Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saturday, August 24, 2013

Dia seorang ayah :)

Assalamualaikum. Semoga sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Baru balik dari KL atas urusan tertentu. Alhamdulillah ada respon positif tetapi perlu tunggu dan berdoa lagi.

Post kali ini bukan nak bercerita pasal urusan itu,tetapi lebih kepada tarbiah dalaman oleh Baba. Kalau naik kereta sekali, memang tak sah mesti akan mitovasi la, ceramah politik la, gurau senda la. Dan yang pasti semuanya untuk bekalan menuju kearah pemikiran lebih matang. 

Antara perbualan tersebut, hati tersentap bila beliau tiba2 menyentuh aspek rohani yang boleh buat kita muhasabah dan menyedarkan diri yang selalu terlupa dek mengejar dunia semata2.

Pada suatu malam on the way nak pulang Kelantan, tetiba jammed dekat Tol Sg Besi. Biasalakan kalau plaza tol ni ada part bayar Tunai, Touch n Go and Smart Tag. Dan biasala kan kalau negeri asal kelantan buat apa nak beli kad touch n go and Smart Tag, mestilah just bayar tunai dekat plaza tol tu. Dan normalla kalau part bayar tunai tu jammed sikit dari part touch n go. Secepat kilat saja movement nya . Lain la kalau bayar tunai, dengan jammed lagi mesti movement pun cepat sikit dari kura-kura.

Tiba-tiba baba kata:

"Hidup dekat dunia ni Allah dah bagi gambaran hari akhirat. Contohnya kita tengoklah dekat plaza tol ni. Orang yang ada touch n go, kereta macam kilat. Kita ni gerak slow-slow. Ha, cuba bandingkan di padang masyhar kelak. Kalau di akhirat, kita ni ibarat orang yang sikit pahalanya. Kurang ibadah. Nak masuk syurga Allah kena beratur panjang. Kena nilai banyak benda samada layak ke tak masuk syurga. Dan pengguna kad touch n go ibarat orang yang kuat beriman. Dia dah daftar nak masuk syurga melalui ibadahnya yang banyak.Qiam, puasa sunat. Tengok, nak masuk syurga pun cepat. 

Didunia ni Allah nak bagi kita pengajaran . Terpulang pada kita nak fikir ke tidak"

Ya, betul kata baba. Siapa yang banyak amalannya, senanglah dia untuk masuk syurga. Tapi semuanya bergantung pada rahmat Allah.

Sambung baba lagi:

"Kita kena ada husnuzon pada manusia. Contohnya kalau kita tengok pemandu motosikal mati accident. Tambah2 lagi si mati itu meninggal dalam keadaan berpakaian yang tidak elok, jangan kita kata dia mati sebab rempit ke, sebab kena tembak oleh polis ke. Mana tahu sebelum dia menghadapi sakaratul maut itu, dia sempat bertaubat bersungguh pada Allah. Dan Allah terima taubatnya. Kita sebagai yang hidup ni jangan bagi andaian negatif pada dia. Tengok3 kita transfer pahala kita kat dia.

Sama la dalam dunia politik.Senang sangat menuduh satu2 pihak solatnya tak sah dan sebagainya. Siapa kita nak menilai ibadat orang lain dan menentukan syurga neraka orang lain?"

Maka perbualan pada malam itu bersambung hal politik.......

Semoga dirinya yang semakin hari di mamah usia akan sentiasa dirahmati Allah. Begitu banyak jasa dan pengorbanannya yang tak mungkin dibalas dengan wang ringgit dan apa2 saja . Terima kasih Baba :)

Dia seorang ayah.

Untuk Baba :)

Monday, August 12, 2013

Buka Mata Buka Hati :')



 Dan si Aminah menyedari perkara itu bukanlah yang dia inginkan secara serius. Perasaan untuk menghadapi benda itu tidak serius. Aminah menganalisa balik apa yang baru terdetik dalam hatinya selama ini bukanlah perkara yang serius dan dia sendiri menyedari itu bukanlah seperti perkara2 orang dewasa merasainya. Dan si Aminah itu baru dia buka mata buka hati itu bukanlah benda itu tetapi lebih kepada "tertarik kepada kebaikan" bukanlah seperti apa yang dia fikirkan. Alhamdulillah.

Dan SiAminah sedar itu bukanlah cinta tetapi lebih tertarik kearah kebaikan. Alhamdulillah. 

-Keratan daun berguguran dihadapan rumah Si Aminah- :)

Saturday, August 3, 2013

Don't follow the flow (X)

Assalamualaikum .Semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya.

"Korang kena duduk bersendirian lebih kurang 2 atau 3 jam untuk fikir hala tuju masa depan, apa nak buat dan macam mana nak laksanakan "-Kak Wawa

Maka kakak itu pungpangpungpang menasihati kami. Perjalanan hidup harus diplan. Ok. Boleh jugak follow the flow, tapi kalau flow itu terumbang ambing, maka kita jadi terumbang ambing juga? Maka, kata2 follow the flow takboleh diguna untuk perancangan masa hadapan.

Bayangkan kita menaiki sampan. Malas nak kayuh. So ikut sahaja arus ombak yang membawa sampan itu. Takdirnya arus itu membawa sampan ke kawasan yang dalam dan bahaya, maka apa jadi dengan kita? Maka akan turut sama tenggelam.

Applikasikan juga kiasan ini dalam kehidupan. Pandu hidup dengan perancangan yang rapi. Bukan menunduk terus pada situasi dan masalah yang membawa kita. Kadang-kadang hati kena tetap, kena yakin untuk pandu kehidupan ini . Kebanyakan corak kehidupan masa hadapan ditentukan dengan sikap kita pada masa sekarang. 

Mungkin jari yang menaip ini budaknya baru umur 19. Tapi dunia sekarang bukan semakin senang. Hidup dalam keadaan penuh pertandingan. Bertanding untuk siapa yang sampai lebih awal ke garisan penamat. Itulah kehidupan . Apapun, kemenangan yang hakiki ada pada Allah.

Semakin merancang untuk kehidupan yang lebih baik. Sekarang jika ingin bertindak, bukan berfikir akan satu orang sahaja, tetapi harus letakkan redha Allah dan ibubapa dalam setiap perancangan yang sudah ada. 

Fikiran tidak boleh seperti budak-budak.Tak dapat, hentakkan kaki, merajuk 2 3 malam. Tapi fikiran haruslah seperti orang dewasa, takdapat teruskan usaha sebab emas itu sangat dalam untuk digali. Jarang sekali berada di permukaan mungkin kerana nilainya sangat berat maka memerlukan usaha dan keyakinan yang kental untuk menggali emas yang jauh itu. 





"Emas itu sangat dalam untuk digali. Jarang sekali berada di permukaan mungkin kerana nilainya sangat berat maka memerlukan usaha dan keyakinan yang kental untuk menggali emas yang jauh itu. "

------------------------------------------------------------------------------------------
Mula berfikir untuk mengambil July Paper untuk paper physics.

"Awak ni kenapa sangat pentingkan SPM?Kan dah ambil medik apa semua, yang lepas biar lepas"

"Awak kalau taktahu dan malas tanya, lebih baik senyap.!"

Assalamualaikum. Salam penghujung Ramadhan. Ramadhan Kareem . Allahu Akram

Wednesday, July 31, 2013

Ulangan itu ! :'(

Assalamualaikum.

Selalu tanya dan minta maaf pada umibaba. 

Suatu hari minta maaf dari baba:

"Maaf selalu susahkan umibaba uruskan hal Kak Teh start selepas keluar result SPM lagi. Dan sampai sekarang masih ada masalah lagi dan selalu buat umi baba risau. Kalau dari awal tahu jalan ini susah, tak akan ambil medik"

"Hish takde menyusah pun. Setiap anak-anak lain-lain. Ni bukan kes Teh taknak study ke apa ke buat masalah belakang baba. Tapi Teh nak study, tapi ada masalah. Baba tak runsing pun dengan masalah ni. Lagi Baba runsing dan sedih kalau Teh buat benda tak elok belakang Baba, takdengar kata Baba. Selalu husnuzon dengan Allah. Insyallah boleh diuruskan"

Babaku terlalu positif dan tenang semenjak dari awal permasalahan ini lagi. Macam mana dia begitu positif sedangkan aku selalu memikirkan hal ini? Tapi Alhamdulillah jika Baba betul2 positif. Andai ku tahu apa yang ada dalam hati mereka. Dan tiba2 teringat si dia yang kuat sekali semangat positifnya. Jika di Malaysia, kata2 positif dari orang tuaku, tapi di Mesir ada dia yang selalu positif.

Terima kasih untuk hadiah ini, Ya Allah :')

Thursday, July 25, 2013

Bye Egypt Hye Malaysia :)

Assalamualaikum. Semoga kita semua berada dibawah lindunganNya. Ameen :)

Ok so this is the last entry before going back to Malaysia. 
Entry kali ini malas nak cite benda sedih, so this is the happy entry for u , for me and for us.

Haha. Akhirnya pulang jugak budak ini. Dekat setahun stay Egpyt ni, banyak benda dah belajar. Perihal kesabaran yang utamanya. Dan bila pulang Malaysia, harapnya boleh applikasikan sesdikit supaya tak suka marah-marah orang lagi . Kat sini, kalau terasa geram ke apa ke , kena zip mulut rapat. Jangan luahkan perasaan marah tu. Maklumlah budak ni sifat marahnya tinggi dulu. Suka sound2 orang and mulut laser sikit. Haih. Sesungguhnya Mesir mengajar kurangkan sikit perasaan marah itu. Haha :)

So,sempatla puasa kat Mesir dalam dua minggu ? (Ye dak? Malas nak kira). So far, sedih nak tinggalkan Mesir lebih2 lagi dalam bulan puasa ni . Puasa di Mesir banyak bezanya dari Msia. Yang utamanya waktu iftar lauk pauk bukan sepanjang 2meter beratur atas meja, tapi tak sampai 1meter pun . Almaklumlah 1 lauk je pun :(

Dan terawih kat sini paling best. Entah kenapa tapi roh dia orang cakap sentap tau. Dengan imam Melayu dan imam Arab suaranya memang merdu gila. Eh, sape imam Melayu eh? Ya Allah suaranya merdu sekali mengimamkan solat terawih. Sedihnya, semuanya terlindung di sebalik hijab. Haha :p

Dan satu paling banyak belajar disini ialah kita harus meletakkan sepenuh pengharapan pada Dia. Senior2, akak SC, housemate selalu nasihat. Kita sebagai hamba kena meletakkan sepenuh keyakinan pada Allah.. Entah la. Kat sini banyak rasa down. Kuiz dalam kelas takcapai target pun menangis, results final exam teruk pun menangis, sedih dengan perangai kawan pun menangis. Haha. Tak tough langsung budak ni. Haih. So, untuk hadapi semua kekecewaan itu, kena yakin pada Allah. Dia sudah aturkan yang terbaik untuk kita. Jika dia kata kita ada rezeki untuk benda itu, pasti akan ada. Kalau Dia kata tak ada rezeki untuk benda itu, kita usaha nak tercabut jantung pun memang tak akan dapat. Dan bila fikir macam tu, hati terasa lega. :)


" Jika dia kata kita ada rezeki untuk benda itu, pasti akan ada. Kalau Dia kata tak ada rezeki untuk benda itu, kita usaha nak tercabut jantung pun memang tak akan dapat. Dan bila fikir macam tu, hati terasa lega. :)"

Pasti ada sebab Allah tetapkan kita berada dijalan yang sukar ini. Teringat kata2 seorang hamba Allah bila ditanya "Kenapa kita tengok orang lain senang je nak dapatkan semua benda ini?" Then dia jawab "Kita taktahu apa yang pernah dia laluikan?"


"Kenapa kita tengok orang lain senang je nak dapatkan semua benda ini?"

  "Kita taktahu apa yang pernah dia laluikan?"


Maka,bersyukurlah apa yang Tuhan dah bagi. Kalau tengok orang yang duduk atas pada kita. Selalu membandingkan dirinya dan diri kita, memang tak habis air mata. Tapi cuba tengok orang yang lebih rendah dari kita, masa itulah sifat bersyukur perlahan2 menyimbah di ubun kepala then akan rasa tenang sangat. :)

Housemate selalu pesan, kalau kita letakkan Allah yang utama dalam hati kita, masalah ini seperti debu berterbangan je. Sekejap je hilang. Insyallah pertolongan Allah itu sentiasa ada dan jangan sangka kuasa hitam putih manusia lebih hebat dari kuasa Allah Taala.

Writer ni pun selalu lupa bahawa Allah punya kuasa lagi hebat. Alhamdulillah Dia sentiasa menghadirkan insan2 yang caj positifnya lebih kuat supaya aku boleh sedut sikit caj positif itu untuk meneutralkan caj negatif yang begitu kuat dalam diri..

Housemate selalu cakap "Irham awak ni kuat sangat fikir perkara negatif. Sampaikan ke akar umbi awak fikr benda yang tak berlaku lagi".. Well~ Orang berfikiran jauh kan? Fikiran yang tak bberapa nak matang dalam nak handle situasi. Haha. :)

Ok so disini nak spesifikkan nama-nama orang yang banyak membantu..
First of all, nak ucap terima kasih banyak2 pada AQM. Biarpun sebelum ini macam takngam jugak, tapi bila tahu sikit2 perkara sebnar, rasa berslaah sangat and I do love AQM so much.

Dan nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada PCZ kerana banyak membantu. Especially pada Biro Akademik.Seriously terhutang budi baik sangat. Senang je nak disuruh. Taktahu nak upah apa. Hanya doa sebagai upah. Thanks to Dr Taufik dan Kak Ain .Lebih2 lagi tolong aku budak yang banyak masalah ni.

Dan big thank you and big hug to my dearest housemate, Nur Azmah Suhaimi seorang kakak actually yang banyak bgi kata2 semangat. Dan will be my housemate also tahun depan. Alhamdulillah.

Dan syukran utk beberapa orang seniors yang suka bagi kata2 semangat. Akak SC, siswa AQ dan semua ;)

And Maaf kepada umibaba sebab banyak mengecewakan dan terima kasih untuk segala2nya :)

And welcome home :)



Safe journey to me. Bye Egypt and Hi to Malaysia and big kiss to Kelantan :)





Friday, July 19, 2013

Realiti Tazallum (Recheck) Di Mesir

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Amin :)

(PENGALAMAN TAZALLUM DI MESIR)

Baru-baru ini saya ada buat proses tazallum (recheck) kertas Physiology untuk item written dan practical. Mula-mula bersemangat la nak buat tazallum ini. Dengar2nya "doc" bukak balik paper kita. Boleh nak komen-komen paper kita. Mana yang kita sepatutnya betul dan mana part2 yang boleh tambah markah. Itu impiannya lah. Tapi biasala kan, impian bukan seindah realiti . 

"Realiti Tazallum Sebenar"

Oh, realiti nya sangat pedih untuk diterima. Seniors most of them cakap tazallum is a useless thing. Dalam hati ada la jugak tak puas hati dengan ayatnya. Kenapa useless thing pula? Hahah...

Dan bila tiba giliran aku masuk dalam bilik nak tazallum . Masa itu saya masuk dengan seorang budak lelaki dari kelas B. Aiman namanya. Mula2 masuk tu dah cuak menanti giliran sebelum budak arab tuh. Tengok tengok dan tengok !! --> ~_~ Ok, inilah expresi mukanya. Memang tahu taksepatutnya letak nama recheck, tetapi yang paling sesuai ialah recount. Ok, memang sah Dr itu hanya kira2 dengan cepat kertas dia.

Ok,tibalah turn saya. Malas nak cerita panjang sebenarnya . Dan dia pun buat benda yang sama. Just belek2 kertas sy, kira2 then tutup...

"Anything else, Doctor?"

"No no thank you :)"

Maka berakhirlah proses tazallum dan cerita tahun1 ku.~

Dan akhirnya terpaksa teima dengan hati yang terbuka dan penuh syukur tak reseat mana-mana paper dengan keputusan sah JAYYID.

Dengan Biochemistry: JAYYID JIDDAN
             Histology  : JAYYID JIDDAN
             Anatomy   :JAYYID JIDDAN
             Physiology :MAKBUL

Hahaha. Dan bila dianalisa balik markah final ini, betullah kata-kata seorang senior ku

"Mungkin markah Jayyid Jiddan tak cukup strong nak tarik untuk jadi Jayyid Jiddan keseluruhan"

Well, ~ Tak apa. Harus bersyukur tak kena reseat mana-mana paper dan yang paling penting sudah banyak belajar dalam pengalaman tahun 1 dan akan diaplikasikan untk tahun2 dan seterusnya.

Allah, bagi sepenuh kekuatan dan semangat untuk batchmatesku yang harus reseat papers tahun ini. Semoga mereka lulus semuanya :)

Harus bangkit dan terus bersemangat kerana ini Irham Warhamnie :) Ececece....(Nampak tak semangat baru dia??) 

Ok, setakat ini sahaja.

Assalamualaikum :)                  



              

Saturday, July 13, 2013

Bagai tangan yang menepuk :)

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya :)

Alhamdulillah. Hari ke hari , hati itu dah boleh terima kenyataan.
Apapun,harus kekal bersemangat. 
Dan terima kasih untuk semua yang pernah bagi sokongan moral. Dear Umibaba, sibling, housemates, classmates, batchmates, seniors. Terima kasih. :)

Kadang-kadang saat down macam ini sokongan moral amatlah diharapkan. :)

Dan ini gambar Kaklong hantar through facebook message. Rasa macam bersemangat sikit. Terima kasih :)