Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Friday, January 25, 2013

Rentetan kisah Midyearku..(Part2)

Assalamualaikum.Semoga kita semua berada dibawah lindunganNya. Amin. Dan semoga iman kita semakin bertambah , dan tidak berkurang dari hari ke hari dan mampu menjadi hamba yang baik disisiNya.Allah . Allah . Allah .! Pandanglah aku :')

Post ini di update 1 hari selepas berakhirnya exam Midyear. So faham2lah yer, mood nak study tuh mestilah melayang entah ke mana. Setelah beberapa hari sibuk, tido tak cukup . Makan mestilah cukup , hati berdebar2 nak jawab exam . So, untuk 2 hari ini sy dengan rasminya mengumumkan hari berehat sy sepuas2nya sebelum menyambung kepada life cycle yang normal dan ingin kembali mengutip semangat2 dari umi baba dan tentunya Allah untuk menghadapi life as medical student and one thing for sure untuk face the final exam . Hari dan tarikh yang sangat cuak bagi sy. Hahah...

Dan 2minggu nih adalah winter break untuk kami . And as for me, winter break bagiku hanyalah untuk 2 hari shja melainkan kalau ada jaulah. Midyear kali ni dah berakhir and my comments are:

:: Soalannya adalah jenis soalan tahap paling mudah aku rasa. Tapi salahnya diri aku sendiri bila aku tak revise balik topik2 yang dah aku hafal dan tak jenguk langsung topik itu.Nah, samalah silapnya macam first exam ari tuh . Sepatutnya soalan itu boleh dijawab sebab arasnya sangat senang.

::Kurang keyakinan diri untuk menyatakan jawapan tuh betul.. Btul la.Guruku dulu prnah berkata.Kalau nak jawab soalan MCQ, soalan pertama yang first kita bulatkan adalah jawapan yang betul dan kalau sekalipun kita nak ubah jawapan kita, kena bagi 1o sebab kenapa kita ubah jawapan tuh . Nah, dan aku kehilangan 2 markah untuk physiology dan biochemistry kerana kurangnya keyakinan diri itu . -(

::Untuk soalan2 MCQ, buku department WAJIB dijawab kerana soalan nya adalah sangat sama dan tidak diubah2 pun. Masalahnya diri aku ni , memang la dah rajin buat buku MCQ yang department punya, tapi takrevise la pulak kan.So, bagi anatomy soalan MCQ adalah 3/4 diambil dripada buku MCQ department, tapi aku just ingt 1/3 .Tak rok cetong orang kelantan kaba..So, MCQ anatomy nyawa2 ikan jer la. Dan insyallah bakal dicover markahnya oleh written MCQ. 

:: Komen yang terakhirnya ialah aku tak berapa nak puas hati kenapa la soalan MCQ sikit sangat. Dah la markah penuh 25 markah , soklan pulak 25 jer. Kalau la soalan tuh 50 , boleh la setiap satu soalan tuh 1/2 markah..Ni tak  ...25 markah 25 soalan  . Tak ke nanye untuk budak takpndai macam aku nih?Ok, sekali sekala kutuk department taksalah kan?

::Ok, bukan komen yang terakhir lagi. Exam midyear kali nih dah banyak2 bersyukur dah tak campur sekali ngan orang arab . Tapi satu masalah pulak muncul bila dewan exam bising macam pasar. Bukan bising dek students, tapi pensyarah2 yang bising. Apa nih doc? Kitaorang nak jawab exam tak tenang. Asyek ada pembetulan soalan jah . Kasi tahu awal2 la sebelum nak jawab.Ni tak, buat correction masa nak last2..Konsentrasi kami mestilah dah low. Nak dengar doc bercakap lagi...

--Sori lah kalau komen department banyak2..Tapi kami mahasiswa bukan mahasiswuuu... Listen!Listen! Amik bapak ko listen Bavani. Selama2nya aku sokong Syarifah .  Takde yang percuma dalam dunia nih..AKu tertarik dengan koment seorang facebooker nih , "Belajar tak kemana, ada hati nak pendidikan percuma" ... Sebab tuh aku tak sokng pendidiikan percuma sebab aku belajar pun tak berapa, tak sampai hati aku nak minta free dari kerajaan.. Senang kau nak samakan Malaysia dengan negara lain! Sedap mulut kau! (OK,nampak tak post aku yang macam rojak nih?)

And so far dah 4 bulan aku stay kat sini dan dah 4bulan juga lah aku mengenali dunia medik ini . Bagi aku,aku tak rasa lagi dunia medik yang digempar gempurkan oleh semua orang sebelum aku menerjunkan diri ak kedalam bidang nih. Susah, stress, takde masa. Maybe aku takrasa semua itu sebab aku masih di tahun satu dan masih belum masuk clinical year tapi masih di theory year. Lebih theory dari practical kan..SO i guess maybe aku belum rasa benda2 tuh semua. Stress?? Pastinya.Kalau tak stresss, takdenya ulser di seluruh mulut aku nih . Takde masa..Rasanya aku tak rasa aku sibuk macam aku sibuk dekat nak SPM dulu . As aku mention awal2 tadi , maybe sebab baru 4 bulan dan aku masih rasa baru . Dan insyallah aku mesti sematkan dalam diri aku awal2 bahawa medik ini tak susah dan kalau kita set rasa susah awal2 , susah la kan....Dan alhamdulillah aku tak jumpa lagi susahnya kat mana EXCEPT bila aku nak masuk CVS. Betullah kata senior dalam blognya bhwa "CVS seriously susah.Taktipu".


Oke lah sementara ada masa ni , aku nak komenkan satu2 pasal subjek yang aku dah belajar dan berapa tahap kesenangan dan kepayahannnya..


ANATOMY==>Antara keempat2 subjek ,subjek nih aku paling suka dan subjek ni lah yang membuatkan aku semangat nak ke kelas setiap hari. Bagi aku , cara nak belajar anatomy ini ialah kita kenalah rajin nak buat nota dan rajin melukis serta mewarna. Wrna2 dapat merangsang otak kita. Dripada kita tilik tulisan dan gambar yang ada dalam buku department , semuanya hitam .Aku tengok pun dah nak pitam.. SO, kena rajin lah buat nota dan melukis. Kalau kita yakin cara tuh cara study kita, so kena la rajin sikit kan...Bukan bajet pandai or bagus, tapi saja nak kongsi satu cara yang menarik untuk belajar anatomy. Dan stiap benda yang kita belajar dalam antomy, contohnya nerve, muscle ke artery ke, kita kena tahu dan kenal dengan mereka serta tahu kat mana posisi dia di tubuh kita. Nah, kan senang.... Kita kongsi benda nih bukan ertinya kita power dalam anatomy, tapi just rasa cara ni menarik untuk buat kita jatuh cinta pada dia..Contohnya nih:

BIOCHEMISTRY===>Subjek nih adalah subjek yang ke2 aku minat nak study tapi bukan dalam kelas...Seriously,aku taksuka kelas biochem tapi aku suka untuk buat revision untuk biochemistry.Aku taktahu asal  . Tapi mata aku macam nak tertutup je bila kelas biochem ni.Maybe biliknya yang sejuk or kelasnya yang kebiasaannya di awal pagi or...Dah, takpayah bagi banyak alasan kalau malas tuh berpunca dari diri sendiri.So far, semakin best belajar benda nih.Tapi subjek nih agak perit bila substance yg plik2 aku baru jumpa dan sesetengah proses aku tak faham sepatah arang. Orang cakap, belajar maklumat, bukan belajar ilmu..Nah , ni lah aku untuk biochemistry . Aku hanya menerima maklumat . Sebab aku tak tahu dan tk nampak proses2 itu dan taktahu asal kejadian substance2 itu..Haha.. Semoga satu hari nanti bila dah banyak aku bljar , aku tahu benda2 ni semua..Buat masa ni , aku hanya terima ilmu yang doctor bagi dan just hafal...Seronok apa =)

PHYSIOLOGY==>Aku tak tau nak komen apa. Tapi satu yang aku tahu.Subjek nih seronok . Tpi aku tak berapa enjoy nak blaja..Haha..Sesungguhnya macam mana ilmu nak suka kita kan kalau kita tak suka and cinta akan dia? Allah ! Belajar kerana Allah dan insyallah proses menuntut ilmu akan jadi senang. 

HISTOLOGY==>Oh, subjek ni bagi aku amat menarik dan nak cakap senang , tak senang jugak.Tapi just perlu rajin hafal dan buat nota kerana susunan dalam buku department sangatlah tak tersusun dan kalau kita buat nota kita akan lebih nampak aturan subjek dan subtopik tuh..Dan u guess what?? Aku bukak buku histology ni bila ada kelas and kalau ada kuiz je.Haha..Ok , please jangan contohi student macam aku ni...Perangai malasnya nombor satu..Hahah..

And this winter break for 2 weeks.  Insyallah akan pergi Cairo, Alex maybe jika ada peluang kesana and lastly Dumyat. Insyaallah. Dan harapan ku semoga Results midyear ku adalah yang tahap yang cemerlang...Prinsip ku:

''Kita hanya usaha, doa, tawakkal. Selebihnya Allah yang akan tentukan segala2nya. Insyallah , Dia akan nilai usaha kita.. Sekiranya belum berjaya, kejayaan itu Dia akan bagi di lain masa dengan syarat kita sebagai hambanya jangan putus berdoa dan berserah segala2nya padaNya...Allahumma Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammin Fiil Khai"

Salam rindu untuk keluargaku yang jauh di Kelantan,Malaysia <3 <3 <3 

Assalamualaikum -).

No comments: