Syukur.
Aku bersyukur Ya Allah.
Aku terlalu mengikutkan perasaan sedih.
Engkau mahu menguji aku.
Menguji aku disaat dentuman pertama.
Engkau melihat aku.
Sungguh banyak nikmat ini.
Terlalu banyak.
Terima kasih Allah.
Mungkin aku berusaha,
Tapi aku lupa akan sesuatu.
Sesudah usaha masih ada lagi yang membuntuti,
Doa dan tawakkal.
Meski aku sentiasa ingat,
Selepas usaha ada doa dan tawakkal,
Tetapi sejauh mana aku praktikkan.
Ya Allah,
Maafkan hambamu ini.
Dan sekarang dia merasa tenang dan makin bersyukur dengan apa yang diperolehinya. :)
No comments:
Post a Comment