Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tuesday, January 1, 2013

Kullu Sannah Wa Antum Bikhair ;=)

Assalamualaikum.Semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya.Amin
Ketika nih, sy sempat lagi curi sedikit masa . Maklumlah esok takde kuiz ataupun exam seperti hari2 sebelumnya.Seriously , minggu nih adalah minggu yang sangat pack dengan kuiz dan test . Ni pun masih ada satu lagi test sedang menunggu sebelum tibanya midterm 19 jan ini . Umi Baba tolong doakan . Dan semoga Allah permudahkan urusan ku .Amin -)

Post nih tak lain tak bukan sebab nak wish Tahun baru tuk semua kawan2, family dan sesiapa yang mengenali diri ini . Ok la. Kena terima hakikat bahawa saya sudah bergelar 19 tahun.No more 18 tahun.Even tak officially 19 tahun lagi . Tapi taknak la berlagak muda kan? (!)...Haha.. Seriously , tahun 2013 adalah tahun yang paling spesial sekali . Berbeza dengan tahun2 sebelum nya maybe. Berbeza dari segi pemikirannya, saiz tubuh badannya (Omg!) , rohaninya , fizikal nya. Insyallah..

Kalau cakap pasal tahun baru , mesti cakap pasal Azam kan?? Haha..Azam. Make me remember to one of my friends  . Azam. ! (Termention)  .Ok la. Tahun lepas sy takde azam kot. Bukan mcam tahun 2010,2011 ..Siap tampal kat diari azam tuh dan alhamdulillah azam tercapai . Tapi azam tahun 2013???Satu azam yang tinggi buat diri sy dan yakin dengan izin Allah sy mampu melakukannya.... 

Sebagai manusia yang lemah,kita just anggap malaikat buka buka amalan baru untuk kita. Satu buku yang suci bersih tanpa tercatat sedikit dosa pun . Malah maksiat...Dan itulah azam sy untuk tahun ini ......


-Buku amalan BARU biarlah kurang dosanya dan lebih pahalanya.
-Capai sebanyak mungkin rahmat Allah dan kejar kasih sayangNya-
-Lebih pandai menjaga diri,tutur kata,hati. 
-Lebih rajin beribadat ibadah wajib dan sunat
-Dapat mumtaz/Jayyid Jiddan untuk final exam Tahun1.
-Tak nak tengok umi baba dalam keadaan sedih kerana diri sendiri .
-Jaga hubungan dengan Allah dan manusia.
-Bersikap lebih matang dalam mengendalikan sebarang situasi.

Azam tahun baru ini lebih kepada perubahan diri sendiri..Berubah untuk menjadi semakin baik mengambil masa yang begitu lama , bukan sehari dua malah bertahun2...Dan kerana itulah istiqamah sangat penting dalam diri...... Kini sy belajar, jangan nilai orang daripada luaran kerana yang.............. tak semestinya dalam nya jugak baik..Hmmmm =(..

Dan semoga sifat kehambaan dalam diri semakin menebal dan semoga kita semua menjadi hamba yang selalu bersyukur padaNya dalam setiap masa dan keadaan...Dan semoga dalam hati ini takpernah terlintas untuk membuat maksiat kerana ilmu itu cahaya dan bagaimana ilmu nak meresap dalam jiwa kita jika hati dipenuhi maksiat? Astaghfirullah...Terima kasih kepada seorang insan dan pengalaman diri sendiri yang membuatkan sy semakin kuat berpegang pada kata-kata itu ..


"semoga dalam hati ini takpernah terlintas untuk membuat maksiat kerana ilmu itu cahaya dan bagaimana ilmu nak meresap dalam jiwa kita jika hati dipenuhi maksiat?"


Spesial ucapan tahun baru untuk umi baba..Terima kasih diatas segala2nya..Takterhingga ucapan terima kasih ini :')

Kepada my buddies , Era, Amy,Adilah,Nik,Tati,Aishah....Terima kasih menjadi kenangan terindah selama ini..

Kepada adik beradik.Terima kasih diatas sokongan selama ini :')

Kullu sannah wa antum bikhair...Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammim Fill Khair..=)

Assalamualaikum :=)

No comments: