Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Wednesday, June 26, 2013

The End Of First Year :)

Assalamualaikum.Semoga kita semua berada dibawah lindunganNya.Ameen.

Alhamdullillah Ala Kulli Hal. Minal Awwal Ilal Akhirin. Alhamdulillah Ya Allah untuk semua nikmat yang takterhitung sejak dari lahir, semalam, hari ini dan sampai la saat ini diri ini masih bernyawa dan mampu menggerakkan tangan untuk meninggalkan sesuatu disini. Ya disini, tempat dimana semua suka duka tawa dikongsi bersama dengan harapan semua kenangan ini boleh dibaca semula.

Alhamdulillah sekali lagi . 24 June 2013. Tamatlah Final Exam Pelajar Tahun 1 Fakulti Perubatan Universiti Zagazig. Terasa cepat masa berlalu bukan?? Rasanya baru semalam tangan ini menari-nari diatas keyboard ini mencoret tentang suka duka dilalui selepas result SPM diumumkan. Baru sahaja berkongsi tentang pengalaman pertama bila sampai ke Mesir dan hari ini tangan ini bergerak-gerak untuk berkongsi tentang pengalaman bergelar Student Medik Tahun1 Perubatan. Cepat sangat masa berlalu :)







Seriusly , mood exam kali nih dia lebih parah dari mood exam time UPSR,PMR,SPM. Dulu, takde pun perasaan nervous sampai rasa nak muntah2 bila nak ambil exam. Nervous malam exam. Semua dah takboleh fokus dah. Semuanya bercampur baur perasaan. Perasaan takut sebab selalu fikir negatif , perasaan gembira sebab dah nak habis exam dan perasaan semangat sebab nak capai target dan perasaan sedih bila banyak soalan yang sepatutnya boleh dijawab dan dijangka betul tetapi sebaliknya. Itulah perasaan sepanjang exam nih . Dan perasaan yang takboleh diterima bila tersangat nervous sampaikan tengok soalan blank dan macam2 lagi yang sepatutnya tidak diungkit balik... *Hish, spoil holiday aku je camni*

Rasanya takpernah ambil exam selama macam nih. 2 bulan !! SPM rasanya sebulan je kan?? Maklumlah setiap subjek tu punya gap yang panjang dan ada yang pendek. Kalau gap yang panjang tuh boleh la rasa heaven sikit tapi kalau gap yang pendek memang nak pecah kepala nih nak hafal semua. Wah, medik memang banyak hafal.. 

Kalau ikut pengalaman aku belajar medik setahun jagung nih, tahun teori tak ada susah sangat sebab kerja kita semuanya hafal. Haha. Dan kefahaman yang cukup utk satu2 subjek tuh.Dan mestinya kena rajin . Kena rajin hafal dan kena rajin buat revision. Aku?? Nak kata rajin tak jugak , nak kata malas pun tak juga. Sederhana orang kata. Result pun sederhana la? Harapnya tak begitu la. 

Kalau nak refresh balik paper2 hari tuh . Kata nak cuai, takde cuai sangat. Exam kali ini showed me my own mistakes. Kecuaian saya sebelum exam. Bukan kecuaian selepas exam. Means that kecuaian saya tertinggal subtopik dalam Physiology. Tjuk ANS bab awal2. Sebab apa?? Sebab syok sendiri baca nota sendiri sampaikan terlupa nak belek buku ANS. Ok dan burn lah satu soalan written untuk Physiology. Hahaha. Sebab tu lepas exam written Physiology macam nak hentak kepala kat dinding ! *Ok melampau *

Rasanya paper lain ok je kot. Walaupun takcapai tahap puas hati . Bukan thumbs up la orang kata untuk diri sendiri. Sepatutnya boleh buat lagi baik rasanya . :") Apapun , masih berharap keajaiban dari Allah :)
Apa yang nak dikongsi disini ialah sepanjang aku berada di Mesir, aku belajar satu perkara yang penting iaitu "Pengharapan sepenuhnya pada Allah" .  Kat sini aku belajar semua benda Allah dah tetapkan semuanya diLuh Mahfuz. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita smua. Dan kita boleh ubah sesuatu ketetapan itu dengan Usaha yang tekun, Doa yang tak putus2 dan Tawakkal sepenuhnya kepada Allah. 


"Allah dah tetapkan semuanya diLuh Mahfuz. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita smua. Dan kita boleh ubah sesuatu ketetapan itu dengan Usaha yang tekun, Doa yang tak putus2 dan Tawakkal sepenuhnya kepada Allah"

Dan sesungguhnya aku letak sepenuh pengharapan pada Allah. Aku yakin Allah dah tetapkan rezeki aku pasti ada suatu hari nanti. Bukan dia tak dengar doa aku, bukan dia tak kenal sape dan bukan dia tak sayang aku. Aku hambanya juga kan?? Oleh itu, aku harapkan 100% pada Allah. Bila fikir macam ni, hati ni tenang sikit bila fikir soal result yang bakal kleuar dalam masa 2 minggu lagi . Insyallah :)







Maaf sebab takpernah kongsi gambar difacebook.. Untuk tatapan keluarga yg jauh diMalaysia dan rakan:)

Assalamualaikum :)

No comments: