Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Thursday, December 6, 2012

Phenomena di Zagazig.. !

Assalamualaikum...Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmatNya.. Semoga hati kita sentiasa bersih dan tittik hitam tu takpernah hinggap dalam hati kita..Begitu susah nak berubah jadi jahat. Cuma dalam masa sekelip mata. Tapi andai kita tahu , begitu susahnya ingin berubah ke arah kebaikan kerana syaitan berada dengan kita pada setiap masa dan ketika. Takpernah nak berenggang dengan kita eventhough dalam kita solat sebab tuh kita selalu tak khusyuk dalam solat  . Sedikit tazkirah sebagai pembukaan pada malam ini . 

Suasana di zagazig sekarang kalau nak dikira peratus bahayanya ialah 98% bahaya. Rusuhan berlaku dimana2  dan yang terbaru di gamaah ..Gas penyembur mata merata-rata tempat dan kebnyakan pelajar Malaysia terkena gas penyembur mata. Bberapa samseng upahan bersenjata berada di merata-rata tempat. Insyallah keadaan didalam rumah masih selamat . Keluar rumah hanya bila perlu dan sebaik2nya dtemani oleh musyrif..

Kepada umi dan baba tersayang nun jauh disana . Allah ada untuk melindungiku disini . Insyallah tak ada apa2 yang bahaya yang berlaku . Dan sekiranya berlaku apa2 diluar jangkauan, dan jika disini tempat ku menghembuskan nafas buat kali terakhir , semoga Allah menerimku sebagai seorang syahid dalam menuntut ilmu . Insyallah . Syahid di jalanMu adalah impian utama ku .! Takbir  . Allahuakhbar . !

No comments: