihan itu terbaik untuk diri sendiri, tak semestinya terbaik untuk orang lain.
Bila rasa pilihan itu bukanlah pilihan yang baik untuk diri sendiri, tetapi orang lain kata ini adalah pilihan yang terbaik.

Namun pilihan ibubapa yang terbaik.

Bila dua-dua pilihan punya kelebihan dan keburukan, seriusly pening. 

Alangkah jika semua ini takpernah terjadi, tentu tidak perlu membuat pilihan.

Tapi ini soal masa depan.

Yang terbaik,minta petunjuk dari Allah. Yang mana yang terbaik di mata Allah, maka itulah yang terbaik.
Bukankah Allah mengetahui segala-galanya semua yang kita tidak tahu?

Malaysia vs Mesir? 



Abjad permulaan yang sama,.
Mungkinkah cerita penghujungnya berbeza,
Atau semuanya memerlukan pengorbanan,
Hanya Allah yang tahu....

Assalamualaikum :')


Monday, September 30, 2013

Masalah seiring dengan kematangan.....

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin :)

I have been bloggiing for 4 years.Dan semakin tersedar bahawa blogging adalah satu cara yang berkesan( mungkin bagi aku) untuk melepaskan stress. Mungkin dengan menulis kita boleh melepaskan semua yang tergalas atas bahu . Selain daripada menangis pada Allah, kongsi dengan ibubapa. Satu cara adalah blogging. I shared everything in my blog. Bermula dari kisah zaman sekolah menengah, liku2 kehidupan universiti sampailah sekarang . Mungkin kisah berumah tangga , alam pekerjaaan akan turut ditulis. Ceh...Mungkin sebagai ingatan pada masa hadapan. Aku tidak mahu kenangan pahit manis dan saat2 yang sukar dilupakan begitu sahaja. Dan termasuklah juga Love Story yang sentiasa berubah-ubah. Sesungguhnya, dia bukanlah seorang yang setia , hatinya sering berubah , dan perasaannya juga turut berubah. Dalam saat ini , inilah saat dia amat tunggu semasa 14 April 2011. Saat inilah yang dia inginkan pada tarikh itu . Alhamdulillah berkat doa dan semuanya dia mendapat saat yang diidamkan iaitu saat dan ketika ini.

Berblogging lah satu cara terbaik untuk express segala perasaan. Terutamanya perasaan kecewa , sedih , duka dan gembira. Tak tahu kenapa. Nak kata ada pembaca setia memang tak ada . Jadi hanya tulis untuk diri sendiri. Bila ada masa lapang, akan baca hampir kesemua post lama. Dan akan senyum sorang-sorang dan otometiknya akan hilang sedikit stress. Bila baca entry pasal kejayaan dan kegemilangan satu saat dalam hidup , hati jadi tenang. 

Diakui, dia adalah seorang yang mudah stress. Dia berharap terlalu banyak. Kalau boleh dia ingin semuanya. Ingin semua apa yang dicitanya. Tapi ingin berada dipuncak itu susah. Mesti ada tersepak batu, terpijak duri semasa mendaki itu, maka dia terpaksa bermula dari bawah. 

Sungguh bermula tahun 2011 adalah tahun yang banyak cabaran. Semuanya berkaitan dengan masa depan,perkara tidak boleh buat main2. Bila difikir balik , mungkin dia sudah menginjak dewasa. Ceh. Takkan nak jadi macam budak kecil selama2nya . Hidup tanpa masalah. Kamonlah, kita kan dah besar.....

Hahahaha......Baru menerima satu kegagalan lagi dari hidup . Ingatlah masa tingkatan 2 mendapat C dalam subjek Geografi menyebabkan ranking dalam tingkatan jatuh merundum ,memang macam musnah je dunia ni . Menangis sepanjang malam. Padahal Peperiksaan Bulanan je pun . Adoiii... Itulah melambangkan dunia kanak-kanak dan tidak matang .

Tapi bila menginjak umur yang lebih matang dan semestinya semakin tua banyak lagi rasanya kegagalan dalam hidup. Malah lebih teruk dari dapat C dalam geografi lagi tuu..Tapi sekarang besar lagi kegagalannya...



Setakat C Geografi tak ada apa sangat la. Tapi kefahaman yang besar . Tidak menangis macam budak-budak kecil . Semakin banyak kegagalan yang datang, semakin matang rasanya. Sekarang bila mendapat berita kegagalan , setakat inform padai ibubapa then buat bodoh . Kumpul semula kekuatan dan cari penyelesaian.


"Benar. Seseorang itu diukur dari pencapaian akademiknya. Jangan disangkal lagi. Inilah kehidupan".


Setakat ini sahaja. Assalamualaikum.

Tuesday, September 10, 2013

Sanah Helwah Baba :)

Assalamualaikum . Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.Amin :)

Today is special day.

Selamat hari lahir buat Baba yang tersayang yang ke53.

Mungkin tiada apa yang dibalas buat masa sekarang. 

Beliaulah segala-galanya. 

Penguat semangat, motivator, boyfriend, and everything.

Terima kasih baba untuk segala bahagia ini.

I love you :')


Assalamualaikum :)

Tuesday, September 3, 2013

Husnuzon Dengan Allah :')

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Berada bersendirian dirumah. Sekali lagi menjadi penganggur dirumah. Masa dirumah kali ini mesti dihayati sebab tak pasti tahun depan balik Malaysia ke tak. Banyak masalah dalam kepala. Masalah yang takpernah selesai. Tambah dengan krisis Mesir . Buntu samada boleh kembali lagi atau tidak. Itu semua dok melayang-layang dalam kepala. UmiBaba sekali lagi pening memikirkan hal anaknya yang satu itu. Insyallah pertolongan dariNya sentiasa ada.

Bila selalu dilanda masalah dan dilema, mulut dan hati selalu sebut perkataan "Kalau" . Cepat2 istighfar dan ingat Tuhan. Kalau taksilap , pernah belajar tentang perkataan "kalau" ini dalam subjek PQS atau PSI. Serius tak ingat. Seingatnya, jangan sering ucapkan perkataan "kalau" kerana itu seolah2 membuka peluang kepada syaitan. Seolah2 kita takboleh nak terima takdir hidup kita.

Selalu meluahkan masalah pada Baba. Dan selalu ingat ayatnya.

"Sekali kita memegang permata,tak selamanya kita memegang permata. Sekali kita memegang lumpur,takselamanya kita pegang lumpur"

Ternyata Baba seorang yang puitis juga. Masih ingat lagi Umi kata Baba pernah karang beberapa puisi, sajak,syair. Tapi sekarang puisinya itu gagal dijumpai. Zaman dahulu la katakan. Bila rasa down, pergi menghadap dia dan selepas itu, rasa down akan slow2 hilang sebab kata-kata positif dan nasihatnya.Dan masih ingat lagi satu ayat ini,

" Gerak kerja kita dengan manusia, kita usaha dengan manusia, tapi Allah yang tentukan segalanya.Kalaupun kita takberjaya sekarang, jangan rasa hidup kita akan susah dan sedih di masa hadapan. Kita takthu Allah aturkan sesuatu untuk kita contohnya Allah bagi kita satu keluarga yang bahagia ke. "


Allah yang mencipta dugaan dan masalah untuk kita dan Dia jugak yang akan bantu kita selesaikannya. 

Pandangan Allah terhadap kita sebagaimana pandangan kita terhadap Allah.

Assalamualaikum.