Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Monday, July 1, 2013

Something after Exam. LOL :)

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Post kali ini nak cerita skit2 pasal kehidupa selepas exam nih. Berbagai rasa yang dirasa. Yang utamanya adalah bosan. Hahah. Dan perasaan takut. Takut sebab apa? Sebab takde kerja nak buat ni, fikiran tuh mestilah melayang-layang jugak kan fikirkan apakah results aku?? Mumtazkah, JayyidJiddankah? Jayyidkah?? Yang dua terawal tu yang paling nak.

Yang penyebab bosannya ialah bila tak ada benda nak dibuat. Nak masak tak ada bahan. Nak masak pun bukan pandai sangat pun. Kalau nak masak yang susah2 tu boleh je, tapi kena plan awal2 l. Dari segi masanya, kewangannya dan semuanyala.

Haa, kebetulan la pulak selepas exam ni lah adanya rusuhan besar2an diMesir. Kena hadkan pergerakan keluar rumah dan juga sebarang aktiviti. 30 June lah peaknya. Punca utamanya adalah untuk menggulingkan pemerintahan DrMursi... Teruk jugak la bila difikirkan balik..Jaulah dengan persatuan pun terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan. Maka, terpaksalah merancang percutian sendiri . Haha.. Takpernah merancang percutian sendiri. Ini yang pertama. Dari segi kenderaanya, bayarannya, mushrifnya :) Haha

Lepas exam ini banyak benda nak buat sebenarnya. Nakpindah ke rumah baru yang hanya beberapa langkah dari rumah lama... Tapi sangatlah hujung. Dan nak bersihkan dua buah rumah sekali gus. Haha..Dan seminggu sebelum balik dijangka akan pindah rumah baru. Tapi stay rumah lama sampaila balik Msia. Hehe :)

Ni ada satu je moodnya. Mood nak beli barang untuk balik ke Msia. Alhamduliilah dah beli sikit2. Rambang mata jugaklah nak pilih jubah wanita untuk adik beradik. Semua corak sama kot. Betul ,nak pilih pakaian lelaki sangat mudah beranding nak pilih pakaian perempuan.  Skejap je nak pilih jubah untuk Baba, AdikAbe. Tpi untuk perempuan?? Ada dekat berjam2 la jugak. Haha.

Dan semestinya tak sabar nak balik Msia. Taktahu la kenapa rasa masa sangat lambat bergerak. Klau sebelum exam, rasa cepat sangat. Nak bernyawa pun takboleh. Mungkin kerana terlalu sibuk mungkin? Hahha..

Taksabar nak jumpa umibaba, adik beradik. Nak bau Malaysia. Nak tengok Kelantan.. Nak makan macam2 makanan. Dan yang paling mengidam ialah Satay, nasi air umi, nasi dagang umi, dan semuanyalah. Dan tak dilupakn jugak budu :( oH sedih. Tapi sekarang yang difikrkan ialah soal reault melebihi soal nak balik Malaysia....

Ok. Setakat ini dulu.Assalamualaikum:)


No comments: