Blogger Layouts
::A writer is congenitially unable to tell the truth,and that is why we call what i writes friction::

Sunday, July 5, 2015

Ramadhan Di Bumi Barakah, Mesir.

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindungaNya.

Separuh Ramadhan telah pun meninggalkan kita. Rasa cepat sungguh masa berlalu sekarang. Tak sedar Ramadhan semakin hampir untuk tinggalkan kita. Berada dalam fatrah imtihan, fatrah untuk mengejar pahala Ramdhan , bulan habis-habisan untuk tadarrus AlQuran. Semua umat Islam berkejar-kejaran untuk memperbanyakkan amalan di bulan ini. Teringat kata-kata Dr Anwar Fazal,

"Apa yang aku takutkan ialah apabila aku sedar maksiat dosa yang aku lakukan pada bulan Ramadhan bukanlah dari syaitan tetapi dari diriku sendiri".

Benar, itu juga yang aku takuti. Tanpa aku sedar membuat dosa, bukan daripada syaitan tetapi kerana kelemahan diriku sendiri. 

Jangan kita menjadi hamba Ramadhan, bila berlalunya Ramadhan, hilanglah tarbiah dalam diri kita. 
Sepatutnya menjadi sebenar-benar hamba padaNya.

Fatrah exam dalam bulan Ramadhan padaku bukanlah sesuatu yang berat. Malah lebih bersyukur sebab boleh panjatkan doa-doa banyak pada Dia, Semoga dipermudahkan urusan aku dan rakan-rakanku dalam menghadapi exam yang berbaki ini . 

Letih dan panas memang menjadi adat dalam berpuasa. Tambah-tambah bila berpuasa di negara padang pasir ( takdela padang pasir sangat pun ) tetapi dalam musim panas yang kadang-kadang suhunya tidak terjangka dengan bahang panasnya. Kami kat sini puasa 17 jam lebih sikit dari puasa di Malaysia. Orang kata untungla dapat pahala lebih. Harapnya begitu Insyallah.

Rasa malu nak mengadu lapar dahaga panas penat sebab bagi diriku tak ada buat kerja berat pun. Hanya duduk dalam bilik sehari suntuk , baca buku, dibawah tiupan kipas yang tak mampu nak hilangkan bahang panas pun, boleh berehat dan tidur bila penat. 

Lain pulak dengan gelendangan diluar sana, yang menjana pendapatan harian dengan menjual tisu, duduk ditengah panas. Sama juga dengan mak cik jual sayur yang kehidupan sehariannya dihabiskan diluar rumah yang sememangnya panas membahang. 

Allah, nikmat manakah yang kamu dustakan? Terlalu banyak kesenangan yang Allah dah bagi. Tu pun kadang-kadang masih malas rasa penat nak beribadah. Hamba jenis apa aku ni?

Alhamdulillah iftar diMesir biasa biasa saja. Tugas memasak dirumah masih diteruskan. Simple tapi dah banyak bersyukur dah . Kadang-kadang ada juga berbuka puasa bersama classsmates dan ahli usrah .Rasa la terisi juga kekosongan nya. Biasa makan berdua dengan housemate. Masa ni lah rasa rindu dekat family di Malaysia. Tak apa, tahun ni tak ada rezeki nak berbuka bersahur bersama family lagi. Bersyukurlah :)

Terawih dekat sini meriah sebab ramai-ramai berterawih kat masjid. Alhamdulilah masjid selesa, tak panas sangat, tak padat sangat. Sebab biasanya bahagian solat perempuan selalunya padat . Alhamdullillah masjid lain menjadi pilihan kali ini. Masjid yang bukan tumpuan pelajar Malaysia. Hanya dua imarah ( bangunan ) pelajar perempuan saja yang selalu solat dekat masjid ini.

Dekat Mesir, wajib ( hanya peraturan) untuk keluar malam bersama-sama musyrif ( ustaz/kawan lelaki) untuk menjaga kesealamatan. Tapi ada kalanya kami redah saja. Maklumlah jaraknya amatlah dekat, Tapi jika terserempak dengan ustaz, boleh juga kena marah atau paling parah pun adalah ustaz atau ikhwah yang  tegur  dekat facebook tegur pelajar perempuan tanpa musyrif . Yang paling teruk setakat ini pun menggelarkan akhwat sebagai khodrowaat. Sehingga kini, aku sebagai wanita tak boleh terima dan tak dapat maafkan lagi ustaz yang menggelarkan kami sebagai khodrowat ( sayur) sinonim baginya iaalh melabelkan  wanita insan lembik lemah layu macam sayur !

Sebagai perempuan tentunya , susah nak puasa penuh kerana fitrah semulajadi yang diciptakan Tuhan kepada kami. Maka agak sedih dan depressed bila datang uzurnya, habis terbelangkalai untuk tadarus Alquran dan ibadah-ibadah lain. Tapi boleh saja menjana pahala melalui menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa, membaca AlMathurat, menghadiri majlis ilmu, bersedekah dan lain-lain ibadah. Tapi perasaan untuk berpuasa, bertadarus takdapat dirasai. Tak dapat rasa "roh" Ramadhan tu haa..



 "Iftar bersama ahli usrah"




Setakat ini saja coretan pengalaman berpuasa di Mesir, Akan bersambung di post untuk balik Malaysia nanti. Assalamualaikum :)

Wednesday, July 1, 2015

Fatamorgana II

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindungaNya. Amin.


Ada satu kisah percintaan yang telah sampai di telingaku.

Boleh dibuat novel dan dipublish jika kena gaya dan olahannya.

Pertama kali aku dengar cerita ini , bermacammacam perasaan dan andaian telah bermain difikiranku.
Kisah seorang perempuan yang begitu menyukai seorang lelaki dalam diam. 
Dan tak silap ku ada satu masa ingin diluahkan. 
Tapi mungkin perempuan itu merasakan belum masa yang sesuai. 
Maka perasaan itu diteruskan sehingga waktu membawa waktu.
Musim bertukar musim.
Dan berterusan untuk jangka masa yang lama. 
Tetapi, ada orang aneh dengan perempuan ini .
Ya pertama kali aku mendengar kisahnya ada juga terbit persoalan dalam diri ini.
Macam mana perempuan itu boleh menyukai seorang lelaki walaupun tak pernah bertemu muka?
Tak pernah bercakap , tak pernah kenal budi bahasanya. Orangnya macam mana?
Rupanya ini kisah cinta teragung bagi hidup perempuan ini.
Kerana perempuan itu fikir dia tak akan pernah rasa semua ini.
Tapi dia lupa bahawa dia juga seorang perempuan yang dikurniakan dengan perasaan.
Perasaan untuk mencintai, sukakan seseorang, dan fitrah sukakan kebaikan.
Aku dengar perempuan menyukai jejaka hanya melalui tulisan.
Pertama kali aku dengar,macam mana hanya boleh suka melalui tulisan?
Apa sangat yang ada pada tulisan lelaki itu? Dibaca jampikah semasa si dia melakar bait kata?
Kalau ya dijampi bait-bait tulisan itu,sah perempuan itu sudah terkena jampi lelaki itu.
Tapi perempuan itu lama-lama sedar bukan jampi tetapi satu perasaan dari Allah atau nafsu semata.
Boleh jadi dari Allah kerana sememangnya ini adalah fitrah bagi makhluk bernama manusia.
Nafsu tidak berapa pasti kerana tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, tanpa tahu macam mana orang.
Hanya kerana tulisan . 
Dan diakui kerana perempuan itu terkesima begitu banyak persamaan dia dan dia.
Theori dan asas diawangan telah dicipta oleh perempuan itu. 
Habis semua benda dikaitkannya. 
Oh, bila rasa itu munculkan.
Tapi memang banyak persamaan dia dengan dia bila perempuan membaca tulisannya.


Waktu berganti waktu. 
Dia dan dia masing-masing bertambah umur.
Dan perempuan itu masih dengan rasanya. 
Ditutup hati dan matanya untuk lelaki yang lain. 
Buat ketika itu. 
Ramai yang datang menghulurkan cinta kononnya. 
Tapi perempuan itu senang sahaja menolak. 
Ada penolakan dengan sindiran, ada dengan perasaan marah,
Sebab perasaan perempuan itu masih lagi kuat pada lelaki.
Dan sekali lagi bila aku mendengar cerita ini,aku tertanya-tanya.
Kenapa tidak diluah sahaja ? Takut perigi mencari timba?
Ya. Ya. Ya. Dan perasaan malu itu tetap ada.
Beberapa tahun berlalu. 
Membawa perasaan yang sama.

Dan perempuan itu masih tetap teguh begitu.
Sehinggakan..........

--------------------------------------------------------------------------

Si ibu: Anak, jangan senang-senang tolak orang. Masa ni memang kita tak nak kahwin lagi.tapi berkawanlah dulu. Untuk dia tahu, dia masih ada harapan jikalau dia sanggup tunggu. Dan jaga adab-adab pergaulan lelaki perempuan.

Perempuan: Macam mana nak bagi harapan jika tak pernah terlintas perasaan suka tu?

Si ibu: Anak, untuk memilih jejaka, pilihlah yang lebih sayangkan kamu dan bersungguh-sungguh mahukan kamu. Jangan pilih yang kamu sorang saja ada rasa pada .Jangan pilih yang kamu terhegeh-hegehkan dia, tapi dia tak nampak dan pandang langsung pun kamu.Fikir sebab apa kena tolak orang yang hadir. 



Si kawan: Jangan pilih orang berdasarkan dia pernah couple atau tak. Mana tahu orang belum pernah couple lebih teruk dari orang yang pernah couple? Siapa tahu dia sekarang berubah menjadi lebih baik?
Jangan menilai orang berdasarkan masa lepas dia.

Perempuan: Macam mana kalau dia tipu saya? Saya takut dia bagi harapan kosong.

Si kawan : Senang saja. Selagi kamu jujur dengan dia, maka dia akan jujur dengan kamu. Yang penting doa banyak moga Allah pegangkan hati kamu dan dia.

Perempuan : Saya takut jika saya terima orang, akan jadi kearah couple, saya taknak jadi macam tu. Saya berusaha menjadi baik, dan saya juga mahu dia orang yang baik.



Si kawan: Maka dari awal lagi kamu terus bagitahu jika perilakunya ada yang kamu tak sukai.Jika tengah2 perkenalan ini, ada sifat padanya yang kamu tidak berkenan, maka bagitahu dengan cara baik. Jaga adab masa berkawan. Jangan keluar berdua-dua. Mahu bertanya khabar sekali sekala takapa. Jangan masuk kepada perkara yang boleh melaghakan dan dapat menaikkan syahwat. Jaga semua benda dari awal insyallah kejinjang pelamin kamu..



Perempuan (monolog): Mungkin ini yang terbaik. Tidak guna memandang lelaki itu begitu lama tetapi pandangannya tidak pernah ada padaku dan si dia memang bertekad dan bersungguhsungguh untuk menunggu perempuan itu. Apa guna mengharap pada benda yang tak pasti sedangkan masih ada lagi insan lain yang lebih menghargai? Tidak ada guna, buang saja perasaan yang dah bertahun-tahun bersarang dalam hati tu. Doa pada Allah banyak insyallah akan hilang pengharapan diawan itu. Insyallah......



--------------------------------------------------------------------------------

Aku rasa betul apa yang perempuan itu fikirkan, Moga ada jodoh baik-baik untu dia dan semoga dia terus menjaga hati dan menjaga semuanya sehingga masa yang sesuai tiba untuk semuanya berlaku.

Semoga engkau tabah wahai perempuan. 





:)

Tahun 3 Perubatan Part 6 (Microbiolgy Final Exam)

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindungaNya. Amin :)

Alhamdulillah settle 3 paper. Tinggal satu lagi paper, Parasitology pada 13hb dan 14hb ini.

Sekarang nak throwback paper Microbilogy. Sebelum tu nak cakap, seriuosly paper Microbiolgy adalah paper silent killer. Tak jadi bualan orang ramai tapi penangan dia lebih hebat dari Pharmacology dan Patholgy lagi. Apapun tahun3 ni memang tahun yang tak reti nak described by words la. Dulu selalu tertanya ambil medik payah tang mana? Haa, ambik kau masuk tahun3 baru rasa macam mana perasaan tu. Biasanya sebelum exam, dah siap khatam 3 4 kali. Berbeza tahun ni, malam exam pun masih ada certain certain topik yang belum dibaca. Sejak aku belajar dari zaman sekolah menengah tak pernah jadi macam ni  . Mengucap panjang. Memang malam exam adalah malam yang paling stress tahun ni. Nak nangis pun ada . Ada kawan call tiba-tiba malam exam dan siap nangis lagi. Adoi. Ada je certain2 time aku menangis masa menghafal. Hafal dalam keadaan teresak-esak. Masuk tak tau nak hafal macam tu. Sebab banyak sangat nak hafal :'(

::CARRYMARKS::

Alhamdulillah carry marks okay la. 26/30. Patut dapat lebih lagi tapi ha kali ini boleh kata cuai masa jawab midyear harini. Sebab tengok soalan senang sangat mulah nak jawab cepat sampaikan ada soalan yang patut kena betul tapi salah pulak. Tapi alhamdulillah la 26/30 tu :)

::PRACTICAL::

Lupa fullmarks untuk practical berapa tapi rasanya 40 kot. Dan aku target dapat 39/40. Sebab ada dua yang salah iaitu soalan fill in the blanks which setiap soalan 1/2 marks dan aku salah setelah dicheck. Alhamdullillah untuk bahagian slide semua betul setelah dicheck dengan kawan-kawan dan tanya Dr yang bertugas selepas habis practical. Identify the specimen pun alhamdulillah semua betul.

::WRITTEN::

Tahun ini Dr ubah format soalan tapi tak jauh sangat bezanya cuma tahun ni tiada pilihan soalan means kita kena jawab semua soalan. Masa first tengok soalan terkejut juga kena jawab semua, banyak gila kot. Dan macam biasa ada yang dapat ada yang tak jawab dan ada yang digoreng juga. Alhamdullillah untuk setiap soalan semua ada point tapi tak cukup huraian dan ada yang memang tak ingat walaupun berbuih mulut hafai . T_T

::MCQ::

MCQ tahun ni separuh ambil dari buku gamaah tapi ada soalan yang Dr ambil dari internet. Yang tahu Dr ambil dari internet tu sebab kawan dia check jawapan yang tiada dalam buku teks dan terjumpa soalan tu dalam internet. Banyak soalan MCQ kena fikir dan fikir. Bukan soalan direct dan ada 2 3 soalan yang jawapannya bukan dalam buku teks :)

::CASES::

Sangat sedih sebab rasa semua tembak masa jawab soalan cases. Padan muka sebab tak habiskan soalan cases dalam buku MCQ.

::MATCHING::

Boleh pulak soalan matching Dr bagi dua jenis soalan tapi dua-dua punya jawapan dekat sama. Maka ada lah juga soaln yang salah sebab confuse :'(


::ORAL::

Kejadian yang sama berlaku untuk group oral ku bila kertas nama tercicir. Maka menunggulah kami sampai ke sudah nama tak panggilpanggil biarpun nama yang selepas kami semua dah kena panggil. Sebab dah boleh agak mesti nama tercicir ni, salah seorang dari kami terus bagitahu Dr yang bertugas dan Dr tu arrangedkan kami dengan Dr yang baru. Alhamdulillah Tuhan tolong dan kami dapat Dr yang baik dia tanya soalan written je tu pun dia tak tanya lebih. Lebih kurang seminit sorang masuk.
Insyallah full marks for Oral:)

Overall, takut juga untuk paper Microbiology. Fikir dan doa yang baik-baik sahaja . Insyallah Dia akan aturkan yang terbaik :)





Assalamualaikum.:)

Sunday, June 28, 2015

Tahun 3 Perubatan Part 5 (Pharmacolgy Final Exam) + Salam Ramadhan

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin :)

Alhamdulilllah post ini ditulis setelah habis written Microbiolgy . Tapi ini post pasal overall untuk Pharmacology . Seriously terlupa nak update dan lebih ke arah nak melupakan nightmarenya Pharmacology .

Alhamdulillah setelah penat lelah struggle Pharmacology untuk Tahun3, akhirnya habis jumpa akhirnya. Harapnya kita tak pernah jumpa lagi ya melainkan dialam kerja kelak . Amin.

Overall untuk Pharmacology harapan nya adalah untuk lulus sahaja. Harap harap sangat semua batchmatesku lulus semua subjek dan daapt naik tahun4 bersama sama . Dapat sekelas lagi. Amin.

::CARRY MARKS::

Agak rendah . 23/50. Sebab carry marks rendah yang membuatkan aku sedikit bimbang . Kesalahan disandarkan pada diriku sendiri kerana study last minutes untuk midyear exam haritu.

::WRITTEN::

Written paper1 overall okay. Ada point penting tapi banyak juga yang digorengnya. Harap-harap tak sampai hangusla gorengannya dan Dr rajin mencari point yang tersembunyi.

Written paper2 aku serahkan pada Tuhan saja. Memang tawakkal habis. Banyak yang blur dan memang tak ingat, Maka digorengkan juga sampai hangus berkerak. Memang check jawapan banyak yang salah. Tapi ada juga soalan yang lancar saja jawapannya. Harap-harap soalan yang dapat jawap tu dapat back up markah-markah yang lompong berlubang tu.

::MCQ::

MCQ paper1 ku gelarkan jawab syok sendiri. Masa jawab rasa senang .Eh tapi bila check jawapan rupanya salah. Banyak hilang markah juga di MCQ paper1. Opssss MCQ paper1 beranikan diri check jawapan.

MCQ paper2 dah serik dan tak check jawapan pun . Tapi MCQ paper2 lebih senang dari MCQ paper1. Dan pastinya tak blank dan tak blurr macam jawab MCQ midyear haritu. Bila tengok nama drug ha dah tahu dah ni drugs dalam kelompok apa. Rupanya seronok juga Pharmacology kalau kena cara belajar yang betul.

::CASES::

Alhamdulillah soalan cases mudah tapi mencabar. Dia tanya lebih dalam lagi pasal satu-satu cases tu. Dan alhamdulillah lagi drug pertama yang dipilih untuk setiap cases semuanya betul cuma  ada la salah juga bila dia tanya soalan yang keluar dari cases. Yang paling geram,

"What is drug that is safe for pregnancy?"
"Woi methyl dopa la wei , Kau pilih methyprednisolone tu kenapa?Kan dah terang-terang kau dok hapai methydopa used for hypertension in pre eclampsia"

Ni antara monolog dengan diri sendiri bila geram dengan diri sendiri suka buat kesalahan yang tak sepatutnya dibuat.

Overall, alhamdulillah untuk soalan cases. Dapat faham cases dengan baik dan lancar juga jawab untuk soalan cases :)

::ORAL::

Untuk kali oral ada dua section. Semuanya kena pair. Dan pair ku untuk oral Pharmacology adalah Kak Eliz. Alhamdulillah selesa pair dengan dia. Tak rasa kita lebih dan tak rasa diri kita kurang.

Section pertama alhamdulillah kami dapat jawab lancar gila. Siap Dr banyak puji kami

"Im proud with both of u. Ill pray that you will pass Pharmacology"

Biarpun sebelum kena dengan Dr ni, budak lelaki classmates kami dah bagi sign, mampuslah kau dengan Dr ni .Banyak gila tanya soalan susah pulak tu.

Alhamdullillah Tuhan tolong kami. Dia tanya banyak soalan juga tapi semua dapat jawab dengan lancar dan kurang gagapnya. Awal-awal je blur tapi lama-lama alhamdulillah she said, Ill give full marks to both of you . Alhamdullillah...

Lain pulak dengan Section ke 2, budak lelaki yang ckaap matilah aku tadi, lepas dia keluar dari bilik kedua tadi dia kata, "Alhamdullillah senang je wei, dia tanya satu soalan pastu terus bagi fullmarks"

Tapi bila kami masuk, memang dia tanya satu soalan je tapi subhanallah dia suruh compare dua drug. Dan drug tu dikira drug yang tersembunyi dan kurang diberi perhatian oleh students. Maka tergagaplah kami berdua jawab. Sangat berharap walaupun Dr tunjuk muka kecewa harap harap markah pun okay la kan.

::PERTOLONGAN DIA::

Hasbunallah Hi Wanikmal Wakil ... Sesungguhnya dia adalah sebaik-baik pertolongan. Sungguh ku serah pada Dia satu peratus untuk tentukan natijahnya atas segala usaha kami. Nothing impossible in this world bila pertolongan Dia datang. Sempena bulan Ramadhan doa banyak banyak semoga semua saya dan batchmates lulus semua paper dan dapat naik tahun4 sama sama Amin......

Untuk siapa-siapa baca post ini , tolong Aminkan doa saya ya :)

Post tentang Microbiolgy akan diupdate bila selesai Oral pada lusa. Alhamdulillah 18 hari nak balik Malaysia. Seriously penat exam terlalu lama sejak dari bulan April lagi sampailah sekarang. Lingkaran gelap bawah mata dah banyak. Jerawat tak payah cakapla. Dengan ulcer kat mulut yang sangat pedih kadang-kadang menangis sambil hafal sebab suka hafal kuat kuat tapi bila ulcer kat mulut jadi sakit sangat bila keluar suara tapi terpaksa tahan sakit untuk hafal sambil menangis.

Dengan bilik yang panas membahang. Bilik housemates tak ada la sampai panas macam ni mungkin sebab bilik ku tak masuk udara luar dan tak ada beranda untuk tengok pemandangan luar pun . Dan akhirnya baba temui solusi nya, dengan sembur air dalam bilik setiap kali rasa bahang panas sangat. Dan Alhamdulillah kurang rasa bahangnya.



Dan semua aduan di atas tak lain tak bukan adalah CABARAN daripada Dia dan semua kena sabar dan teruskan. Tak boleh skip pun satu "acara" dalam jalan hidup kita tapi kita kena melangkah walaupun rasa sukar payah sekalipun.

::SALAM RAMADHAN::

Dan Ramadhan boleh dikatakan puasa penuh dekat Egpyt. Cuma hari terakhir puasa saja dapat rasa sahur dan berbuka sekali saja dengan family.

Menu pastinya simple saja. Menu students kan . Mana ada sotong celup tepung nasi krabu , gulai tempoyak kat sini.

Terawih meriah sangat. Suka solat terawih kat sini bila kami pelajar perempuan ramai ramai ke masjid siap pakai telekung putih jalan ramai ramai sampaikan orang Arab semua tengok pelik Hahaha.. Pasti akan rindu Ramadhan di sini bila dah grad kelak.

Walaupun Ramadhan kat sini dengan cuaca yang panas, musim exam, ulcer musim Ramadhan dan musim exam, boleh bayangkan betapa sakitnya rasa sampai ambil tindakan berani mati ambil garam secubit letak atas surface of ulcer tu . Ya Allah sakit dia sampai ke otak. Macam rasa sakit nak beranak. Mengarut. Sakit nak beranak lagi sakit tau. Menangis sekali lagi bila letak garam atas ulcer yang sakit tu tapi terpaksa sebab nak guna banyak suara nak hafal lagi, nak baca Quran lagi.
Jadi ini apa? Ini pun cabaran juga :)





Okay setakat ini dulu. Assalamualaikum :)

Tuesday, June 2, 2015

Tahun 3 Perubatan Part 4 ( Pathology Final Exam )

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Alhamdulillah dah berakhir paper Pathology. Sekarang ni berada dalam gap Pharmacology. 5 days more to Pharmacology. Pelik , sepatutnya tak boleh update blog masa ni tapi tak tahu kenapa tangan gatal nak update blog yang dah lama tak terupdate ni . One of the exam syndrome maybe? Gap Pharmacology ada 2 minggu. Penat hafal, penat tengok buku, eyebags berketul2. wajah nampak 10 tahun lebih tua (melampau) haha.

Ok post ni nak #throwback untuk paper Pathology. Hajatnya untuk setiap paper nak #throwback nak blog je. Kalau #throwback dekat instagram nanti berlagak nak jadi macam FJ pulak caption panjang haha ! Nak update dekat facebook tapi bukan seorang yang facebook addict.


Gap untuk Pathology haritu lebih kurang 13 hari. Gap yang panjang bagi aku. Dan banyak yang nak dibacanya. Dua buku yang dua-dua tebal dan banyak yang nak dihafal. Masa gap Pathology setakat ni paling stress la. Ok kita tunggu 3 subjeks lagi baru kita buat comparison ya . Masa gap 13 hari ni memang ulcers ni stay dalam mulut aku 13 hari la juga. Mentang-mentang la kita belajar pasal type of ulcer cthnya dyseptic ulcer occur in young woman, related to stress. Haha. Tak keluarpun soalan pasal ulcerulcer ni.


Pathology punya buku. Aku cantum jadi satu buku. Nampak macam sikit:)
::Practical::

Practical Pathology la aku bagi full preparation untuk dia. Sebulan sebelum tarikh practical ni dah prepare dah. Tiap2 pagi pergi department gilir-gilir tengok jar dengan slide dari pukul 8 pagi till 9 pagi. Jumlah jars adalah 103 kalau tak silap dan yang keluar exam adalah 5 saja. Bilangan slide adalah 96 dan yang keluar exam adalah 5 saja.

Apa yang susah pasal slide untuk aku maybe susah kita nak kenal and identify ni slide apa. Tapi bila lama lama tengok tahu landmarks for  each jadi mudah je sebenarnya. Masa awal-awal tahun memang rasa susah tapi bila dekat dekat nak exam rasa senang. Lepas rasa senang nak identify, rasa banyak pulak nak hafal descriptions untuk setiap slide tu.

Untuk jars mudah dan complicated sebab nak hafal descriptions dia . Terlalu banyak tapi sebenarnya untuk each disease pada organs tu sama je descriptions dia. Cuma kena tengok apa point penting pada jars tu.

Overall untuk exam practical Pathology adalah ALHAMDULILLAH OK TAPI BUKAN THE BEST. Overall markah 60 markah , Aku target lebih 50 kot sebab check dengan budak cemerlang tu sama jawapan dengan dia. Alhamdulillah diagnosis untuk 5 jars dan slides semua betul cuma descriptions tu berterabur dan lupa nak tulis organ apa lepas dignosis tu cthnya aku tulis Basal cell carcinoma tapi tak tulis SKin. Adui harap-harap doctor consider la untuk bagi markah full.

::Written::

Paling strress la. Ada 2 paper. Setiap paper dibahagi tajuk masing -masing.
MCQ alhamdullilah Doctor baik hati tahun ni semua daripada mcq department je . Tapi setiap tajuk ada dekat 250 sooalan yang keluarnya 60 soalan je. Mana nak ingatkan. Maka mati kutu la aku dalam exam masa nak jawab exam..

Utk each paper markah mcq adalah 30 markah. Each paper aku target dapat 20 lebih bukan fullmarks sebab bila check balik memang ada yang confirm salah.

Untuk written, nak menangis aku jawab, Eh masa jawab rasa confident dah jawapan betul. Tapi bila balik rumah check , eh rupanya salah jawapan aku, Banyak each questions jawapan tak complete, point ada tapi huraian macam budak sekolah rendah punya huraian. Tahu apa dalam otak tapi nak terjemah dalam bahasa medik pening haaaaaa.....:( Lepas aku jawab written paper2 terus tak yakin untuk paper Pathology ni . Ya Allah harap3 lulus lah Pathology ni.

::Oral::

Nightmare untuk oral. Ada sedikit silap faham masa hari oral. Kertas nama kitoarang yang nama awal-awal ni termiss dan unfortunately nama kitaorang dipanggil last sekali. Pukul 12 tengahari baru masuk bilik Doctor and guess what? Semua budak Melayu masa tu semua dah balik tinggal kami berlima je tinggal few budak arab je. Siap kena marah dengan Doctor lagi dia kata kitaorang datang lewat dan masa untuk oral dah habis. Memang tegang gila muka Doctor perempuan tu. Harap tak dapat oral dengan dia dan alhamdulillah tak dapat. Kalau dapat dengan dia, hancur oral aku . Mood dia dah rosak tambah dengan mood aku yang dah padam dengan nervous dari pukul 8 pagi lagi.

Oral aku pun tak berapa ok jugak . Dua dua doctor dah ok tapi taktau kenapa memory aku macam hilang macam tu je. Tersekat-sekat masa nak jawab soalan Doctor. Aku suspect sebab lambat sangat masuk ni. Harap markah okay sebab oral la dapat tolong untuk aku najah paper Pathology. Nak depend pada carry marks cukup-cukup nak hidup je..

Semoga aku lulus tahun3 dengan cemerlang dan dapat banggakn umi baba lagi .

Goodluck untuk semua utk next 3 papers, Pharmacology, Microbiology, Parasitology.

Road to become a doctor. Tak sangka aku sampai tahap ni , Nak menangis rasa bila ingat balik zaman-zaman air mata, depressed dulu. Sekarang pun zone merana lagi tapi pandai kawal emosi sikit sekarang. Lebih positif sikit. Alhamdulillah untuk semua nikmatmu Ya Allah :")



Assalamualaikum :)

Friday, April 17, 2015

Tahun 3 Perubatan Part 3

Assalamualaikum semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya . Ameen:)

Sekarang ni dah masuk fatrah imtihan. Final tahun 3 lagi dalam 10 hari.

Start 27 April sehingga 14 July. Dekat 3 bulan setengah. Dalam masa 3 bulan setengah boleh jadi zombie haha.

Dah lama fikir bila la nak update dekat blog pasal semua Tahun 3 ni . Akhirnya rajin juga nak menaip petang petang macam ni.

Tahun ni tahun yang agak disaster bagi aku. Sebelum aku melangkah ke tahun 3 , beberapa momokan cakap cakapan dari senior yang pelbagai aku dengar pasal tahun 3 ni,

"Tahun 3 adalah tahun yang paling susah sekali antara 6 tahun dalam dunia medik"
"Nah masuk tahun 3 tahula macam mana . Dengan pharmaco lagi"
"Sekurangnya tahun 3 2 kali ganda lebih banyak untuk dihafal berbanding tahun2"
'Tahun 3 bukan susah, Senang nak faham tapi banyak benda nak hafal dan ingat "

Dan Dr pernah kata,

"3rd year is an exaggrated form during your medical studies."
"Pharmacology is an easy subject but need repetition"
"When i was studying pharmacology, i feel like some butterflies around my head, Its like when i memorized the drug, then ill forget after that. So pharmacology is difficult"

Dan akhirnya aku mengaku semua itu betul:)

Nak throwback markah midyear exam aku haritu. Seriously midyear yang paling teruk . Dulu rasa tahun 1 macam dah teruk tapi tahun 3 teruk lagi. Kesalahan itu disandarkan pada diri aku sendiri mungkin aku study last minutes , Biasanya sebelum exam aku dah khatam dah buku at least 5 kali. Tapi masa midyear haritu 3 kali pun tak sempat. Baca pun macam lipas kudung .

Pharmacology: 20/50
Pathology: 34/45
Parasitology: 15.5/20
Microbilogy: 26/30

Okay berdasarkan analisa aku sendiri , Pharmacology yang paling teruk lah. 20/30. Tak sampai separuh tapi tak menangis pun . Senyum lagi. Ratarata batchmates dapat markah range  20-30 markah paling ramai. 30 markah dan keatas tak ramai sangat. Tapi ramai la yang atleast lebih dari separuh tapi aku ni separuh pun tak sampai.

Maka bermulalah episod nak mencabar diri sendiri. Kebetulan tahun ni bagi semua subjek Dr akan buat second midyear untuk students yang tak dapat markah lebih dari separuh. Dan atas pilihan kita nak ambil atau tak. Tapi untuk Pharmacology hanya setakat 30 markah je paling maksimum Dr dapat bagi. Dan topik yang akan keluar mestilah lebih banyak dari first exam haritu.

Kitaorang ada masa 2 minggu untuk study balik, Aku ni pening kepala dok fikir nak ambil balik ke tak, Nak ambil balik takot tak sempat nak study and takot dapat markah lebih rendah dari yang dulu. Lastly aku ambil keputusan ambil. Dan hikmah besar aku ambil exam ni sebab walaupun peningkatan markah tu tak de la banyak tapi akhirnya baru aku sedar yang aku,

TAK FAHAM PUN SEBENARNYA APA YANG AKU BELAJAR SEBELUM NI.
Masa aku study untuk kali kedua barulah aku faham laaaa macam ni ke pharma. Cthnya dalam bab general pharmacology , ada belajr pasal receptor alpha 1 , alpha2 , b1 agonist , antagonist and so on. Aku baru tahu benda tu ya ampun sangat penting untuk faham pharmacology. Baru aku ingat masa Dr ajar bab general tu, fikiran aku tak tenang sebab masih dalam zon masalah permulaan awal kuliah haritu hehe..

Dan Alhamdulillah kalau aku tak ambil exam haritu, sampai ke final aku tak tahu rasanya. Dan markah yang dapat cumalah:

Pharmacology: 23/50

Alah, biarpun usaha nak mencabar diri tak sepenuhnya berjaya tapi kena bangga dengan diri sendiri sebab dah berjaya ambil exam, berjaya study semua topik dalam masa 2 minggu dan berjaya dapat 3 markah. Yeay ! 3 markah bermakna tau. :) *pujuk diri sendiri*

Okay tak sempat nak tulis panjang .

Untuk semua doakan kami pelajar perubatan tahun 3 universiti Zagazig najah untuk final exam yang akan datang ni . Doakan kami lulus dengan cemerlang dan dapat balik Malaysia dengan tenang. Maafkan semua kesalahan yang sengaja atau tak sengaja.

Untuk awak yang jauh di UIA tu, maaf atas semua silap. Awaklah sahabat  yang paling banyak paling banyak saya buat silap. Maaf sakitkan hati , banyak menipu perasaan. Goodluck in your life.

Assalamualaikum.:)


Saturday, March 28, 2015

Realiti Blogger

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Sseorang pernah bertanya pada aku, kenapa awak ada blog?
Lalu aku jawab,
'Mula-mula blog ini ditubuhkan pada tahun 2010 atas dasar saja-saja, tapi lama kelamaan saya menyimpan satu cita-cita dan harapan besar atas blog ini"

Dia tanya lagi,
"Sekadar nak luah perasaan?'

"Jika awak baca blog saya , kalau awak nampak sekadar luahan perasaan saya, baik awak jangan baca blog saya.Cukup sekali awak baca, lepas ni jangan buka lagi ya?"

Dan ada orang pernah kata pada aku,

"Suka saya baca blog awak. Banyak dapat inspirasi"

Nah, kalau anda tergolong dalam orang macam ni, teruskan baca, Kalau tergolong dalam orang yang pertama awal tadi, cukup sekali awak baca, lepas ni jangan buka dan baca lagi blog ini ya?

Saya tidak perlukan orang yang boleh downkan hobi saya sejak 5 tahun dulu. Terima kasih ya.

Assalamuaikum :)