Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Wednesday, December 12, 2012

Rindu =(



Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya.Ameen.

Post malam ni ditujukan khas untuk dua hero di hati aku . Selamanya-lamanya akan menjadi hero di hati dan satu2nya raja di hati aku , My Baba dan insyaallah bakal putera di hatiku , suamiku . (Allah , first time tulis perkataan nih ). Walau dimanapun jodoh aku berada . Lindungi dia, kuatkan iman dia kerana aku pun nak orang yang terbaik sebagai pemimpin aku kelak. Aku belum tengok rupa dia , semoga dia juga sedang memperbaiki dirinya , dan begitu juga aku. Ya Allah , jauhkan aku daripada maksiat yang menggelapkan hati aku dan dia untuk menerima ilmuMu Ya Allah .Amin...



Mohammad Auzaie Siddiqie                                                    
 Eventhough budak nih nakal. Selalu kena jerkah , marah sampai dia menangis, bila berjauhan dengan budak nakal ni , boleh buat air mata bertakung. Hebatnya kasih sayang Allah tiupkan pada seorang kakak yang garang kepada seorang adik yang nakal ♥



Mohammad Azraie Khatamie
Eventhough budak ni pernah karate aku sampai aku pening satu malam.Sepanjang umurnya , asyik dibebel oleh aku. Topik utama aku bebelkan kat budak ni ialah suruh dia belajar bersungguh2. Sampai ada ketika dia terasa  hati dengan aku kerana dia sangka aku mengatakan dia tak bijak sebab duduk kelas ke 2 dan markah bahasa Inggeris selalu dapat B . Dan bila aku sampai Mesir , akhirnya dia berjaya dapat no1 dalam exam akhir tahun dan akhirnya dilantik menjadi pengawas dan aku tahu dia iri hati dengan abangnya. Haha . Makan jugak motivasi harian yang aku curahkan kepadanya sampaikan masa aku nak berlepas pun aku masih sempat pesan kat budak nih supaya belajar bersungguh


Ya Allah , sampaikan salam rinduku untuk dua insan kecil ini . Pimpin mereka kearah sifat mahmudah dan semoga mereka manfaatkan masa muda ini dengan amal kebaikan . Ya Allah . Kakteh rindu Adik dan Abe =)

No comments: