Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saturday, July 13, 2013

Bagai tangan yang menepuk :)

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya :)

Alhamdulillah. Hari ke hari , hati itu dah boleh terima kenyataan.
Apapun,harus kekal bersemangat. 
Dan terima kasih untuk semua yang pernah bagi sokongan moral. Dear Umibaba, sibling, housemates, classmates, batchmates, seniors. Terima kasih. :)

Kadang-kadang saat down macam ini sokongan moral amatlah diharapkan. :)

Dan ini gambar Kaklong hantar through facebook message. Rasa macam bersemangat sikit. Terima kasih :)



Friday, July 12, 2013

Aku Bersyukur :')

Assalamualaikum.Semoga kita semua berada dibawah lindunganNya.



Syukur.
Aku bersyukur Ya Allah.
Aku terlalu mengikutkan perasaan sedih.
Engkau mahu menguji aku.
Menguji aku disaat dentuman pertama.
Engkau melihat aku.
Sungguh banyak nikmat ini.
Terlalu banyak.
Terima kasih Allah.

Mungkin aku berusaha,
Tapi aku lupa akan sesuatu.
Sesudah usaha masih ada lagi yang membuntuti,
Doa dan tawakkal.
Meski aku sentiasa ingat,
Selepas usaha ada doa dan tawakkal,
Tetapi sejauh mana aku praktikkan.

Ya Allah,
Maafkan hambamu ini.


Dan sekarang dia merasa tenang dan makin bersyukur dengan apa yang diperolehinya. :)

Thursday, July 11, 2013

Bangkit Selepas Gagal :')

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Alhamdulillah result tahun 1 Perubatan dah rasminya dah dikeluarkan. Dan alhamdulillah tak kena reseat mana2 paper. Dan resultnya hanyalah Jayyid sahaja. Tersasar lebih dari target sebenarnya. Tapi tak apa. Bersyukurlah Irham Warhamnie Binti Abdullah Ripain. :')

-2006-
Tahun 2006 adalah tahun UPSR.Masa tu kecil lagi. Rasanya takberapa nak mengenali dunia luar. Tak ada apa benda nak difikir masa itu. Hanya buku dan buku dan buku saja yang difikir masa tu. Umibaba selalu pesan tak ada apa lagi umibaba nak harapkan melainkan Teh kena dapat juga 5A UPSR. Maka usahalah aku siang malam . Tuisyen siang malam pagi petang. Menelaah dalam lampu kalimantan yang malap. Maka inilah punca aku berkaca mata sehingga kini. Alhamdulillah results sepanjang tahun boleh dikira bangga. Exam pertama darjah enam aku dapat 4A1B. Masih ingat dua orang pelajar je dapat 4AIB. Itu dikira sebagai booster nak naik keperingkat lebih cemerlang. Semangat nak dapat 5A dalam UPSR memang sangat membara seingatnya masa itu. Mungkin semangat sekarang dikutip kerana kisah 4AIB ini saja. Mungkin ramai orang kata apa sangat ada dengan UPSR tu. Budak-budak kecil punya exam. Maka, usahalah aku, sampai pada Percubaan, Alhamdulillah dapat 5A. Memang bangga. Biasa la kanak-kanak kecil. Bangga memang takboleh nak ucap. Turun bas sekolah terus berlari masuk rumah. Belum letak beg dah laung dapat 5A . Tapi lain dengan exam UPSR sebenar. Semua paper smooth jawab tapi tiba2 rasa susah sangat nak jawab paper Sains.Menangis banyak hari lagi jugak la lepas paper Sains tuh. Jiwa lemah la katakan. Dan bila tarikh umumkan result, aku dapat 4AIB dan B mestilah Sains. Boleh dikatakan pelajar bijak Sains la jugak. Tapi Allah itu Maha Mengetahui. Dan seminggu menangis. Rasanya ini sejarah paling lama menangis dalam hidup. Tapi Alhamdullillah kerana gagalnya aku di UPSR membuatkan semangat semakin membara untuk cemerlang dalam PMR.

-2009-
Tahun 2009 adalah tahun PMR. Rasanya tahun 2009 adalah tahun yang paling manis dalam hidup. Takbanyak masalah yang datang sepanjang PMR sebenarnya. Pencapaian tahunan dari Tingkatan1 sehingga Tingkatan3 boleh dikira peringkat cemerlang. Selalu berada dalam ranking 2 3 4 dalam tingkatan.mungkin semangat belajar begitu membara sebab kegagalan dari UPSR yang lalu. Mungkin orang lain dah lupakan kisah UPSR mereka. Tapi aku sehingga hari ini takpernah lupa semua kekecewaan dulu. Dan Alhamdulillah berjaya dapat 9A dalam PMR. Alhamdulillah terbalas kekecewaan aku untuk tebus kegagalan semasa gagalnya aku suatu ketika dulu.

-2011-
Tahun 2011 adalah tahun SPM. Rasanya ini adalah zaman kemuncak kepada semuanya.Tahun inilah rasanya banyak benda belajar. Kesalahan yang terbesar dalam hidup pun bermula dan berakhir pada tahun ini jugaklah. Form 4 rasanya paling cemerlang. Bilangan A memang akan dapat takkurang dari 9. Tapi rasanya semua berubah masa form5. Mungkin stresss kerana persaingan yang kuat antara kawakawan membuatkan diri jauh tenggelam. Semakin lama semakin jatuh. Tapi result tahunan masih ok tetapi bukan lagi berada di ranking 2 3 4 tetapi 6 7 8 dan ada yang berbelas-belas. Dan seingatnya result yang paling teruk sekali ialah hanya mendapat 6A saja. Kalau tahun 2006 bangkitnya dizaman mendapat 4AIB tatapi tahun 2011 bangkitnya bila mendapat 6A saja . Dan terus bangkit sehinggalah berjaya mendapat straight A dalam percubaan. 11 A. Maka semakin bersemangatlah nak dapat straight A's dalam SPM. Sebab mengikut cerita generasi zaman berzaman, SPM amatlah penting. Nak belajar tinggi-tinggi , kerja bagus-bagus, gaji mahal-mahal. Ok, masa itu semuanya fikirkan dunia. Haha... Dan usahalah sehingga lah keluar result dan akhirnya hanya mendapat 10A1C sahaja.

.............................................................................................................................................................

Sesungguhnya kalau dilihat, graf hidup seperti sebuah gunung. Mula-mula turn, naik, turn.

-2012/2013-
Kedua-dua tahun ini adalah tahun pertama aku bergelar pelajar perubatan. Susah sangat jalan kehidupan nak masuk ke bidang medik ini. Bidang sejak dibangku sekolah rendah lagi memang mengimpikan nak masuk dalam bidang yang dianggap kritikal ini. Dengan membawa result 10A1C . Rasanya sangat mustahil untuk mencuba dalam bidang ini. Putus semangat, hilang semangat. Semua sudah dirasai.Mungkin kerana pernah merasai banyak kegagalan dalam hidup , hati semakin jadi kental. Tapi masih lagi lembik bak agar-agar. Allah, susahnya kuatkan hati ini. Banyak tawaran dapat selepas SPM. 
UPU hanya dapat Asasi Sains Kesihatan Bersekutu . Allah, hanya Allah tahu betapa hancur hati ketika ini. Diri sendiri, parents bagaikan hilang arah ketika ini . Macam mana nak sambung medik kalau macam ini jalannya?? Dan datanglah seorang hamba Allah dari Cyberjaya University. Katanya boleh 
memohon asasi medik disana. Katanya biasiswa mara pun boleh adjustkan. Hati dah rasa macam mengarut je dia ni. Tapi parents macam bersemangat. Dengan syarat harus tulis surat kepada MMC ingin pohon kebenaran untuk memohon asasi Medik dengan C SPM. Dan hasilnya tetap takboleh dengan syarat mesti ada results asasi dahulu. Ok, masa ingin paling banyak airmata ditumpahkan. Semua tawaran UPU, Tesl,Matrik telah direject. Dan dapat satu idea kenapa takpohon saja AQM. Alhamdulillah dapat. Parents berat hati sangat nak lepaskan belajar jauh-jauh. Ketika ini,semua kawan2 dah masuk universtit semua. Smeua bingung kat mana sebenarnya irham nak sambung belajar ni? Maka ketika itulah aku jadi secretive sangat. Haha.... Maka aku dengan semangat membara melangkah ke Egpyt. Brjanji dengan parents akan cuba sedaya upaya mendapat atleast JJ. Tpi aku tahu Allah masih ingin menguji aku. Dia masih lagi ingin menguji aku. Aku tidak dapat apa yang aku inginkan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maka sejarah 2006 dn 2011 berulang lagi sekali. Aku mengalami satu kegagalan yang aku kira paling teruk dalam hidupku. Sedih dan kecewa hati ini lebih hebat berbanding kekecewaan tahun 2006 da 2011. Taktahu kenapa hati rasa lembik sangat-sangat. Taktahu kenapa semangat untuk bangun kembali selepas gagal itu tak ada kali ini. Rasanya ingin menyerah setakat ini sahaja. Rasa ingin keluar dari bumi Egypt saja. Rasa susah sangat nak bangkit kali ini. Susah sangat Umibaba :( Susah sangat UmiBaba.... Berada jauh dari family bila merasai kegagalan, ini kali pertama bagi perempuan ini. Tapi Alhamdulillah itu perasaan pertama masa check result. Tetapi selepas mendapat kata-kata semangat dari beberapa orang senior terdekat, housemate sendiri, umibaba, semakin hari semakin kuat rasa jiwa ini. Dan mungkin berkahnya datang dri istighfar yang tak henti-henti keluar dari mulut sehingga istighfar itu tenggalam bersama tangisan yang penuh kecewa bila check result hanya mendapat jayyid sahaja. Mata masih lagi terasa pedih ketika menaip blog ini. Semangat semakin lama semakin bertiup dalam diri. Semangat untuk terus berusaha. Aku bukanlah seorang yang hanyut dimamah kegagalan masa lampau walaupun aku adalah seorang yang susah ingin bangkit.Tapi aku harus bangkit untuk umibaba. Ya, dua insan ini sebenarnya penguat aku selama ini. Dan Allah !

    ·         "irham nk gtaw satu bnde..dalam hidup ni mcm2 Allah akan uji.sbnrnya ni baru ujian pertama yg Allah bagi sbg mule2 bergelar tahun satu di bumi mesir.slps ni byk lagi duri2 yg kene tempuhi.mereka yg dpt cemerlang akan ade ujian lain menanti mereka.lupe ke dgn sifat Allah yg maha adil? maha penyayang? jgn sesekali kite mengeluh dgn ujian yg dia bagi..die kesusahan skrg
    ·          
    bnde ni sume lah yg akan mematangkan kite sbg penuntut perubatan yg mana memerlukan satu kekuatan mental yg cukup tinggi.byk lagi rintangan yg menanti slps ini.slps berjaya dpt jpa mara Allah akan kirim ujian yg jauh lebih berat lg
    tetapi percaya lah... kasih sayang Allah x pernah hilang kpd hambaNya.bergantung kpd kita nak mencari Allah atau tak
    tu jelaa pesanan ikhlas based on my experience"
    -Senior tahun2 Tanta University-

    '"sekarang move on, next step
    dapatkan hard copy result
    then translate. jgn lupa isi jpa
    just isi je dulu, takde NOC, hold dulu
    maksud hantar je permohonan tanpa NOC
    jangan salahkan takdir & usaha"
    -Senior tahun3, Zagazig University-

    "jange lagu tuh. Allah kadang2 nak uji kita. setiap orang lain ujian Allah bagi. jangan putus asa. Allah tetap dah rezeki masing2. xsokmo langit tu mendung."
    -Senior tahun5 Zagazig university-
    ------------------------------------------------------------------------------------------------------
    - Pisang berbuah 3 kali..

    Nampaknya kisah pisang berbuah 2 kali akan bertukar menjadi 3 kali. Rasanya fenomena recheck paper sebati dengan diri aku setelah menemui kegagalan dan kekewaaan..

    -2006-

    Recheck balik paper Sains. Dan hasilnya keputusan takberubah tapi Alhamdulillah masih dapat masuk sekolah agama walaupun sekolah pilihan ialah SMKA Naim Lilbanat dan asrama penuh. Dan kenapa nak dapat 5A sebenarnya??Sebab masa itu ingin sangat2 nak masuk sekolah KISAS. Ok, tapi bersyukur masuk sekolah SMKA Melor.

    -2011-

    Recheck paper Physic. Niat dihati bukan nak ubah jadi A tetapi untuk mengubah jadi B supaya MMC terima permohonan nak masuk Cyberjaya University. Tapi Alhamdulillah dapat pergi Mesir.

    -2013-

    Hari ini selesai recheck paper. Paper Physiology Written dan Practical. Niat ingin mengubah ke JJ.12 Markah untuk ke JJ. Jauh sangat. Tanya pendapat senior2 masih jauh untuk nak kejar. Tapi prinsipku, ada jalan terakhir kenapa kita takcubakan??Nampaknya aku betul2 menggunakan plan B. Jika keputusan takberubah , hati dah lali dan kebal sangat.

    **Tapi biasanya selepas recheck paper, walaupun keputusan takberubah,tapi ada berita baik seperti tahun 2006 dan 2011 :)

    Apa yang Irham Warhamnie patut buat ???

    Pertamanya, kena kurangkan sikit kesedihan dalam diri. Menangis sampai bengkak mata pun bukan boleh ubah result. Tapi kadang-kadang menangis sampai tertidur boleh membuatkan kita tenang. Menangislah jika itu boleh buat diri ini tenang. Menangislah Irham Warhamnie :)
    Keduanya, tunggu PCZ panggil nama untuk sesi recheck paper untuk berjumpa dengan HOD Physiology. Rasanya kali ini kena gunakan kepakaran memujuk seperti kebiasaan bargain barang dengan orang Arab. Biarpun recount sahaja, hanya Allah yang tahu apa berlaku .
    Sekiranya keputusan recheck takberubah, harus terima dengan hati yang tenang dan berlapang dada. Macam tak biasa bukan?
    Dan bila balik Malaysia, banyak lagi yang perlu diuruskan.Biarlah bersambung dientri lain pula ya? :)

    -----------------------------------------------------------------------------------------------------
    -Semangat untuk diri sendiri-



    Irham Warhamnie, hidup ini bukan senang. Ini dunia medik. Bukannya dunia taman permainan.Memilih patung permainan yang cantik. Takdapat patung mainan itu,menangis dan tertidur. Ini dunia medik. Menangislah, tidurlah. Bila mata terbuka, harus terima kegagalan ini. Harus bangkita dari kegagalan. Harus gagah menghadapi semua ini . Tidak boleh lemah lentok macam lalang ditiup angin. Tapi jadilah seperti batu di pukul ombak. Tetap teguh tetapi satu hari akan membentuk bentuknya sendiri. Bentuklah kekuatan dirimu setelah gagal walaupun kegagalan selalu hadir dalam hidup.

    Irham Warhamnie, hidup ini bukan senang. Ada kalanya Allah ingin menguji. Allah tahu engkau kuat. Allah tahu engkau boleh bangun setelah gagal. Lap airmatamu. Bentuk kembali semangatmu. Bentuk kembali kebangkitanmu. Jangan pernah tunduk pada kegagalan.!

    Irham Warhamnie, bukan engkau tidak pernah menulis,tidak pernah membaca,tidak pernah menghafal dan bukan engkau tidak pernah usaha! Bukan engkau tidak pernah mengangkat tanganmu menadah doa kepada Allah. Bukan engkau tidak pernah menitiskan air mata untuk Dia. Bukan engkau tidak pernah buat semua itu.

    "Allah bukan menilai natijahmu, tetapi Allah menilai usahamu. Pasti ada pahala untuk setiap usaha itu. Semua nya telah ditetapkan di LuhMahfuz.Bersabarlah ! Percaya pada pertolongan dan rahmat Allah "

    ~Dan hati terasa tenang setelah menulis entry ini. Keep motivating herself~



    Assalamualaikum.





Monday, July 1, 2013

Something after Exam. LOL :)

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya.

Post kali ini nak cerita skit2 pasal kehidupa selepas exam nih. Berbagai rasa yang dirasa. Yang utamanya adalah bosan. Hahah. Dan perasaan takut. Takut sebab apa? Sebab takde kerja nak buat ni, fikiran tuh mestilah melayang-layang jugak kan fikirkan apakah results aku?? Mumtazkah, JayyidJiddankah? Jayyidkah?? Yang dua terawal tu yang paling nak.

Yang penyebab bosannya ialah bila tak ada benda nak dibuat. Nak masak tak ada bahan. Nak masak pun bukan pandai sangat pun. Kalau nak masak yang susah2 tu boleh je, tapi kena plan awal2 l. Dari segi masanya, kewangannya dan semuanyala.

Haa, kebetulan la pulak selepas exam ni lah adanya rusuhan besar2an diMesir. Kena hadkan pergerakan keluar rumah dan juga sebarang aktiviti. 30 June lah peaknya. Punca utamanya adalah untuk menggulingkan pemerintahan DrMursi... Teruk jugak la bila difikirkan balik..Jaulah dengan persatuan pun terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan. Maka, terpaksalah merancang percutian sendiri . Haha.. Takpernah merancang percutian sendiri. Ini yang pertama. Dari segi kenderaanya, bayarannya, mushrifnya :) Haha

Lepas exam ini banyak benda nak buat sebenarnya. Nakpindah ke rumah baru yang hanya beberapa langkah dari rumah lama... Tapi sangatlah hujung. Dan nak bersihkan dua buah rumah sekali gus. Haha..Dan seminggu sebelum balik dijangka akan pindah rumah baru. Tapi stay rumah lama sampaila balik Msia. Hehe :)

Ni ada satu je moodnya. Mood nak beli barang untuk balik ke Msia. Alhamduliilah dah beli sikit2. Rambang mata jugaklah nak pilih jubah wanita untuk adik beradik. Semua corak sama kot. Betul ,nak pilih pakaian lelaki sangat mudah beranding nak pilih pakaian perempuan.  Skejap je nak pilih jubah untuk Baba, AdikAbe. Tpi untuk perempuan?? Ada dekat berjam2 la jugak. Haha.

Dan semestinya tak sabar nak balik Msia. Taktahu la kenapa rasa masa sangat lambat bergerak. Klau sebelum exam, rasa cepat sangat. Nak bernyawa pun takboleh. Mungkin kerana terlalu sibuk mungkin? Hahha..

Taksabar nak jumpa umibaba, adik beradik. Nak bau Malaysia. Nak tengok Kelantan.. Nak makan macam2 makanan. Dan yang paling mengidam ialah Satay, nasi air umi, nasi dagang umi, dan semuanyalah. Dan tak dilupakn jugak budu :( oH sedih. Tapi sekarang yang difikrkan ialah soal reault melebihi soal nak balik Malaysia....

Ok. Setakat ini dulu.Assalamualaikum:)


Wednesday, June 26, 2013

The End Of First Year :)

Assalamualaikum.Semoga kita semua berada dibawah lindunganNya.Ameen.

Alhamdullillah Ala Kulli Hal. Minal Awwal Ilal Akhirin. Alhamdulillah Ya Allah untuk semua nikmat yang takterhitung sejak dari lahir, semalam, hari ini dan sampai la saat ini diri ini masih bernyawa dan mampu menggerakkan tangan untuk meninggalkan sesuatu disini. Ya disini, tempat dimana semua suka duka tawa dikongsi bersama dengan harapan semua kenangan ini boleh dibaca semula.

Alhamdulillah sekali lagi . 24 June 2013. Tamatlah Final Exam Pelajar Tahun 1 Fakulti Perubatan Universiti Zagazig. Terasa cepat masa berlalu bukan?? Rasanya baru semalam tangan ini menari-nari diatas keyboard ini mencoret tentang suka duka dilalui selepas result SPM diumumkan. Baru sahaja berkongsi tentang pengalaman pertama bila sampai ke Mesir dan hari ini tangan ini bergerak-gerak untuk berkongsi tentang pengalaman bergelar Student Medik Tahun1 Perubatan. Cepat sangat masa berlalu :)







Seriusly , mood exam kali nih dia lebih parah dari mood exam time UPSR,PMR,SPM. Dulu, takde pun perasaan nervous sampai rasa nak muntah2 bila nak ambil exam. Nervous malam exam. Semua dah takboleh fokus dah. Semuanya bercampur baur perasaan. Perasaan takut sebab selalu fikir negatif , perasaan gembira sebab dah nak habis exam dan perasaan semangat sebab nak capai target dan perasaan sedih bila banyak soalan yang sepatutnya boleh dijawab dan dijangka betul tetapi sebaliknya. Itulah perasaan sepanjang exam nih . Dan perasaan yang takboleh diterima bila tersangat nervous sampaikan tengok soalan blank dan macam2 lagi yang sepatutnya tidak diungkit balik... *Hish, spoil holiday aku je camni*

Rasanya takpernah ambil exam selama macam nih. 2 bulan !! SPM rasanya sebulan je kan?? Maklumlah setiap subjek tu punya gap yang panjang dan ada yang pendek. Kalau gap yang panjang tuh boleh la rasa heaven sikit tapi kalau gap yang pendek memang nak pecah kepala nih nak hafal semua. Wah, medik memang banyak hafal.. 

Kalau ikut pengalaman aku belajar medik setahun jagung nih, tahun teori tak ada susah sangat sebab kerja kita semuanya hafal. Haha. Dan kefahaman yang cukup utk satu2 subjek tuh.Dan mestinya kena rajin . Kena rajin hafal dan kena rajin buat revision. Aku?? Nak kata rajin tak jugak , nak kata malas pun tak juga. Sederhana orang kata. Result pun sederhana la? Harapnya tak begitu la. 

Kalau nak refresh balik paper2 hari tuh . Kata nak cuai, takde cuai sangat. Exam kali ini showed me my own mistakes. Kecuaian saya sebelum exam. Bukan kecuaian selepas exam. Means that kecuaian saya tertinggal subtopik dalam Physiology. Tjuk ANS bab awal2. Sebab apa?? Sebab syok sendiri baca nota sendiri sampaikan terlupa nak belek buku ANS. Ok dan burn lah satu soalan written untuk Physiology. Hahaha. Sebab tu lepas exam written Physiology macam nak hentak kepala kat dinding ! *Ok melampau *

Rasanya paper lain ok je kot. Walaupun takcapai tahap puas hati . Bukan thumbs up la orang kata untuk diri sendiri. Sepatutnya boleh buat lagi baik rasanya . :") Apapun , masih berharap keajaiban dari Allah :)
Apa yang nak dikongsi disini ialah sepanjang aku berada di Mesir, aku belajar satu perkara yang penting iaitu "Pengharapan sepenuhnya pada Allah" .  Kat sini aku belajar semua benda Allah dah tetapkan semuanya diLuh Mahfuz. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita smua. Dan kita boleh ubah sesuatu ketetapan itu dengan Usaha yang tekun, Doa yang tak putus2 dan Tawakkal sepenuhnya kepada Allah. 


"Allah dah tetapkan semuanya diLuh Mahfuz. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita smua. Dan kita boleh ubah sesuatu ketetapan itu dengan Usaha yang tekun, Doa yang tak putus2 dan Tawakkal sepenuhnya kepada Allah"

Dan sesungguhnya aku letak sepenuh pengharapan pada Allah. Aku yakin Allah dah tetapkan rezeki aku pasti ada suatu hari nanti. Bukan dia tak dengar doa aku, bukan dia tak kenal sape dan bukan dia tak sayang aku. Aku hambanya juga kan?? Oleh itu, aku harapkan 100% pada Allah. Bila fikir macam ni, hati ni tenang sikit bila fikir soal result yang bakal kleuar dalam masa 2 minggu lagi . Insyallah :)







Maaf sebab takpernah kongsi gambar difacebook.. Untuk tatapan keluarga yg jauh diMalaysia dan rakan:)

Assalamualaikum :)

Tuesday, June 18, 2013

Sanah helwa :)

Assalamualaikum. Semoga kita semua sentiasa berada dibawah lindunganNya. Ameen :)

Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Irham Warhamnie Binti Abdullah Ripain. Sanah helwah untuk awak Irham. *Kikiki, nyanyi untuk diri sendiri* 

Maka genaplah umurku 19 tahun. Umur penuh cabaran. Tahun terakhir menjadi manusia memegang umur angka satu didepan. Hahaha. 

Semoga dengan peningkatan umur ini maka meningkatlah kematangan diri , meningkatlah amalan, meningkatlah iman dan yang penting semoga prestasi diri semakin meningkat :)

First time sambut birthday di oversea, tanpa family disisi  .Tpi takmengapa, tahun ini sambut dengan housemate2 tersayang. Big thank you pada semua hmate yg bertungkus lumus siapkan chicken chop yang begitu awesome . Eventhough exam keesokan harinya kalau taksilap, semoga ukhuwah ini berkekalan . 

Terima kasih jugak untuk umibaba atas ucapan yg sgt bermakna. Bagai satu semangat hadir dalam diri. Walaupun hanya mesej ringkas di pagi hari, tapi mampu mengubat perasaan rindu yang membuak2 .

Dan terima kasih untuk Amy untuk ucapan yang sangat special. Sumpah first time ada orang pernah buat camni dalam hidup... Really appreciate it dear :)



Dan terima kasih untuk semua yang wish birthday samada dekat twitter dan facebook. :)

*Birthday sama tarikh dengan Fiska Medina, Irine Nadia Marcello's daughter:)

Assalamualaikum :)

Tuesday, June 11, 2013

Special Congratulation Syaera Rosli :)

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Ameen :)

Lama rasanya takupdate blog. Fatrah imtihan punya pasal. Dah list dah tajuk2 post yang bakal mendatang. Tapi tangan dan fikiran rasa macam nak update pasal benda ni...... And ianya ialah ::

Big congratulation to my super best awesome awesome the best my best friend forever Syaera Binti Rosli sebab berjaya dapat 4Flat . Wow, sy sebagai kawannya sangat bangga. Haha. Masa first2 tahu jatuh air mata ni . Rasa terharu sangat-sangat. Rasa over la pulak. Rasanya tuan punya badan tak nangis2 pun , mesti senyum memanjang je dia. Tapi bagi diri ini , 4Flat tuh susah sangat nak dapat. Kalau tanya budak2 matrik mesti akan cakp susah giler kot nak dapat 4Flat. So macam mana diorang dapat 4FLAT tuh???? Sebab diorang study bagai nak mati . Haha. Dan aku dapat agak my bestie ni macam mana masa dia study ....

 Aku masih ingat masa results SPM diumumkan .Walaupun aku pun kecewa giler dengan result aku, aku tahu dia lagi kecewa. Kami sama2 pesan supaya terus bersemangat untuk mencipta kejayaan  . Dan Alhamduliilah dia dah berjaya buktikan dirinya mampu untuk berjaya dan semoga dia dapat capai cita2nya sebgai seorang dentist yang awesome satu hari nanti . I'll always pray for you dear :')


Betullah orang selalu cakap , setiap perkara yang Allah lakukan pasti akan ada hikmah yang tersembunyi .Dia bagi kita kesedihan , dia akan gantikan dengan kegembiraan pada suatu masa yang kita pun taktahu. Allah nak tengok sejauh mana kita merayu meminta denganNya. Dan aku sentiasa meletakkan spenuh pengharapan pada Allah agar hati yang kecewa dan sedih bila takboleh jawab dengan exam dengan harapan Allah akan bagi keajaiban .  Sesungguhnya. pengharapan pada Allah sangat penting. Insyallah dengan usaha yang tinggi menggunung, doa yang takputus2 dan tawakkal selepas berusaha Allah akan bagi yang terbaik untuk kita semua . Also big Goodluck untuk semua students Tahun1 University Zagazig for the remaining papers Biochemistry and English . Smeoga Allah permudahkan urusan kita semua . And to my specials Buddues. (Amy,Aishah,Adilah,Izzati,Amalina) semoga kita sama2 berjaya . Insyallah :')

Assalamualaikum :))