Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Friday, October 4, 2019

Pre Houseman Attachment at USM (Registration)


Assalamualaikum dan semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Alhamdulillah beberapa bulan sebelum dipanggil untuk menempuhi alam pekerjaan iaitu fasa housemanship, diberi peluang untuk menjalani latihan prehousemanship di hospital USM selama 3 minggu bermula 1 Oktober sehingga 21 Oktober 2019.

Semestinya hospital pilihan untuk membuat attchment ialah Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan.

Ini adalah kali ketiga saya menjalankan attachment di hospital ini. Kali pertama adalah semasa saya di tahun 3 perubatan dan mendapat attach di Jabatan Kecemasan dan Trauma . Boleh rujuk posting ini,https://thebestwomanwins.blogspot.com/2015/10/pengalaman-attachment-di-dept.html . Dan kali kedua ialah ketika saya berada di tahun 4 Perubatan dan mendapat Jabatan Medikal . Boleh rujuk posting ini https://thebestwomanwins.blogspot.com/2016/10/elektif-posting-medical-dept-usm-1st.html

Hospital USM menjadi pilihan saya untuk menjalankan attachment sebagai medical  student atas beberapa faktor iaitu:

-Ianya boleh dkatakan agak dekat dari rumah saya (Pasir Puteh) iaitu selama 30mins perjalanan.

-HUSM ialah teaching hospital dan kurang sibuk dibandingkan dengan HRPZ yang terletak dibandar Kota Bharu yang agak sibuk dan jem. Doktor2 disini juga lebih terbuka untuk memberi panduan dan mengajar kami sedikit sebanyak.

-HUSM mempunyai pelajar medikal . Maka ini memudahkan saya untuk membuat kenalan dengan local students Medic dengan bertanyakan tips study mereka, dapat bertanyakan soalan mengenai sistem Malaysia dan kami dapat sertai aktiviti pembelajaran, pengajaran dan CME dijabatan jika dibenarkan oleh ketua jabatan.

-HUSM merupakan 1st choice dalam pilihan penempatan saya ketika mengisi e-ho kelak.



Cara untuk apply attachment di hospital USM ketika masih bergelar student dan graduan adalah berbeza.

Jika masih belajar, boleh isi borang (download) di website USM dan hantar di pejabat HEPA USM.

Jika bergelar graduan PREHOUSEMAN steps nya ialah:

1)Buat surat kepada Dato Pengarah USM (can google)
2)Sertakan:
- sjil grad dari university masing2
-surat sijil pengesahan dari universiti sekiranya belum ada sjil
-Surat pendaftran sementara daripada MMC
-Resume diri.
*USM ialah badan berkanun jadi dikenakan yurann sebanyak RM375 untuk tiga minggu.
*Perlu apply sebulan lebih awal.

Sekian sahaja bersambung dientry seterusnya with #PREHO label.

Surat balasan dari pihak USM dihantar melalui email

Tatacara sepanjang Prehouseman Attachment.

Sekian. :)


No comments: