·
"irham
nk gtaw satu bnde..dalam hidup ni mcm2 Allah akan uji.sbnrnya ni baru ujian
pertama yg Allah bagi sbg mule2 bergelar tahun satu di bumi mesir.slps ni byk
lagi duri2 yg kene tempuhi.mereka yg dpt cemerlang akan ade ujian lain menanti
mereka.lupe ke dgn sifat Allah yg maha adil? maha penyayang? jgn sesekali kite
mengeluh dgn ujian yg dia bagi..die kesusahan skrg
·
bnde ni sume lah yg akan mematangkan kite sbg penuntut
perubatan yg mana memerlukan satu kekuatan mental yg cukup tinggi.byk lagi
rintangan yg menanti slps ini.slps berjaya dpt jpa mara Allah akan kirim ujian
yg jauh lebih berat lg
tetapi percaya lah... kasih sayang Allah x pernah hilang kpd
hambaNya.bergantung kpd kita nak mencari Allah atau tak
tu jelaa pesanan ikhlas based on my experience"
-Senior tahun2 Tanta University-
'"sekarang move on, next step
dapatkan hard copy result
then translate. jgn lupa isi jpa
just isi je dulu, takde NOC, hold dulu
maksud hantar je permohonan tanpa NOC
jangan salahkan takdir & usaha"
-Senior tahun3, Zagazig University-
"jange lagu tuh. Allah kadang2 nak uji kita. setiap
orang lain ujian Allah bagi. jangan putus asa. Allah tetap dah rezeki masing2.
xsokmo langit tu mendung."
-Senior tahun5 Zagazig university-
------------------------------------------------------------------------------------------------------
- Pisang berbuah 3 kali..
Nampaknya kisah
pisang berbuah 2 kali akan bertukar menjadi 3 kali. Rasanya fenomena recheck
paper sebati dengan diri aku setelah menemui kegagalan dan kekewaaan..
-2006-
Recheck balik
paper Sains. Dan hasilnya keputusan takberubah tapi Alhamdulillah masih dapat
masuk sekolah agama walaupun sekolah pilihan ialah SMKA Naim Lilbanat dan
asrama penuh. Dan kenapa nak dapat 5A sebenarnya??Sebab masa itu ingin sangat2
nak masuk sekolah KISAS. Ok, tapi bersyukur masuk sekolah SMKA Melor.
-2011-
Recheck paper
Physic. Niat dihati bukan nak ubah jadi A tetapi untuk mengubah jadi B supaya
MMC terima permohonan nak masuk Cyberjaya University. Tapi Alhamdulillah dapat
pergi Mesir.
-2013-
Hari ini selesai
recheck paper. Paper Physiology Written dan Practical. Niat ingin mengubah ke
JJ.12 Markah untuk ke JJ. Jauh sangat. Tanya pendapat senior2 masih jauh untuk
nak kejar. Tapi prinsipku, ada jalan terakhir kenapa kita takcubakan??Nampaknya
aku betul2 menggunakan plan B. Jika keputusan takberubah , hati dah lali dan
kebal sangat.
**Tapi biasanya
selepas recheck paper, walaupun keputusan takberubah,tapi ada berita baik
seperti tahun 2006 dan 2011 :)
Apa yang Irham
Warhamnie patut buat ???
Pertamanya, kena
kurangkan sikit kesedihan dalam diri. Menangis sampai bengkak mata pun bukan
boleh ubah result. Tapi kadang-kadang menangis sampai tertidur boleh membuatkan
kita tenang. Menangislah jika itu boleh buat diri ini tenang. Menangislah Irham
Warhamnie :)
Keduanya, tunggu
PCZ panggil nama untuk sesi recheck paper untuk berjumpa dengan HOD Physiology.
Rasanya kali ini kena gunakan kepakaran memujuk seperti kebiasaan bargain
barang dengan orang Arab. Biarpun recount sahaja, hanya Allah yang tahu apa
berlaku .
Sekiranya
keputusan recheck takberubah, harus terima dengan hati yang tenang dan
berlapang dada. Macam tak biasa bukan?
Dan bila balik
Malaysia, banyak lagi yang perlu diuruskan.Biarlah bersambung dientri lain pula
ya? :)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
-Semangat untuk
diri sendiri-
Irham
Warhamnie, hidup ini bukan senang. Ini dunia medik.
Bukannya dunia taman permainan.Memilih patung permainan yang cantik. Takdapat
patung mainan itu,menangis dan tertidur. Ini dunia medik. Menangislah,
tidurlah. Bila mata terbuka, harus terima kegagalan ini. Harus bangkita dari
kegagalan. Harus gagah menghadapi semua ini . Tidak boleh lemah lentok macam
lalang ditiup angin. Tapi jadilah seperti batu di pukul ombak. Tetap teguh
tetapi satu hari akan membentuk bentuknya sendiri. Bentuklah kekuatan dirimu
setelah gagal walaupun kegagalan selalu hadir dalam hidup.
Irham
Warhamnie, hidup ini
bukan senang. Ada kalanya Allah ingin menguji. Allah tahu engkau kuat. Allah
tahu engkau boleh bangun setelah gagal. Lap airmatamu. Bentuk kembali
semangatmu. Bentuk kembali kebangkitanmu. Jangan pernah tunduk pada kegagalan.!
Irham
Warhamnie, bukan engkau tidak pernah menulis,tidak
pernah membaca,tidak pernah menghafal dan bukan engkau tidak pernah usaha!
Bukan engkau tidak pernah mengangkat tanganmu menadah doa kepada Allah. Bukan
engkau tidak pernah menitiskan air mata untuk Dia. Bukan engkau tidak pernah
buat semua itu.
"Allah bukan menilai natijahmu, tetapi Allah menilai usahamu. Pasti
ada pahala untuk setiap usaha itu. Semua nya telah ditetapkan di
LuhMahfuz.Bersabarlah ! Percaya pada pertolongan dan rahmat Allah "
~Dan hati terasa tenang setelah menulis entry ini. Keep motivating
herself~
Assalamualaikum.